Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, December 31, 2011

Our Malaysians of the year: A lawyer, a whistle-blower, undergraduates and a civil servant

KUALA LUMPUR Dec 31 - The dissent and demand for accountability shown by the Malaysian public has been greater in 2011 than at any time in recent history.

And that is why The Malaysian Insider has chosen as its Malaysians of the Year a lawyer a whistle-blower s undergraduates and a civil servant.

They are Bersih 2.0 chairman Datuk Ambiga Sreenevasan the undergraduates pushing for academic freedom the unnamed National Feedlot Corporation NFC whistle-blower s and Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang.

While many other personalities also made the headlines this year we believe that these four represent the impact of a Malaysia that is evolving into a society that no longer believes what it is told.

Regardless of political affiliation of whether we support Barisan Nasional BN or Pakatan Rakyat PR or neither Malaysians more than ever are taking ownership of their own country Here are the four we feel best represents the changes our country has seen Datuk Ambiga Sreenevasan.



READ MORE.....

Kunjungan Pemuda PAS DUN Rhu Rendang

Pemuda PAS Perlis baru-baru ini menjadi tuan rumah kunjungan dar Pemuda PAS UPU Seberang Marang, DUN Rhu Rendang dari Kawasan Marang. Mereka singgah ke Kompleks PAS Perlis dalam perjalanan pulang dari Langkawi.


Sembang santai
Pengerusi DACS Perlis menerima cenderahati

Bergambar kenangan

Bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyampaikan hadiah cabutan bertuah di program santai BBQ Anak Muda anjuran Pemuda PAS Padang Besar di DUN Santan baru-baru ini.

Ke arah politik pembaharuan, tinggalkan politik usang Umno-BN

KANGAR - Budaya politik lama yang berakar umbi di dalam Umno-BN menjadikan mereka saling bersaing untuk menduduki takhta pemerintahan negeri sehingga menjadikan Perlis terus berada pada takuk lama, kata Timbalan Pesuruhajaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir.

Menurutnya, rakyat Perlis kini memerlukan suatu budaya politik baru yang lebih te
rbuka dan efisien.

"Percaturan politik yang sentiasa membelahi golongan pemerintah kepada kem-kem tertentu sudah terlalu lama membudaya sejak zaman Tan Sri Sheikh Ahmad sehingga ke hari ini. Apa yang dilihat pola politik kelompok telah mendasari perjalanan politik negeri.

"Sebagai contoh, pentadbiran politik yang telah lama dan tepu ini tidak akan mampu menggilap dan memajukan potensi Perlis sebagai sebuah yang terletak di dalam kawasan segi-tiga emas pertumbuhan ekonomi berdekatan Indonesia dan Thailand.

"Budaya "politik usang" Umno-BN Perlis sebegini tidak mampu untuk menarik pelaburan luar ke negeri ini," jelasnya

Justeru katanya, Perlis memerlukan politik baru yang bebas kelompok, bebas kem, bebas nepotisme atau pilih bulu dan yang terpentingnya suatu bentuk pentadbiran politik yang bebas rasuah dan salahguna kuasa.

"Inilah yang amat didambakan oleh rakyat negeri ini. Politik baru ini hanya akan terjadi sekiranya rakyat negeri bersedia membuat perubahan dengan menolak pimpinan berbagai kem yang sarat dengan rasuah dan nepotisme serta salah guna kuasa yang diamalkan oleh Umno-BN hari ini.

"Penolakan segala ragam "politik usang" ini kepada "politik pembaharuan" ini akan mengangkat dan menjulang kehormatan rakyat di negeri bertuah ini. Jadi rakyat Perlis diajak untuk menolak politik usang ini dan menyambut politik baru yang dianjurkan olehPAS-Pakatan Rakyat," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Friday, December 23, 2011

PRESIDEN PAS: POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah : Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan).

BACA LAGI DI SINI >>

Wednesday, December 21, 2011

RINGKAS Dari Sidang DUN Perlis

Perlis tiada Menteri kabinet

Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) mempersoalkan mengapa negeri Kedah dan Kelantan yang dikuasai oleh PAS mempunyai Mneteri kabinet yang dilantik sedangkan negeri Perlis yang dikuasai BN tidak mempunyai Menteri Kabinet.

"Mungkin sebab dulu dah ada sampai dua orang Menteri kabinet. Tak apalah kita tunggu kalah baru ada Menteri kot," katanya.


Minta elaun dinaikkan

Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) dalam ucapannya membahaskan bajet 2012 meminta pihak kerajaan khsusunya Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu mempertimbangkan untuk menaikkan elaun wakil rakyat di Perlis.

Katanya, wakil rakyat di negeri Perlis menerima elaun yang paling rendah berbanding dengan wakil rakyat di negeri-negeri lain.

Winnable Candidate?

Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) ketika berucap membahaskan bajet turut membangkitkan isu "winnable candidate" bagi pilihanraya umum kan datang.

Melalui gelagatnya yang sentiasa mendapat perhatian ramai, beliau menyebut nama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Rosley Mat dan Nib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Datuk Dr Kamarudin Hussin sebagai "winnable candidate" dan bakal Menteri Besar Perlis.

Manakala Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) ketika mencelah ucapan Shahidan berkata jangan dilantik atau dipilih calon-calon yang telah rosak yang bertanding di atas tiket parti yang membawa kerosakan.

Amanah Saham Wanita (ASNITA)

Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) membuat kejutan di dalam ucapannya bila meminta pihak kerajaan menjelaskan tentang kedudukan Amanah Saham Wanita (ASNITA) yang dilancarkan oleh Pergerakan Wanita Umno.

"Saya tanya soalan ini sebab ada ahli Wanita Umno yang minta saya sebut perkara ini di dalam sidang kali ini. Kita kena tahu juga status Asnita ini sebab ramai yang masuk melabur. Saya tak ingat dulu Ketua Wanita Umno yang mana, Datuk Rafidah ke siapa yang lancar," katanya.

Kedengaran tempikan dari galeri awam dari seorang bekas Adun dan juga pemimpin Wanita Umno menyebut " Siti Zaharah Sulaiman".

MB punyai 114 pegawai UPI

Menteri Besar Perlis mempunyai seramai 114 orang pegawai khas yang bertugas di bawah suatu badan yang dinamakan Unit Pembangunan Insan (UPI) yang terdiri dari penduduk negeri ini dengan pelbagai latarbelakang termasuk bekas wakil rakyat.

Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) pada sidang DUn Perlis baru-baru ini.

Kakitangan UPI menerima imbuhan bulanan antara RM500 hingga RM2000

Sidang DUN Perlis: 165 anak luar nikah didaftarkan

KANGAR - Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, seramai 165 orang anak luar nikah (anak tidak saf taraf) telah didaftarkan kelahiran mereka di negeri Perlis.

Stististik yang dikeluarkan
adalah bagi bulan Januari hingga Oktober 2011.

Exco Agama Perlis, Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) menjelaskan demikian bagi menjawab soalan lisan Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 15 Disember lalu.

Jumlah tersebut merangkumi 88 orang anak lelaki dan 77 orang perempuan. Sementara taraf ibu pula meliputi 152 orang warganegara dan 13 orang bukan warganegara.

Manakala ibu berusia 15 hingga 24 tahun merupakan jumlah yang paling ramai iaitu seramai 116 orang, manakal selebihnya adalah berusia antara 25 hingga 44 tahun.

Sidang DUN Perlis: 32 daripada 46 anak syarikat PKENPs tidak beroperasi

KANGAR - Terdapat sebanyak 32 buah anak syarikat kerajaan negeri Perlis di bawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang kini sudah tidak beroperasi daripada keseluruhan 46 buah anak syarikat yang meliputi anak syarikat milik penuh, syarikat bersekutu dan juga syarikat usahasama.

Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu menjelaskan demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Perlis yang berlansung 15 Disember lalu bagi menjawab soalan lisan Mat Hassan (BN-Kuala Perlis).

Antara anak syarikat tersebut ialah Terinai Sdn Bhd, Ecotrade Sdn Bhd, Perlis NCER Sdn Bhd, Perlis Halal Park Sdn Bhd, Perlis Essential Oil Sdn Bhd, Perlis Agriculture Development Sdn Bhd Pens Hotel Sdn Bhd, Pens Mix Sdn Bhd, Tae Kang Sports Sdn Bhd, Optron Perlis Sdn Bhd dan Perkongsian Perusahaan Melayu Perlis Berhad.

Sebahagian besar anak syarikat tersebut kini berada dalam keadaan dorman dan dalam proses penutupan ataupun operasinya sudah ditutup. Begitu juga, ada syarikat yang tidak beroperasi, dikenakan tindakan penggulungan oleh SSM ataupun akan dikeluarkan dari daftar SSM.

"Daripada sejumlah 46 buah anak syarikat itu pula, kini hanya lapan buah anak syarikat yang berdaya maju dan mencatatkan keuntungan secara konsisiten dan berpotensi merekodkan keuntungan pada masa depan," jelasnya.

Sidang DUN Perlis: 10 hutang bil air RM2 juta

KANGAR - Dewan Undangan Negeri Perlis diberitahu bahawa Persatuan Bolasepak Perlis adalah penyumbang utama kepada tunggakan bil air tertinggi seperti yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Laporan Audit mendapati terdapat 10 akaun yang mempunyai tunggakan berjumlah RM2,097,805.00 tetapi masih mendapat bekalan air.

Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu menjelaskan demikian ketika menjawab soalan lisan Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat).

Dua akaun Persatuan Bolasepak Perlis, masing-masing bagi Kompleks Stadium Utama dan Padang Bola, Stadium Utama mempunyai hutang berjumlah RM835,351.00.

Manakala akaun Pengarah perubatan dan Kesihatan Hospital Besar Kangar pula mempunyai tunggakan sebanyak RM372,018.00.

Ini diikuti penama individu (Asrama Batu 7 Jalan Kaki Bukit) berjumlah RM215,676.00; Pengetua Sekolah Menengah Teknik Arau (RM183,736), Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kangar (RM142,387), Pusat Khidmat Menteri Besar Perlis, Arau (138,626), Dania Sdn Bhd (RM101,057), PKENPs ,Kompleks Padang Besar (RM59,461) dan PKENPs, Pens Travelodge (RM49,491).

Menurut Md Isa, perancangan dan perbincangan sedang dijalankan dengan pemilik-pemilik akaun berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian segera ke atas tunggakan tersebut.

Sidang DUN Perlis: Bajet tandus rohani

KANGAR - PAS Perlis melahirkan rasa dukacita dengan bajet Perlis 2012 yang dibentangkan hari ini oleh Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu kerana langsung tidak memberikan tumpuan kepada aspek kerohanian.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) menyatakan rasa kecewa apabila bajet tersebut hanya menyentuh aspek "madiyyah" atau kebendaan dengan mengenepikan aspek pembangunan insan.

"Keseluruhan bajet yang dibentangkan adalah baik kerana ada menyentuh bidang pembangunan dan kebajikan rakya, tapi sayangnya aspek kerohanian atau pembangunan insan tidak disentuh secara mendalam," katanya.

Keseluruhan bajet yang dicadangkan untuk tahun 2012 adalah sebanyak RM236 juta yang merangkumi RM181 juta perbelanjaan mengurus dan RM55 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus pada kali ini meningkat berbanding RM174 juta pada tahun lalu dan perbelanjaan pembangunan pula menurun dari RM88 juta pada tahun lalu.

Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2012 ialah sebanyak RM74 juta , menurun berbanding RM89 juta pada 2011.

Bagaimanapun, defisit kerajaan negeri akan terus meningkat kepada RM107 juta berbanding RM85 juta bagi tahun 2011.

Menyentuh tentang bajet ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat ) berkata tiada perkara baru yang cuba dibawa oleh kerajaan negeri.

"Apa yang dibentangkan lebih banyak menyebut tentang bajet pusat yang diluluskan untuk Perlis serta perancangan yang membabitkan peruntukan dari pusat. Tak ada yang baru atau mengejutkan dari MB hari ini. Nak kata bajet pilihanraya pun bukan juga, cuma sebahgian besarnya adalah perkara lama yang diulang-ulang,"ujarnya.

Gempur kubu Umno


GEMPUR KAWASAN MB.... Bendera PAS ini berkibar megah di sebatang pokok berhampiran Simpang Empat Abi (Jalan Abi Batas Paip) di Kangar. Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno di dalam DUN Bintong yang diwakili oleh Menteri Besar Perlis.

Tamrin Pemuda PAS Perlis




KANGAR - Sebagai persediaan bagi membentuk kekuatan dalaman khusus bagi menghadapi pilihanraya umum (PRU) akan datang, Pemuda PAS Perlis mengadakan tamrin bertempaat di sebuah kem motivasi dekat sini baru-baru ini.

Selain memperkasakan agenda tarbiah, tamrin ini juga dapat memupuk semangat ukhuwah serta menyatu-padukan jentera pemuda PAS dengan tekad untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi menggapai kemenangan dalam PRU akan datang.

Tamrin ini disertai jawatankuasa Pemuda PAS Negeri serta ketiga-tiga kawasan dari seluruh negeri.

Antara pengisian utama tamrin kali ini ialah sesi motivasi yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar bertajuk "60 Tahun PAS: Memacu Perubahan" dan slot bersama Timbalan Speaker DUN Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki dengan tajuk " 60 Tahun PAS: Mengurus kemenangan".

Sementara itu, majlis perasmian penutupan tamrin kali ini pula disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Hairy Hashim.

Thursday, December 08, 2011

Islam didahulukan, Melayu bersamanya

Oleh Presiden PAS


SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU : ISLAM DIDAHULUKAN, MELAYU BERSAMANYA

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

BACA SELANJUTNYA >>> atau DI SINI >>>


BACA JUGA LINK DI BAWAH >>>


PAS jamin Melayu Islam jadi teras politik negara


Monday, December 05, 2011

Jaga tepi kain, bukan suruh selak kain

Mohd Sabri Said (Harakahdaily)
PENANTI, 5 Dis: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, Islam melarang sama sekali umatnya menyelak kain saudaranya sendiri sehingga boleh menjatuhkan maruah dan meruntuhkan tali persaudaraan.

Sebaliknya, kata beliau Islam hanya mengajar umatnya menjaga ‘tepi kain’ saudaranya sendiri sebagai teguran sekiranya ada saudaranya yang terbabas terutama membabitkan akidah.

Katanya, kelakuan menyelak kain atau menabur fitnah yang berterusan kepada saudaranya bukan kerja Islam sebaliknya kerja syaitan yang inginkan perhubungan antara umat Islam lebur sekaligus memutuskan pertalian.

"Perbuatan menjagai tepi kain orang memang digalakkan dalam Islam kerana sikap tersebut boleh memperbetulkan semula sekira saudaranya terbabas, tetapi bukan sampai menyelak kain sehingga terburai semua yang selama ini orang tidak tahu," jelasnya ketika berucap dalam forum Perdana sempena Maal Hijrah anjuran Pejabat Exco Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP), Briged Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Penanti di Kampung Terus semalam.

Bagi beliau jika benar saudara seislam melakukan kesalahan, maka perlu menegur, menasihati dan mendekatinya agar tidak meneruskan tradisi fitnah sehingga boleh menjejaskan persaudaraan yang terjalin.

Hari ini soalnya, kenapa perasaan menjagai tepi kain orang tidak lagi popular tetapi perbuatan menyelak kain orang sampai terburai semua perbuatan yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi pilihan.

Turut menjadi ahli panel pada forum bertajuk 'Demi Ummah... Ada Aku Kisah' ialah pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hussain Yee dan peguam syariah, Rosidi Hussain yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan.

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur

Malaysiakini

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.

'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib'

Malaysiakini melaporkan: Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.

Ranking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995.

Keputusan ranking 2011 yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan terdapat kemerosotan dalam kedudukan Malaysia yang jatuh dari tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 tahun ini daripada 183 negara yang dikaji.

Malaysia kali ini hanya mencatatkan 4.3 mata - kejatuhan berturut-turut kali ketiga sejak 2009. (Di bawah sistem pemarkahan, 10 adalah 'bersih' manakala 0 ialah 'amalan rasuah tegar'.)

Terjerumus

Lim dalam kenyataan akhbarnya, hari ini berkata, dalam tempoh sembilan tahun dari 1995 semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, markah yang dicatatkan oleh negara berlegar antara 4.8 pada tahun 2000 dan 5.3 pada tahun 1996. Ranking negara jatuh 14 kedudukan dari tangga 23 pada tahun 1995 ke tangga 37 pada tahun 2003.

Manakala sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedudukan negara terjerumus 10 lagi kedudukan daripada 37 pada tahun 2003 kepada 47 pada tahun 2008. Lim berkata markah markah CPI negara terperangkap di antara 5.0 dan 5.1.

Walau bagaimanapun, sepanjang dua tahun setengah pentadbiran Najib, ranking CPI Malaysia mencatatkan kedudukan paling buruk dalam pelbagai aspek.

Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom

The Malaysian Insider melaporkan hari ini: Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.


Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.

Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.

Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.

Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.

Menu
rut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.

Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.

Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,

Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi.

Melayu mana Umno nak bela, Melayu kaya?

Harakahdaily
SHAH ALAM, 5 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang Melayu agar tidak tertipu dengan janji palsu Umno yang kononnya mahu membela Melayu.

Bercakap pada program Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati di sini malam tadi, ketua pembangkang itu juga berkata, sudah lebih lima dekad Umno BN diberi peluang memerintah negara
, namun nasib orang Melayu tidak pernah terbela malah harta orang Melayu yang tergadai.

"Datang perhimpunan jerit nak bela Melayu. Melayu mana nak dibela, Melayu mana nak diselamatkan, Melayu kaya, Melayu pemimpin Umno?

"Mereka tak layak diselamatkan, mereka perlu dihumban dalam pilihan raya akan datang," katanya di hadapan kira-kira 10 ribu hadirin.

Menurutnya, laungan membela Melayu oleh pemimpin Umno hanya sekadar slogan demi mempertahaan survival pemimpin parti itu untuk terus mendapat kuasa.

"Nak percaya pertahan Melayu?

"Kalau betul nak pertahan Melayu, mereka tidak akan biar tanah-tanah Melayu dirampas. Kg Baru satu-satunya tanah Melayu di Kuala Lumpur, itu pun nak serah kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru.


BACA SELANJUTNYA >>>

PRU 13 untuk anak muda

Petikan dari Harakahdaily


Apa khabar Malaysia? Semoga kita semua terus maju dan berpadu dalam memacu negara ini ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

PRU-13: Overview

PRU-13 semakin hampir.Gendang sudah dipalu.Strategi sudah diatur.Semangat dan motivasi sudah mula dipupuk. Setiap pihak, sama ada BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat merencana gerak kerja awal bagi menghadapi perlawanan genting itu nanti. Masing-masing sudah memasang target dan matlamat tersendiri, BN pasti ingin mempertahankan kemanangan dan PR pula pasti berusaha mencipta sejarah menerajui kepimpinan negara buat julung kalinya. Itulah matlamat mereka, yang pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing.

PRU-13 dikatakan bakal berlangsung dengan penuh sengit dan hangat. Banyak analisa awal yang telah dibuat oleh para penganalisis politik berkenaan gambaran awal dan juga kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada PRU-13 nanti. Apa yang pasti, PRU-13 bakal menjadi satu pilihanraya yang akan menentukan status kedudukan parti-parti yang bertanding, samada ia masih mendapat sokongan dan kepercayaan daripada rakyat ataupun sebaliknya. Jika keputusan PRU-12 dahulu dikatakan satu sejarah baru dalam arena politik negara, penulis merasakan tidak mustahil akan tercipta satu lagi sejarah baru pada PRU-13 nanti.

Dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai pasca PRU-12 yang lepas sehinggalah ke saat ini, pasti satu lagi anjakan baru akan berlaku pada PRU-13 ini. Kedua-dua pihak, BN mahupun PR diselubungi dengan pelbagai isu dan krisis yang sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada graf dan corak undian kelak. Pasti semua itu akan dinilai dan diperhalusi oleh para pengundi dalam menentukan calon mahupun parti yang akan menjadi pilihan mereka nanti.

PRU-13 dan anak muda


Dalam setiap pilihanraya, pengundi adalah elemen yang paling penting dalam menentukan keberjayaan sesuatu pilhanraya itu. Ya, merekalah yang bakal memberikan kepada setiap calon yang bertanding tanda "X" sebagai tanda sokongan dan persetujuan mereka kepada calon tersebut untuk menjadi wakil kepada mereka di dewan negeri mahupun di dewan rakyat nanti. Sudah pasti, para pengundi ini akan dipancing oleh pihak yang bertanding dengan pelbagai 'umpan' untuk memilih mereka.

Pilihanraya kali ini bakal menyaksikan ANAK MUDA menjadi sasaran utama parti-parti yang bertanding. Jika dilihat pada PRU-12 yang lepas, ANAK MUDA sebenarnya sudah memainkan peranan yang besar dalam melakar sejarah pada pilihanraya itu. Ini kerana, antara faktor kemenangan PR pada ketika itu ialah kemampuan mereka menguasai undi daripada anak muda. Namun pada kali ini, semua parti sudah mula sedar akan nilai undi seorang anak muda dalam memastikan kemenangan calon mereka.

Jika dirujuk kepada angka terbaru pengundi muda yang didaftarkan oleh parti-parti politik, ia dengan jelas menunjukkan bahawa semua pihak memandang serius akan undi daripada golongan muda. Ini jelas lagi dibuktikan dengan isu sampingan seperti isu kebenaran mahasiswa berpolitik dan juga isu calon muda yang pasti ada perkaitannya dengan anak muda. PAS telah melancarkan kempen 'Orang Muda Geng Kito', manakala BN pula dengan tema 'BN Pilihan Orang Muda' dalam usaha memikat hati orang muda untuk mengundi mereka. Parti lain juga dilihat tidak ketinggalan dalam mendampingi golongan ini dengan pelbagai program yang disasarkan kepada anak muda telah dijalankan.

YA, anak muda bakal menjadi PERMATA dan EMAS dalam PRU-13 nanti.Seharusnya, peluang ini perlu dipergunakan dengan sebijaknya oleh para pengundi muda dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara untuk tempoh sekurang-kurangnya 4-5 tahun yang mendatang. Untuk itu, anak muda perlulah bersedia dari segenap sudut kerana sudah pasti mereka akan dihidangkan dengan pelbagai janji mahupun tawaran oleh kedua-dua pihak dalam usaha mendapatkan undi muda. Justeru, penulis ingin berkongsikan beberapa TUNJANG yang seharusnya menjadi asas kepada anak muda dalam menentukan aliran undi mereka nanti.


Selak kain, singsing lengan bukan cara Islam

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggap Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam gagal mencapai objektif untuk memuhasabah parti sendiri sebaliknya lebih banyak memburuk-burukkan parti lawan.


Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, apa yang lebih malang, perhimpunan yang dilihat gah dengan liputan media arus perdana itu berlangsung ketika rakyat bergelut dengan kepayahan hidup akibat salah guna kuasa dan salah urus tadbir kerajaan Umno BN.

"Persidangan Umno khususnya Wanita Umno gagal mencapai objektif murni sesuatu mesyuarat agung iaitu membuat muhasabah, berlapang dada dengan teguran, merancang ke arah pembaikan ke arah kesempurnaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menyentuh mengenai kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat jalil yang ingin "menyingsing lengan dan "menyelak kain" dan melepaskan geram kepada Pakatan Rakyat, beliau menyifatkannya sebagai tidak mempertahankan maruah Islam.

"Muslimat PAS akan terus mendoakan hidayah daripada Allah SWT kepada semua Orang Melayu khususnya Wanita Islam di dalam Umno, agar menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan Hidup serta matlamat utama kehidupan mahupun perjuangan mereka

"Singsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam," katanya.

Menurutnya juga, DMPP tidak gentar dengan kenyataan Shahrizat untuk menggerakkan 1.3 juta ahlinya untuk menggempur rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

"Insya Allah jangankan 1.3 juta ahli Wanita Umno itu digerakkan sepenuhnya kononnya untuk menggempur rakyat dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, hatta dengan segala penipuan serta kekotoran sistem pilihan raya yang ada pun, Muslimat PAS sudah siap siaga," katanya.

Ia, ujarnya termasuk peranan jentera penerangan DMPP yang telah mengambil "posisi tempur" masing-masing untuk menghadapi segala propaganda Umno BN.

Umno ibarat 'kereta tiada brek'

Harakahdaily
SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir.

Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu.

Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok.

Thursday, December 01, 2011

PAS lawan Umno, tak kan yang menang DAP

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Dis: “Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS, yang menang sudah tentu antara Umno atau PAS,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka PWTC pada 29 November lalu yang menyatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno.

“Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar.

“Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chua Soi Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, kalau itulah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia kerana lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno menyebut DAP ganti PAS sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih PAS dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.

Menurutnya, rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini, ujarnya adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara.

Katanya lagi, parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.

“Walaupun Tan Sri Muhyiddin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada menyokong PAS, kononnya DAP yang mengganti PAS tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkhianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno.

“Jika inilah yang berlaku layaklah PAS ganti Umno,” ujarnya.

Dr Asri: Umno nampak gelisah, masih gagal beri harapan baru

The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri (gambar) yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.

Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.

Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai “ibu kepada segala pilihan raya.”

“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.


LAGI >>

Wednesday, November 30, 2011

PAS: Dakwaan Umno tak masuk akal, Pakatan jamin kuasa Melayu

The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Presiden PAS memberi jaminan parti Islam itu bahawa orang Melayu akan kekal berkuasa dan terus menikmati segala hak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sekali gus mengetepikan dakwaan pemimpin Umno yang terus menakut-nakutkan kaum itu dengan ‘sentimen perkauman’.


“Ia bukan sahaja satu jaminan, tetapi juga realiti,” kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di bangunan Parlimen semalam.

Hadi (gambar) menegaskan, isu itu tidak harus timbul kerana kerusi yang ditandingi pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat hanya sekitar 60 berbanding 222 bahagian yang dipertandingkan.

“Dalam geografi politik Malaysia, bilangan kerusi ditandingi DAP pada masa sekarang hanya 40 berbanding 222 kerusi. (Jadi) bagaimana DAP, jika pun ia menang kesemua kerusi, akan mengambil alih? Ia tidak betul.

“Campur dengan PKR, kerusi (bukan Melayu) hanya 60 daripada 222 dan yang baki kerusi Melayu... jadi ia sesuatu yang tidak masuk akal,” kata beliau.


LAGI >>

'Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin'

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.

"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

"Sepatutnya
sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.

DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.

PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan.

Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air.

"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.

"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya.


LAGI TENTANG MUHYIDDIN:



Tuesday, November 29, 2011

‘Tak Nak BN’, jawapan kepada rayuan Najib

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 29 Nov: ‘Tak Nak BN’ adalah jawapan kepada rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya memilih lagi BN untuk memastikan agenda transformasi beliau terlaksana.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pada mula rakyat mungkin kagum dengan gagasan awal Datuk Seri Najib, seolah-olah beliau mahu membuat perubahan di negara ini.

Tetapi, katanya lama-kelamaan Najib menunjukkan siapa sebenarnya beliau kerana rakyat sudah mual dengan slogan transformasi yang bertukar menjadi nasi basi.

Apa tidaknya, jar beliau semakin hari semakin terserlah siapa sebenarnya Datuk Seri Najib.

“Ahli Umno sudah maklum beliau memang terkenal sebagai seorang yang kaya dengan retorik sejak daripada beliau memegang Ketua Pemuda Umno lagi.

“Buktinya ketika beliau mengumumkan untuk menghapuskan ISA, 13 mangsa di Sabah ditangkap,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ketika Najib mengumumkan untuk memberi kelebihan kepada rakyat berhimpun, tiba-tiba pindaaan yang lebih teruk daripada sebelumnya, malahan lebih teruk daripada Myanmar.

Katanya lagi, ketika indeks rasuah negara semakin teruk, beliau masih berasmara dengan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, walaupun beliau memang disabit rasuah di dalam pemilihan Umno.

“Cuba bayangkan daripada 3.2 juta ahli Umno, yang dipilihnya ialah Tan Sri Isa Samad, apa kelebihan yang ada pada Isa Samad, sehingga Datuk Seri Najib tidak nampak selain daripada beliau, sedangkan Felda adalah satu institusi yang cukup penting yang mempunyai dana dan eset yang begitu banyak selepas Petronas.

“Sekarang beliau merayu supaya rakyat memilih lagi BN?” soalnya.

Idris berkata, dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau selama menjadi Perdana Menteri telah gagal menggulakan rakyat dengan slogan 1Malaysia yang terbaru ialah slogan wasatiah.

“Beliau tidak sedar ketika beliau beretorik dengan slogan transformasi rakyat menunggu dengan penuh ketekunan dan mencatat apa yang beliau cakap.

“Tiba-tiba rakyat nampak ini hanya slogan kosong setelah menunggu sekelian lama,” ujarnya.

Belia menambah, rakyat percaya jika BN menang maka GST, cukai 6 % prepaid, harga minyak, gula, tepung dan keperluan rakyat akan naik.

Akhirnya, kata belia rakyat akan menjawab ‘Tak Nak BN’ dalam PRU ke-13 nanti.

RUU Himpunan: Transformasi palsu halal kezaliman

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS mengingatkan kerajaan Umno BN bahawa transformasi yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang.

“Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah,” ujar Ketua Penerangan PAS
Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran “aman” sebagaimana dicanangkan.

“Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

“Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat?” tanya beliau.

Bahkan, ujarnya mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.

RUUHA, katanya merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.

Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno BN walaupun ia jelas menindas mereka, ujarnya.

“Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak,” ujarnya.

Jelasnya, kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu”.

Wednesday, November 23, 2011

SPR Jangan Menyibuk Urusan Parti Politik

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang ‘menyibuk’ terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak.

DPP Malaysia berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai. Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihanraya umum secara berasingan, mengapa SPR pula ‘terhegeh-he
geh’ mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak?

Sepatutnya urusan mengadakan pilihanraya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campurtangan terhadap perkara ini. Tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil. Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan.

DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihanraya umum kepada rakyat daripada awal. Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihanraya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya.

DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian. Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Ia boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pakatan: Akta perhimpunan aman ‘lebih teruk, kekang kebebasan rakyat’

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 22 Nov – Undang-undang baru perhimpunan aman membawa lebih banyak elemen menekan rakyat dan mengekang kebebasan awam selain memberi polis kuasa luas untuk menahan orang dakwa Pakatan Rakyat hari ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman lebih “teruk” berbanding undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam sebelum ini dan kandungan baru menunjukkan orang ramai tidak boleh berhimpunan di mana-mana sahaja di Malaysia.

Seksyen 27 akta baru ini menyebut bahawa perhimpunan awam tidak boleh diadakan di pekarangan stesen minyak hospital balai bomba lapangan terbang stesen kereta api terminal pengangkutan darat pelabuhan limbungan terusan jambatan rumah ibadat tadika dan sekolah serta empangan.

Ia tidak membenarkan protes jalanan dan melarang perhimpunan di zon 50 meter dari kawasan-kawasan larangan disenaraikan.

“Undang-undang baru ini seharusnya dipanggil rang undang-undang perhimpunan haram lebih buruk daripada undang-undang lalu.

“Malaysia mempunyai banyak rumah ibadat lihat pada kawasan larangan anda tidak boleh berhimpun di mana-mana pun di Malaysia ” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng gambar kepada pemberita hari ini.

“Ini tekanan penindasan tambahan ” katanya lagi.

LAGI >>

Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” tegasnya.

Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” ujarnya.

Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.

Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah,” ujarnya.

Tuesday, November 22, 2011

Media baru, pengundi muda ancaman Umno BN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Nov: “Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada Umno BN dalam PRU 13 akan datang,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, kebimbangan itu disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

“Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Najib sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda kerana mereka menganggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja.

Sepatutnya, kata beliau Najib tidak perlu takut jika kerajaan dan pemimpin BN adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat.

Tegasnya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka kerana orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran.

“Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog,” katanya lagi.

Menurutnya, walau pun Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi.

Ini, katanya kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru.

Ini, ujarnya dapat dilihat diruang komen di dalam portal berita Malaysiakini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN.

“Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN,” ujarnya.

Sambutan Ulangtahun PAS ke-60 di Perlis (malam ke-3)

Ceramah Malam Terakhir :



PENTAS WANITA menampilkan Ustazah Latifah Mat (Ketua Dewan Muslimat PAS Perlis), Ramlah Bee Asiahoo (Ketua Penerangan Wanita PKR) dan Normala Sudirman (Bekas Calon PRK Dun Tenang)








Anugerah Kecemerlangan Pasti Negeri Perlis

Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Negeri Perlis berlangsung pada 20/11/2011 baru-baru ini bertempat di Dewan Sri Mawani Inn, Kangar








Lagi FOTO DI SINI >>

Monday, November 21, 2011

Sekitar Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS Peringkat Negeri Perlis (Hari ke-2)

Peraduan mewarna Pasti
Futsal Piala Ketua Pemuda

Hadiah Peraduan mewarna


Fixie Bikes


Peserta drift dilepaskan

Aksi Drift (Lihat Video di sini)


Hj Anuar yang juga Pengarah Program menyampaikan ucapan


Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan


Chegu Bard berceramah