Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, February 25, 2010

PAS Perlis: Ustaz Abd Rashid bukan lagi Ketua Dewan Ulama

KANGAR - PAS Perlis menafikan pembabitan Mantan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Abd Rashid Abd Rahman dalam jawatankuasa parti itu sepertimana yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini.

Laporan tersebut dimuatkan pada seksyen Nasional Berita Harian hari ini, dengan tajuk "Hakim nasihat Ketua Dewan Ulama PAS Perlis : Selesaikan kes tuntutan hak jaga tiga anak secara sulh".

Menurut
Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat memandangkan Ustaz Abd Rashid sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulam PAS Perlis.

"Ustaz Abd Rahid telah mengemukakan surat perletakan jawatan beliau pada bulan Julai lalu. Badan Perhubungan PAS Perlis yang bermesyuarat pada 21 Julai memutuskan bahawa permohonan beliau ditangguhkan sehingga ke mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perlis berikutnya.

"Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perlis yang diadakan pada bulan Disember lalu telah dimaklumkan bahawa perletakan jawatan beliau telah dipersetujui.

"Jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis kini dipangku oleh Naib Ketua, Ustaz Salleh Adam," jelasnya.

Untuk itu, PAS Perlis meminta pihak yang terbabit membuat pembetulan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan.

Wednesday, February 24, 2010

Kumpulan Shahidan tuntut jawatan MB?

Petikan Malaysiakini
Isu pelantikan menteri besar Perlis selepas pilihan raya umum 2008 belum berakhir. Terkini, tersebar di Internet mengenai dakwaan wujudnya 'persefahaman' antara puak yang bertelagah di Perlis mengenai penggiliran jawatan tersebut.

Mengikut 'persefahaman' tersebut - bulan depan tiba giliran Datuk Seri Shahidan Kassim pula untuk menjadi menteri besar Perlis yang kini disandang oleh Datuk Seri Md Isa Sabu.

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan, mendakwa wujudnya persefahaman mengenai penggiliran jawatan menteri besar Perlis.

Ketika dihubungi
Malaysiakini minggu lalu, beliau mendakwa, persafahaman itu dicapai pada pertemuan pada 21 dan 22 Februari 2008 - sehari sebelum penamaan calon.

Menurutnya, pertemuan dihadiri perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi; timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak; dengan wakil kumpulan A - Shahidan - dengan dua wakil kumpulan B - setiausaha agung Umno ketika itu, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan ahli parlimen Padang Besar, D
atuk Azmi Khalid.

Bagaimanapun, Radzi yang juga ahli Parlimen Kangar menafikan wujudnya perjanjian bahawa Shahidan akan kembali menjawat jawatan itu Mac ini.

"Tidak ada perjanjian tersebut. Tidak timbul langsung," katanya dihubungi
Malaysiakini semalam.

"Tidak ada perjanjian itu sama ada bertulis ataupun secara lisan, tidak timbul masalah ini," tambahnya.

BACA LAGI >>

Link berkaitan : Blog Qunang2

Tuesday, February 23, 2010

Siasat dalang kemasukan pekerja asing haram - TPj

KANGAR - Hasrat kerajaan untuk menangani masalah kebanjiran warga asing di negara ini mendapat tamparan hebat ekoran penangkapan 41 orang pekerja asing yang bekerja secara haram di Mata Ayer dekat sini baru-baru ini.

Lebih menghairankan sebahagian besar pekerja ini dikesan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah tetapi bekerja di tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer, iaitu projek kerajaan pusat di bawah Kementerian Pelajaran.

Sementara itu, penyelia tapak binaan terbabit juga ditahan apabila gagal menampilkan bukti serta dokumen kukuh berhubung status tenaga kerja asing yang digunakan di situ.

Mengulas penahanan ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir berkata perkara ini adalah aneh memandangkan pekerja terbabit bekerja di projek pembinaan kerajaan pusat.

"Ini adalah satu tamparan hebat kepada pihak kerajaan khususya kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sedang terkejut dengan kebanjiran warga asing. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN ini pincang sepincang-pincangnya," ujar beliau.

Beliau turut membidas kenyataan pihak pimpinan BN yang dilihat bercanggah antara satu sama lain. Katanya,bagi mengatasi maslah ini mengapa tenaga kerja tempatan tidak digunakan sedangkan kadar pengangguran di negara ini masih tinggi.

"Di Perlis khususnya, masih ramai penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Cakap-cakap kononnya untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan hanyalah cakap kosong.

"Bagi pihak Lajnah Pekerja, kami menuntut agar kerajaan membuat kajian khusus berkenaan masalah ini dan juga perlu dibuat siasatan siapakah dalang di sebalik kemasukan pekerja asing tanpa izin ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis.

Majlis Makan Malam Anjuran Kelab penyokong PAS Perlis

Majlis Makan Malam anjuran Kelab penyokong PAS Perlis sempena Tahun Baru Cina diadakan pada 21 Februari lalu di Restoran Sri Petani, Taman Perlis.
Dihadiri kira-kira 400 orang dari pelbagai kaum untuk bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.
Antara yang hadir, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin; Pengerusi LPN PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa; Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis, Cikgu Khoo Yang Ching serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab serta Mohd Anuar Tahir.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Chia Kah Peng; Adun DAP Kota Darulaman, Lee Guan Aik; Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan;pimpinan KeADILan Perlis, wakil Kelab Penyokong PAS Kedah serta ahli-ahli persatuan Tionghua Perlis.




Friday, February 19, 2010

Bekas timbalan menteri keluar BN, sokong Pakatan

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di Tamparuli.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihanraya umum ke-13.

Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin-pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan nampaknya tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para wakil rakyat dari Sabah dan pihak kerajaan negeri Sabah sendiri. (Malaysiakini)

Retro: Gesaan Presiden PAS kepada ahli Umno


Klik di foto

DAP: 'Pemuda Umno jahil demokrasi berparlimen'

Malaysiakini melaporkan:
DAP Selangor menyifatkan Pemuda Umno dan pertubuhan lain yang menyertai demonstrasi di pejabat Pesuruhjaya Tertinggi Australia semalam, sebagai “jahil fungsi sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara komanwel, termasuk Malaysia dan Australia”.

Demonstrasi itu diadakan kira-kira seminggu selepas lebih 50 ahli parlimen Australia membuat desakan supaya digugurkan tertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat desakan itu kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Canberra, Salman Ahmad.

Selain itu, pengerusi jawatankuasa hubungan luar senat Amerika Syarikat, John Kerry pula mahu perbicaraan Anwar dijalankan dengan adil dan saksama.


Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San menjelaskan, dalam sistem demokrasi berparlimen, jawatankuasa kecil atau jawatankuasa parlimen ditubuhkan oleh parlimen dan dianggotai ahli parlimen sendiri yang tidak memegang apa-apa portfolio dan jawatan dalam pentadbiran kerajaan atau eksekutif.

Selalunya, jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan isu atau portfolio pentadbiran sesebuah kerajaan itu dan berfungsi sebagai satu cabang untuk memantau dasar dan pelaksanaan dasar oleh eksekutif, selaras dengan semangat pengasingan kuasa antara legislatif (parlimen), eksekutif (pentadbiran) dan judisiari (kehakiman).

“Malahan dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab meneliti sesuatu akta yang dibentangkan oleh eksekutif sebelum ianya diluluskan oleh Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca selanjutnya

Wednesday, February 17, 2010

Hebatnya Presiden PAS

SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM

PAS mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang didakwanya mengunakan fasiliti milik rakyat - Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) - untuk mengadakan konvensyen Umno yang bakal dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen Umno itu.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seramai 2,000 ahli Umno Pahang dijangka berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.

“Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.

“Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.

“Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana menteri pengajian tinggi juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Idris mendakwa, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang suka mengambil kesempatan dalam mengunakan kemudahan rakyat.

Baca seterusnya di sini

KOMEN PEGHELIH LA.....

Umno memang macam tu... Bab nak guna harta awam ni depa memang juara... Juara Rakyat la katakan... (baca "JUARA GUNA HARTA RAKYAT")... Kalau nak dibandingkan dengan PAS memang Umno ni cukup lemah.. Cuba kita masuk kampung-kampung. Berapa buah markas atau dewan Umno yang ada berbanding dengan markas PAS?

Friday, February 05, 2010

Tahniah Mohd Rozi

Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (kanan) menyampaikan hadiah sumbangan Lajnah Kebajikan kepada Exco DPP Perlis, Mohd Rozi Ismail sempena kelahiran putera sulung beliau sambil diperhatikan Pengerusi Lajnah Kebajikan, Shuhairi Samsuddin.

Thursday, February 04, 2010

Ceramah


Jadikan PAS tempat rakyat bernaung

Klik di foto

Pesan Tok Guru

Semasa merasmikan program Taklimat Isu Semasa di Shah Alam baru-baru ini, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli PAS untuk beristiqamah dalam perjuangan.

Kata Tuan Guru, ada dua jenis jahil dalam berjuang:

1. Sembrono nak menang cepat
2. Menganggap tak boleh menang dalam berjuang