Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, September 20, 2006

Umno Perlis bergolak: Shahidan vs Zahidi


Petikan Harakahdaily
KANGAR, 19 Sept - Krisis politik di kalangan pimpinan Umno bukan sahaja berlaku di peringkat nasional tetapi juga dapat dilihat di peringkat bawahan, hatta di negeri sekecil Perlis.

Krisis yang dapat dilihat di Perlis hari ini adalah di antara Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dengan Timbalannya Dato' Zahidi Zainul Abidin.

Zahidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beseri sudah lama dilihat sebagai saingan kepada Shahidan kerana dahulunya dikatakan mempunyai hubungan yang kuat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dilihat sebagai pengganti kerusi Menteri Besar.

Mungkin melihat pengaruh Zahidi, maka Shahidan melantiknya sebagai Exco kerajaan negeri dan juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis.

Namun beberapa bulan lalu Zahidi telah digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri.

Zahidi penyokong kuat Mahathir
Di kala berlaku krisis antara Perdana Menteri dan mantannya, Tun Dr Mahathir, Zahidi dilihat menjadi penyokong kuat Mahathir, sedangkan Shahidan yang dulunya memang dikenali penyokong kuat Mahathir terpaksa mengaku menyokong Abdullah.

Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Besar telah menjemput Mahathir ke Padang Besar untuk merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian itu.

Walaupun gagal membawa Mahathir dengan alasan tiada permit, Zahidi kemudian dilihat berada dalam majlis Mahathir di Alor Setar beberapa minggu lalu.

Sejurus itu, Zahidi pula dengan sendiri bertindak merasmikan sendiri mesyuarat perwakilan bahagian Padang Besar yang mencetuskan kontroversi, apatah lagi dalam ucapannya beliau mengkritik kerajaan.

Shahidan dakwa Zahidi gagal dalam tugas
Media melaporkan perang dingin antara keduanya yang saling tuduh-menuduh tentang satu projek yang gagal di kawasan Beseri yang diwakili Zahidi.

Keadaan bertambah panas lagi dengan kenyataan Shahidan yang mendakwa Zahidi gagal dalam tugasnya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dan beliau sedang berkira untuk mencari pengganti baginya.

Dalam pada itu, bekas Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Dato' Azmi Khalid pula membuat kenyataan bahawa Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis perlu berbincang dengan Presiden parti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan untuk menggantikan Zahidi.

Kenyataan seperti jelas menyentak ego Shahidan yang juga pernah menganggap Azmi sebagai saingannya dalam politik Umno Perlis tidak lama dahulu.

Surat layang kritik pimpinan Shahidan
Selain itu, Shahidan juga dilaporkan begitu marah apabila adanya surat-surat layang yang banyak mengkritik kepimpinan beliau. Surat layang tersebut juga menyebut satu "team" baru perlu bangkit untuk menerajui Umno Perlis.

Ianya melibatkan Ahli Parlimen Arau, Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail, seorang Adun dan beberapa nama lagi pemimpin Umno Perlis.

Baru-baru ini Perlis telah dikejutkan dengan isu Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang telah disita kerana gagal menjelaskan hutang.

Ada banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan seperti kegagalan dan bebanan hutang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis (PKENPs),bebanan hutang Yayasan Islam Perlis (YIPs) ang boleh menambahkan pening Shahidan.

Shahidan timbulkan perkara-perkara pelik
Nampaknya Shahidan sedang diasak dari pelbagai pelusuk termasuk oleh orang-orang separtinya juga. Sejauhmanakah beliau boleh bertahan?

Ramai pemerhati politik Perlis menganggap Shahidan adalah seorang yang mampu menahan asakan seperti ini dengan berlagak seperti biasa dan terus menimbulkan pelbagai perkara-perkara yang pelik.

Baru-baru ini, Umno Bahagian Arau yang mana beliau sebagai Ketua telah mencadangkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dipegang sepanjang
hayat.

"Begitulah Shahidan. Tengoklah nanti, masa akan menentukan," kata seorang veteran Umno.

Tahniah untuk Singa Utara dari Dewan Pemuda


Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 18 Sep -Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Perlis yang telah berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini.

Sabtu lalu pasukan yang bergelar Singa Utara ini telah merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua dalam masa tiga tahun setelah menumpaskan Negeri Sembilan NAZA 2-1.

Menurut Ketua DPPPs, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, kejayaan Perlis pada kali ini adalah hasil kerja kuat secara berpasukan yang mampu mengharumkan nama Perlis di persada sukan bolasepak di negara ini.

"Tahniah untuk Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan kita berharap lebuh banyak lagi piala yang boleh dibawa pulang pada tahun-tahn akan datang," katanya.

Begitupun, Ustaz Adnan berharap agar PFA dan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim selaku Presidennya akan dapat menunaikan janji memberikan ganjaran yang telah disebutkan sebelum perlawanan akhir baru-baru ini.

"Kita juga berharap agar kebajikan para pemain akan terjaga supaya mereka akan trus kekal dengan pasukan Perlis pada musim akan datang," serunya lagi.

Ke mana hilangnya keris Umno?

Ada pula kempen Cintai Sungai Kita


Ke mana hilangnya keris Umno?


Bendera Indonesiakah atau Poland yang menghiasi tiang lampu ini?



Oleh Waratawan Harakah
KANGAR, 18 Sept - Hendak dikatakan bendera Indonesia tidak ada pula sebarang majlis berkaitan dengan negara jiran tersebut, apatah lagi tiada pula pejabat Konsul mereka di Kangar.
Kalau diterbalikkan pula jadi bendera Poland. Tidak ada pula pemain bolasepak import dari Poland dalam pasukan Perlis.

Namun sebahagian negeri Perlis diselubungi bendera merah-putih yang digantung di tiang-tiang lampu dan pokok di seluruh Bandar Kangar serta sekitarnya.

Apa yang berlaku ialah majlis yang dianjurkan oleh Umno Perlis dan Umno Bahagian Arau yang mana Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak hadir untuk merasmikannya.

Selain pelancaran program Gema Merah Putih Umno Perlis, Najib juga merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Arau di Dewan Wawasan 2020 dekat sini baru-baru ini.

Apa yang menghairankan orang ramai ialah mengapa majlis anjuran Umno ini digantung dengan bendera merah putih sahaja.

“Kemana perginya keris mereka,” tanya seorang peniaga.

“Mana ada keris, pemimpin mereka dah cabut buat berlawan satu sama lain,” jawab seorang pimpinan PAS Perlis berseloroh.

Baru-baru ini juga, Menteri besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob mencadangkan agar logo keris di bendera Umno dibuang kerana pada hemat beliau, keris itu melambangkan perpecahan di dalam Umno.

Thursday, September 14, 2006

JKKK syor Markas PAS ditukar jadi pusat karaoke

Oleh Wartawan SEDAR
BESERI, 13 Sept- Dendam kesumat seorang bekas Ketua Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) terhadap PAS menyebabkan beliau mengeluarkan kata biadap untuk menukar markas PAS kepada sebuah karaoke.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Menteri Besar Perlis menziarahi rumah Allahyarham Haji Mhd Shariff Mhd Haniffa, bekas Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Besar yang mati dibunuh di Selatan Thailand beberapa minggu lalu.

Rumah Allahayarham di Kampung Bongkok dekat sini adalah berkembar dengan Markas PAS cawangan tersebut.

Menurut sumber yang rapat dengan Allahyarham, bekas Ketua JKKK Kampung Bongkok tersebut berkata bahawa Markas PAS tersebut lebih baik dicat dengan warna biru dan ditukar menjadi sebuah karaoke.

Markas tersebut selama ini menjadi tumpuan orang ramai yang datang ke majlis ilmu khususnya kuliah bulanan yang disampaikan oleh seorang Ustaz dari Pulau Pinang.

Beberapa peristiwa pernah berlaku ketika kuliah sedang berlangsung termasuk tayar kereta yang dibocorkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Seorang pimpinan PAS Kawasan Padang Besar berpendapat, bekas JKKK tersebut mengeluarkan kata-kata demikian kerana dendam dan benci melihat PAS berkembang di kampungnya dan markas PAS tersebut juga diisi dengan program yang mendapat sambutan ramai.

"Ramai yang masih marah kerana arwah Haji Shariff berjaya menghidupkan markas tersebut dengan kuliah dan ceramah-ceramah yang berjaya menarik orang ramai. Bila Haji Shariff dan Ketua cawangan sudah meninggal barulah dia berani berkata demikian walaupun secara berseloroh," katanya.

PKENPs dan YIPs gagal jelas hutang

Oleh Wartawan Harakahdaily
KANGAR, 13 Sept - Laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kelemahan dalam pinjaman yang diberikan oleh kerajaan negeri Perlis kepada Agensi Negeri.

Pertamanya, pinjaman kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang sehingga akhir tahun 2005 berjumlah RM26.42 juta dan sebahagian besar daripadanya belum dibayar balik.

Walaupun rekod pinjaman disediakan dengan sempurna, namun perjanjian pinjaman yang diberikan pada tahun 2004 dan 2005 belum disediakan dan ditandatangani.

Pinjaman tersebut masing-masing berjumlah RM5 juta dan RM2 juta.

Jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman PKENPs pada akhir tahun 2005 adalah berjumlah RM18.35 juta dan kerajaan negeri tidak menerima bayaran balik sejak tahun 2000.

Laporan Audit mendapati kedudukan kewangan PKENPS tidak kukuh dan mengalami masalah aliran tunai menyebabkan mereka gagal menjelaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

Sementara itu, Yayasan Islam Perlis (YIPs) yang begitu gah pada awal tahun 1990-an dengan pelbagai projek pembangunan kini terpaksa meminjam dengan kerajaan negeri khususnya untuk membayar gaji kakitangan dan pembiyaan pendidikan.

YIPs mentadbir tadika, empat buah sekolah agama, Maahad Tahfiz dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs).

Pada bulan Mac tahun ini, pinjaman kepada YIPs yang berjumlah RM13.64 juta yang dipinjam sejak akhir tahun 2004 telah ditukar kepada pemberian geran oleh kerajaan negeri.

Usul jawatan kekal sepanjang hayat, Umno Perlis makin bercelaru

Petikan Harakahdaily
KANGAR, 12 Sept - Politik Umno semakin bercelaru apabila beberapa peristiwa yang pelik berlaku sejak kebelakangan ini.

Pertama, Umno Bahagian Arau mengusulkan agar jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dipegang sepanjang hayat untuk mengelakkan berlakunya krisis kepimpinan.

Sementara itu, Umno Bahagian Padang Besar pula yang sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mengundang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian mereka dengan hanya dirasmikan sendiri oleh Ketuanya, Dato' Zahidi Zainul Abidin.

Beberapa orang pemerhati politik di negeri ini menyifatkan usul Umno Arau itu jelas mahu mengampu pimpinan tertinggi parti mereka dan jika diterima, pelaksanaannya akan lebih mengundang krisis sesama mereka.

"Apa akan jadi kepada orang nombor 2 dalam hirarki pimpinan. Tidakkah mereka berasa gelisah menunggu jawatan tertinggi yang tidak kunjung tiba,"kata seorang pegawai kerajaan yang ditemui hari ini.

Manakala seorang pesara pula menyifatkan usul tersebut menggambarkan imej Shahidan sendiri yang sentiasa menimbulkan perkara yang pelik.

"Lebih baik diusulkan agar selepas habis hayat jawatan itu diturunkan kepada anak-cucu dan adik-beradik pula," katanya.

Sementara itu, Umno Bahagian Padang Besar pula dilihat seperti dipulaukan apabila mengundang kontroversi dengan menjemput Tun Mahathir beberapa minggu lalu.

Walaupun program tersebut dibatalkan kerana masalah permit dan mereka sendiri mendakwa sukar untuk bermesyuarat kerana tidak dapat mencari tempat yang sesuai, namun mesyuarat yang diadakan itu kelihatan suram apabila tiadanya pimpinan tertinggi parti datang untuk merasmikannya.

"Masa depan politik Zahidi dilihat gelap dengan isu tersebut dan ditambah pula dengan kehadirannya dalam majlis bersama Mahathir di Alor Star baru-baru ini," kata seorang veteran politik.

Dalam pada itu, Shahidan menggariskan bahawa terdapat seramai 14 orang yang dikenalpasti sebagai bakal menggantikan beliau pada masa depan.

Dalam sidang media baru-baru ini beliau menyatakan terdapat lebih 40 orang yang dikenal pasti namun akhirnya senarai tersebut tinggal hanya 17 orang.

"Dari 17 orang, tiga orang pula tidak boleh pakai kerana menyeleweng. Jadi tinggal 14 sahaja," katanya.

Saturday, September 09, 2006

Laporan Ketua Audit bukti kelemahan pentadbiran Perlis


Petikan Harakahdaily
KANGAR, 8 Sept - Laporan Ketua Audit Negara 2005 jelas menujukkan beberapa kelemahan di dalam pentabiran kerajaan negeri Perlis selain penyalahgunaan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat.

Dalam laporan tersebut, Wang Dana Khas yang disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan miskin tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tiada kaitan dengannya.

Kerajaan Negeri Perlis juga tidak ketinggalan apabila dilaporkan telah membelanjakan RM17, 800 daripada peruntukan dana khas itu untuk membiayai kursus ketatanegaraan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Perlis, sedangkan ia sepatutnya dibiayai oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perlis.

Selain itu, dalam satu ringkasan sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyatakan bahawa wang rakyat dibazirkan apabila projek perumahan kos rendah di negeri ini tergendala dan para pembeli terpaksa menunggu sehingga dua tahun untuk memasuki rumah mereka.

Selain itu, beberapa projek rumah kos rendah yang telah siap masih belum dimasuki dan terbiar sehinggakan banyak yang telah dirosakkan sehinggakan kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk memperbaikinya.

Ketua Audit Negara berpendapat bahawa pihak berkenaan perlu lebih efisyen dalam pengurusan projek perumahan yang mana antara kelemahan yang dikesan ialah pelantikan kontraktor yang tidak bertanggungjawab serta kerja yang tergendala.

Mengulas laporan ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Hairy Hashim melihat masih wujud banyak kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perlis.

Katanya, walaupun jumlah RM17,000. 00yang disalahgunakan itu adalah kecil, ia tetap menyalahgunakan wang sepatutnya diberikan kepada golongan miskin.

"Adakah kerajaan negeri sudah kurang sumber kewangan sehinggakan terpaksa menggunakan wang orang miskin untuk perbelanjaan lain? Ini jelas menyeleweng," katanya.

Hairy juga menggesa kerajaan negeri agar segera menyelesaikan masalah perumahan kos rendah yang belum dapat dimasuki oleh pembeli.

Menurutnya, beberapa projek perumahan kos rendah seperti di Santan, Tambun Tulang dan Beseri yang masih belum diduduki menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai.
"Laporan yang kita perolehi di Tambun Tulang, banyak rumah yang sudah rosak dan adakah ini yang dibanggakan oleh Menteri Besar sedangkan projek tersebut dibuat di dalam DUN yang dimenanginya," kata beliau.

Thursday, September 07, 2006

K’jaan negeri guna dana khas bantu rakyat miskin untuk tujuan lain
Petikan : Malaysiakini

Wang Dana Khas disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan misikin tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan program tersebut, seperti mengubahsuai kediaman rasmi menteri besar dan membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7.

Selain itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2005, wang tersebut juga telah dibelanja untuk memasang papan iklan sempena lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Kedah.

Menurut laporan itu lagi, pada umumnya, dana khas itu terdiri daripada wang yang diterima dari Petronas dan disalurkan oleh Perbendaharaan, termasuk kepada kerajaan negeri melalui pejabat pembangunan negeri atau pejabat kewangan negeri.

Bagi tempoh tahun 2001 hingga 2005, sejumlah RM1.63 bilion diperuntukkan, termasuk kepada kerajaan-kerajaan negeri. Daripada jumlah itu, RM1.04 bilion telah dibelanjakan. Selain Kedah, negeri lain yang menerima wang dana khas tersebut ialah Kelantan, Terengganu , Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut laporan itu lagi, program dana khas itu yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dapat dinikmati oleh rakyat, tetapi di peringkat negeri, peruntukan tersebut turut digunakan untuk membiayai projek dan aktiviti yang tidak berkaitan dengannya dan ini telah menjejaskan matlamat program tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Kedah diperuntukkan RM40 juta dana khas bagi tempoh 2003 hingga 2005. Selain memasang papan iklan di atas, kerajaan negeri membelanjakan RM701,222 daripada dana itu untuk membeli label pin untuk orang kenamaan, topi, pakaian untuk pasukan kawat Ahli Dewan Undangan Negeri sempena Hari Kemerdekaan.

Wang itu juga digunakan untuk bayaran membekal permaidani dan ‘timber blind’ untuk kegunaan Pejabat Menteri Besar; peralatan penggambaraan untuk krew NTV7.

Biaya tuisyen Puteri Umno

Laporan itu menyebut, mengikut maklum balas yang diterima daripada Perbendaharaan Malaysia, perbelanjaan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar Kedah.

Di samping itu, peruntukan itu juga diguna untuk bayaran sumbangan bagi Program Pusat Tuisyen anjuran Puteri Umno Sungai Petani sebanyak RM110,000 hanya berdasarkan kepada kertas kerja cadangannya.

Sepatutnya, tegas laporan tersebut, pembayaran tersebut dibuat berdasarkan bil tuntutan bulanan daripada tenaga pengajr kelas tuisyen.

Manakala 700 komputer bernilai RM2.10 juta turut dibeli dengan dana itu pada 2004 untuk diagihkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh Kedah tanpa memanggil tender.

Di samping itu, RM190,374 dibelanjakan, antaranya untuk bayaran iklan ucapan tahniah di akhbar, penginapan dan peralatan pejabat, yang dibuat tanpa mendapat kelulusan pihak Perbendaharaan terlebih dahulu.

Kerajaan Negeri Kedah juga, katanya, telah membelanjakan dana itu untuk membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7.

Terengganu pula telah diperuntukan wang dana khas sebanyak RM665 juta (2004-2005) tetapi ianya telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri itu, seperti membayar emolumen, perkhidmatan, aset dan melaksanakan projek pembangunan.

“Sesungguhnya perbelanjaan yang dibuat tidak selaras dengan tujuan asal penubuhan dana khas, namun perbelanjaan yang dibuat, telah mendapat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia,” kata laporan audit itu.

Bina kediaman MB

Manakala Kerajaan Negeri Perlis pula membelanjakan RM17,800 daripada peruntukan dana khas itu untuk membiayai kursus ketatanegaraan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pelis, sedang ia sepatutnya dibiayai oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perlis.

Kerajaan Negeri Pahang pula didapati membelanjakan RM0.92 juta daripada peruntukan dana khas itu untuk membiayai kos tambahan pembinaan Kompleks Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Sepatutnya, menurut laporan tersebut, lebihan kos itu ditanggung oleh Majlis Agama Islam Pahang. Kerajaan Negeri sembilan pula telah membelanjakan RM5.44 juta daripada wang dana khas untuk membekalkan perabot di Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Port Dickson dan Seremban.

Manakala RM4.50 juta lagi daripada peruntukan dana khas itu dibelanjakan untuk projek mengubahsuai rumah tetamu Kerajaan Negeri Sembilan untuk kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Laporan Ketua Audit Negara itu berkata, perbelanjaan tersebut adalah tidak menepati tujuan sebenar penyaluarn wang dana khas itu.

Di Kelantan pula, projek-projek dengan biayai dana khas itu dilaksanakan selepas mendapat persetujuan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu dan bukannya ketua pengarah unit penyelarasan pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, seperti sepatutnya.

Wednesday, September 06, 2006

BN gerun hadapi PAS dalam PRU-12

KANGAR, 5 Sept - Umno dan Barisan Nasional (BN) terus menggeruni parti pembangkang khususnya PAS terutamanya dalam menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 akan datang.

Ini jelas terbukti apabila Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz mengarahkan ahli-ahli mereka untuk mula berkempen di peringkat akar umbi khususnya di Kedah, Perlis dan Kelantan.

Media dipetik melaporkan kenyataan Rafidah yang tidak mahu ahli Wanita Umno menunggu hingga hampir pilihan raya untuk bekerja kerana katanya pembangkang sedang berusaha untuk menawan Kedah dan Perlis.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Ustaz Yaakub Abu Seman menyifatkan kenyataan Rafidah ini membuktikan Umno-BN semakin gerun dengan kekuatan parti pembangkang khususnya PAS sendiri.

Katanya, walaupun kehilangan banyak kerusi pada PRU ke-11 tahun 2004 yang lalu, namun jentera PAS sentiasa bersiap sedia dan tersusun untuk menghadapi pilihan raya.

"PAS mempunyai kekuatannya sendiri dan dengan muafakat Barisan Alternatif maka ini lebih mengukuhkan parti pembangkang untuk berhadapan Umno-BN," katanya.

Selain itu Yaakub turut melihat perkembangan semasa di dalam negara ini banyak memberikan kelebihan kepada pembangkang.

"Krisis Mahathir- Abdullah, isu Khairy Jamaluddin, masalah ekonomi, gejala sosial dan sebagainya adalah modal untuk kita di pihak pembangkang untuk memberitahu rakyat," jelasnya.

Selain itu, beliau juga melihat Umno-BN hanya kuat dengan bantuan jentera kerajaan dan media dalam menghadapi pilihan raya selain sumber kewangan yang tidak terbatas.

"Dalam keadaan media terkongkong, ruang demokrasi terbatas, kewangan yang terhad namun kita tetap digeruni lawan yang mempunyai segala kelebihan," katanya lagi

Friday, September 01, 2006

Islam selesaikan permasalahan etnik - Mursyidul Am


Oleh Bashir Ishak
ARAU - Islam adalah titik pertemuan dan penyelesaian kepada masalah etnik di atas muka bumi ini kerana prinsip perjuangannya yang luas tanpa batasan kebangsaan.

"Adalah mustahil mengikut perjuangan Umno untuk penyelesaian masalah etnik kerana mereka menyempitkan fahaman kepada kebangsaan sahaja".

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian ketika mengulas perang dingin yang timbul antara Pemuda Umno dan MCA berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pemuda mereka, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa komponen Barisan Nasional akan mengambil kesempatan sekiranya Umno menjadi lemah.

Khairy juga digesa memohon maaf oleh MCA kerana kenyataannya itu.

Tuan Guru menyifatkan Pemuda Umno hanya peka permasalahan yang melibatkan bangsa sedangkan isu yang lebih penting seperti masalah sosial atau jenayah tidak diberikan perhatian.
"Ertinya Pemuda MCA sudah berani tegur Pemuda Umno yang kebetulannya apa yang disebut itu bertepatan dengan realitinya," katanya.

Menurut Tuan Guru lagi, perjuangan Umno yang mengagungkan bangsa itu tidak akan berkesudahan kerana baginya, sampai bilapun tidak akan wujud penyatuan antara dua bangsa seperti Melayu dan Cina.

Tambah beliau, perjuangan yang dibawa oleh PAS ialah Islam yang megetepikan fahaman kebangsaan dan semua bangsa boleh disatukan.

"Melayu boleh Islam, Cina boleh Islam, India boleh Islam, tetapi Cina tidak boleh jadi Melayu dan India tak boleh jadi Melayu.Sebab itulah PAS kemukakan Islam di mana jadi titik pertemuan semua bangsa," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan semula kenyataannya suatu masa dahulu di mana orang Cina boleh jadi Menteri Besar Kelantan asalkan dia seorang Islam.

"Tetapi Umno tak boleh kata Cina boleh jadi Menteri Besar di Kelantan asalkan dia Melayu.
Mana boleh cina jadi Melayu tapi Cina boleh jadi Islam. Itulah bijaknya perjuangan PAS ini kerana boleh menyatukan dan ada titik pertemuan antara bangsa-bangsa di muka bumi ini," jelasnya.

Sambil menyifatkan kerja Umno untuk menonjolkan Melayu ini adalah suatu kerja yang tida kesudahannya, Tuan Guru juga melihat fahaman kebangsaan yang dibawa adalah terlalu sempit.

"Fahaman kebangsaan yang dibawa oleh Umno lari dari landasan Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Sebab itu dia sesat, dalam demokrasi tidak ada sebut sesat tetapi dalam Islam ada sebut sesat seperti dalam surah Al-Fatihah," katanya lagi.
Tuan Guru ditemui pada majlis penutupan Ijtimak PAS Perlis kali ke 10 di Markas Tarbiyah PAS Perlis, Jejawi Dalam dekat sini.

Beliau bersama-sama orang ramai dalam satu majlis makan malam dan kemudiannya menyampaikan ceramahnya di hadapan lebih dua ribu orang hadirin.
Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan bekas pelakon filem "Ali Setan", Azmil Mustapha.

Ustaz Hashim kesal tiada khutbah khusus isu kekejaman Israel



Oleh Pemberita SEDAR
ARAU- Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin melahirkan rasa kesalnya terhadap Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) kerana gagal menyediakan teks khutbah yang khusus berkaitan isu Lubnan dan Palestin.
Katanya, dalam keadaan semasa bila umat Islam di Lubnan dan Palestin yang sedang menghadapi kekejamandan kezaliman rejim Zionis-Israel, sepatutnya para khatib di masjid-masjid menyampaikan khutbah berkaitan isu ini bagi menyedarkan umat Islam.
"JAIPs seolah-olah sudah mati sedangkan ini adalah satu isu besar yang sedang melanda umat Islam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramahnya pada majlis perasmian Ijtimak PAS Perlis kali ke 10 di MarkasTarbiyah PAS Perlis, Kampung Jejawi Dalam dekat sini baru-baru ini.
Katanya lagi, di negara ini yang berpaksikan IslamHadhari dan di Perlis yang mengaku sebagai Darul Sunnah, dilihat sensitiviti umat Islam sudah hilang untuk membincangkan atau mengambil tahu permasalahan yang timbul di dua buah negaraAsia Barat yang sedang bergolak itu.
"Tidak langsung disebut isu semasa dalam khutbah. Khutbah yang sedia ada bukannya tidak baik tetapi isu penting seperti ini perlu dibangkitkan untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan di kalangan umat Islam," katanya lagi.
Pondan yang ditahan oleh JAIPs

Oleh Wartawan Harakah
SIMPANG EMPAT, 31 Ogos - Perlis Darul Sunnah sekali lagi dikejutkan dengan masalah gejala sosial apabila sekumpulan pondan telah ditahan malam semalam.

Dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) itu seramai 15 orang pondan yang sedang mengadakan sambutan harijadi salah seorang dari mereka telah di tahan di restoran Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan, Sungai Baru dekat sini.

Operasi yang turut disertai anggota polis dari Balai Simpang Empat bermula pada jam 10.00 malam.

Kumpulan pondan ini telah menempah dewan khas di restoran tersebut untuk majlis tersebut. Turut serta beberapa orang remaja lelaki dan seorang wanita berusia 60-an yang berpakaian sopan dan bertudung yang dipercayai saudara salah seorang pondan tersebut.

Wakil Harakah Perlis yang mendapat maklumat turut berada di sana untuk membuat liputan.

Menurut salah seorang penguasa JAIPs yang menyertai operasi tersebut, pondan-pondan yang ditangkap akan didakwa di bawah akta berkaitan dengan pondan.

Hanya pondan yang berpakaian wanita sahaja yang ditangkap, manakala selebihnya dibebaskan. Semua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Kangar untuk diambil keterangan dan ditahan di dalam lokap.
Semalam kesemua pondan yang ditahan telah didakwa di Makhamah Tinggi Syariah dan dikenakan denda RM3000.00 atau 12 bulan penjara.
Kesemuanya membayar denda tersebut.

Tuesday, August 29, 2006

Haji Shariff "Pokok Sawa" kembali ke Rahmatullah


Oleh Bashir Ishak
PADANG BESAR, 29 Ogos - Bekas Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Mohd Shariff Mohd Haniffa kembali ke Rahmatullah pagi tadi di Thailand.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 55 tahun dilaporkan ditembak di hadapan rumah isterinya di Satun, Thailand jam 7 . 00 pagi tadi.

Allahyarham adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Besar dari tahun 2001 sehingga awal 2006 .
Jenazah beliau selamat disembahyang di Markas PAS Kampung Bongkok, Jalan Santan selepas solat Asar petang tadi dengan diimamkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Ahmad Ali serta bacaan doa oleh Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin.
Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Bongkok kira-kira jam 6.15 petang.

Allahyarham dikenali melalui Restoran Pokok Sawa di Mata Ayer yang terkenal dengan menu ikan keli goreng dan makanan ala kampung.

Beliau kemudiannya berhijrah dan membuka restoran baru iaitu Restoran Berkat Hijrah di pinggir bandar Kangar. Restoran ini sering dikunjungi pimpinan PAS baik dari Perlis mahupun dari luar yang bertandang ke negeri ini.

Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjamu selera di restoran beliau ketika berkunjung ke Perlis hujung minggu lalu sempena Ijtimak PAS Perlis kali ke 10 .
AL-FATIHAH.
Shahidan hilang punca
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Kangar 28hb : Menteri Besar Perlis,Dato’ Seri Shahidan Kassim kebelakangan ini seperti dalam keadaan hilang punca.Beliau didapati telah mengeluarkan kenyataan yang agak pelik beberapa hari ini.

Ini mungkin kerana beliau terlalu memikirkan perbalahan antara Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi. Atau mungkin juga kerana kes penyitaan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) baru-baru ini.

Antara kenyataan yang telah dilaporkan oleh akhbar dan internet baru-baru ini ialah meminta ulamak PAS bertaubat, mengejek Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan mengatakannya sebagai pondan.

Termasuklah juga perbincangan Shahidan yang dianggap sebagai melucukan dalam bicara agama di Perlis FM Jumaat lalu yang membincangkan rasulullah melakukan solat hajat berjemaah atau tidak.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis Ustaz Yussainee Yahya kenyataan merapu Shahidan beberapa hari lalu hanyalah cubaan beliau untuk mengalihkan isu sahaja.

Beliau mengambil contoh perbincangan di Perlis FM Jumaat lalu tentang solat hajat samada berjemaah atau berseorangan itu tidak perlu buat masa ini.

“Sepatutnya gunakan Perlis FM untuk membincangkan macamana nak selesaikan masalah MPK kerana itu yang penting sekarang.Bagi laluan untuk orang ramai memberi maklum balas,”katanya.

“Kerajaan pimpinan dia dah malukan seluruh kerajaan Umno lain.Dan masalah MPK pula masalah rakyat.Bab solat hajat tu dah lama ulamak dulu selesaikan,”ujarnya lagi.

Beliau juga kesal dengan sikap seorang tetamu rancangan tersebut yang mempertikaikan siapa Imam An-Nawawi.

Imam An-Nawawi menurut Ustaz Yussainee ialah seorang ulamak yang apabila mengemukakan hukum,akan berpandu kepada nas syarak dari al-Quran dan Hadis.Bukannya mengikut nafsu.

“Apa yang dah dia buat dan dah berapa lama dia mengaji?,”soalnya merujuk kepada ustaz tersebut.

“Ana cabar ustaz tersebut agar mengambil al-Quran dan as-Sunnah, keluarkan pendapat sendiri.Tolong terang tanpa guna pandangan ulamak dulu supaya orang faham,”tambah beliau lagi.

Sementara itu dalam temubual Peghelihla dengan beberapa penduduk sekitar Kangar,ramai yang kesal dengan apa yang telah Shahidan bincangkan dalam Perlis FM baru-baru ini.

Encik Zaid seorang kakitangan di syarikat swasta berpendapat keutamaan mesti diberikan kepada perkara yang lebih penting yang terjadi pada masa ini.

Baginya kalau tidak dilakukan solat hajat kita tidak berdosa kerana ianya hanya perkara sunat.Disamping itu juga beliau menyatakan rasa bencinya dengan pujian melampau dari juruhebah bertugas hari itu

“Saya naik meluat apabila mendengar juruhebah memuji Shahidan dengan menggelarkannya sebagai Umarak dan Ulamak.DJ tu pun kalau nak bodek janganlah sampai jadi menipu,”katanya.

Seorang lagi kakitangan swasta Encik Mohammad juga merasa bingung dengan apa yang berlaku.Dia berpendapat bahawa perkara besar dikecilkan dan yang kecil dibesarkan.

“Setahu saya kalau langgar janji itu adalah sifat orang munafik.Macam kalau kita langgar kontraklah.Dan kalau yang berhutang wajib bayar pasal roh depa bila mati tidak akan diterima oleh langit dan bumi,”ujarnya sinis.

“Kenapa depa tak bincang benda tu?Benda tu lagi besaq dosa kalau kita tak selesaikan.Pulak tu Imam Nawawi pula kena pertikai kat depa.Saya tak faham ni,”sindir beliau lagi.
Ulama Pas diminta taubat
Petikan : Berita Harian

KANGAR: Datuk Seri Shahidan Kassim kesal dengan tindakan Pas yang menuduh kegagalannya menjalankan tugas sebagai Menteri Besar menjadi punca harta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) disita baru-baru ini.

Beliau berkata, Pas menggunakan isu harta MPK disita dalam ceramahnya untuk menghentam beliau termasuk membuat tohmahan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Saya kesal dengan Pas yang membuat ceramah tidak mengikut cara Islam tetapi menggunakan cara jahiliah. Mereka hanya tahu mengungkit dan mengata bukannya mahu membantu menyelesaikan masalah MPK.

"Mahkamah belum membuat keputusan, jadi mengapa cepat Pas menjatuhkan hukuman. Bertaubatlah wahai ulama Pas kerana dalam al-Quran menyatakan walaupun kita berbeza pendapat tetapi perlu saling membantu," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno bahagian Kangar di Dewan Warisan, di sini semalam.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah penangguhan lelongan awam harta mudah alih milik MPK yang dijadualkan diadakan Isnin ini.
Respon kritikan Abu Bakar Bashir terhadap PAS
Oleh : Ustaz Ahmad Adnan Fadhil (Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis)


Assalamualaikum kepada semua pembaca sekelian.

Apabila membaca temubual antara Abu Bakar Bashir dan Farish A.Nor yang disiarkan dalam beberapa laman web baru-baru ini saya rasa terpanggil untuk memberikan komen peribadi saya terhadap beberapa kenyataan Abu Bakar Bashir yang secara langsung menyentuh tentang perjuangan PAS di Malaysia.

Suka saya mengingatkan para pembaca sekelian bahawa bunga-bunga bahasa yang digunakan oleh Abu Bakar tidak jauh lari maksudnya dengan sebuah pertubuhan keagamaan di Malaysia yang amat-amat mementingkan sistem khilafiah yang juga menganggap bahawa pilihanraya adalah haram dalam Islam.

Bagi saya Abu Bakar tidak mendapat gambaran yang tepat mengenai suasana perjuangan Islam di Malaysia.Oleh sebab itu dia merasakan bahawa Malaysia sama seperti Indonesia.Tentunya agak kurang bijak jika seseorang terus membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara sedang dia dalam keadaan tidak mengetahuinya dengan mendalam.

PAS pada pandangan saya tidak pernah menafikan bahawa jihad Qital adalah sebagai salah satu cara yang amat penting untuk menegakkan Islam.Tetapi bukan semua keadaan kita akan berjihad melalui peperangan secara fizikal.Ianya boleh dilakukan melalui politik,pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Rasulullah telah memberikan kita contoh selama 13 tahun baginda di Mekah, tiada satupun peperangan yang berlaku antara umat Islam dan musyrikin Mekah walaupun umat Islam ketika itu disiksa kerana penumpuan utama pada waktu itu ialah pembinaan saf.

Akan tetapi ada beberapa kes terpencil yang rasulullah membenarkan sahabat seperti Umar bertindak balas kerana Umar mempunyai kekuatan.

PAS juga berpendapat bahawa di Malaysia masih ada lagi ruang kebebasan bersuara untuk berdakwah walaupun tidak seluas mana.Keadaan masih terkawal dengan kita walaupun disekat, tetapi masih berupaya memberikan kefahaman Islam kepada rakyat terbanyak dan dengan kefahaman itu rakyat dapat membina saf pejuang-pejuang Islam.

Dalam masa yang sama PAS mengiktiraf perjuangan saudara kita di Palestin, Lubnan, Afghanistan, Chechnya dan di lain-lain tempat.Contoh yang boleh saya bawakan ialah ketika krisis di Palestin, PAS adalah antara pihak yang terawal yang mengambil tindakan membantu HAMAS.

Antaranya lagi apabila krisis di Lubnan mengikut laporan dari Dr.Hatta Ramli, PAS adalah gerakan Islam pertama sampai ke Beirut untuk berjumpa dengan Hizbullah bagi membincangkan soal bantuan yang ingin disalurkan.Bukan di luar Lubnan tetapi di dalam Lubnan yang ketika itu sedang dihujani dengan peluru.

Dr.Hatta juga melaporkan bahawa sumbangan PAS itu ialah sumbangan tunai pertama yang diterima oleh Hizbullah dari luar Lubnan.Hizabullah juga dilaporkan sedang menunggu kedatangan pejuang dari Indonesia tetapi sehingga kini belum kedapatan berita yang menyatakan bahawa pejuang-pejuang itu sampai.Sedangkan setahu saya perang sudahpun tamat.

Bukanlah ini untuk bermegah-megah tetapi sesekali sesuatu yang sukar terpaksa dilakukan demi untuk membetulkan salah faham.Abu Bakar juga mengatakan bahawa PAS mengabaikan jihad Qital tetapi inilah buktinya PAS amat menyanjung jihad Qital.

Kekurangan pengetahuan Abu Bakar tentang politik di Malaysia juga terserlah apabila dia tidak segan silu memuji Mahathir hanya kerana cadangan dinar emas Mahathir yang kelihatan bagaikan telah menjatuhkan kedudukan Amerika sehina-hinanya.

Mungkin benar cadangan Mahathir itu bagus tetapi itu baru diperingkat cadangan.Sedangkan Kelantan sudah hampir berjaya melakukannya jika tidak kerana halangan dari Pak Lah yang takut Kelantan disanjung diatas usaha itu.

Untuk pengetahuan Abu Bakar juga Mahathir pernah memenjarakan pejuang-pejuang Islam yang pergi berjuang di Afghanistan.Mereka semua ditangkap atas nama pengganas.

Dari Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) nama mereka ditukar kepada Kumpulan Militan Malaysia.Mungkin sekiranya Abu Bakar menjadi salah seorang dari ahli KMM dia juga akan dipenjara.

Mungkinkah Abu Bakar berbangga dengan penangkapan itu kerana masuk tahun ini sudah enam tahun mereka dinafikan hak untuk hidup sebagai seorang makhluk Allah yang bebas.Ditangkap tanpa bicara.Itulah yang telah dilakukan oleh Mahathir, pemimpin Islam yang disanjung oleh Abu Bakar.

Akhirnya saya dengan besar hati menjemput Abu Bakar untuk datang ke Kelantan dan melihat sendiri keadaan pemerintahan negeri dibawah PAS serta berdiskusi dengan alim ulamak PAS di Kelantan.Semoga Abu Bakar akan mendapat gambaran yang jelas tentang PAS di Malaysia.

Wallahua’lam

Monday, August 28, 2006

MB Perlis tak patut maki Najib dan Hishamudin
Petikan : Umno Reform

Saya sebagai salah seorang perwakilan Pemuda dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau hari ini ingin melahirkan rasa tidak puas hati dengan sebahagian isi kandungan ucapan yang dibuat oleh Menteri Besar Perlis Kasim selaku perasmi mesyuarat.

Datuk Seri Shahidan telah memperlekehkan kepimpinan Timbalan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak layak menjadi perdana menteri kerana lembek.

Beliau juga telah menghina ketua saya iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Hussien sebagai pondan dengan meniru gaya ucapan Datuk Seri Hishamudin.

Saya kesal kerana bagi saya sepatutnya beliau menggunakan kesempatan ucapannya untuk menaikkan semangat ahli pemuda bekerja menguatkan parti bukannya menghina mana-mana pemimpin parti.

Saya menggesa agar Datuk Seri Shahidan segera memohon maaf kepada kedua-dua pimpinan parti tersebut dan insaf untuk tidak mengulangi kebiadaban sebegitu lagi di masa hadapan.

Saturday, August 26, 2006

Untuk Renungan Bersama....
Kategori : Surat Pembaca
Saudara pengarang,
Saya mengambil gambar ini dalam Harakahdaily.Tiada apa yang istimewa dan saya berpendapat sememangnya saudara sudahpun mempunyai gambar ini.
Cuma saya ada sedikit coretan dan saya amat berbesar hati sekiranya saudara sudi untuk menyiarkan surat saya ini.Bukan sajak atau puisi.Terserah kepada saudara untuk mengkategorikannya.
Rupanya bukan orang dibawah sahaja yang takut bila digertak tapi orang yang diatas juga.
Memang begitulah manusia bila kuasa yang menjadi matlamat hidup rela dikorbankan prinsipnya.
Bukankah Tun Mahathir seorang negarawan yang begitu disanjungi suatu ketika dahulu?
Adakah kerana kebenaran yang ingin dia dedahkan yang menyebabkan jadi tak sebulu?

Siapa yang lebih teruk antara keduanya?Pak Lahkah? atau Mahathirkah?
Bukan.Kedua-duanya tidaklah seteruk mana tetapi penyokong yang tidak setia dan yang menikam belakanglah yang teruknya paling menyerlah.

Begitulah nasib seorang tua yang akhirnya diturunkan juga walau pernah berkuasa dahulu.
Sama seperti gambar yang diturunkan oleh penyokong kuatnya satu ketika dahulu.

Tetapi lumrah alam seperti roda.Akan berpusing sentiasa.Maka tunggulah pula pusingan kita bagaimana rupa jadinya

Terima Kasih Saudara Pengarang,

Nukilan Mat Thai
Padang Melangit


Terima Kasih kepada pengirim.Memang kami sudah mempunyai gambar ini tetapi nukilan saudara agak unik dan kami gembira dengan sumbangan saudara ini.Diharap agar dapat menyumbang lebih banyak bahan untuk kami siarkan pada masa akan datang.



Tentera Pengaman : Jangan jadi boneka Zionis
Oleh : Nikon
Kategori : Berita

Jejawi 25hb Ogos : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) agar tidak menghantar pasukan tentera pengaman yang hanya untuk dijadikan boneka rejim zionis.

Ketua DPPP YB Salehuddin Ayob juga menentang segala bentuk usaha untuk memaksa tentera Hizbullah melucutkan senjata mereka kerana itu semua menurutnya adalah tipu muslihat Israel dan sekutunya Amerika.

“Duduk sini kilat kasutpun dapat pahala,”ujarnya yang merujuk kepada tentera pengaman dari Malaysia jika sekiranya kehadiran mereka ke Lubnan hanya untuk menjadi boneka Yahudi.

Beliau menambah ketika mula-mula Israel menyerang Lubnan tiada apa-apa tindakan oleh Amerika.Tetapi setelah lebih sebulan peperangan yang menyaksikan Israel gagal maka sidang tergempar menamatkan perang diadakan.

Antara lain muslihat Yahudi ialah mereka cerita pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan Rafiq Hariri dilakukan oleh Syiria.Tetapi selang enam bulan selepas pengunduran tentera Syiria, mereka menyerang Lubnan.

Salehuddin yang begitu bersemangat berkongsi pengalaman beliau ketika di Lubnan dengan pendengar juga mendedahkan rahsia kejayaan Hizbullah ialah kerana mereka mengamalkan didikan Rasulullah dan sahabat dalam gerakan mereka.

Menurut perangkaan yang beliau perolehi,sebanyak 138 buah kereta kebal Israel musnah,lebih kurang 100 orang tentera Israel mati dan hanya tujuh tentera Hizbullah yang syahid setelah selesai perang.

“Rakyat Lubnan dapat melihat keikhlasan Hizbullah berjuang.Sebab itulah mereka mendapat sokongan padu,”kata beliau.

Keikhlasan perjuangan itu juga ditunjukkan oleh HAMAS di Palestin apabila dua ketua mereka Sheikh Ahmad Yaasin dan Dr.Abdul Aziz Rantisi, syahid ketika berjuang menentang Israel laknatullah.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan peta baru bagi kawasan Timur Tengah tetapi dengan syarat peta itu tidak mengandungi negara Israel.

Beliau juga mengecam pihak yang menyalah tafsirkan ungkapan “pengganas” yang bagi beliau ianya hanyalah mengikut kefahaman Israel dan Amerika dan bukan pengganas dalam ertikata yang sebenarnya.

“Kita ambil contoh “pengganas” yang telah British berikan kepada pejuang-pejuang di Tanah Melayu seperti Mat Kilau,tok Janggut dan Dato’ Maharaja Lela sehingga saya sendiri dahulu menganggap Tok Janggut itu jahat,”ujarnya lagi.

Friday, August 25, 2006

SEKITAR DEMONSTRASI KE 4 MEMBANTAH ISRAEL DAN AMERIKA DI MASJID KAMPUNG DARAT BESERI JUMAAT 25HB OGOS

AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Ust.Zolkharnain Abidin sedang memberikan ucapan


YDP PAS Padang Besar Hj Karim Mat Rejab juga hadir untuk memberikan kata-kata semangat


Terima kasih yang tak terhingga kepada anggota keselamatan yang mengawal keadaan

Antara jemaah yang mendengar ucapan dari pimpinan PAS Perlis


Beseri 25hb Ogos : Untuk kali keempatnya PAS Perlis mengadakan demonstrasi membantah kekejaman Israel dan sekutunya Amerika.Kali ini Masjid Kampung Darat Besri dipilih sebagai lokasi.

Memulakan ucapan ialah Ustaz Zolkharnain yang antara lain mengajak seluruh muslimin agar bersatu menentang kekejaman zionis.

Beliau akhirnya menyeru seluruh ummat Islam agar memboikot tiga produk yang nyata memberikan bantuan yang terbesar kepada zionis iaitu Coca Cola,Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Caltex.

Turut berucap pada demonstrasi itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar Haji Karim Mat Rejab.

Ketua Pemuda PAS Pusat Saudara Salehuddin Ayob yang dijadualkan hadir tidak dapat bersama kerana sedikit masalah.

Apapun terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan keselamatan Polis Padang Besar yang membantu melancarkan lagi perjalanan demonstrasi tadi.Semoga kerjasama seperti ini akan terus dapat dijalin pada masa akan datang.

Terima Kasih Polis dari kami DPP Kawasan Kangar



GAMBAR - GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN IJITMAK PAS PERLIS KALI KE 10


Jawatankuasa panitia Ijtimak ke 10 berbaris menunggu kedatangan perasmi Dato' Paduka Hj Husam Musa Naib Presiden PAS



Dato' Paduka Hj Husam Musa diiringi olehPesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin (terlindung) dan En.M.Ali Putih bagi upacara pemeriksaan barisan

Dato' Paduka Hj Husam Musa sedang memeriksa barisan Unit Amal PAS Perlis

Barisan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Perlis sedang bersalaman dengan Dato' Paduka Hj Husam Musa sebelum beliau menaiki pentas utama

Dato' Paduka Hj Husam Musa merasmikan Ijtimak PAS Perlis ke 10 sambil diperhatikan oleh Ketua Lajnah ICT PAS Perlis Saudara Bashir Ishak

Cenderahati sebagai ingatan tulus ihklas dari PAS Perlis yang disampaikan oleh Pengarah Ijtimak ke 10 PAS Perlis Saudara Hairy Hashim kepada Dato' Paduka Hj Husam Musa disaksikan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin

Kangar 24hb Ogos : Perasmian Ijtimak PAS Perlis ke 10 telah selamat disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Dato' Paduka Hj Husam semalam dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah.
Beliau yang segak berpakaian batik berwarna keemasan itu tiba untuk majlis perasmian pada pukul 10 malam dengan kereta dari Kota Bharu.
Sejurus tiba di perkarangan pentas utama beliau telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan AJK Badan Perhubungan PAS Perlis En.M.Ali Putih.
Selepas upacara menyanyikan lagu rasmi PAS dan pemeriksaan barisan,beliau diiringi oleh seluruh jawatankuasa induk panitia Ijtimak ke 10 menaiki pentas utama bagi upacara perasmian.
Selepas ucapan alu-aluan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengarah Ijtimak,Dato' Paduka Hj Husam kemudiannya merasmikan Ijtimak PAS Perlis ke 10 dengan menekan tetikus komputer untuk menayangkan klip video yang diterbitkan oleh Lajnah ICT Perlis.
Antara kandungan klip video itu ialah temubual dengan bekas pimpinan PAS Perlis yang ternyata masih bersemangat mengajak seluruh warga PAS untuk terus berjuang dalam perjuangan Islam sehingga ke akhir hayat.
Majlis perasmian malam tadi diakhiri dengan ceramah oleh Dato' Paduka Hj Husam Musa yang secara berani mengeluarkan fakta-fakta penyelewengan yang telah dilakukan Umno dulu dan kini.

Tuesday, August 22, 2006

IJTIMAK PAS PERLIS KE – 10

"ISLAM BERDAULAT RAKYAT SELAMAT"

PADA :
23 HB OGOS 2006 – 27 HB OGOS 2006

TEMPAT :
MADI , JEJAWI DALAM , PERLIS


ATURCARA :

RABU 23HB OGOS :
8.30 Pagi Hingga 12.30 Tengahari : Motivasi Bersama Kumpulan Nasyid In Team
di MADI . Pendaftaran RM 20
9.30 Malam : Konsert Kesenian Islam Bersama In – Team

dan Pelajar SAR


KHAMIS 24HB OGOS :

7.25 Malam : Solat Maghrib Berjemaah Dan Solat Hajat
9.15 Malam : Majlis Perasmian Ijtimak Oleh Dato’ Paduka

Hj Husam Musa (Naib Presiden PAS) dan Ceramah
Besama Ust.Hashim Jasin PJ PAS Perlis

JUMAAT 25HB OGOS :

Pagi : Pameran dan Ekspo Perdagangan Islam ,Taman
Selera Muslimat.
10.00 Pagi : Kuliah Pagi Jumaat Oleh Ust.Suid Din (Ketua Dewan

Ulamak PAS Perak)
1.25 Tengahari : Solat Jumaat dan Demonstrasi di Masjid Al-Ehsan Kg.

Darat Beseri Bersama YB Solahuddin Ayob (Ketua
Pemuda PAS Pusat)
9.00 Malam : Persembahan Pelajar SAR
9.30 Malam : Ceramah Perdana oleh Dato’ Hassan Ali (Naib

Presiden PAS dan Solahuddin Ayob (Ketua Pemuda
PAS Pusat)


SABTU 26HB OGOS :

6.00 Pagi : Kuliah Subuh di MADI oleh Ust.Suid Din (Ketua Dewan
Ulamak PAS Perak)
8.00 Pagi : Sukan Kepemudaan 7 Sebelah Sepasukan dan Futsal

Remaja,Sukaneka PASTI,
Pertandingan Mewarna,Tarik Tali dan Pemeriksaan

Kesihatan Percuma
9.00 Malam : Ceramah Perdana Oleh Ybhg Dato’ Dr Haron Din

(Timb. Mursyidul Am PAS)
Bersama Sdr. Saifuddin Nasution


AHAD 27HB OGOS :

9.00 Pagi : Sukan Kepemudaan 7 Sebelah Sepasukan dan Futsal
Remaja,Pameran dan Ekspo Perdagangan Islam
Taman Selera Muslimat dan Perubatan Darul Syifa’
3.00 Petang : Himpunan Hari Badan Kebajikan PAS Perlis
8.00 Malam : Makan Malam Bersama Mursyidul Am PAS
9.30 Malam : Ceramah Perdana oleh YAB Tuan Guru Nik Abd. Aziz

Nik Mat (Mursyidul Am PAS),YB Dato’ Harun Taib
(Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat) dan Sdr. Azmil
Mustaffa (Bekas Pelakon dan Penyanyi)


DATANGLAH BERAMAI – RAMAI BERSAMA KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI UNTUK MEMERIAHKAN LAGI IJTIMAK PAS PERLIS 2006 / 1427

Friday, August 18, 2006

JKKK kutip komisyen projek : Guru kencing berdiri murid kencing berlari
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Jejawi : Sikap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) yang mengenakan komisyen terhadap kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan kampung boleh disifatkan sebagai guru kencing berdiri murid kencing berlari .

Laporan akhbar baru – baru ini menyiarkan larangan Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim JKKK di Perlis mengenakan komisyen terhadap kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan kampung .

Shahidan juga dipetik sebagai berkata jika kontraktor itu ikhlas menghulurkan sumbangan , ianya sepatutnya diumumkan kepada seluruh penduduk kampung dan bukannya dilakukan secara tersembunyi .

“JKKK kutip pasal yang atas juga kutip . Jadi kalau nak suruh JKKK berhenti , orang atas kena berhenti dulu,” ulas ustaz Zolkharnain Abidin Exco Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui .

Menurutnya ini menunjukkan rasuah sudah diperingkat yang teruk dan ianya wajib dihapuskan dari golongan atasan hingga kepada akar umbi supaya negara selamat dari kerosakan akibat rasuah ini .

Pimpinan juga bagi beliau mesti dilihat bersih oleh orang bawahan dari semua segi baik dari penampilan zahir mahupun yang lebih utama batin iaitu hati .

“Kalau tidak semua orang akan ambil kesempatan nak bolot komisyen projek kerajaan . Atas sapu bawahpun sapu ,” katanya .

Sementara itu ketika diminta mengulas tentang Majlis Perbandaran Kangar ( MPK ) yang disita kerana melanggar kontrak baru – baru ini beliau secara spontan menjawab “bodoh” .

“Selama ini Shahidan tuduh Kelantan tak ada pembangunan dan tak pandai perintah . Tapi tak satupun pejabat Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di Kelantan yang kena sita . Siapa yang tak pandai perintah sekarang ? soal beliau .

Campurtangan politik punca pengurusan MPK berkecamuk
Oleh : Bashir Ishak
Petikan Harakahdaily


KANGAR, 17 Ogos - Kejadian Majlis Perbandaran Kangar (MPK) disita semalam menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai, sama ada pemimpin politik mahupun masyarakat. Rata-rata menganggap kejadian ini amat memalukan dan menjatuhkan imej negeri Perlis.

Semalam, MPK disita selama dua minggu berikutan kegagalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut melunaskan ganti rugi termasuk faedah dan kos sebanyak lebih RM6 juta kepada sebuah firma pemaju perumahan.

Sebelum ini Buletin Utama TV3 menyifatkan kejadian ini sebagai suatu yang di luar kebiasaan apabila PBT disita.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin berpendapat campurtangan politik yang berlebihan menjadikan pengurusan MPK berkecamuk.

"Apabila berlakunya campur tangan politik, maka banyak peraturan yang ditetapkan dilanggari. Banyak benda tak dapat dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

Beliau berharap agar satu kaedah penyelesaian segera dicari agar MPK dapat berfungsi sebagi sebuah PBT yang berkesan memandangkan sumber utama kewangan mereka bergantung kepada kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab mencari sumber kewangan untuk MPK agar kejadian seperti ini tidak berulang," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat Perlis, Nordin Johan menyifatkan kejadian ini sebagai amat memalukan.

Katanya, beliau kesal dengan kejadian ini serta hairan mengapa sebuah PBT yang sepatutnya berfungsi menaikkan imej negeri Perlis boleh dikenakan tindakan sedemikian.

Nordin meminta agar pihak pengurusan MPK dan kerajaan negeri dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kejadian ini.

"Imej kerajaan negeri dan Menteri Besar kini berada di tahap paling rendah. Mereka perlu mengambil tanggungjawab untuk memulihkan semula imej yang tercalar," tegasnya.

Abang Din, seorang peniaga yang ditemui melahirkan rasa terkejut apabila mendengar berita ini dan menganggap kejadian sebagai dunia sudah terbalik.

"Biasanya mereka yang menyita orang, tapi kini mereka pula disita," katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak mahu namanya disiarkan menyeru agar satu rombakan dibuat ke atas pengurusan MPK.

"Perlis adalah negeri dalam bandaran atau dalam erti kata lain seluruh Perlis adalah di bawah jagaan MPK, jadi sewajarnyalah mereka mempunyai satu sistem pentadbiran yang berkesan," katanya yang juga seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi.

Manakala seorang imam masjid di Simpang Empat yang ditemui pula berpendapat bahawa pentadbiran MPK dilihat tidak berwibawa di samping tidak mempunyai perancangan yang baik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan mereka.

Katanya lagi, MPK perlu mempunyai misi dan visi jangka panjang yang tersusun untuk menambahkan kantung mereka di samping muncul sebagai satu PBT yang berkualiti.

Tuesday, August 15, 2006

Memalukan! Majlis Perbandaran Kangar disita

Memalukan...pintu utama bangunan MPK telah disita untuk memboleh pihak bailif membuat pemeriksaan inventori.

Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 15 Ogos - Gempar dan memalukan! Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hari ini disita dengan perintah mahkamah tinggi setelah gagal menjelaskan tuntutan pemiutang sebanyak lebih RM6 juta.

Perintah tersebut dikeluarkan selepas mahkamah telah memutuskan tuntutan sebuah syarikat pemaju, Sonati Development Corporation Sdn Bhd (Sonati) perlu dibayar oleh MPK sebanyak RM4,223,473.06 serta faedah sebanyak 8 peratus setahun sebanyak RM2,127,301.71.

Sonati telah dilantik oleh MPK untuk menguruskan pembangunan sebidang tanah MPK di Padang Besar, namun kontrak mereka telah ditamatkan separuh jalan.

Sonati telah mengemukakan tuntutan di mahkamah dan pada 4 Februari 2005, Hakim Dato' Hassan Lah telah memutuskan tuntutan liabiliti ke atas MPK dan gantirugi ditaksirkan oleh pendaftar.

Pada 1 Jun lalu, pendafttar telah mentaksirkan jumlah gantirugi sebanyak RM4,223,473.06 perlu dibayar oleh MPK beserta faedah dan kos sejak 14 April 2000.

Setelah gagal menjelaskan tuntutan tersebut, maka pada 8 Ogos lalu, mahkamah telah mengarahkan satu writ pelaksanaan.

Hari ini, atas arahan mahkamah kakitangan MPK diminta mengosongkan bangunan mereka. Pada jam 12.15 tengahari, pintu utama bangunan MPK telah disita untuk memboleh pihak bailif membuat pemeriksaan inventori.

MPK diberi masa selama 14 hari untuk menjelaskan tuntutan plaintif dan sekiranya mereka gagal, segala hak milik MPK akan dirampas dan dilelong.

Pihak peguam yang mewakili Sonati menjelaskan bahawa sehingga hari ini belum ada sebarang tawaran penyelesaian daripada MPK.

Bagaimanapun, atas persetujuan bersama, operasi MPK akan berjalan seperti biasa esok

Forum Ehwal Islam memalukan!

Kelihatan lebih banyak kerusi berbanding hadirin yang ada untuk mendengar syarahan yang disampaikan oleh penceramah undangan.Darul Sunnah,Piala Malaysia mengatasi majlis ilmu.
Petikan Harakahdaily
KANGAR, 14 Ogos - Memalukan! Begitulah komen orang ramai yang hadir ke majlis Forum Ehwal Islam sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis malam minggu lalu.

Hanya sekitar 45 orang termasuk ahli panel dan jemputan khas yang menghadiri program tersebut yang diadakan di Dewan Kapitol, Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).
Yang menghairankan ialah mengapa program tersebut diadakan di situ sedangkan semua program lain termasuk ekspo dan pameran diadakan di pekarangan Stadium Utama, Kangar.
Pada malam tersebut, pentas utama di tapak ekspo tidakpun digunakan, sekaligus menimbulkan tanda tanya mengapa forum diadakan di dewan yang terletak dua kilometer dari situ.
Setidak-tidaknya, jika diadakan di tapak ekspo, ianya akan menarik lebih ramai pengunjung yang hadir ke gerai makanan dan pameran.

Tinjauan Harakahdaily mendapati gerai makanan di tapak ekspo masih sesak dengan orang ramai pada jam11 . 30malam.
Seorang pengunjung tapak ekspo yang ditemui menganggap ini sebagai satu langkah kurang bijak lebih-lebih lagi proram ini dianjurkan oleh kerajaan negeri.
Panel jemputan forum pada malam itu tersebut ialah Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Dato' Dr Mohamed Yusoff Hussain dan Ustazah Nazrah Yusof dari Institut Perguruan Darul Aman.
Turut hadir ke forum bertajuk "Pertanian Adalah Perniagaan" itu ialah Exco Pertanian Perlis, Dato' Abu Bakar Ismail.
Lebih mengaibkan apabila urusetia forum sendiri tidak mengendahkan program yang sedang berjalan di dalam dewan.
Mereka lebih berminat untuk berada di kedai kopi di luar dewan sambil menonton perlawanan bola sepak di televisyen, perlawanan Piala Malaysia antara Perlis dan Terengganu.
Pihak penganjur yang menyediakan minuman air mineral dan roti untuk orang ramai nampaknya tidak luak sedikitpun kerana proram yang tidak mendapat sambutan.

Sunday, August 13, 2006

ISA : Mahathir jangan lepas tangan
Oleh : Nikon
Kategori : Berita

Kangar : Kisahnya bermula dengan perbalahan antara MCA dan Umno . MCA seperti mencabar ketuanan Melayu . Umno kemudiannya melalui Ketua Pemudanya ketika itu , Dato’ Najib Tun Razak menyatakan kemarahan mereka .

Setelah berperang mulut , cabar mencabar sesama mereka maka pada Oktober 1987 seramai 111 orang telah dikenakan tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dalam “ Operasi Lalang ” .

Sebahagian yang ditangkap ialah ahli politik dari parti pembangkang seperti PAS dan DAP juga beberapa ahli dari Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO ) . Manakala ada juga dari Umno dan MCA .

Pada tahun 1988 pula setelah berlaku kekecohan di Madrasah Darul Ulum Pokok Sena Kedah , maka ISA sekali lagi digunakan atas alasan keselamatan . Kali ini nama “ Operasi Kenari ” digunapakai .

Itulah antara kisah yang diceritakan oleh Ustaz Sidek Noor , bekas tahanan ISA ketika ditemui selepas kuliah bulanannya di sini malam tadi .

Beliau meminta Tun Mahathir agar tidak menafikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) sememangnya disediakan untuk musuh politik beliau ketika beliau berkuasa dahulu .

Dalam “ Operasi Kenari ” pada tahun 1988 , Ustaz Sidek Noor berkata beliau dan rakan – rakan ditahan atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan pada masa itu .

“ Tapi yang ditanya semasa soal siasat ialah soal politik . Bukannya apa yang mereka tuduh ,” ujar bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Perak itu .

Mereka cuba nak lemahkan pegangan politik kami dengan soalan – soalan mereka ,” jelas beliau lagi .

Tun Mahathir baru – baru ini dalam satu sesi soal jawab telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah menahan sesiapa dibawah ISA kerana sebab –sebab politik .

Kenyataan beliau juga disangkal oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan menyifatkan Mahathir sebagai mempunyai ingatan yang selektif dan juga mengalami daya ingatan yang rosak .

Ustaz Sidek juga mendakwa bahawa apabila bermulanya zaman pemerintahan Mahathir , maka ketika itulah perlahan –lahan ketua - ketua kampung memainkan peranan seperti ketua - ketua Umno .

Ini menurutnya lagi amat berbeza dengan corak pemerintahan dizaman perdana menteri sebelumnya yang memberikan peluang sama rata tidak kira apa pegangan politik rakyat .

Operasi Lalang menurutnya , jelas menunjukkan ISA memang untuk musuh politik Mahathir yang mana perbalahannya antara Umno dan MCA , tetapi ahli politik PAS dan DAP yang ditangkap .

Beliau menyifatkan Mahathir sekarang dalam cubaan untuk melepaskan dirinya yang ketika ini dilihat agak tersepit dengan isu perbalahan dengan Pak Lah .

“ Dia cuba nak bersihkan diri setelah 22 tahun pemerintahannya yang selalu guna ISA untuk kepentingan politik ,” ujarnya yang kematian ibunya ketika dalam tempoh tahanan ISA .

Thursday, August 10, 2006

Ceramah Mohamad Sabu gempur kubu Umno

Petikan Harakahdaily
ARAU, 10 Ogos - PAS berjaya menggempur kubu Umno di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji dengan kehadiran lebih seribu orang ke majlis ceramah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu malam semalam.

Kampung Jelempok yang dikenali sebagai kubu Umno di sini menyaksikan orang ramai datang untuk mendengar amanat dan penjelasan isu semasa pimpinan PAS, sekaligus menyuntik semangat baru untuk menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-12.

Selain Mohamad Sabu, turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan Yang DiPertua PAS Arau, Ustaz Ahmad Ali.

Kawasan markas PAS Jelempok yang sempit tidak menghalang orang ramai bersesak-sesak termasuk di celah-celah rumah penduduk kampung dan di atas jalan raya untuk mendengar ceramah.

DUN Guar Sanji pernah dimenangi PAS pada PRU 10 tahun 1999. Pada masa itu, Ustaz Ahmad Ali telah menewaskan calon Umno/BN dengan majoriti 603 undi.

Namun pada PRU ke-11, beliau tewas dengan majoriti tipis, 145 undi.

Kini Majlis Tindakan DUN (MTD) Guar Sanji sedang menyusun langkah baru ke arah menghadapi PRU ke-12 termasuk menyiapkan sebuah Markas MTD yang bakal menjadi pusat pentadbiran baru mereka.

Wednesday, August 09, 2006

Larang ahli hadiri ceramah Tun Dr. M : Umno takut ahli faham isu semasa

Oleh Wartawan Harakah
PADANG BESAR, 9 Ogos - Langkah tiga sayap Umno Bahagian Padang Besar yang tidak mahu ahli merekamenghadiri program ceramah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijadualkan di Beseri pada 26 Ogos ini jelas menujukkan tiadanya amalan demokrasi dalam parti tersebut.

Setiausaha PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Yahya Ahmad menyifatkan Umno tidak mempunyai sifat keterbukaan sehingga sanggup mengongkong ahli mereka sedemikian.

"Sebagai parti yang sudah lama memerintah, mereka sepatutnya bersifat lebih matang dan terbuka, apatah lagi yang itu adalah orang lama parti yang dahulunya mereka sanjungi. Tambahan pula Tun Mahathir masih lagi ahli Umno," katanya.

Media minggu lalu melaporkan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Besar menasihatkan ahlinya agar tidak menghadiri program ceramah Tun Mahathir.

Alasan yang diberikan ialah tidak sesuai diadakan ketika ini kerana khuatir pihak tertentu mengambil kesempatan untuk kepentingan politik mereka termasuk di kalangan parti pembangkang.

Ustaz Yahya melihat ketiga-tiga sayap Umno itu cuba menghalang ahlinya daripada hadir ke majlis tersebut kerana takut mereka mengetahui isu-isu yang bakal disebut oleh Tun Dr Mahathir.

"Banyak isu yang ditimbulkan Tun Mahathir sejak kebelakangan ini menjadikan pimpinan Umno gusar. Jadi mereka tak mahu ahli di peringkat bawah tahu. Ini belum dengar dah sekat, mana ada demokrasi?,"tambahnya.

Katanya lagi, PAS Perlis bergerak di atas kekuatannya sendiri dan bukan hanya bergantung kepada isu semata-mata.

"Kita tidak terlibat langsung dalam masalah dalaman Umno dan tidak pernah menangguk di air yang keruh," tegasnya

Demo anti Israel kali ke 2

Kami bantah!!!

Bendera Israel dan Amerika dibakar tanda protes


YB Ustaz Hashim menyampaikan ucapannya

KANGAR - Umat Islam di Perlis terus melahirkan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis-Israel ke atas umat Islam di Lubnan dan Palestin dengan mengadakan tunjuk perasaan di perkarangan Masjid Alwi dekat sini Jumaat lalu.

Perhimpunan aman yang diterajui oleh PAS Perlis ini disertai sekitar 400 orang yang terdiri daripadajemaah masjid yang baru selesai mengerjakan solat Jumaat.

Turut serta ialah Muslimat PAS yang sedia menunggu dari awal dan berberapa orang wakil dari Hizbut Tahrir Perlis.

Majlis ringkas ini menyaksikan hanya dua orang pimpinan PAS Perlis dibenarkan berucap, sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak polis.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin memulakan ucapannya disusuli ucapan dari Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Ustaz Hashim menegaskan bahawa kekejaman Israel yang disokong oleh Amerika dan Britain sebagai sekutu kuat mereka adalah merupakan satu kemunkaran yang besar.

"Mana lagi lebih besar munkar dan maksiat apabilamereka membunuh manusia dengan kejam dan kita yang mengaku sebagai Islam perlu melahirkan bangkangan dan tidak guna menjadi seorang Muslim dan duduk senyap tanpa berbuat apapun," katanya.

Katanya lagi, tunjuk perasaan seperti ini adalah untuk membangkitkan semangat dan roh syariat di kalangan umat Islam dan ianya akan terus diadakan.

"Saya menyeru semua umat Islam dan rakyat negara initak kira bangsa dan agama, marilah kita bersatu pada saat ini untuk melahirkan rasa benci dan tidak senang kita dengan suasana dan keadaan yang ada di sana dan terus berdoa kepada Allah. Inilah usaha kita yang sedikit dari kita di sini," serunya sambil disambut dengan laungan Allahu Akbar.

Tuesday, August 08, 2006

Kerajaan pinggirkan agama punca pesakit abaikan solat
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Kangar : Kajian yang menyatakan hanya 10 hingga 15 peratus sahaja pesakit di hospital – hospital kerajaan yang menunaikan kewajipan solat membayangkan satu keadaan yang amat menyedihkan bagi umat Islam .

“Pendedahan oleh Jakim itu sebenarnya adalah hasil dari pemikiran kerajaan yang menganggap program – program agama adalah racun ,” demikian pandangan Setiausaha PAS Kawasan Kangar Ustaz Yussainee Yahya .

“Sebaliknya program – program yang berunsurkan maksiat dianggap sebagai penyegar minda masyarakat kita dan dibangunkan dengan bersungguh – sungguh oleh kerajaan ,” tambah beliau lagi .

Dalam Utusan Malaysia baru – baru ini , dinyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ) bersedia untuk menempatkan lebih ramai pegawai agama di hospital – hospital kerajaan .

Menurut Ketua Pengarahnya , Datuk Mustafa Abdul Rahman rancangan itu bertujuan untuk memberi khidmat nasihat kepada pesakit seperti panduan dan cara menunaikan solat ketika sakit .

Mustafa juga dipetik sebagai berkata selebihnya kalau ada “iman yang kuat” mereka ( pesakit ) akan solat selepas sembuh .

Ustaz Yussainee berpendapat yang kerajaan atau Jakim sepatutnya sudah lama memikirkan perkara ini demi kepentingan Islam kerana bagi beliau kaunseling agama lebih berkesan berbanding ubat .

Walaupun kajian ini hanya tertumpu kepada responden di empat buah hospital , sahaja tetapi menurut Yussainee ianya tidak bermakna hospital lain selamat . Malah dibimbangi statistiknya semakin teruk .

Baginya , mubaligh kristian lebih kehadapan dalam soal ini . Mereka bijak memanipulasikan keadaan dengan kurangnya perhatian dari kita sendiri terhadap pesakit – pesakit itu .

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis itu lagi , bukan sahaja ramai yang tidak tahu ataupun tidak mahu sembahyang , tetapi ada juga kes yang mana bapa tidak tahu bagaimana hendak azankan anak .

Beliau menyeru kepada kerajaan agar memulakan langkah untuk menitikberatkan agama dalam kehidupan rakyat agar rakyat tidak tenggelam dalam arus pembangunan yang terpesong .

“Bukan sahaja pesakit hospital tetapi juga tetapi Jakim juga kena tengok kakitangan dan pegawai kerajaan yang tak mahu atau tak reti solat . Kerajaan kena didik mereka ini ,”ujarnya .

Monday, August 07, 2006

DIDIK ANAK FAHAMI FALSAFAH SOLAT

Oleh Wartawan SEDAR
BESERI - Pendidikan solat untuk anak-anak perlulah juga mencakupi kaedah memahami falsafah solat agar menjadi bekal untuk kehidupan mereka.

"Dengan memahami falsafah solat yang boleh dijadikan contoh untuk amalan dalam kehidupan, maka anak-anak tidak akan terpesong daripada landasan sebenar yang dituntut oleh Islam," jelas Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang program Smart Solat yang dilancarakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini.

Ustaz Adnan menganggap program ini amat baik dan perlu diteruskan. Namun baginya kaedah pengajaran solat itu perlu diberi penekanan unsur-unsur pemahaman falsafah solat dan juga keadah solat yang betul.

"Jangan mengajar dan menyuruh anak-anak solat kerana takutkan ibubapa sebaliknya mereka perlu tahu untuk apa dan kepada siapa solat itu didirikan. Cara begini barulah mereka dapat mendirikan solat dengan sempurna," katanya.

Selain itu, Ustaz Adnan juga melihat pendidikan tentang falsafah solat juga dapat membawa seseorang itu memahami dan memperjuangkan matlamat hidup seperti yang digariskan oleh Allah SWT.

"Contoh paling mudah, dalam solat kita perlu ikut imam dan bila imam itu silap boleh ditegur dengan "SubhanAllah" atau kita mufarrakah. Begitu juga dalam kehidupan kita di dunia. Imam ibarat pemimpin. Boleh ditegur atau dipinggirkan jika tidak betul," tambahnya lagi.

Thursday, August 03, 2006

Pengumuman : Jom Demonstrasi bantah kekejaman Israel


Perhimpunan aman membantah kekejaman Zionis-Israel serta sekutunya Amerika dan Britain

Pada hari Jumaat
Tarikh : 4 Ogos 2006
Tempat di Masjid Alwi, Kangar
Masa: Selepas solat Jumaat.
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke perhimpunan aman ini .
Jangan takut jangan bimbang. Ada PERMIT.

Wednesday, August 02, 2006

Mahkamah gempar pensyarah mengamuk
Petikan Berita Harian

KANGAR: Mahkamah Syariah di sini kecoh semalam apabila seorang pensyarah wanita tiba-tiba ‘mengamuk’ dengan membaling kasut terhadap seorang lelaki dipercayai suaminya yang menghadapi tuduhan berkhalwat dengan pelajarnya.

Wanita berusia 30-an yang mengikuti perbicaraan kes itu, turut mengeluarkan kata kesat terhadap suaminya, juga pensyarah maktab perguruan di sini selepas mahkamah menjatuh hukuman ke atas pasangan berkenaan.

Selain membaling kasut, wanita itu juga bertindak membuka tudung dan membaling ke muka suaminya.

Anggota polis dan pegawai mahkamah terpaksa campur tangan untuk mententeramkan keadaan.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Zulhairi Abdul Aziz, menjatuhkan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan penjara ke atas pensyarah itu, Ahmad Razali Abdul Malik, 46, selepas didapati bersalah berkurung dengan seorang wanita bukan muhrim.

Pasangannya, Azira Saironi, 25, seorang pelajar maktab pula dikenakan hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991.

Azira berasal dari Banting, Selangor, manakala Ahmad Razali pula dari Alor Star, Kedah dan menetap di kuarters kakitangan maktab berkenaan.

"Perbuatan kamu ini (tertuduh) menjejaskan kredibiliti seorang pensyarah dan memalukan majikan kamu," kata Zulhairi ketika menjatuhkan hukuman ke atas pensyarah muzik itu.

Pegawai Pendakwa Syariah, Shamsul Akmar ketika membentang fakta kes berkata, pasangan itu dijumpai berkurung dalam bilik amali muzik di maktab berkenaan ketika ditahan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Beliau berkata, tiga pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) yang menjalankan siasatan di maktab mendapati ada satu pasangan berkurung dalam bilik muzik yang berkunci.

"Selepas memberi salam, seorang lelaki berpakaian lengkap mengambil masa beberapa minit untuk membuka pintu bilik muzik dan seorang wanita berpakaian lengkap didapati sedang bersembunyi di bawah piano.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menjumpai dua seluar dalam dipercayai milik pasangan terbabit terselit di atas peralatan muzik," katanya.

Ahmad Razali dalam rayuannya meminta hukuman ringan.

"Saya amat menyesal atas perbuatan ini dan tidak pasti kedudukan kerjaya saya sebagai pensyarah selepas keputusan kes khalwat ini," katanya.

Hukuman denda ke atas pensyarah dan anak muridnya itu dibayar oleh seorang lelaki dipercayai kenalan mereka berdua.

Tuesday, August 01, 2006

PAS Perlis contohi skim wakaf Universiti al-Azhar

Oleh Wartawan Harakahdaily

ARAU, 1 Ogos - Sistem wakaf yang telah lama dipraktikkan di Universiti Al-Azhar, Mesir akan dijadikan sebagai contoh oleh PAS Perlis bagi mentadbir institusi pendidikan tajaannya.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin berkata demikian dalam ucapannya di majlis pelancaran Skim Infaq Jariah untuk Institusi Pendidikan MADI dan Pengurusan Jemaah di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam dekat sini Ahad lalu.

Katanya, Universiti Al-Azhar dapat bertahan lama dengan sumbangan zakat, infaq jariah atau wakaf daripada umat Islam di seluruh dunia, jadi PAS Perlis juga mahu mendidik para ahlinya untuk bersama-sama ke arah itu.

PAS Perlis kini mentadbir sebuah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah yang mula beroperasi sekitar awal tahun 1990-an.

"Institusi pendidikan yang kita bina ini bukan untuk sepuluh tahun atau 20 tahun, sebaliknya kita mahu ianya kekal selama-lamanya dan kini kita sediakan satu ruang untuk orang ramai mencari bekal dunia untuk akhirat," katanya.

Skim Infaq Jariah tersebut adalah untuk menampung pembelian tanah bendang seluas 4 1/2 relung atau hampir140 , 000kaki persegi bernilai RM100,000.00.

Hasil bendang ini akan digunakan untuk membiayai institusi pendidikan PAS Perlis dan juga urusan jemaah yang lain.

Majlis pelancaran skim itu telah disempurnakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

Untuk menyertai skim ini, orang ramai boleh menghubungi talian 04 -961836.

PAS Perlis lancar Skim Infaq Jariah

oleh Wartawan Harakahdaily
ARAU, 1 Ogos - PAS Perlis telah melancarkan Skim Infaq Jariah untuk Institusi Pendidikan MADI dan Pengurusan Jemaah Ahad lepas.

MADI adalah singkatan kepada Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiyah yang merupakan sebuah sekolah menengah tajaan PAS Perlis yang ditubuhkan pada tahun 1992 di Kampung Jejawi Dalam dekat sini.

Majlis pelancaran skim tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

Skim tersebut adalah untuk membiayai institusi pendidikan PAS yang merangkumi MADI dan dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Islam (SRI) at-Taqwa di Beseri dan SRI Al-Furqan di Padang Siding.

Di samping itu, skim ini juga akan digunakan untuk membiayai urusan jemaah yang lain.

Majlis pelancaran tersebut berlangsung sejurus selepas Dr Haron selesai menyampaikan kuliah maghrib bulanannya di Balai Islam MADI pada malam tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau memperingati para jemaah agar bersedia mengeluarkan infaq atau derma untuk perjuangan di jalan Allah.

"Mengeluarkan infaq ini boleh menghilangkan penyakit hati yang dipanggil "hubbuttamalluk" atau sayangkan harta benda," katanya kepada hampir 500 orang jemaah yang hadir.

Sebelum mengakhiri ucapannya dan merasmikan skim infaq, beliau juga menyeru para jemaah untuk bersegera untuk membelanjakan harta benda ke jalan Allah.

"Jangan menunggu sehingga hampir kepada ajal baru nak bersedekah," katanya sambil menghuraikan ayat 10 dan11 , Surah Al-Munafiqun.
Lebih RM13,000. 00 telah berjaya dikutip daripada jemaah yang hadir pada malam itu.
Sokong KBS untuk atasi masalah remaja
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita
Kangar 31hb Julai : Pemuda PAS pada dasarnya sangat bersetuju dengan rancangan Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) untuk turun padang bagi menangani masalah remaja yang semakin parah .

PAS akan sentiasa menyokong perkara baik walaupun perkara itu datang dari musuh . Demikian antara kenyataan Pemangku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ustaz Ahmad Yahya .

Laporan akhbar baru – baru ini menyiarkan cadangan KBS untuk turun padang bersama Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dalam usaha mencegah masalah sosial yang semakin membimbangkan di sekitar ibukota .

Menterinya Datuk Azalina Othman Said berkata kerjasama dengan PDRM itu akan dimulakan seawal mungkin melalui satu konvensyen khas bagi membincangkan isu – isu yang berkaitan dengan golongan itu .

Ustaz Ahmad mencadangkan agar program yang dirancang KBS , dijalankan secara lebih bersepadu iaitu bukan sahaja mencegah tetapi pengisian rohani dan pembinaan ilmu agama juga ditekankan .

“Kita tidak mahu program ini jadi seperti satu pihak ingin membaja pokok tetapi dalam masa yang sama racun juga ditabur untuk matikan pokok itu oleh pihak lain ,” ujarnya .

Beliau yang juga Setiausaha Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat memberikan contoh cadangan Menteri Pelancongan baru - baru ini untuk membenarkan disko dibuka sehingga lima pagi .

“Ibarat orang sakit nak rawat orang sakitlah . Sendiri tak sembuh , nak rawat orang lain . Mereka tiada keseragaman . Satu nak baik , satu nak rosak ,” sindir beliau .

Ini jelas beliau , menunjukkan kepincangan kerajaan dalam memilih menteri yang berkaliber untuk menjalankan tanggungjawab bukan sahaja kepada negara tetapi jauh lebih penting kepada Allah .

Apabila ditanya tentang cadangan untuk menjenamakan semula Program Rakan Muda beliau menganggap ianya tidak lebih kepada bisnes kepada kroni sepertimana Program Khidmat Latihan Negara ( PLKN ) .

Kerana bagi beliau , sekiranya nama sahaja ditukar tetapi pengisian program tetap seperti dahulu , maka tiada makna penjenamaan semula itu .

Akhir sekali beliau berharap cadangan ini tidak hanya tinggal cadangan sahaja ataupun ianya ( perlaksanaannya ) menyimpang dari niat asal yang baik itu .

“Kami sokong , tapi kalau boleh program itu tidak menjadi seperti Program Enam Jahanam anjuran Agensi Dadah Kebangsaan ( ADK ) yang nak hapus dadah guna artis .

Yang mana artis juga tak kurang jumlahnya dicekup kerana dadah . Niat dah cantik tapi perlaksanaannya tak betul ,” tegas beliau