
AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Ust.Zolkharnain Abidin sedang memberikan ucapan
 YDP PAS Padang Besar Hj Karim Mat Rejab  juga hadir untuk memberikan kata-kata semangat
 YDP PAS Padang Besar Hj Karim Mat Rejab  juga hadir untuk memberikan kata-kata semangat
 Terima kasih yang tak terhingga kepada anggota keselamatan yang mengawal keadaan
Terima kasih yang tak terhingga kepada anggota keselamatan yang mengawal keadaan  Antara jemaah yang mendengar ucapan dari pimpinan PAS Perlis
 Antara jemaah yang mendengar ucapan dari pimpinan PAS Perlis
Beseri 25hb Ogos : Untuk kali keempatnya PAS Perlis mengadakan demonstrasi membantah kekejaman Israel dan sekutunya Amerika.Kali ini Masjid Kampung Darat Besri dipilih sebagai lokasi.
Memulakan ucapan ialah Ustaz Zolkharnain yang antara lain mengajak seluruh muslimin agar bersatu menentang kekejaman zionis.
Beliau akhirnya menyeru seluruh ummat Islam agar memboikot tiga produk yang nyata memberikan bantuan yang terbesar kepada zionis iaitu Coca Cola,Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Caltex.
Turut berucap pada demonstrasi itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar Haji Karim Mat Rejab.
Ketua Pemuda PAS Pusat Saudara Salehuddin Ayob yang dijadualkan hadir tidak dapat bersama kerana sedikit masalah.
Apapun terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan keselamatan Polis Padang Besar yang membantu melancarkan lagi perjalanan demonstrasi tadi.Semoga kerjasama seperti ini akan terus dapat dijalin pada masa akan datang.
Terima Kasih Polis dari kami DPP Kawasan Kangar
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
