Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, December 06, 2013

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : BERITA BURUK UNTUK RAKYAT DAN NEGARA.


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PERLIS(DPPNPS)



KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : BERITA BURUK UNTUK RAKYAT DAN NEGARA.
DPPNPS merakamkan bantahan terhadap keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari 2014. Tarif baru yang diperkenalkan ini telah menyebabkan secara purata, pengguna domestik akan mengalami kenaikan sebanyak 10.6% (3.03 sen/kWj). Manakala untuk pelanggan komersial purata perubahan tarif adalah 6.91 sen / kWj.

DPPNPS berpendapat adalah tidak munasabah bagi kerajaan untuk mengulangi alasan kenaikan ini sebagai proses merasionalisasi subsidi kerajaan. Melalui kenaikan ini, kesan negatif bukan hanya melibatkan pengguna domestik dan komersial tetapi melibatkan kesan buruk kepada ekonomi negara dan peningkatan kadar inflasi.

Apakah kerajaan mahu menafikan fakta dengan langkah pengurangan subsidi petrol baru-baru ini telah mengakibatkan kesan yang amat buruk kepada ekonomi negara?.Sebaliknya kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen telah menyebabkan kadar inflasi negara meningkat sebanyak 2.6 peratus. Keputusan kerajaan dalam isu kenaikan tarif elekrtik ini juga mempunyai kecenderungan yang kuat untuk sekali lagi memburuk keadaan ekonomi negara.

Kenaikan tarif ini akan menyebabkan organisasi perniagaan akan melakukan perubahan bagi menangani peningkatan kos. Hasilnya rakyat pula akan terus menerus menanggung impak kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus mengancam tahap kesejahteraan hidup mereka.

DPPNPS amat perihatin dengan kesengsaraan yang selama ini dialami oleh rakyat khususnya golongan yang memerlukan bantuan yang turut sama terseret dalam keputusan dan polisi kerajaan yang lebih menyebelahi pihak pemodal dalam sistem ekonomi negara.

USTAZ YUSSAINE YAHYA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PERLIS
5 DISEMBER 2013

Tuesday, December 03, 2013

Tahniah dari DPP Perlis


Pesuruhjaya PAS Perlis sesi 2013-2015

Y.B. Cikgu Mohd Shukri Ramli
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang

Mahfuz dilantik Ketua Penerangan PAS Pusat

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sesi 2013-2015, demikian dinyatakan presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, tujuh AJK yang dilantik terdiri daripada Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam.

Pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS, semalam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:

1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob
3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:
1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Razman Zakaria
9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli
11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:
1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah
2. Datuk Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Mohd Hussin
5. Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Sumber: Harakahdaily

Monday, November 11, 2013

Perlis tutup IPTIPs mulai 31 Disember


Tuesday, March 05, 2013

Negara diancam, PM masih berkempen


BESERI - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai seorang pemimpin negara yang tidak bertanggung jawab apabila terus menjelajah negara dan berkempen politik tatkala negara sedang diancam oleh kumpulan penceroboh.


Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (foto), kunjungan Najib ke Perlis dalam program Jelajah Janji Ditepati 3 Mac lalu menggambarkan sikap beliau yang kurang serius dengan keadaan semasa di Sabah yang menggugat keselamatan negara.


"Najib hadir ke Perlis semata-mata untuk memenuhi hasrat bersama rakyat dalam program yang lebih dilihat sebagai kempen politik parti pemerintah yang turut menyajikan acara pesta-pestaan dan hiburan kepada orang ramai. Pada masa yang sama keadaan keselamatan negara sedang diancam penceroboh, malahan sudah ada beberapa orang anggota keselamatan yang telah terkorban.

"Ini menunjukkan sikap tidak bertanggung jawab seorang pemimpin tertinggi negara kerana mengabaikan isu yang lebih besar dan menumpukan kepada perkara yang kecil seperti ini. Kalau terdesak sangat pun nak buat jelajah macam ini hantarlah orang lain sebagai wakil.

"Perdana Menteri sepatutnya menangguhkan segala program beliau dan turun sendiri meninjau keadaan di Sabah sebagai tanda prihatin beliau. Kalau di negara lain, pemimpin tertinggi negara akan memberikan tumpuan kepada isu keselamatan negara terlebih dahulu, membatalkan program-program lain termasuk lawatan ke luar negara.

"Ini tidak, beliau lebih menumpukan program politik yang jelas memberikan gambaran betapa tenatnya corak pemerintahan Umno-BN bila pemimpin utama perlu turun untuk mencari publisiti dan menarik sokongan rakyat sedangkan ada sebahagian rakyat negara ini yang sedang berada dalam keadaan ketakutan dan sebahagiannya pula menggadai nyawa untuk mempertahankan tanahair," jelasnya.

Kaji kelemahan sedia ada sebelum bina KUIPs

ARAU - PAS Perlis meminta kerajaan negeri mengkaji segala kelemahan-kelemahan yang wujud dalam pengurusan pendidikan Islam di negeri ini sebelum mewujudkan sebuah intitusi pengajian baru.

Mengulas cadangan mewujudkan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perlis, Rus'sele Eizan berkata terlalu banyak kelemahan dan masalah yang sedia ada masih belum dapat diselesaikan oleh kerajaan.

Dalam lawatannya ke Perlis baru-baru ini,  Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak telah mempersembahkan sijil pelawaan penubuhan KUIPs kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Bagaimanapun menurut Rus'sele, institusi pendidikan Islam sedia ada di Perlis seperti Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dan Maahad Tahfiz di bawah pengurusan Yayasan Islam Perlis (YIPs), pendidikan rendah dan pra-sekolah serta pengurusan Sekolah Agama Rakyat masih banyak yang perlu diperbaiki.

"PAS Perlis tidak membangkang cadangan mewujudkan KUIPs, malahan sektor pendidikan apatah lagi pendidikan Islam adalah satu pelaburan duniawi dan ukhrawi yang baik. Tapi kerajaan kena tengok balik apa yang sudah sedia ada di negeri ini.

"IPTIPs umpamanya, sudah banyak diperkatakan tentang kelemahan-kelemahan yang dilaporkan termasuk melalui Laporan Ketua Audit Negara. Tapi kelemahan dan teguran yang dibuat oleh Audit umpamanya masih terlalu banyak yang belum diambil tindakan oleh pihak berwajib.

"Jadi mengapa perlu diwujudkan yang baru? Kalau nak naiktaraf IPTIPs kepada KUIPs mungkin wajar, tapi dengan enrolmen pelajar yang terlalu sedikit berbanding jumlah tenaga pengajar dan pelbagai lagi masalah yang belum selesai saya rasa lebih baik kita tangguhkan dulu.

"Di sekolah Islahiyah Bohor Mali umpamanya, kemudahan asas pun masih banyak yang belum ada. Sekolah tak ada padang permainan, rumah guru yang adapun terlalu usang yang dibina puluhan tahun dulu sampai guru nak masuk pun takut, jadi kita cadangkan agar kerajaan mengambil langkah segera untuk memperbaiki prasarana serta kelemahan dalam pentadbiran pendidikan Islam di negeri ini sebelum mewujudkan institusi baru.

"Bila kita perbetulkan dari bawah, maknanya kita sudah ada asas serta sumber untuk kita bergerak ke atas. Bila kita didik anak-anak dari pra-sekolah,  perendah dan menengah dengan baik kita, di peringkat pendidikan tinggipun kita sudah ada pelajar yang bakal mengisi tempat di mana-mana institusipun. Tidak seperti sekarang kegagalan dari bawah akhirnya IPTIPs pun hanya ada 23-30 orang pelajar," katanya.

Dalam lawatannya ke Perlis baru-baru ini,  Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak telah mempersembahkan sijil pelawaan penubuhan KUIPs kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Selesai dulu projek terbengkalai sebelum buat PR1MA


KANGAR - PAS Perlis menggesa kerajaan negeri menyelesaikan dahulu projek perumahan mampu milik yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu di sebuah tapak di Kubang Gajah dekat sini sebelum merima projek-projek baru yang ditawarkan oleh kerajaan pusat.


Mengulas isu ini, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perlis, Hairy Hashim (foto)berkata projek berkenaan yang diuar-uarkan sekitar 10 tahun lalu masih gagal disiapkan walaupun majlis pecah tanah tapak perumahan berkenaan sudah dua kali diadakan.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan pusat akan membina 10,000 rumah mampu milik melalui Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis dalam tempoh lima tahun ketika kunjungannya ke Perlis 3 Mac lalu.

"Sejak 10 tahun lalu, kerajaan Umno-BN Perlis gagal menepati janji untuk menyediakan kemudahan perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini malah semasa majlis pecah tanah kedua jumlah rumah mampu milik yang dijanjikan berkurangan dari jumlah asal.

"Dahulu semasa Dato' Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar, majlis pecah tanah telah diadakan di tapak berkenaan pada tahun 2003 oleh Menteri Kewangan 2 pada masa itu, Dato' Dr. Jamaludin Jarjis. Bila Menteri Besar bertukar kepada Dato' Ser Md Isa Sabu pun telah diadakan majlis pecah tanah di tapak yang sama pada tahun 2011 yang lalu.

"Yang kita nampak, tapak tersebut dulunya semakin semak dan telahpun dibersihkan kemudiannya semak-samun tumbuh semula dan kini telah dipasang pagar seolah-olah projek akan dimulakan, namun kita belum nampak sebarang progres selain sebuah pejabat tapak yang telah disiapkan untuk pembangunan perumahan komersil," jelasnya.

Dalam kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Perlis 3 Mac lalu, beliau  mengumumkan Kerajaan Pusat akan membina 10,000 rumah mampu milik melalui Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis dalam tempoh lima tahun.

Projek rumah mampu milik di KUbang Gajah
yang belum disiapkan sejak 10 tahun lalu
Mengulas lanjut, Hairy berkata projek asal perumahan tersebut adalah untuk membina sejumlah 1,907 unit rumah mampu milik di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Bagaimanapun bila Md Isa mengambil-alih tampuk pemerintahan, projek yang diuar-uarkan pula adalah projek pembinaan perumahan bercampur sebanyak 1,508 unit rumah dan lot kedai di atas tapak yang sama.

"PAS Perlis melahirkan rasa kesal kerana projek ini masih belum dapat dimulakan sehingga hari ini. Kita juga melahirkan rasa simpati kepada sebahagian rakyat yang berhajat untuk membeli rumah mampu milik kerana jumlah asal yang disebut pada zaman Shahidan adalah sebanyak 1,907 unit tetapi kini telah dikurangkan kepada 1,508 sahaja dan membabitkan pembangunan keomersil. Jumlah ini sudah berkurangan hampir 400 unit. Jadi, manakah janji kerajaan BN untuk menyediakan rumah untuk rakyat?.

"Baru-baru ini, Najib datang ke Perlis dan umumkan projek baru sebanyak 10,000 unit untuk limat tahu. Projek yang dah 10 tahun pun belum bermula, ini nak buat yang baru. Adakh ini hanya satu janji politik menjelang pilihanraya?," soalnya.

Friday, February 08, 2013

Bendera PAS sambut Muhyidin ke Perlis

Bendera PAS yang dipasang di Titi Chai, Utan Aji 

Dewan Pemuda PAS Perlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terbabit menaikkan bendera PAS seperti gambar di atas bagi menyambut kehadiran  Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Titi Chai petang semalam.

Selamat Tahun Baru Cina


Kepada seluruh kaum Tionghua

Muhyiddin, lihatlah Umno Perlis sedang kritikal

KANGAR: PAS Perlis melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan datang sebagai kenyataan terdesak.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar), kenyataan Muhyidin yang dibuat ketika kunjungannya ke Perlis semalam adalah semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong mereka di samping meraih sebanyak mungkin simpati terhadap Umno BN Perlis.

"Dia sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini dilihat bila mana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acap kali turun ke Perlis. Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini.

"Sekarang mereka (BN) memasang bendera di seluruh negeri dan cuba menggambarkan suasana pilihan raya yang semakin hampir, tapi kita percaya perhimpunan yang mereka buat di beberapa lokasi di negeri ini akan dihadiri oleh orang yang sama, malahan termasuk orang-orang luar parti yang diarahkan hadir," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Melihat senario politik semasa di Perlis, Mohd Anuar menasihatkan Muhyiddin supaya melihat pergolakan dalaman yang sedang melanda Umno BN Perlis yang dilihatnya tiada berkesudahan sebelum membuat ramalan bahawa mereka akan menang besar di Perlis.

Malah katanya, beliau tidak gusar dengan kenyataan tersebut kerana yakin Muhyidin sendiri pun sudah membaca laporan-laporan serta kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak tentang kedudukan BN di Perlis mahupun di seluruh negara.

"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka,” ujarnya.

Di Perlis, kata beliau mereka kena cermin diri dulu sebelum bercakap tentang menang besar kerana rakyat Perlis sudah bosan dengan perbutan kuasa, perebutan pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin Umno Perlis yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rayat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya,” ujarnya.

Tambah beliau, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.

"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunya potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," jelasnya lagi.

Tuesday, February 05, 2013

Bendera, sepanduk Umno/BN di pusat agihan BR1M 2.0..macam harta pak dia..

 Dewan 1Malaysia, Simpang Empat
Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri
Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0)  di dua lokasi di Perlis hari ini.

Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpan Empat dan Santan masing-masing.

Tinjauan juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat.

Tuesday, January 08, 2013

Arahan-arahan bagi peserta KL112


Perkara yang perlu anda bawa/sediakan :-
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning, Oren, Merah dan Hijau. Sebaiknya ada logo
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut bertutup.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Berkaitan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia, Bendera negeri masing-masing & Bendera NGO yang menyokong HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112
7. Air Mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit Garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain Tuala Kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai Penutup Mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai Asma atau Alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email peghelihla@yahoo.com

Perkara yang tidak dibenarkan :-
1. Jangan bawa Kad Matrik Pelajar bagi student atau Pass Kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112
6. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 tidak dibenarkan.
7. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
8. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti C4, mancis, molotov cocktail dan mercun.
9. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. (jika merokok jauhkan dari orang ramai)
10. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
11. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
12. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan :-
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan.
10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki.
13. Jangan memakai baju HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan :-
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia, negeri atau ngo terlibat anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan :-
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Penganjur HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email peghelihla@yahoo.com

Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 buat Provokasi :-
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan :-
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan :-
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. Pengenalan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”
BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari
5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

Apa yang anda buat selepas dibebaskan :-
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Ayuh Semua...Demi Masa Depan Malaysia..