Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, June 30, 2008

Gambar Kontijen Perlis di Sukan PASTI Malaysia di Kelantan

Dapat hadiah saguhatipun jadile....

Kecik2 lagi dah diajar semangat kesukanan


Team bolajaring beraksi

Bersemangat ....

Exco DPP Perlis, Mohd Yasser mengetuai perbarisan kontijen Perlis

Bergambar beramai-ramai

Rembat cik oi......




Friday, June 27, 2008

Pembazir harta negara geng syaitan - Mufti

KANGAR, 27 Jun - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegur sikap golongan yang membazirkan harta negara sehingga menyebabkan kesusahan terpaksa ditanggung oleh rakyat bawahan.

"Negeri ini barangkali akan menghadapi pilihanraya kecil tak lama lagi, janganlah sekali lagi kita jadi tengelam dalam hal ini. Ambillah pengajaran wahai orang-orang politik.

"Sesungguhnya ketakburan, kesombongan dan penyalahgunaan kuasa akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat dan akhirnya akan menimbulkan keresahan yang berpanjangan," katanya ketika berkhutbah di Masjid Alwi dekat sini tengahari tadi.
Teruskan membaca...........

Thursday, June 26, 2008

Petisyen Sanglang: Ustaz Hashim fail rayuan

Zulmi sedang memfaikan rayauan

Oleh Bashir Ishak

KANGAR, 26 Jun - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin hari ini memfailkan rayuan ke mahkamah persekutuan ke atas keputusan petisyen pilihanraya Dun Sanglang yang diumumkan baru-baru ini.


18 Jun lalu, Hakim Pilihanraya, Dato' Zainal Adzam Abdul Hamid memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Ustaz Hashim selaku calon PAS.


Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerusi Dun Sanglang telah diumumkan dimenangi calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.


Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.


Zainal Adzam semasa membacakan penghakimannya memutuskan kemenangan Abdullah dibatalkan. Bagaimanapun Ustaz Hashim tidak diisytiharkan pemenang kerana tiada peruntukan undang-undang.


Beliau memulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) samada Ustaz Hashim diisyiharkan pemenang atau diadakan pilihan raya semula.


Rayuan tersebut difailkan melalui Tetuan ZulJaafar & Co di mahkamah tinggi Kangar jam 2.30 petang tadi dan diterima Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Khairulshuhadah Yaakob.


Menurut peguam Zulmi Sabri, rayuan difailkan kerana Ustaz Hashim tidak berpuashati dengan keputusan petisyen tersebut.


"Berikutan ketidakadilan yang berlaku semasa keputusan tersebut kita merayu untuk meminta mahkamah persekutuan mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang dan dipilih menjadi wakil rakyat di Dun Sanglang.


"Kita nak tengok sejauh mana mahkamah persekutuan akan membuat keputusan. Keputusan yang bakal dibuat akan menjadi "precedent case" untuk sebarang kes yang serupa pada masa depan.


"Sepanjang masa rayuan ini, SPR tidak boleh membuat sebarang keputusan lagi berkaitan kerusi Dun Sanglang ini," jelasnya

YB Bang Din dilantik anggotai PAC negeri Perlis

Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 26 Jun - Dewan undangan Negeri Perlis yang bersidang hari ini bersetuju melantik wakil pembangkang menganggotai Jawatatankuasa Kira-kira Wang Negeri.

Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) telah dipilih menjadi salah-seorang ahli jawatankuasa berkenaan dengan undi sebulat suara selepas usul berkenaan dikemukakan kepada sidang dewan tengahari tadi.

Usul tersebut dikemukakan oleh Exco Kerajaan Negeri Dato' Seri Utama Syed Razlan Putra Jamalullail dan disokong oleh seorang lagi Exco, Sabry Ahmad.

Tiga orang lagi yang dipilih ialah Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) selaku Pengerusi, Mansor Jusoh (BN- Chuping) dan Dr Por Choo Chor (BN-Indera Kayangan).

Sebelum ini, ura-ura melantik Rus'sele menganggotai salah satu jawatankuasa Exco kerajaan negeri ada disebut berkutan kenyataan dari Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu.

Amalan melantik Adun PAS menganggotai jawatankuasa sedemikian bukanlah suatu yang baru bagi negeri Perlis.

Sebelum ini dua orang wakil PAS iaitu Cikgu Taharim Ariffin (Adun Utan Aji,1964-1969) dan Cikgu Shuib Muhammad (Adun Bintong, 1982-1986) pernah dilantik menganggotai jawatankuasa sedemikian.

Wednesday, June 25, 2008

Majlis Ilmu & Munajat

Kuliah Perbandingan Agama Bersama Dato' Dr Haron Din

Tempat : Balai Islam MADI,Kg Jejawi Dalam Perlis.

Tarikh : 28 Jun 2008 (SABTU)

Masa : 7.30 malam



Qiyamullail Bersama Ustaz Yussaine Yahya

Tempat : 29 Jun 2008 (AHAD)

Masa : 4.30 pagi

Tempat : Balai Islam MADI,Kg Jejawi Dalam,Kangar Perlis

Tuesday, June 24, 2008

Pengarah Urusan Harakah sambut baik permit dua kali seminggu

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamarudin Jaffar menyambut baik kebenaran penerbitan Harakah dua kali seminggu yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Dalam ulasannya berhubung kebenaran itu, Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat berkata, ia sebagai satu langkah yang boleh dikatakan ke arah melonggarkan sedikit kebebasan media.
Beliau juga berkata Harakah mengucapkan terima kasih kepada KDN yang membenarkan permit penerbitan dua kali seminggu (8 kali sebulan) itu.

"Saya telah menulis nota surat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar mengucapkan terima kasih berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata, dengan kebenaran itu mungkin operasi penerbitan akan berkuatkuasa serta-merta.
Dalam ulasannya berhubung kebenaran itu, Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat berkata, ia sebagai satu langkah yang boleh dikatakan ke arah melonggarkan sedikit kebebasan media.

Beliau juga berkata Harakah mengucapkan terima kasih kepada KDN yang membenarkan permit penerbitan dua kali seminggu (8 kali sebulan) itu.

"Saya telah menulis nota surat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar mengucapkan terima kasih berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata, dengan kebenaran itu mungkin operasi penerbitan akan berkuatkuasa serta-merta.
Jabatan Pengarang Harakah mampu dan bersedia
Sementara itu,Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

Menurutnya, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.

"Jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu,"jelasnya.

Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu-alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.
Beliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.

"Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

Semalam, Harakah menerima surat KDN bertarikh 13 Jun kepada Pejabat Urusan Harakah berhubung kebenaran permit dua kali seminggu.

Sebelum ini, Harakah ditarik permit penerbitannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

Harakah dibenar terbit 2x seminggu

Malaysiakini
Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.

Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.

Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Perkembangan positif
Sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, jumlah edaran Harakah ialah kira-kira 140,000 nashkah.
"Selepas pilihanraya umum lalu, jumlah edarannya telah meningkatkan kepada 250,000 nashkah," katanya.
Mengenai langkah seterusnya, Ahmad Lutfi berkata, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.
Menurutnya, jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu.
Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu-alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.
Beliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.
"Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

Monday, June 23, 2008

Pimpinan negara sudah nyanyuk

Harakahdaily
ARAU, 23 Jun (Hrkh) - Pimpinan negara yang diterajui oleh Umno-BN hari ini boleh dianggap sebagai nyanyuk kerana sering membuat keputusan yang memeningkan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim berkata demikian apabila menggambarkan betapa kepimpinan negara kini semakin tertekan dengan situasi semasa yang semakin membangkitkan kemarahan rakyat.

"Mereka ni boleh dikatakan semakin nyanyuk. Dulu kata tak nak bubar parlimen, tiba-tiba esok dia bubar. Begitu juga kata harga minyak tak akan dinaikkan, tengok-tengok dia naikkan minyak.

"Hari tu kata tak boleh jual minyak kepada orang luar, lepas tu tarik balik. Hari tu dia kata nak bagi gaji dua kali sebulan, orang dapat gaji lagi cepat habis," jelasnya ketika berceramah di Markas MTD Sanglang malam tadi.

Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh pemimpin negara hari ini semakin lama-semakin menghakis kepercayaan rakyat kepada mereka.

"Mereka ini nak cari keredaan rakyat pun susah, macam mana nak cari keredaan Allah pula? Kerajaan yang dah nyanyuk tak sepatutnya kita angkat lagi memerintah kerana kita dah tak nampak lagi mereka dapat melakukan kebaikan untuk rakyat," katanya lagi. - mks.

Mufti Perlis disaran sertai politik - Nik Aziz

Oleh Intan Abdullah
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin disaran agar memasuki parti politik jika beliau benar-benar ingin melaksanakan usaha menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata individu yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam kehidupan.

"Jika kita mahu melihat Islam berdaulat, maka hendaklah memiliki kerajaan yakni ianya melibatkan parti.

"Sekarang kita lihat, demokrasi ada kerajaan, sosialis ada kerajaan, mana boleh Islam tiada kerajaan, kenapa tidak mahu terlibat dengan parti?," ujarnya dalam sidang Media selepas merasmikan Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn di cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Jelasnya, sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama omongan kosong.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Asri yang tidak mahu memasuki mana-mana parti semalam.

"Harapnya Mufti Perlis dapat mempertimbangkan untuk memasuki mana-mana parti,walaupun pegawai kerajaan di Malaysia ini tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti.

"Tetapi pembangkang sahaja yang tidak dibenarkan, pegawai kerajaan saya lihat boleh terlibat," katanya.

Malah tegas Menteri Besar Kelantan itu, para pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan politik tetapi di luar negara ditubuhkan Kelab Umno di kalangan pelajar.

Dalam pada itu, beliau berkata jika demokrasi dijaga dengan betul tiada sebab Umno boleh menang dalam pilihan raya di Sanglang.

"Kalau Umno menggunakan demokrasi yang betul, sudah lama Umno tumbang.

"Bukan kita tidak tahu cara Umno yang menggunakan duit, ISA, tetapi kesemuanya perkara yang tidak betul ini akan diketahui orang tahu juga nanti," katanya lagi.

Mufti Perlis: Saya bukan ulama ‘Kakak Tua’!

PETALING JAYA: Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

“Cukuplah… kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.

“Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri,” jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.
Teruskan membaca… »

Saya Tidak Ingin Sertai PKR - Mufti Perlis

KOTA BAHARU, 22 Jun (Bernama) — Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telahpun menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata buat masa ini belum terlintas di hatinya untuk menyertai mana-mana parti politik, sebaliknya beliau mahu menjadi seorang yang merdeka tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.

“Saya rasa cukuplah dengan ahli-ahli parti itu yang ada, nanti dikatakan kacau pula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menjadi ahli panel “Wacana Perdana - 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat” di sini, semalam.
Teruskan membaca… »

Saturday, June 21, 2008

Rosmah Mansor terbabit dalam kes Altantuya??


Ini adalah salinan akuan bersumpah oleh Blogger, Raja Petra Kamaruddin yang menyatakan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu .
Klik pada gambar untuk membaca

Friday, June 20, 2008

Perbicaraan petisyen Dun Simpang Empat: Calon BN diasak soalan peguam

KANGAR, 19 Jun (Hrkh) - Mahkamah pilihan raya di sini memulakan perbicaraan petisyen pilhan raya Dun N.14 Simpang Empat semalam dengan memanggil saksi tunggal untuk memberikan keterangan.

Beliau adalah pempetisyen sendiri iaitu calon BN, Zahari Bakar.

Pada awalnya Zahari menjawab pertanyaan peguam beliau, Abu Bakar As-Sidek tentang bukti-bukti berkaitan petisyen beliau terhadap calon PAS, Rus'sele Eizan berkaitan poster pilihan raya.
Petisyen tersebut mempertikaikan poster calon PAS yang tidak mempunyai nama dan alamat pencetak serta menggunakan logo negeri Perlis.

Peguam yang mewakili Rus'sele, Mohamed Hanipa Maidin kemudiannya mengemukakan beberapa soalan yang membuat Zahari sedikit resah.

Hanipa: Adakah awak nampak semua proses, mencetak, menerbit atau menampal poster?Zahari: Tidak

Hanipa: Ada awak mengambil gambar?
Zahari: Tidak

Hanipa: Apabila awak tidak ambil gambar maknanya awak tak ada apa-apa bukti untuk membuat perbandingan dengan ID2 (barang bukti).
Zahari: Diam

Hanipa: Ada awak ambil poster tersebut?
Zahari: Ya. Saya ambil pada hari pengundian 8 Mac 2008.

Hanipa: Awak kata ada membuat laporan kepada penguat kuasa SPR secara lisan. Adakah awak tahu siapa yang menerima laporan tersebut?
Zahari: Saya tak pasti nama dia.

Hanipa: Bila awak buat laporan?
Zahari: Hari pembuangan undi.

Hanipa: Masa dan tempat?
Zahari: Di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Baru, lebih kurang pukul 1.00 tengah hari.

Hanipa: Adakah sebarang laporan bertulis dibuat kerana kita tidak tahu apakah laporan yang awak buat?
Zahari: Laporan dibuat secara lisan

Hanipa kemudiannya meminta Zahari membacakan bantahan yang dibuatnya berkaitan petisyen pilihan raya tersebut.

Zahari membacakan bantahannya yang antara lainnya tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian dan menuntut pengiraan semula.

Hanipa: Encik Zahari, bantahan yang awak kemukakan ini tidak ada kena mengenapun dengan poster, adakah awak bersetuju?
Zahari: Tak setuju

Hanipa: Awak faham atau tidak apa yang awak bantah ini?
Zahari: Faham

Hanipa: Bantahan adalah berkaitan keputusan pengundian. Jadi, apa ada kena mengena dengan minta untuk pengiraan semula?
Zahari: Tak ada kaitan

Hanipa kemudiannya bertanyakan soalan tentang logo yang dibenarkan oleh SPR untuk digunakan oleh parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya.

Hanipa: Kalau dilihat pada simbol-simbol ini, ini adalah simbol parti politik. Adakah awak setuju?Zahari: Setuju

Hanipa: Maknanya mana-mana parti politik yang bertanding, inilah simbol yang boleh digunakan parti berdaftar?
Zahari: Setuju

Hanipa: Awak setuju lambang negeri Perlis ini bukan lambang parti politik dan tiada parti politik yang menggunakan lambang ini?
Zahari: Setuju

Hanipa: Jadi tak timbul isu orang nak guna lambang Perlis ini.
Zahari: Tak setuju. Kena dapat kebenaran SPR kalau nak guna.

Abu Bakar kemudiannya bangun bertanyakan berapa kalikah bantahan dikemukakan kepada penguat kuasa SPR yang mana Zahari menjawab hanya sekali iaitu secara lisan.

Perbicaraan ini ditangguhkan dan Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani menetapkan tarikh 2 Julai akan datang untuk mendengar penghujahan daripada para peguam.

Selain Hanipa, Rus'sele turut diwakili Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehudin.

Wednesday, June 18, 2008

CERAMAH ! CERAMAH !

JOM PAKAT PI DENGAG RAMAI-RAMAI...
ISU TERKINI... MINYAK NAIK!!
KES PETISYEN DUN SANGLANG!!!

PAS Perlis sedia hadapi pilihanraya semula di Sanglang

KANGAR, 18 Jun - PAS Perlis bersedia menerima sebarang keputusan berkaitan petisyen N.15 Sanglang yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mahkamah pilihan raya hari ini yang memulangkankan kepada SPR untuk memutuskan sama ada beliau diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula.

Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani hari ini memutuskan kemenangan calon BN dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dibatalkan dan keputusan selanjutnya dibuat oleh SPR.

"Jika ditakdirkan diadakan pilihan raya semula, kita tetap akan bersedia," kata Ustaz Hashim.

Bagaimanapun katanya, mengikut mahkamah keputusan PRU lepas calon BN dikira kalah dan kini Dun Sanglang tidak mempunyai wakil rakyat.

"Kita jangka bila diisytihar satu kalah mesti ada satu yg menang. Ini menimbulkan sikit tanda tanya berhubung keputusan ini.

"Apapun terpulang kepada SPR untuk isytihar menang atau pilihan raya semula. Kita minta untuk satu kebaikan kerana yang dulu pilihan raya dijalankan secara sah cuma silap umum keputusan di mana pengundi mahu calon PAS diisytihar menang dan tiada pilihan raya semual diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita di hadapan mahkamah pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pilihan raya kecil hanya diadakan sekiranya mahkamah mengisytiharkan PRU yang lalu tidak sah.

"Pilihan raya lalu adalah sah dan harapan kami SPR yang diberi kuasa untuk menentukan sama ada boleh digazetkan PAS menang dan tak perlu pilihan raya semula.

"Jadi kita minta tak perlu pilihan raya semula dan terus saja isytihar calon PAS menang. Apapun kita akan membuat rayuan ke mahkamah persekutuan dalam hal ini untuk memohon disiytiharkan kemenangan," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya usaha ini gagal dan terpaksa menghadapi pilihan raya semula maka segala keputusan akan dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

"Terpulang kepada Jawatankuasa PAS Pusat sama ada memasuki pilihan raya semula atau kemungkinan kita memboikotnya. Boikot inipun kerana prinsip nak tegakkan kebenaran bukan soal siapa menang atau kalah kerana jelas PAS menang tetapi diisytiharkan kalah. Terpulang kepada pimpinan PAS Pusat," katanya lagi.

Ditanya siapakah calon yang bakal diketengahkan sekiranya PAS memasuki pilihan raya semula, Ustaz Hashim berkata kemungkinan besar beliau sendiri yang akan bertanding.
"Jika ditakdirkan masuk pilihan raya semula kita akan sedia. Calon tak boleh tentu lagi tapi kehendak rakyat berdasarkan mesyuarat yang diadakan semalam masih mahukan saya. Bukan saya yang minta tapi bergantung kepada keputusan pimpinan," jelasnya lagi.

Mahkamah putuskan kerusi Dun Sanglang dikosongkan

Petikan Harakhdaily
KANGAR, 18 Jun (Hrkh) - Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Bagaimanapun, semua keputusan sama ada Ustaz Hashim diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula dipulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani semasa membaca penghakimannya memutuskan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan dibatalkan berdasarkan tuntutan pertama di dalam petisyen berkenaan.

Namun begitu, bagi tuntutan kedua iaitu mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang, beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 35C dalam AKta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang telah dimansuhkan pada tahun 2003.

Petisyen ini dikemukakan oleh Ustaz Hashim selaku calon PAS yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut tetapi diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.

Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.

Ustaz Hashim menamakan Pegawai Pengurus Pilihan raya Parlimen Arau, Mohd Daud Abdul Hamid, SPR dan Abdullah sebagai responden.

Ustaz Hashim diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin. Abdullah pula diwakili K. Jegathesan dan Albert Antoni. Manakala Mohd Daud dan SPR di wakili Dato' Kamaluddin Md Said, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail.

Tuesday, June 17, 2008

Foto Muktamar DPP Perlis kali ke 33

Muktamar Dewan Pemuda PAS Perlis kali ke 33 berlangsung pada hari Ahad, 15 Jun 2008 di Dewan Dato' Fadzil Noor, Balai Islam MADI, Jejawi, Perlis. Dirasmikan oleh Ustaz Mohd Firdaus Ja'afar (Exco Dewan Pemuda PAS Pusat / Ahli Parlimen Jerai)

Ustaz Firdaus berucap merasmikan Muktamar

Ucaptama Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman

Perwakilan DPP Arau

Perwakilan DPP Padang Besar

Perwakilan DPP Kangar

Ikrar Pemuda


Saf kepimpinan DPP Perlis


Pengerusi Tetap, Mohd Razi Mustaffa

Sesi bergambar


Cenderahati untuk Ustaz Firdaus

Sunday, June 15, 2008

Apabila Ulama Disifat Bagaikan Anjing

Dari laman http://drmaza.com/

Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.
Teruskan membaca… »

Monday, June 09, 2008

50 orang sertai PAS di Dun Kayang

KANGAR- PAS terus menarik minat orang ramai apabila seramai 50 orang menyertai PAS di Dun Kayang baru-baru ini.

Majlis penyerahan borang keahlian diadakan semasa majlis ceramah Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar di Markas PAS Panggau-Kota Keran dekat sini 5 Jun lalu.

Wakil daripada ahli yang baru menyertai PAS, Fauzi Daud dari cawangan Telaga Idi menyerahkan borang keahlian kepada Mahfuz dalam majlis ringkas yang diadakan sebelum ceramah.

Selain Telaga Idi, cawangan-cawangan Panggau-Kota Keran dan Ujung Batu turut menerima ahli baru.

Sunday, June 08, 2008

Peraduan 100 Hari 100 Kereta Haram - Mufti

Klik digambar untuk membaca berita

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Teruskan membaca… »

Thursday, June 05, 2008

CERAMAH

BILA MINYAK NAIK ..... RAMAI YANG NAIK MINYAK!!
SABAG.... JOM PI DENGAG CERAMAH KUPASAN ISU SEMASA.........

Naik Minyak: "Hadiah istimewa" Umno/BN untuk rakyat

KANGAR, 6 Jun - Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan semalam sebagai satu "hadiah istimewa" kepada rakyat yang telah memilih kerajaan Umno/Barisan Nasional dalam pilihanraya umum (PRU) yang lalu.

"Akibatnya, rakyat seluruhnya akan menanggung beban akibat kenaikan mendadak ini," katanya.

Semalam Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga minyak petrol dinaikkan sebanyak RM0.78, manakala harga diesel pula dinaikkan sebanyak RM1.00 berkuatkuasa tengah malam semalam.

Menurut Ya'akub, kenaikan mendadak ini menunjukkan sifat sebenar pimpinan Umno/BN yang langsung tidak prihatin dengan keadaan semasa di mana rakyat sudah sedia terbeban dengan kesan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.30 dua tahun lalu.

"Rakyat terpaksa menanggung bebanan yang bertimpa-timpa. Dulu minyak masak kurang lepas tu beras tak cukup, lepas ni apa pula tak tahulah? Yang pastinya kenaikan harga barang akan berlaku. Tunggulah tengok.

"Sejak petang semalam orang ramai berpusu-pusu mengisi minyak, lepas ni mungkin mereka akan berebut-rebut pergi membeli barang keperluan pula sampai keadaan jadi huru-hara," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily tengahari tadi.

Mengulas lanjut, beliau menyingkap kembali kempen pilihanraya yang lepas di mana ada pihak yang menyatakan PAS/Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat) tidak boleh memerintah dan jika memerintah akan membawa rakyat balik ke zaman batu.

"Lihatlah sekarang, siapa yang nak bawa rakyat balik ke zaman batu. Keadaan begini akan membawa balik kita ke zaman batu bila rakyat terpaksa kembali ke era ekonomi sara diri.Rakyat akan terpaksa tanam padi sendiri, tanam sayur sendiri.

"Bila kita janji nak turunkan harga minyak, mereka kata macam-macam. Sekarang tengok, mereka dah bagi "hadiah istimewa" untuk rakyat seluruhnya. Sudah sampai masanya rakyat bangkit untuk memprotes kenaikan ini agar kerajaan sedar betapa besarnya kuasa rakyat" kata beliau lagi.

Menang atau Pilihanraya Semula: Keputusan Petisyen Dun Sanglang 18 Jun ini

KANGAR, 5 Jun - Mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini hari ini menetapkan tarikh 18 Jun ini untuk memberikan keputusan petisyen Dun N.15 Sanglang.

Hari ini mahkamah mendengar penghujahan dari semua pihak terbabit berkaitan kuasa mahkamah untuk memutuskan sama ada pempetisyen, Ustaz Hashim Jasin akan diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihanraya semula.

Setelah mendengar penghujahan dari peguam yang mewakili pempetisyen dan responden, hakim pilihanraya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani memutuskan tarikh berkenaan untuk beliau memberikan keputusan.

Petisyen ini dikemukakan oleh Ustaz Hahsim selaku calon PAS yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut tetapi diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.

Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.

Pihak responden pertama(Abdullah) telah mengemukakan bantahan awal terhadap petisyen ini minggu lalu di mana mahkamah telah mendengar penghujahan dari peguam beliau, Jega Karuppiah dan penghujahan balas dari Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang mewakili Ustaz Hashim.

Manakala Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden pertama dan kedua telah mengaku berlakunya kesilapan dalam keputusan pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu.

Semalam, Jega sendiri turut mengakui berlakunya kesilapan tersebut. Maka petisyen ini tidak diteruskan dengan perbicaraan.

Selain Mohamed Hanipa, seorang lagi peguam yang mewakili Ustaz Hashim, Mohd Shariff Mohd Yusuff turut memberikan penghujahan.

Antara lain hujah yang disebutkan hari ini adalah berkaitan dengan calon yang mendapat undi yang terbanyak sepatutnya diisytiharkan pemenang dan kuasa mahkamah yang sedia untuk memberikan keadilan.

Jega pula kemudiannya membangkitkan tentang tiadanya peruntukan kuasa mahkamah pilihanraya untuk mengisytiharkan pemenang dalam kes ini selepas pilihanraya dan mengadakan pilihanraya semula.

Sementara itu, Kamaluddin pula membangkitkan tentang situasi yang sama berlaku di Parlimen Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 2004 (Che Min Che Mat lawan Kalthom Othman) di mana PAS secara "gentleman agreement" untuk menyerahkan semula kersui tersebut kepada BN.

Tuesday, June 03, 2008

Zahidi Tawar Diri Bertanding Ketua Pemuda Umno

PETIKAN BERNAMA
KANGAR, 2 Jun (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin hari Isnin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Pemimpin berusia 48 tahun itu berkata hasratnya mendapat restu Badan Perhubungan Umno Perlis yang diterajui Datuk Seri Shahidan Kassim.

Zahidi, yang juga Ketua Umno bahagian Padang Besar, berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding setelah yakin akan mendapat sokongan daripada seluruh negara.

Katanya ketandusan kepimpinan di utara Semenanjung mendorongnya untuk menawarkan diri bertanding jawatan yang bakal dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Badan Perhubungan Umno Perlis turut menyokong hasrat Shahidan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno dengan alasan ketandusan kepimpinan dari utara.

Perbicaraan Petisyen Pilihanraya Dun Simpang Empat 9 dan 10 Jun

KANGAR, 3 Jun - Mahkamah Pilihan Raya semalam menetapkan tarikh 9 dan 10 Jun ini untuk perbicaraan petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Simpang Empat yang dikemukakan calon BN Zahari Bakar.

Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani menetapkan demikian setelah menolak bantahan awal yang dikemukakan calon PAS, Rus'sele Eizan selaku responden pertama minggu lalu.

Minggu lalu Zainal Adzam menerima bantahan awal yang dikemukakan oleh responden kedua, Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) dan responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan alasan petisyen yang dikemukakan ke atas mereka adalah remeh dan menyusahkan.

Bagaimanapun bantahan awal yang dikemukakan Rus'sele hanya diputuskan semalam.
Rus'sele diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin, manakala Zahari pula diwakili peguam Abu Bakar As-Sidek.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu Rus'sele menewaskan Zahari dengan majoriti 53 undi.

Petisyen yang dikemukakan tersebut melibatkan pelanggaran akta kesalahan pilihan raya berkaitan dengan poster calon

Ishar Saad, bekas Calon PAS Parlimen Kangar meninggal dunia

Oleh Bashir Ishak

KANGAR, 3 Jun - Bekas calon PAS Parlimen Kangar pilihanraya umum (PRU) 2004, Ishar Saad meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 1.00 petang semalam.

Ishar,55, sebelum ini dimasukkan ke IJN akibat komplikasi jantung dan paru-paru. Jenazah beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Gombak pagi tadi.

Beliau yang bersal dari Kampung Behor Janggus dekat sini merupakan seorang pesara kerajaan yang pernah memgang beberapa jawatan seperti Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Penolong Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Penolong Setiusaha Bahagian Kabinet Jabatab Perdana Menteri dan Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan Malaysia sebelum bersara pada tahun 2003.

Pada tahun 2004 beliau dipilih menjadi calon PAS bagi parlimen Kangar melawan Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad, tetapi tewas dengan majoriti 12,548 undi.

Beliau juga disebut-sebut akan bertanding di Dun Bntong pada pilihanraya PRU tahun ini sebelum memberi laluan kepada Mohd Anuar Tahir kerana masalah kesihatan.

Ishar yang juga merupakan ketua PAS cawangan Bintong Barat meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham. Al-Fatihah.

KARNIVAL BERKHATAN DUN SIMPANG EMPAT

SIMPANG EMPAT - Sebagai satu usaha untuk memasyarakatkan PAS, Majlis Tindakan Dun Simpang Empat mengadakan Karnival Berkhatan beramai-ramai sempena musim cuti sekolah kali ini.

Program yang julung kali diadakan tersebut diadakan di Markas UPU Behor Mali dekat sini dengan disertai 17 orang kanak-kanak setempat.

Selain berkhatan, beberapa program lain turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Antaranya ialah program perubatan Islam percuma, pertunjukan pencak silat, persembahan marhaban serta kenduri rakyat.


Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Rus'sele Eizan dalam ucapannya ketika merasmikan program tersebut berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Selain itu katanya, program seumpama ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat di samping merupakan satu bentuk kebajikan.

"Kita harus berlumba-lumba untuk manambahkan amalan dan juga melakukan kebaikan tanpa mengira batasan agama, bangsa mahupun aliran politik," ujarnya

Unit Amal Perlis hantar 30 orang ke Jambori Amal Kebangsaan

KANGAR - Unit Amal Perlis telah menghantar kontinjen seramai 30 orang ahli ke Jambori Amal Kebangsaan kali ke 16 demikian jelas Pengarah Unit Amal Perlis, Ustaz Rosmadi Ramli.

Jambori tersebut diadakan dari 31 Mei hingga 1 Jun lalu di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar , Perak.

Rombongan Perlis berlepas dari Al-Madrasah Ad-Dinniah Al Islamiyah (MADI), Jejawi.

GUNA KESEMPATAN PERGOLAKAN UMNO UNTUK LEBAR PENGARUH - KETUA PEMUDA

BESERI -Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya’akub Abu Seman menyeru setiap ahli PAS menggunakan kesempatan pergolakan yang berlaku di dalam Umno untuk melebarkan pengaruh di kalangan masyarakat.

Katanya, suasana yang ada sekarang memberikan kelebihan kepada parti-parti pembangkang khususnya PAS untuk mendampigni masyarakat dan memberitahu mereka bahawa Umno bukan lagi parti yang relevan untuk memerintah negara ini.

“Rakyat perlu tahu Umno sebagia parti yang menunjangi Barisan Nasional sedang menghadapi krisis di peringkat nasional mahupun di negeri Perlis ini sendiri. Di Perlis sendiripun Umno tak bersatu. Mereka masih bercelaru apabila selepas piihanraya baru-baru ini berlaku pertukaran Menteri Besar yang kini masih tercari-cari pengaruhnya.

“Mana tidaknya, dia bukan ada jawatan di Umno pusat, Ketua Bahagian Umno pun tidak bahkan dia juga tak pegang Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang kini masih disandang Shahidan Kassim,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Padang Besar kali ke 12 di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa dekat sini baru-baru ini.

Justeru katanya, peluang yang ada ini perlu dipergunakan dengan sebaiknya dan setiap pendokong PAS tidak boleh duduk diam memerhatikan sahaja keadaan yang berlaku.
“Inilah masanya untuk kita bekerja. Jangan duduk saja. Peluang sebegini bukannya datang selalu, payah kita nak jumpa keadaan macam ni.

“Para pemuda PAS juga harus bekerja terus menarik sokongan golongan muda kepada PAS. Kekalkan momentum sokongan orang muda terhadap PAS seperti dalam pilihanraya baru-baru ini

BERITA BERGAMBAR

PERSIDANGAN SETIAUSAHA-SETIAUSAHA DI LANGKAWI


Setiausaha DPPPs (baju putih) mengetuai kontinjen Perlis ke persidangan Setiausaha-setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat di Langkawi Boutique Resort, Pantai Chenang, Langkawi baru-baru ini. Turut serta Setiausaha Kerja DPPPs dan Setiausaha DPP Kawasan Padang, Kangar dan Arau.



ZIARAH MANGSA KEBAKARAN
Gambar-gambar Ustaz Ya'akub menziarahi mangsa kebakaran di Kuala Sanglang 20 Mei lalu


Bertemu mangsa kebakaran


MESYUARAT AGUNG DPP PADANG BESAR
Ustaz Ya'akub berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke 12 Dewan Pemuda PAS Padang Besar 18 Mei lalu