Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, December 06, 2012

PRU-13: Jangan buat kecoh...


KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis,Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) meminta semua parti politik memasuki pilihanraya umum (PRU) ke 13 akan datang dengan a hlak yang baik dan menjaga keharmonian.


Berucap membahaskan Bajet 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 5 Disember lalu, Ustaz Hashim menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam PRU ke-13 nanti agar menumpukan kepada kerja masing-masing dan tidak berbuat sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang dan Islam.

PRU ke 134 sudah tak lama lagi dan saya kira ini mungkin sidang DUN yang terakhir bagi kita. Tak tahulah dalam dewan ini siapa yang akan ada lagi pada sesi akan datang.

"Tapi kita dengar dari pimpinan BN ada yang menyebut 'kita akan  buat apa saja untuk menang". Jagalah keharmonian semasa PRU nanti dan jangan ada pimpinan yang jadi batu api untuk memberi arahan supaya tercetus perkara-perkara yang tidak baik nanti," katanya

Pj Perlis tepis sangkaan buruk Exco Agama


KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis,Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang)menangkis tanggapan Exco Agama, Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) bahawa terdapat sebuah parti politik di negeri Perlis yang menjalinkan hubungan dengan sebuah negara yang menyokong Israel dalam satu pertemuan yang diadakan Mei lalu.

Menurut Ustaz Hashim, PAS Perlis memang membuat perjumpaan dengan seorang menteri dari Singapura yang datang ke Kompleks PAS Perlis dan kehadiran itu adalah di atas permintaan pihak mereka sendiri.

"Menteri tersebut bukan sekadar hadir berjumap dengan PAS malah berjumpa dengan Menteri Besar Perlis. Mereka datang untuk berkenalan dengan kami dan pihak PAS sendiri dalam perumpaan itu ada mengemukakan beberapa persoalan untuk mengambil pengalaman pentadbiran di Singapura.

"Antara lainnya kita bertanya bagaimana Singapura dapat membanteras rasuah,"jelas beliau ketika mencelah penggulungan oleh Jafperi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini.

Ustaz Hashim juga menjelaskan bahawa bukan hanya Singapura, malah banyak lagi keduataan asing yang hadir bertemu PAS perlis termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Peranchis.

RINGKAS DARI SIDANG DUN PERLIS


IPTIPS bakal dirombak

Sidang DUN Perlis diberitahu oleh Exco Agama,  Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) bahawa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) bakal dirombak pegurusannya bermula dari jawatan teringgi.

Menggulung perbahasan bajet 2013, Jafperi berkata untuk tuuan penambahbaikan IPTIPs, pihak kerajaan telah menubuhkan tiga jawatankuasa.

Dalam Sidang DUN Perlis kali ini, isu IPTIPs terud dibangkitkan oleh ahli dewan.

Perlis tak mampu saingi negeri Pakatan Rakyat

Khairy Hasan (BN-Mata Ayer) mengakui kerajaan Perlis tidak mampu untuk bersaing dengan negeri lain termasuk negeri di bawah Pakatan Rakyat bagi menarik pelaburan asing dan perlu dibantu oleh kerajaan pusat.

Katanya, untuk membawa pelaburan asing, Perlis tidak mampu untuk bersaing dengan kawasan seperti di Kulim (Kedah) dan Shah Alam (Selangor) serta Pasir Gudang (Johor).

Tegur Exco Agama

Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) menegur Exco Agama,  Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) yang cuba mengaitkan PAS mengikut telunjuk parti-part lain di dalam Pakatan Rakyat.

Jafperi dalam ucapan penggulungan perbahasan bajet cuba membangkitkan isu-isu yang sudah diselesaikan di dalam Pakatan Rakyat termasuk isi sensitif berkaitan agama Islam seperti masalah azan.

"Saya tak tahu apa jenis Exco yang bercakap macam ni. Cuba Yang Berhormat pergi ke Selangor, adakah azan tidak boleh berkumandang," tanya Rus'sele.


Kualiti bekalan air masih teruk

Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berkata kualiti bekalan air yang diterima di Perlis masih lagi belum memuaskan dan meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera.

"Saya pun hairan air yang kita dapat seminggu jernih kemudian merah balik, sebulan jernih kemudian merah balik. Kita nak berbangga dengan orang Kelantan pun tak boleh kalau macam ni,"katanya.


Belanjakan bajet SUKMA dengan sebaiknya

Dalam ucapannya membahaskan bajet 2013, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) meminta kerajaan supaya menggunakan peruntukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2104 di perlis dengan sebaiknya.

"Bajet untuk Sukma tu saya lihat banyak sangat, cukup belanja untuk setahun negeri Perlis. Biarlah angka yang dibelanjakan itu mendapat keberkatan dan hasil yang munasabah," katanya.

Tunggakan hasil air RM21.8 juta

Sidang DUN Perlis diberitahu bahawa jumlah tunggakan hasil air yang belum dapat dikutip sehingga September 2012 adalah berjumlah RM21.773 juta merangkumi akaun yang masih aktif sebanyak RM16.18 juta dan RM5.6 juta akaun tidak aktif.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu ketika menjawab soalan lisan Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat).

Rakyat sudah cerdik

Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berkata bahawa rakyat sekarang hatta golongan tua sekalipun sudah cerdik  dan mengetahui bahawa setiap pemberian oleh kerajaan adalah hak mereka.

Bangun mencelah ucapan Dato' Seri Sahidan Kassim (BN-Tambun Tulang), beliau berkata zaman sekarang sudah berbeza berbanding zaman dahlu di mana tahap pemikiran dan pandangan rakyat jugaberubah mengikut zaman.

"Apakah Yang Berhormat sedar bahawa sekarang ini sudah masuk tahun 2012 dan bukannya seperti tahun 1960-an dulu. Mentaliti rakyat sekarang pun sudah berbeza berbanding dulu.Macam wakil Mata Ayer sebut PAS hanya bagi beras sekampit berbanding dengan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan dan sebaginya tadi, rakyat sudah tahu membezakannya. Kalau PAS bagi tentunya dari sumbangan orang dan bial BN bagi itu dari kerajaan dan itu hak mereka," jelasnya.

Murid Sekolah Agama dapat buku teks dimakan anai-anai

KANGAR - Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis semalam dikejutkan dengan pendedahan oleh Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) yang menunjukkan buku teks yang diedarkan kepada murid Sekolah Rendah Islam yang begitu usang.

Berucap membahaskan Bajet 2013, Rus'sele menyelar pihak kerajaan yang tidak memberikan penekanan tentang aspek pendidikan dan pembangunan insan dalam pembentangan bajet tersebut.

Beliau mendedahkan bahawa terdapat sebuah Sekolah Rendah Islam di mana buku teks yang dibekalkan kepada pelajar sudah terlalu usang dan ada pula yang telah dimakan anai-anai.

"Bajet kali ini sekali lagi tidak menyentuhpun tentang peruntukan untuk pendidikan khususnya berkaitan Sekolah Agama Rakyat. Apa yang kita buat sekarang adalah untuk generasi akan datang. Kita kena didik anak-anak untuk menjadi orang yang cerdik dan bertakwa, barulah selamat dunia dan akhirat.


"Dalam Pesidangan Agung Umno baru-baru ini, cakap hebat nak bela Melayu, nak bela Islam, tapi macam inikah yang kata nak bela nasib rakyat. Bagi buku teks pun sampai murid-murid nak tengok pun tak lalu,"jelasnya.

Bajet "copy and paste"


KANGAR - PAS Perlis melihat bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu baru-baru ini sebagai bajet "copy and paste" kerana tiada pembaharuan yang dibawa dalam pembentangan tersebut.

Malah sekali lagi bajet yang dibentangkan pada tahun ini mengenepikan aspek pendidikan dan kerohanian.

Keseluruhan bajet yang dicadangkan untuk tahun 2013 adalah sebanyak RM253 juta yang merangkumi RM181.65 juta perbelanjaan mengurus dan RM72.14 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus pada kali ini meningkat berbanding RM181.24 juta pada tahun lalu dan perbelanjaan pembangunan pula meningkat dari RM55 juta pada tahun lalu.

Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2013 ialah sebanyak RM76.12 juta menyebabkan kerajaan negeri bakal menanggung defisit sebanyak RM105 juta.

Menyentuh bajet 2013, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berkata bajet tersebut hanya menyentuh aspek kebendaan dengan mengenepikan aspek pembangunan insan.

"Secara keseluruhannya bajet yang dibentangkan adalah baik kerana memberikan penumpuan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat, tapi sayangnya aspek kerohanian atau pembangunan insan langsung tidak disentuh.

"Kerajaan tidak sepatutnya berbangga kerana berjaya mengurangkan defisit sebanyak RM2 juta berbanding tahun lalu kerana angkanya tetap tinggi dan kerajaan sepatutnya memberikan penumpuan kepada mencari idea-idea baru bagi peningkatan hasil," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) pula berkata bajet kali ini tidak banyak beza daripada tahun-tahun sebelum ini.

Menurutnya, bajet yang dibentangkan itu nampak seperti salinan daripada tahun lalu kerana banyak menyebut perkara-perkara yang telah atau sedang dilaksanakan.

"Umpamanya disebut tentang pelaburan asing yang masuk sedangkan syarikat berkenaan telahpun beroperasi. Kerajaan juga masih banyak menyentuh perkara-perkara yang dibentangkan dalam bajet pusat oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Tak nampak pun ada banyak perkara yang baru. Program BR1M 2.0 pun masuk sebagai program negeri sedangkan benda tu dari pusat,"jelasnya.

Menyentuh pembentangan bajet ini juga, Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (kiri) berkata bajet tersebut tidak mesra rakyat dan gagal dibentangkan secara menyeluruh.

"Mana ada penumpuan kepada pembangunan modal insan seperti pendidikan, program dakwah dan pembasmian gejala sosial? Bajet juga tidak memberikan penumpuan khusus kepada projek pembangunan terus kepada rakyat dibawah.

"Walaupun diuar-uarkan tentang Perlis Maju 2015, bajet ini juga tidak memberikan fokus khusus ke arah itu,"katanya.