Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, July 31, 2011

PERUTUSAN RAMADAN PESURUHJAYA PAS NEGERI PERLIS

Assalamualaikum w.b.r

Bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan Mubarak pada tahun ini kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri Perlis.

Kita mengharapkan semoga pada tahun ini semakin bertambah mereka yang menyahut seruan Allah SWT. untuk menunaikan ibadat berpuasa dari tahun-tahun yang lalu kerana kelebihan bulan yang penuh keagungan dan keberkatan ini tidak sepatutnya dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diambil peluang oleh umat Islam.

Arahan berpuasa sebagi salah satu daripada 5 rukun Islam ini adalah melalui dalil yang qat`ie yang tidak boleh diingkari oleh sesiapapun dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat keredaan Allah.

Bukan sahaja perkara yang diarahkan dalam rukun Islam sahaja, malahan banyak lagi perintah Allah yang lain yang turun melalui nas yang qat'ie juga dituntut untuk dilaksanakan. Contohnya, arahan untuk berjihad di jalan Allah, yang mana konsep jihadnya sangat luas samada dalam bentuk harta-benda, masa, tenaga dan jiwa raga.

Lihatlah peristiwa perang Badar Kubra dan Fathul Makkah yang berlaku pada bulan Ramadan. Ini membuktikan kekuatan iman Rasulullah SAW bersama para sahabat yang keluar berperang meskipun pada bulan Ramadan semata-mata menunaikan perintah Allah SWT.

Untuk itu, kita sekarang ini haruslah mengambil peluang ini dengan berjihad di jalan Allah dengan penghayatan Islam yang sebenar melalui pengorbanan kita samada dalam bentuk harta-benda, masa atau tenaga. Semoga Allah menerima amalan kita untuk kita kembali menghadapNya nanti.

YB. Ustaz Haji Hashim Jasin
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis

Najib liabiliti paling besar buat Umno, kata MP PAS

Petikan THE MALAYSIAN Insider

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi “liabiliti paling besar” kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari “talian hayat” dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

“Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.


LAGI >>>

Sumbangan MOSWAY Dun Guar Sanji




Tahniah Iqbal

Naib Ketua DPP Perlis, Sdr Mior Hassan menyampaikan cenderahati kepada AHK DPP Perlis, Mohd Iqbal yang mendapat cahayamata sulungnya baru-baru ini

Monday, July 25, 2011

Menggelabah La Mat Peqelih Ni!

Respon dari posting sebelum ini....

(Dari Blog Anak Seberang.... http://panggungopera.blogspot.com/)

AS terpaksa masuk campur dalam isu ni. Syed Atief ni seorang ketua pemuda cawangan di Arau, Perlis yang juga bekas pembantu khas mantan Menteri Besar Perlis, DS Shahidan kassim.

Yang ni la AS duk pening. Macamana la UMNO Perlis nak kekalkan kemenangan kalu macam ni la sengketa yang duk ada dalam Perlis. Pergolakan Shahidan Kassim dengan Md Isa Sabu sampai sekarang tak berkesudahan. Ini ditambah kemelut mamat menggelabah ni buat entry dalam blog beliau.

Bagi AS, jika benar sekalipun individu yang dimaksudkan itu melakukan penyalahgunaankuasa, gunakan saluran yang betul untuk meluahkannya. Bukannya secara terbuka dalam blog macam ni! Banyak cara yang lebih sesuai boleh digunakan. Macam blog hang sempoi? Piirahh

BACA DI SINI

Dakwaan Syed Atief (blog Qunang2)

Berikut copy paste dari blog Qunang2



Wednesday, July 20, 2011
PERASUAH

Syed Razlan, ADUN N11 Pauh & Exco Pelaburan Perlis, seorang PERASUAH yang berleluasa di Perlis.. Bukti yang dikumpulkan sudah lebih dari mencukupi.. INI BUKAN FITNAH..!

Polis & SPRM, saya bersedia dipanggil beri keterangan.. Nyahkan pemimpin KOTOR.. Pastikan siasatan berjalan tanpa memilih bulu.. bukan setakat ambil statement dan diam..!

qunang: Saya minta tolong Saidin Osman, tukang kutip toci, buat laporan Polis terhadap blog ini sekali lagi..

KLIK DI SINI



Penulis Blog tersebut juga menerbitkan posting berikut :
PERMOHONAN SIASATAN RASUAH (Siri 1) >>>

SPR akhirnya akui wujud pengundi hantu

Harakhdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.

Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.

Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”.

Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ia merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.

"Ini merupakan kenyataan “U-turn” SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.

"Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.


Baca Lagi >>>

Najib "dikuningkan" lagi...

PM Najib disambut dengan warna kuning di nat (pasar sehari) Balai Baru, Beseri

Ringkasan Aktiviti DPP Perlis terkini


Program sumbangan MOSWAY di DUN Titi Tinggi

Forum Kepentingan Waqaf Pendidikan
(Panel: YB. Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki & Ustaz Khalil Abdul Hadi)
Majlis Taklimat Pengurus Pasti seluruh Perlis

Pelancaran Halaqah UKJ oleh Ustaz Mokhtar Senik

Tuesday, July 19, 2011

TG Presiden: Pihak bantah PAS sokong Ambiga buta sejarah Islam

Dari Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.


BACA LAGI >>>

DR LO’ LO’ SEKADAR YANG SAYA KENALI

Oleh Dr MAZA


Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.


Baca selanjutnya… >>>

Ziarah pelajar Pasti di HTF


KANGAR, 19 Julai :- Jawatankuasa Pemuda PAS Perlis hari ini menziarahi pelajar Pasti, Adik Muhammad Izzad Haikal Mohd Murshidy, 4 tahun di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Pelajar Pasti Al-Hidayah Padang Kota ini diserang jangkitan virus pada hatinya dan sudah dua minggu terlantar di hospital .

Hadir sama menziarahi beliau, Naib Ketua Pemuda PAS Perlis yang juga Pengarah Pasti Negeri, Meor Hassan Sazali; Ketua Penerangan, Bashir Ishak dan Pengerusi Lajnah Kebajikan, Shuhairi Samsuddin.

Turut serta Setiausaha Pasti, Nordin Othman dan Setiusaha Pemuda Kangar, Hafizul Ghani.

Adik Izzad bersama ibu dan bapanya ternyata ceria menerima kunjungan Pemuda PAS.

Monday, July 18, 2011

Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia, kata Hadi

AMPANG - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Baca selanjutnya laporan The Malaysian Insider
di sini >>>>

Friday, July 15, 2011

Bekas mufti selar budaya bodek dalam Umno

Malaysiakini melaporkan:


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno.

Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu.

"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

"Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan.

"Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.

LAGI >>>

Sambutan 'kuning' untuk Najib di United Kingdom

Malaysiakini melaporkan Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.
Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, mereka boleh ditahan dan dinafikan hak untuk dibicarakan.

Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.

Adusss..kuning lagi....

Terkedu la Tok Jib dengan Nek Mah....

Umno/BN kena belajar dari peristiwa kebangkitan rakyat di dunia Arab

PADANG BESAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan pimpinan Umno/BN supaya sedar bahawa kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung sekiranya demokrasi tidak diletakkan pada landasannya yang sebenar.

Menurutnya, penafian ruang demokrasi dan kebebasan kepada rakyat merupakan suatu yang bertentangan dengan fitrah manusia samada dari kalangan umat Islam atau orang bukan Islam kerana tidak memberikan kehormatan kepada diri manusa yang mepunyai maruah.

Berucap di majlis ceramah penerangan di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir dekat sini 11 Julai lalu, beliau mengingatkan pimpinan Umno/BN supaya belajar dari peristiwa kebangkitan rakyat di dunia Arab baru-baru ini sebagai pengajaran.

"Kita gagal untuk memahami satu yang lebih penting, mengapa keadaan menjadi huru-hara kerana kerajaan yang lama berkuasa tidak memberi ruang demokrasi kepada rakyat.

"Maka berlakunya kebangkitan rakyat bukan salah rakyat tapi salah pemerintah yang tidak memberi makna dan nilai demokrasi yang sebenarnya.Jadi pemerintah perlu belajar dari sana. Jangan marahka rakyat yang turun pada 9 Julai lalu, polis jangan pukul, sembur sampai ada yang meninggal, jangan ada yang maki hamun kita kerana itu sebenarnya adalah kesalahan rejim pemerintah yang tidak memberi demokrasi sehingga rakyat terasa yang haknya dihormati.

"Sebab itulah kena ambil pengajaran. Bukan apa, kita nak beritahu awal kepada pemimpin Umno/BN nanti mereka pun akan jadi macam tu, jangan kata kami tak beritahu. Anda telah diberi amaran kerana rakyat akan bangkit bila demokrasi tidak diletakkan pada landasannya," ujarnya.

Pengalaman Ditahan Semasa BERSIH 2.0

Friday, July 08, 2011

Bersih 2.0: Sekitar 30 jalan di KL ditutup Sabtu

Malaysian Insider melaporkan:


KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dibenarkan.

Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:

— Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara

— Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

— Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok

Malaysiakini melaporkan: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

LAGI >>>

Thursday, July 07, 2011

Provokasi Bersih 2.0: Pemuda PAS Perlis buat laporan polis

KANGAR- Ekoran berlakunya pengkhianatan bersifat vandalisme di hadapan Kompleks PAS Perlis hari ini, Dewan Pemuda PAS Perlis membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar petang ini.

Laporan polis dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan jam 4.30 petang tadi.

Dalam laporannya, beliau meminta pihak polis menyiasat dan menangkap pihak yang terbabit kerana perbuatan tersebut merupakan suatu bentuk pengkhianatan kepada orang yang tidak bersalah selain melibatkan kepentingan awam.

"Pemuda PAS Perlis mengutuk keras tindakan pihak berkenaan yang menganngap ianya suatu usaha memburuk-burukkan imej penganjur Bersih 2.0 selain usaha untuk mewujudkan suasana ketegangan dan kebencian di kalangan penduduk di negeri ini.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Naib Ketua Pemuda PAS Perlis, Meor Hassan Sazali dan Setiausaha Pemuda, Mohd Sahir Ab Raman.

Pagi tadi, warga kerja Kompleks PAS Perlis dikejutkan dengan perbuatan vandalisme berbentuk semburan cat di atas jalan dan papan tanda di tepi pagar Kompleks PAS dengan perkataan “BERSIH HARAM” dan “PAS Bodoh”.

Manakala perkataan “PAS Bodo” juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di tepi pagar, dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.

PAS Perlis kutuk provokasi Bersih 2.0

KANGAR - PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap bersifat vandalisme yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab sekitar bandar Kangar termasuk di hadapan Kompleks PAS Perlis.

Malam tadi, di hadapan pintu masuk ke Kompleks PAS Perlis berlakunya perbuatan vandalisme dengan menyemburkan cat di atas jalan dengan perkataan “Bersih Haram” dan “PAS Bodoh”. Perkataan “PAS Bodo” juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di pagar Kompleks PAS Perlis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menyifatkan kerja ini dilakukan tangan-tangan nakal yang mempunyai unsur-unsur politik di belakangnya.

"PAS dan Pakatan Rakyat Perlis berasa kesal dan dukacita dengan perbuatan seperti ini dan meminta ianya dihentikan. Tidak sepatutnya ada campurtangan politik dalam hal ini khususnya untuk memburukkan imej Bersih. Saya memberi jaminan bahawa pihak kami tidak membuat kerja-kerja seperti ini.

"Kami berharap agar semua pihak mengambil pendirian dan pemikiran yang rasional dalam hal ini tanpa dipengaruhi emosi," katanya.

Menurut Ustaz Hashim lagi, perbuatan vandalisme sebegini turut di lakukan di merata lokasi di sekitar bandar Kangar termasuk di dinding bangunan, pagar sekolah dan lain-lain.

Justeru katanya, PAS Perlis mengutuk keras perbuatan yang tidak bertamadun ini yang jelas cuba membangkitkan rasa kebencian dan ketegangan di kalangan penduduk di negeri ini khususnya.

"Kami berkeyakinan bahawa rakyat Perlis tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur seperti ini. Pimpinan Bersih sendiri telah mengadap Yang Dipertuan Ahong, jadi semua pihak perlus menghormati pendirian Tuanku.

"Pihak kerajaan juga harus menghentikan tekanan-tekanan yang dibuat terhadap Bersih termasuk menahan orang-orang yang berpakaian kuning berlogokan Bersih supaya kita akan memperolehi suatu penyelesaian yang baik.

"Sekali lagi kami tegaskan, perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan adalah himpunan aman dengan tujuan yang murni untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang Bersih dan Adil," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Hashim juga menyelar pandangan yang menyatakan bahawa himpunan Berish akan menyebabkan pelabur asing tidak datang akan datang ke Malaysia."Sebaliknya, pelabur asing lebih takut untuk datang ke negara ini sekiranya sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini adalah pincang dan tidak telus," ujarnya.

Sidang media diadakan hari ini di Kompleks PAS Perlis dengan turut dihadiri pimpinan PAS, KeADILan dan DAP Perlis.

Kenyataan Media PAS Perlis berhubung provokasi Bersih

KENYATAAN MEDIA


PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap pihak yang tidak bertanggungjawab bersifat vandalisme yang dilakukan sekitar Bandar Kangar termasuk di hadapan Kompleks PAS Perlis.

Malam tadi, di hadapan pintu masuk ke Kompleks PAS Perlis berlakunya perbuatan vandalisme dengan menyemburkan cat di atas jalan dengan perkataan “Bersih Haram” dan “PAS Bodoh”. Perkataan “PAS Bodo” juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di pagar Kompleks PAS Perlis.

Dalam pemerhatian kami juga, perbuatan vandalisme sebegini turut di lakukan di merata lokasi di sekitar Bandar Kangar termasuk di dinding bangunan, pagar sekolah dan lain-lain.

Justeru kami mengutuk keras perbuatan yang tidak bertamadun ini yang jelas cuba membangkitkan rasa kebencian dan ketegangan di kalangan penduduk di negeri ini khususnya.

PAS Perlis telah menjangkakan akan berlakunya perbuatan bersifat provokasi seperti ini menjelang Perhimpunan Aman Bersih 2.0 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Sekali lagi ditegaskan, perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan adalah himpunan aman dengan tujuan yang murni untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang BERSIH dan Adil.


USTAZ HASHIM JASIN
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis

Lagi Provokasi menjelang Bersih 2.0

Di papan tanda depan kompleks
Di pintu masuk


Di atas jalan di hadapan kompleks

Monday, July 04, 2011

Bersih 2.0: PAS junjung tinggi titah Agong

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.

Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihan raya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.

Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini.

Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa.

PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini.

Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana.

Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik.

Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan.

Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.

Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir."

Pagi ini Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevanasan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan situasi sekarang, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Bersih melalui Twitter mereka.

Petang semalam Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar diadakan rundingan antara pihak Bersih dan kerajaan.

Baginda juga mengarahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

<< BACA DI SINI >> Pakatan Rakyat cadang BERSIH mengadap Agong

Friday, July 01, 2011

POLIS KETAGIH SALAH GUNA KUASA KE ATAS PENYOKONG BERSIH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hasrat menganjurkan perhimpunan Bersih secara aman pada 9 Julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program Bersih . Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan. Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara ( TPKN ) sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan. Apa gunanya permohonan permit dipohon jika TKPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan.

Sebenarnya kenyataan TKPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) . Jika TKPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan TKPN? Adalah jelas TKPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?



BACA SELANJUTNYA >>>

Mengenang Mujahid Ulung PAS