Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, November 25, 2009

Ceramah Korban


Ijtimak Korban

Ijtimak Korban PAS Perlis akan diadakan seperti berikut:

Hari Raya Kedua/ Sabtu, 28 November 2009
Di Markas Tarbiyyah PAS Perlis, Jejawi Dalam.
Mulai jam 8.00 pagi

Monday, November 23, 2009

Mahkamah Tinggi tolak penangguhan kekosongan DUN Kota Siputeh



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong. Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini. (Berita Harian).



JOM GEMPUR KOTA SIPUTEH........!!



Link berkaitan:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/23/nation/20091123154649&sec=nation

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

http://www.malaysiakini.com/news/118117

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/23/mstar_berita/20091123160010&sec=mstar_berita

Ustaz Abu Bakar Awang meninggal

Petikan Harakahdaily
ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.


Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis. Baca selanjutnya di sini.
Al-Fatihah.

Ceramah




Thursday, November 19, 2009

Ditembak polis,tangan bergari: Keluarga akan ambil tindakan undang-undang

ARAU - Keluarga Mohamad Taufik Noorzan, 21, pemuda yang ditembak mati berhampiran pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji, dekat sini, mempertikaikan tindakan oleh pihak polis dalam insiden tersebut.

Antara yang menjadi pertikaian mereka ialah beberapa kenyataan daripada pihak polis seperti yang dilaporkan akhbar yang dikatakan bercanggah dengan kejadian sebenar.

Menurut bapa mangsa, Noorzan Abdul Rahim, 47, mempertikaikan pernan pihak polis yang tidak terus menahan anaknya yang dikatakan telah pergi ke balai polis menyatakan niatnya untuk membunuh rakannya.

Jelasnya, ketika berada tidak jauh dari tempat kejadian, beliau ada mendengar dua das tembakan berturut-turut dan ketika tiba di situ anaknya tertiarap di atas tanah sambil kedua-dua tangan masih bergari.

Beliau berkata ketika itu seorang anggota polis memegang pisau pisau pemotong sayur yang digunakan anaknya sebelum itu.

"Saya memeriksa kesan tembakan di kaki anak saya tapi tiada kesan tembakan, tapi tembakan itu tepat terkena dadanya. Saya meminta untuk dibuka gari tersebut tapi polis yang berada disitu terpinga-pinga mencari kuncinya.

"Kemudian saya meminta kain untuk menutup darah kesan tembakan dan menyuruh mereka memanggil ambulan tetapi tiada tindakan segera yang diambil,"jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Belakang Istana Arau dekat sini.

Noorzan mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya yang hanya bersejatakan sebilah pisau pemotong sayur sedangkan beliau bukanlah seorang penjenayah.

"Dia bukan colek orang pun atau mendatangkan bahaya besar. Saya nak tanya kenapa anak saya digari? Adakah dia ditembak semasa tangannya bergari atau digari selepas dia di tembak?

"Kalau ditembak dulupun, kenapa perlu dia digari?," soalnya.

Selain itu, Noorzan turut menjelakan bahawa dia diberitahu hasil bedah siasat turut mendapati adanya kesan hentakan dengan objek tumpul pada bahagian belakang anaknya itu.

Sehubungan itu, Noorzan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis, kerajaan Malaysia dan angota polis terbabit akibat kecuaian mereka dalam menjalnkan tugas sehingga menyebabkan kematian.

Pemuda ditembak polis: Pemuda PAS Perlis gesa siasatan telus

ARAU - PAS Perlis memandang serius kejadian pihak polis menembak mati seorang pemuda di Guar Sanji baru-baru ini kerana ianya membabitkan imej pasukan polis yang semakin menjadi pertikaian di kalangan rakyat.
Baru-baru ini, seorang lelaki yang hanya bersenjatakan pisau pemotong sayur mati ditembak selepas dikatakan mengugut untuk membunuh seorang rakan beliau.

Dalam kejadian berhampiran pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji, dekat sini, Mohamad Taufik Noorzan, 21, meninggal dunia selepas terkena satu das tembakan dari seorang anggota polis pada bahagian kanan dadanya.

Mengulas kejadian ini, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan insiden yang berlaku itu menjejaskan imej dan profesionalisme pasukan polis di mata umum.

"Sepatutnya insiden sedemikian tidak berlaku sekiranya pasukan polis bertindak dengan lebih berhati-hati bagi memastikan keselamatan orang awam.

"Tindakan membunuh adalah jalan terakhir, apatah lagi ianya hanya membabitkan seorang yang hanya bersenjatakan pisau pemotong sayur sahaja dan dia bukanlah seorang penjenayah.

"Kita bukan nak mempersoalkan tugas polis tapi berharap agar siasatan yang telus diadakan berkaitan insiden ini," katanya.

Ustaz Ya'akub ditemui selepas menziarahi Rashidi Abdul Rahman, pemuda yang didakwa telah dipukul oleh Mohamad Taufik sebelum kejadian beliau ditembak.

Turut hadir mengiringi beliau, Exco Pemuda PAS Perlis dan Pemuda PAS Arau.
Selain itu, beliau turut menziarahi keluarga Mohamad Taufik dan bertemu dengan bapanya, Noorzan Abdul Rahim.

Monday, November 16, 2009

Pasti medan memasyarakatkan PAS

JEJAWI - Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang ditubuhkan oleh PAS merupakan suatu entiti penting memberikan khidmat kepada masyarakat.

"Kehebatan Pasti terletak kepada semangat pengorbanan yang tinggi oleh para penggiatnya termasuk guru-guru Pasti yang bekerja dengan imbuhan yang tak seberapa.

"Pasti kini mampu menjadi produk PAS yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat dan premis-premis Pasti juga perlu dibangunkan sebagai pusat komuniti bagi masyarakat setempat," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis Minum Petang bersama pemimpin sempena Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Padang Besar dan Kangar yang diadakan di Balai Islam MADI baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim serta Ketua Pemuda Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Khalil dalam ucapannya turut menegaskan perkara yang sama iaitu Pasti adalah medan untuk memasyarakatkan PAS.

Katanya, walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mematikan institusi ini, Pasti terus berkembang maju di seluruh negara.

"Pasti boleh mengambil peranan sebagai pengganti di tempat yang tidak ada tadika. Alhamdulillah, berkat pengorbanan dan keikhlasan penggiatnya, Pasti terus bergerak maju sampaikan kini ada Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian yang turut menghantar anak mereka ke Pasti," katanya.




Wednesday, November 11, 2009

Kerusi stadium RM500 sebiji?

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kerosakan yang dialami Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat tindakan liar penyokong Kelantan semasa perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia Sabtu lepas bernilai RM214,000. Baca di sini.

Kerosakan tersebut kata beliau melibatkan 224 buah kerusi stadium bernilai RM112,000, tiga lorong trek RM60,000, pintu pagar untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas.

Waahhh.... 224 buah kerusi stadium bernilai R112,000.00. Mengikut pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang dipraktikkan di negara ini means that RM112,000.00 divided by 224 chairs equals to RM500.00 per chair. Hangpa faham ka???

Kerusi stadium yang muat-muat letak punggung kita tu bernilai RM500.00. Bukannya kerusi VIP. Tapi kerusi penonton biasa....

Lihat foto-foto ini untuk menilai sendiri....

Takziah kepada Dato' Kamarudin Jaffar dari PAS Perlis

KANGAR - PAS Perlis mengucapkan takziah kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar yang kehilangan isteri beliau Datin Kamariah Kamarudin.

Kamariah meninggal dunia jam 6 pagi ini akibat penyakit kanser yang beliau deriati sejak sekian lama.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar. Baca di sini

"Bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, saya mengucapkan takziah kepada Dato' Kamarudin di atas pemergian isteri beliau. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

"Semoga roh Datin Kamariah dicucuri rahmat dan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh,"kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Tuesday, November 03, 2009

Perasmian bangunan baru SRI Al-Furqan

JEJAWI - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr haron Din baru-baru ini telah menyempurnakan perasmian bangunan akademik Blok A Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Furqan di sini.

SRI Al-Furqan yang merupakan salah satu daripada tiga buah institusi pengajian kelolaan PAS Perlis sebelum ini beroperasi di Padang Siding sebelum berpindah ke Jejawi pada tahun ini.

Bagi sesi pengajian tahun 2009, SRI Al-Furqan menumpang di bangunan Al Madarasah Ad-Dinniah Islamiyah (MADI) sebelum didirikan bangunan sekolah yang baru dan bakal diduduki pada sesi pengajian tahun 2010.

Pembinaan bangunan sekolah ini adalah hasil sumbangan seorang individu yang telah mewakafkannya bagi pihak keluarga beliau.

Dr Haron dalam ucapannya, menyeru semua pihak agar terus memberikan sumbangan dalam apa juga bentuk samada harta-benda atau tenaga demi perjuangan Islam.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz hashim Jasin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan demi menyiapkan bangunan sekolah tersebut.

"Ini termasuk kepada mereka yang bekerja dengan sukarela tanpa mengambil sebarang upah.
Saya berdoa agar semangat pengorbanan sebegini akan terus subur di kalangan ahli PAS," katanya.




Pemuda PAS Perlis beri semangat kepada pasukan Singa Utara

KANGAR - Pemuda PAS Perlis turut menzahirkan sokongan kepada pasukan bolasepak Perlis menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kelantan di Kangar baru-baru ini.

Walaupun ketika itu pasukan Perlis ketinggalan dengan agregat 2-0 selepas tumpas di Kota Bharu pada separuh akhir pertama, Pemuda PAS Perlis turun bertemu pemain, jurulatih serta pegawai pasukan selepas latihan di Stadium Utama Negeri di sini.



Ustaz Ya'akub berbual dengan Irfan, Mohd Noor dan Fauzi


Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman serta barisan Exconya turun ke padang bertemu jurulatih pasukan Perlis, Irfan Bakti serta pengurus pasukan, Mohd Noor Aziz untuk menyatakan sokongan dan membangkitkan semangat para pemain menjelang perlawanan tersebut.

Sebagai tanda sokongan, Pemuda PAS Perlis turut menyampaikan minuman ringan kepada para pemain bagai menyegarkan badan selepas menjalani latihan.

Bagaimanapun Perlis gagal menepatkan diri ke perlawanan akahir selepas tumpas 1-3 kepada Kelantan.