Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, October 01, 2005

HAJAT DI HATI NAK PELUK GUNUNG
OLEH : HARUMANIS
Kategori : Penulis Jemputan


Keluar dari Hospital Tuanku Fauziah,saya terus memandu ke arah mahkamah.Berhenti di persimpangan jalan kerana lampu isyaratnya bertukar kepada merah ketika itu.Sambil menunggu,mata saya terpandang kepada elektronik board yang ada di depan mahkamah. Tertera perkataan yang berbagai.Tetapi mata saya lebih tertarik dengan satu ungkapan yang berbunyi “PERLIS MAJU,CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG TAHUN 2015”Ah lambat lagi tu”desus hati saya.Mesti banyak lagi rancangan yang akan dan sedang dibuat oleh kerajaan untuk mencapai matlamat ungkapan tadi.Apabila hijau sayapun meneruskan perjalanan saya untuk pulang ke rumah.

Saya tidak mengambil pusing sangat dengan ungkapan (keramat kot bagi sesetengah orang?) itu.Saya juga berharap supaya ianya dapat dikotakan oleh pihak yang bertanggungjawab menyiarkan ungkapan itu.Tugsan harian diteruskan tanpa mengingati akan ungkapan itu sehinggalah pada suatu hari sabtu saya melanggan The Star.Berita yang disiarkan pada muka depan ialah berkenaan lapan pasukan yang tidak membayar caruman KWSP kepada pemain sehinggakan FAM terpaksa campurtangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.Dilaporkan juga hutang keseluruhan adalah berjumlah RM4.3juta.Satu jumlah yang amat besar.

Saya terus menyelak helaian demi helaian akhbar itu sehinggalah mata saya terpaku pada satu ruangan khas untuk negeri Selangor iaitu ruangan Selangor Negeri Maju.Beberapa fakta saya baca untuk melihat sendiri bagaimana yang boleh dikatakan Selangor itu sebuah negeri maju.Memang fakta-fakta yang dipaparkan itu memberangsangkan antaranya ialah Selangor dikatakan menyumbang sebanyak 25% keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada negara kita.Ia juga merupakan destinasi utama pelaburan di Malaysia.Mempunyai kadar kematian ketika lahir yang rendah iaitu 3.7 daripada 1000 kelahiran dan Selangor juga adalah pengeluar padi yang tetinggi mengambil alih dari Kedah.

Bukan untuk saya berbicara dengan panjang lebar berkenaan statistik ini.Ini hanyalah sebagai perbandingan kepada negeri Perlis Indera Kayangan.Dilaporkan juga Selangor telah memulakan projek untuk mencapai status negeri maju bermula dari tahun 1990 iaitu 15 tahun yang lalu.Lantas saya terus teringatkan kepada elektronik board yang ada di hadapan mahkamah yang mengungkapkan “PERLIS MAJU CEMERLANG GEMILANG TERBILANG 2015”Wow !!! pastinya ada kehebatan yang tersembunyi yang belum ditonjolkan kepada umum bagi Perlis mencapai cita-cita tersebut.2015 adalah 10 tahun dari sekarang.Selangor yang telah mendahului negeri-negeri lain dari segi kemajuan sejak dari dulu lagi memerlukan 15 tahun bagi mereka merealisasikan rancangan mereka.Apa ada pada kita di Perlis?

Saya bimbang dengan angan-angan yang terlalu tinggi akan membuatkan kita jatuh terjunam kebawah.Janganlah dijadikan ungkapan itu sebagai mahu menunjukkan kekuatan kita tetapi tunjukkanlah melalui hasil perbuatan kita.Saya cuba membandingkan angka-angka dan juga fakta fakta yang lain antara Perlis dan juga Selangor manalah tahu takut-takut ada sesuatu yang boleh disamakan tetapi saya hampa.Tidak ada satupun yang boleh disamakan untuk mengangkat Perlis sebagai sebuah negeri maju kalau dibandingkan dengan Selangor.Perlis antara negeri yang miskin,tiada hasil yang banyak.Ia juga tidak mempunyai penduduk yang ramai yang mana ianya pasti akan menghasilkan capitation grant yang sedikit kepada kerajaan negeri.Lebih menyedihkan Perlis juga tidak mempunyai kawasan yang luas.Bukan tempat untuk pelabur asing melaburkan modal mereka.Entah dimana silapnya mereka seperti enggan melabur di sini.

Tiada kawasan industri berat kecuali yang ada hanya beberap buah kilang.Antaranya sebuah stesen janakuasa di Sungai Bharu,Kilang Gula di Chuping dan juga kilang simen di Mata Ayer.Atau mungkin Shorubber (jika ia boleh dikatogerikan sebagai industri berat).Hotel-hotel yang ada hanya beberapa buah sahaja yang boleh dikatakan mempunyai standard yang tinggi.Yang lain…entahlah.Tapi sembang,tetap kena sembang.Jangan tunjuk kalah…

Selepas beberapa percubaan untuk saya mencari persamaan antara Perlis dan Selangor hampa,akhirnya saya bertemu juga dengan satu persamaan yang besar yang mungkin boleh dikaitkan dengan mengapa Perlis juga akan boleh mengikut jejak langkah Selangor sebagi negeri maju iaitulah Perlis dan Selangor adalah diantara lapan negeri yang gagal membayar caruman KWSP kepada pemain-pemain bolasepak mereka.Itulah persamaannya.Ini mungkin satu langkah permulaan yang baik untuk Perlis mengikut jejak langkah Selangor menuju negeri maju.Siapa tahu mungkin gunung yang hendak dipeluk mengecil dengan tiba-tiba?

No comments: