Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, October 01, 2005

Pas tidak sensitif anjur hiburan menjelang Ramadan
(Petikan Dari Utusan Malaysia)
Kategori : Berita

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Pas tidak sensitif dengan masyarakat Islam Kelantan apabila membenarkan persembahan hiburan yang disertai juara Akademi Fantasia 3, Mawi pada 1 Oktober ini ketika umat Islam bersiap sedia menghadapi Ramadan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, konsert seumpama itu sepatutnya ditangguhkan kerana umat Islam dijangka mula berpuasa pada 5 Oktober ini.Pas, tegas beliau, seharusnya menganjurkan persembahan yang lebih bercorak keagamaan sebagaimana yang dilakukan oleh BN negeri Kelantan yang menganjurkan `Majlis Menggamit Ramadan' pada malam yang sama.

``Pas perlu bermuhasabah diri dan jangan kelam-kabutkan fikiran untuk mencari pengaruh semula,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 1,600 golongan tidak bernasib baik di Sekolah Kebangsaan Tambung Tulang, di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Pas Kelantan yang membenarkan Mawi mengadakan persembahan di negeri itu sebagai usaha `dakwah bil hikmah' untuk mengajak remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata, kaedah itu membuktikan kerajaan negeri mengambil usaha melalui pendekatan tertentu bagi mengajak orang ramai ke jalan kebaikan dan mencegah kemungkaran.Bagaimanapun, usaha kerajaan negeri itu mendapat bantahan beberapa pemimpin kanan Pas termasuk Dewan Pemuda Pas Pusat dan negeri tersebut.

Shahidan berkata, Pas sebenarnya kehilangan modal untuk meraih sokongan daripada para pengundi terutama di Kelantan.
Menurutnya, parti pembangkang itu sanggup menggadai pendirian dengan membenarkan persembahan hiburan yang sebelum ini dilarang di negeri berkenaan.

``Jangan fikir dengan membawa masuk Mawi, semua rakyat Kelantan akan menyokong Pas. Rakyat akan melihat Pas sebagai tidak mempunyai pendirian apabila bersikap berdolak-dalik dalam soal hiburan,'' katanya.

Dalam pada itu, Shahidan memberitahu, Perlis akan menghantar peserta dengan lebih 20 bas untuk menghadiri `Majlis Menggamit Ramadan' anjuran BN Kelantan di Kota Bharu pada 1 Oktober ini.BN Perlis juga, tambah beliau, akan membawa johan qari peringkat kebangsaan, Pisol Ayub bagi memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis tersebut.
Ulasan:
Baguih betui Pok Dan kita no...Tak suka konsert-konsert ni.Apatah lagi dekat bulan Ramadhan,lagi la...Tapi Sure Heboh boleh pulak ye?oh ye Sure Heboh jauh dari Ramadhan.Jadi tak palah kot?20 buah bas banyak tu...patutlah takdak bas nak pi hantaq oghang ke Bukit Jalil...

No comments: