Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, August 29, 2011

Ceramah Timbalan Presiden PAS




Utusan bohong, Mat Sabu akan saman

Oleh BASHIR ISHAK
KANGAR - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita bertajuk "Mat Sabu hina pejuang". pada 27 Ogos lalu sebagai suatu pembohongan.

Menurutnya, Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita daripada ceramahnya yang diadakan pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor.

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.

"Beberapa akhbar dan laman blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.

Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbicang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Utusan Malaysia

"Insya Allah saya akan bertemu dan berbincang dengan peguam saya selepas hari raya untuk tindakan selanjutnya terhadap berita yang telah diselewengkan itu," katanya.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakya dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi

Friday, August 26, 2011

Jemputan Iftar PAS Perlis



Ziarah Hospital Tuaku Fauziah






KANGAR-Dalam agenda mendekatkan diri dengan masyarakat, PAS Perlis menganjurkan program ziarah ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar baru-baru ini sempena menyambut kedatangan Aidilfitri.

Program tahunan ini disertai oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin bersama-sama Timbalan Pesuruhjaya; Mohd Anuar Tahir dan Rus'sele Eizan; Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta Ketua Muslimat PAS Perlis, Latifah Mat turut.

Turut serta mengiringi, pimpinan Badan Perhubungan PAS Perlis dan kawasan-kawasan serta Jawatankuasa Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Perlis. Program tahun ini turut disertai Jawatankuasa Wanita KeADILan Perlis.

Dalam program ini, semua wad di hospital ini dilawati dan para pesakit dan kakitangan telah diberikan hamper hamper berupa kuih raya dan buah-buahan sebagai cenderahati daripada PAS Perlis.

Selain mendekati para pesakit, pimpinan PAS Perlis yang hadir juga dapat beramah mesra dan bertanya khabar tentang sebarang masalah yang dihadapi oleh para petugas di wad termasuk para doktor dan jururawat.

IPTIPs: Satu lagi kegagalan kerajaan negeri Perlis??

KANGAR - Berdasarkan usianya, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) yang mula beroperasi pada tahun 1998 seharusnya muncul sebagai sebuah pusat pengajian yang terunggul di dalam bidangnya.

Namun apa yang menyedihkan, IPTIPs kini dilihat sebagai "hidup segan mati tak mahu".

Ramai yang melihat IPTIPs sepatutnya sudah setaraf dengan Kolej Universiti Insaniah di Kedha (ditubuhkan tahun 1995) dari pelbagai aspek memandangkan ianya merupakan sebuah institusi pengajian milik penuh Kerajaan Negeri Perlis dan Yayasan Islam Perlis (YIPs).

Pelbagai masalah timbul di IPTIPs, antara lainnya berkaitan kemerosotan jumlah pelajar, staf akademik yang kurang berkelayakan, pemecatan pensyarah tanap mengikut prosedur, perlantikan tenaga kerja luar yang tidak mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di negara ini serta masalah akreditasi.

Sumber memberitahu Harakah, jumlah pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma kini hanya 21 orang dan selebihnya pula adalah pelajar Pra-STAM menjadikan jumlahnya sekita 50 orang sahaja.

Permasalahan IPTIPS pernah dibangkitkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis oleh wakil PAS, Rus'sele Eizan pada tahun 2009.

Pada masa itu, kerajaan negeri mengakui mengakui berlakunya kelemahan pada pengurusan IPTIPs termasuk keadaan sana serta kekurangan jumlah kursus menjadikan kurangnya minat untuk pelajar menyambung pengajian di situ.

Mengulas isu ini,Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan mahu pihak kerajaaan negeri dan YIPs menyemak semula hasrat penubuhan IPTIPs dahulu samada ianya menepati kehendak asal penubuhannya.

"Segala kelemahan perlu diperbaiki segera sebelum bertambah parah. Dengan nisbah pelajar sedikit dan pensyarah yang ramai, serta kelemahan-kelemahan yang ada mana mungkin IPTIPs boleh menarik minat orang untuk belajar di sana.

Thursday, August 18, 2011

Mohd Anuar Tahir : Bukan Facebook saya...!!!

KANGAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir menegaskan beliau tidak ada kaitan sama-sekali dengan laman Facebook
"Sokong Anuar Tahir".

Malah katanya, beliau tidak tahu-menahupun tentang kewujudan laman Facebook tersebut sehingga diberitahu oleh seorang kakitangan di Pejabat Perhubungan PAS Perlis baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam Facebook terbabit yang turut dijadikan medan untuk menghambur kata-kata kesat kepada pimpinan PAS Perlis.

"Facebook terbabit dibuat tanpa restu tuan empunya badan dan juga bukan dengan restu PAS Perlis. Amat dikesali juga kerana mereka turut menggunakan gambar saya.

"Kita menjangkakan Facebook tersebut diwujudkan oleh orang-orang terdesak yang anti-PAS dan digunakan sebagai kempen gerak saraf untuk cuba memecah-belahkan perpaduan khsusunya di dalam PAS Perlis sendir," jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Padang Besar.

Menjelang pemilihan PAS pada Jun lalu, sebuah Facebook "Anuar Tahir Sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis" telah diwujudkan yang mana Mohd Anuar sendiri turut menafikan pembabitan beliau dalam Facebook terbabit.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Perlis, Mohd Sahir Abd Rahman dalam posting beliau di Facebook telah meminta agar rakan-rakan Facebook yang prihatin supaya "Unfriend" dengan laman Facebook "Sokong Anuar Tahir".

Wednesday, August 17, 2011

Lagi-lagi orang Perlis....



Kenapa ramai sangat orang Perlis???

Bekas tentera dakwa pangkah 'sampai lenguh'

Malaysiakini melaporkan: Seorang bekas anggota tentera mendedahkan, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera.

Zaman tipu lembu berkaca mata hijau sudah berlalu

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Zaman untuk BN hendak menipu rakyat seperti pengembala lembu yang memakai cermin mata hijau supaya lembu memakan rumput kering sudah berlalu.

Justeru, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan BN mesti mengikut peredaran zaman dengan membenarkan semua parti pembangkang dapat akses dalam media perdana seperti tuntutan Bersih 2.0.

“Biarkan rakyat yang menjadi hakim setelah mendapat maklumat sebenar.

“Hentikan laporan berita yang berat sebelah, sedangkan pembangkang tidak dibenarkan untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan mengkaji semula tapisan terhadap media, setelah tindakan kerajaan ke atas The Economist mengenai perhimpunan Bersih 2.0 telah memberi kesan buruk kepada imej negara.

Najib menyatakan perkara tersebut ketika majlis berbuka puasa bersama media di bangunan Bernama.

Menurut Idris, sekarang baru beliau sedar zaman hari ini segala maklumat tidak boleh disembunyikan lagi.

“BN berada di dalam situasi yang berbeza ketika ini. PRU 13 BN akan menghadapi cabaran media baru seperti blog, twitter, face book semua ini menghantui BN,” katanya lagi

Presiden PAS: Umno gagal laksana semangat Perlembagaan dengan betul

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.

Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.

“PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.

“Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja,” katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

LAGI >>>

Friday, August 12, 2011

Pertemuan dengan Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat

Majlis pertemuan Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat diketuai Mohd Sany Hamzan dengan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Perlis di Kompleks PAS Perlis 12 Ogos 2011

Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno


Harakahdaily
KUALA LUMPUR 11 Ogos: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno.

“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily.

“Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri”

“Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka,” kata Fuziah.

Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini.

LAGI >>>

Umno terlibat manipulasi pilihan raya?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

KLIK DI SINI untuk membaca selanjutnya >>>

Jaulah Ramadan DPP Pusat

Program Jaulah Ramadan DPP Pusat pada 7 Ogos lalu

Ziarah dan sumbangan di Kg Darat (DUN Santan) bersama Setiausaha DPP Pusat, Khairul Faizi
Bendhari DPP Pusat, Ir Muhd Khairil Nizam di Kg Dato' Sheikh Ahmad

Sumbangan di DUN Guar Sanji oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh

Edar risalah di Bazar Ramdan, Stadium Utama, Kangar


Perjumpaan dengan DPP Negeri dan kawasan

Tuesday, August 09, 2011