Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, October 25, 2011

Laporan Audit: Enrolmen pelajar IPTIPs semakin menurun

8.4.2.2. Sasaran Kemasukan Pelajar

Kekuatan dan keteguhan sesebuah IPTS bergantung kepada jumlah pelajar. Peningkatan enrolmen pelajar menjamin sumber pendapatan bagi membiayai kos operasi terutamanya elemen kos tetap agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. IPTIPs tidak menetapkan sasaran tahunan enrolmen pelajar.

Semakan Audit mendapati enrolmen pelajar yang mendaftar pada setiap tahun mengalami penurunan. Bagi sesi bulan Julai 2010, keseluruhan pelajar IPTIPs adalah seramai 85 orang terdiri daripada 39 orang atau 46% pelajar Malaysia manakala pelajar luar negara pula seramai 46 orang atau 54% orang pelajar. Pelajar luar negara terdiri daripada pelajar Kemboja 25 orang, Thailand 18 orang manakala Indonesia, Singapura dan China masing-masing seorang pelajar.

Walaupun IPTIPs telah menubuhkan Unit Promosi Dan Kemasukan bertujuan menarik minat pelajar, namun kemasukan pelajar baru masih rendah. Malahan, trend 5 tahun menunjukkan enrolmen pelajar semakin berkurangan. Rekod IPTIPs menunjukkan jumlah kemasukan pelajar terendah dicatatkan pada sesi Julai 2010 iaitu seramai 22 orang pelajar. Pada sesi Julai 2010, jumlah pelajar berkurangan kepada 85 orang pelajar atau 45% berbanding 150 orang pelajar pada sesi Julai 2009. Maklumat enrolmen pelajar pada sesi pengajian Mei 2008 hingga Julai 2010 adalah seperti di Carta 7.1. (Foto di atas)

Mengikut pihak IPTIPs, penurunan jumlah pelajar baru disebabkan IPTIPs hanya menawarkan 3 kursus peringkat Diploma sejak ditubuhkan sedangkan IPTA dan IPTS di seluruh negara menawarkan lebih banyak kursus yang relevan dengan kehendak pasaran kerja. Selain itu, tahap prasarana yang kurang memuaskan, kemudahan yang terhad dan ketiadaan kampus serta asrama sendiri turut menyumbang kepada kekurangan bilangan kemasukan pelajar.

Pada pendapat Audit enrolmen pelajar IPTIPs adalah tidak memuaskan. Kekurangan pelajar mengakibatkan masalah sumber pendapatan yang serius kepada IPTIPs.

Monday, October 24, 2011

Laporan Audit: IPTIPs Sdn Bhd tak diaudit lebih 10 tahun

IPTIPS Sdn. Bhd. (Syarikat) adalah syarikat subsidiari milik penuh Yayasan Islam Perlis (Yayasan) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 6 Mac 1996. Nama asal Syarikat adalah Pancaran Karun Sdn. Bhd. sebelum ditukarkan kepada IPTIPs Sdn. Bhd. pada 11 November 1997. Modal yang dibenarkan berjumlah RM0.5 juta manakala modal berbayar berjumlah RM0.2 juta. Aktiviti tunggal Syarikat adalah menguruskan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs).

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat terdiri daripada seorang Pengerusi dan 2 orang Pengarah. Ahli Lembaga yang dilantik terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri Perlis, Yayasan dan juga IPTIPs. Salah seorang daripada Ahli Lembaga
Pengarah merupakan seorang ahli akademik. Sehingga bulan Ogos 2010, IPTIPs mempunyai seramai 41 orang kakitangan yang terdiri daripada 26 orang kakitangan akademik dan 15 orang kakitangan bukan akademik

Penemuan Audit

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mei hingga Ogos 2010 mendapati pengurusan IPTIPs Sdn. Bhd. adalah tidak memuaskan. Penyata kewangan Syarikat hanya diaudit setakat tahun 1999. Penyata kewangan Syarikat tahun 1999 yang telah diaudit menunjukkan Syarikat mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah RM55,840. Penyata kewangan tahun 2000 sedang diaudit oleh juruaudit bertauliah yang dilantik manakala penyata kewangan tahun 2001 hingga 2009 masih belum disediakan.

Bersambung......

Sunday, October 16, 2011

Puji Kelantan, laporan audit tidak dibentang?

Harakahdaily
KOTA BHARU,16 Okt: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.

"Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya
diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.

"Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga naib presiden PKR berpendapat, ahli parlimen wajib diberikan salinan buku laporan itu supaya mereka dapat menilai sendiri prestasi kerajaan negeri di bawah BN yang selalunya defisit berbanding dengan prestasi negeri ditadbir Pakatan Rakyat.

14 parlimen Kelantan perlu menang

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelnatan Datuk Husam Musa pula menyeru semua pihak khususnya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak hilang ‘fokus’ dalam perjuangan menuju Putrajaya.

Katanya, 14 kerusi parlimen di Kelantan mesti dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan peluang ke Putrajaya lebih cerah sekaligus dapat memastikan hak royalti Kelantan diberikan kepada kerajaan negeri.

"Dan Pakatan Rakyat mesti berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan didominasi Umno BN mesti membayar royalti kepada Kelantan.

"Kita juga menuntut supaya royalti itu dinaikkan daripada lima peratus keapda 20 peratus, ini kerana mejoriti negeri pengeluar minyak adalah miskin seperti Sawarak, Trengganu dan Kelantan," katanya.

Mengulas langkah pihak tertentu membawa mendftarkan warga asing sebagai pengundi, beliau menyeru semua pihak berdoa agar mereka mengundi Pakatan Rakyat.

"Kita nak buang dah tak boleh dah kerana BN memang dah ‘masukkan, Parti Umno pun sudah ditukar kepada 'United Myanmar and Nepal Organisation'," dakwanya, berseloroh sinis.

"Berdoa kepada Allah swt agar mereka boleh mengundi Pakatan Rakyat, sekali pun yang ‘mendaftar’ itu adalah Umno BN," tambahnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, terbaru di Kota Bharu sendiri 65 orang pendatang dikesan didaftarkan sebagai pemilih di Pasir Pekan.

"Kita mesti ada dua strategi, strategi pertama membantah, kedua mesti kenal pasti orang itu dan kita kena kempen memberi kesedaran kepada mereka," katanya.

Demokrasi Kotor

Sementara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) mendakwa sistem demokrasi negara khususnya pilihan raya masih lagi kotor dan perlu dibersihkan.

Beliau merujuk isu sama, iaitu tindakan pihak tertentu yang sanggup menggadaikan maruah negara dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

"Bagi saya, itu (daftar warga asing) harus dibatalkan, sebab kalau kita biarkan, kita memulakan budaya baru di mana untuk mengalahkan lawan, kita ambil siapa saja yang kita boleh mudahkan mereka untuk menjadi warganegara.

"Itu saya fikir demokrasi yang tidak bersih. Jadi harus dibersihkan itu dahulu," katanya

Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat.

Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu,” katanya.

Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat.

Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan.

Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini,” ujarnya.

Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor.

“Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama.

Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata.

Menurutnya, “Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa” begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah.

Tegak Islam bukan kerja main-main

Harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 16 Okt: PAS mengingatkan orang Melayu Islam di negara ini agar berpegang kepada kerajaan yang berasaskan ajaran Islam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan orang Melayu yang beragama Islam mesti berpegang kepada ajaran Islam.

Justeru, katanya kerja-kerja menegakkan Islam serta ajarannya bukan suatu kerja ‘main-main’.

"Kerja (tegak Islam) ini bukan kerja main-main, kerja ini kerja tuntutan daripada Allah SWT. Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan," jelasnya.

Menurutnya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1,400 tahun lalu merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu sahaja tetapi seluruh manusia.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam.

Oleh itu, katanya Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah sekaligus menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik daripada agama.

"Nabi Muhammad s.a.w. meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran. Al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu.

“Melayu ke dia, Cina ke dia, Inggeris ke dia, asalkan dia manusia bukan kayu, batu, bukan haiwan wajib ke atas dia dari segi agama kena ikut Quran.

"Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah jika tidak Nabi Muhamad s.a.w.," ujarnya kepada media selepas merasmikan Himpunan PAS Ganti Umno, PR Ganti BN di Pantai Pandak Chendering, dekat sini, semalam.

Justeru, kata beliau kerajaan yang mengambil bukan Islam dan kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Thursday, October 13, 2011

Penduduk Luar Bandar Juga Akan Menolak BN

Ustaz Idris Ahmad

Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja. Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN. Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? Perlu dingat dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat. Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN.

Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung. Kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar. Ingatan Abraham Lincoln ada menyebut “Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa”

TARBIAH HEBAT PAS KUAT

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Tidak ada harakah tanpa tanzim, tidak ada tanzim tanpa tarbiah. Atas asas ini PAS mampu bergerak di persada politik tanah air pada hari ini kerana kekuatan tarbiah yang menjadi teras kepada gerak kerja parti. Sebab itu di dalam PAS ada dua lajnah yang penting dari sudut organisasi, pertama ialah lajnah tarbiah dan kedua ialah lajnah penerangan. Lajnah tarbiah lebih fokos kepada melahirkan tenaga penggerak parti manakala lajnah penerangan ialah menyebar luas dasar dan perjuangan parti kepada pihak luar.

Peranan lajnah tarbiah ialah untuk melahirkan ahli yang kental sebagai penggerak parti. Ia membekalkan tenaga parti kepada lajnah lain. Oleh itu apabila program tarbiah tidak berjalan ia akan berlaku kepincangan dalam gerak kerja parti samaada dari segi fikrah atau perlaksanaan kerja.

Semua peringkat kepimpinan daripada pusat sampai kepada cawangan, daripada ahli biasa sampai kepada pimpinan tertinggi dalam parti mesti meletakkan bahawa tarbiah adalah tunjang kepada gerakan PAS. Proses tarbiah tidak akan berakhir apabila sudah menang atau sudah menjadi pimpinan tertinggi.

Sebaliknya usaha ini berterusan tanpa terhenti. Seperti mana juga menuntut ilmu daripada buaian sampai kepada liang lahad. Jika ada tanggapan bahawa tarbiah hanya untuk orang bawah sahaja, sedangkan pimpinan tertinggi tidak perlu maka adalah tanggapan yang silap dan songsang.

Sebagai sebuah parti atau jamaah yang bukan sebagai badan perniagaan,maka sudah tentu yang boleh menggerakkan parti ialah dengan janji pahala kerana merupakan amal soleh. PAS tidak menjanjikan kepada penjawat dalam parti upah dan habuan dunia. Inilah kejayaan PAS selama ini, sehingga mampu bertahan hampir 60 tahun, menjadi sebuah parti yang paling lama di persada politik negara setelah parti Umno diharamkan pada tahun 1987. Sedangkan Umno yang ada sekarang ini ialah parti 1988.

Oleh itu jika pengabaian terhadap tarbiah ini berlaku maka ia akan merbahaya kepada masa depan parti. PAS tidak mampu melawan musuh politiknya dengan wang. Wang yang dimiliki oleh pesaing PAS terlalu banyak dengan bantuan daripada tauke judi dan arak. Sedangkan sumber kewangan PAS amat terhad iaitu dari kalangan ahli parti.

Sekiranya kegiatan tarbiah lemah ia akan memberi kesan kepada gerakan politik. Kemungkinan sehingga suatu waktu nanti PAS akan kehilangan mereka yang sanggup untuk menjadi calon, wakil calon, penyokong dan pencadang kerana tidak sanggup berkoraban. Tenaga pilihanraya akan ketandusan kerana mereka yang datang membantu setiap kali pilihanraya tanpa diupah oleh mana-mana pihak. Walau pun mereka yang membantu tahu, jika calon yang mereka bantu itu menang mereka tidak mendapat apa-apa hasil daripada usaha mereka untuk memenangkan calon PAS.

Mereka tidak mengharapkan apa Yang Berhormat PAS berikan kepada mereka, cuma mereka mengharapkan Yang Berhormat PAS bertanggungjawab kepada PAS. Inilah hebatnya tarbiah PAS. Sebab itu jika ada calon PAS yang khianat mereka akan menjadi bahan sumpah oleh mereka yang bertungkus lumus di dalam pilihanraya. Tiba-tiba mereka menjual kerusi ketika waktu “berperang”, mereka yang melakukan demikian tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Oleh itu calon PAS yang menang mereka tidak boleh mendabik dada mereka menang kerana populariti mereka bukan kerana kesungguhan petugas PAS. Jika ini berlaku semuanya gara-gara tarbiah tidak menyerap masuk di dalam dirinya dan ia perlu lagi ditarbiah.

Hukum buaya, jerung pembaham peruntukan belanjawan

Oleh LanH

JIKA Pakatan Rakyat memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan alternatifnya yang bertemakan 'Kesejahteraan Untuk Semua', peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak (yang kerap menyebut angka 'bilion dan bilion ringgit' di majlis-majlis ekonomi), pada pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober adalah lebih besar - RM232.8 bilion

Pelbagai insentif dan hadiah (bantuan) ditawarkan kepada rakyat daripada wang berbilion-bilion ringgit itu, tetapi apa yang ingin dimuzakarahkan di sini ketelusan sistem penyampaian bagi membolehkan rakyat yang berhak menerimanya. Adalah lumrah kebanyakan kerajaan di dunia berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat masing-masing; persoalannya adakah peruntukan atau bantuan itu sampai kepada kumpulan sasaran.

Tidak guna kita bercakap mengenai jumlah wang berbilion-bilion ringgit tetapi akibat sistem penyampaian yang tidak telus, kantung wang telah bocor dengan banyak wang tercicir sepanjang perjalanan dan akhirnya penerimanya hanya mendapat tulang, dagingnya telah dibaham oleh buaya di daratan (sungai) dan jerung di lautan.

Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuktikan perkara ini, di sekitar kita ada bangunan awam seperti sekolah, hospital, stesen bas dan stadium; sekalipun pembinaannya mendapat peruntukan berbilion-bilion ringgit daripada kementerian berkaitan; ketidak-telusan dengan jerung-jerung berkeliaran, menyebabkan bangunan berkenaan rosak atau runtuh dalam tempoh singkat selepas digunakan. Mungkinkah bangunan berkenaan tidak menepati spesifikasi dan piawai kerana dibina dengan kos dikurangkan bagi 'memberi makan' kepada jerung dan buaya terbabit.

Demikian juga bantuan terus kepada rakyat; disebabkan terlalu ramai orang tengah yang menangguk di air keruh, ada kemungkinan penerima layak mendapat separuh daripadanya sedangkan separuh lagi sudah dimakan jerung. Orang yang menepati syarat juga ada yang tidak menerimanya kerana pelbagai faktor seperti sentimen politik tetapi yang tidak layak pula tersenarai; ini semua disebabkan sistem penyampai yang sarat dengan masalah.

Kegagalan Baitulmal sesetengah negeri dalam sistem penyampaiannya sehingga ada golongan daif yang terpaksa meraih simpati kepada organisasi bukan Islam termasuk gereja, sewajarnya mengingatkan kita bahawa wang berjuta atau berbilion ringgit yang ada jika tidak dapat diagihkan secara baik, tidak dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat sebaliknya mengemukkan tembolok jerung dan buaya. Bagi kita jerung dan buaya inilah yang perlu dihapuskan dan yang lebih mustahak dihapuskan pihak yang membela mereka (penguasa korup).

Di sinilah kita lihat keperluan untuk kita membina insan bukan semata-mata membina bangunan hebat seperti yang berlaku hari ini. Jika kita dapat melahirkan golongan penyampai yang amanah, insya-Allah rakyat marhaen akan dapat sama-sama merasai nikmat kekayaan negara. Pengagihan akan dilakukan secara adil dan saksama menepati peribahasa 'hati kuman sama dicicip, hati gajah sama dilapah'.

Berdasarkan porak perandanya masyarakat yang hidup nafsu nafsi hari ini, marilah kita kembali kepada hukum Allah termasuklah bagi membanteras pembela jerung dan buaya serta buaya dan jerung itu sendiri bagi membolehkan kekayaan negara berbilion dan berbilion ringgit itu dikembalikan kepada rakyat.

Hukum-hakam Allah ada kehidupan, insya-Allah dengan kembali kepada hukumnya, kita bukan saja selamat dan bahagia di dunia tetapi juga di akhirat sejajar dengan penghulu doa yang kerap kita baca: 'Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar". Amin

[Penulis adalah Pengarang Harakah]

Wednesday, October 12, 2011

Shahidan: Perlis River needs to be widened to manage floods

The Perlis River, which flows from Kangar to Kuala Perlis, needs to be deepened and widened to overcome flooding, said Special Adviser to the Prime Minister on the Northern Corridor Economic Region (NCER), Dr Shahidan Kassim.

He said the 11-kilometre long river had become narrower and shallower which had hindered its flow during a heavy downpour.

“Although the width of the Perlis River is 70 metres, when the water subsides, the width is reduced to only 30 metres,” he told reporters during the visit to the river, yesterday.

Therefore, Shahidan suggested that the riverbanks on both sides should be raised to prevent overflows during heavy downpours.

“There are also development projects carried out at the estuary of the river which was not referred to the Drainage and Irrigation Department (JPS), thus causing blockage,” said the Tambun Tulang state assemblyman.

He said that each developer should consult the JPS for technical advice in order to ensure smooth water flow to the sea.

“I will also suggest to the NCER on the infrastructure requirements as the catchment area of the Perlis River involves 500 kilometres square,” he said.
He also hoped the state government would no longer create shortcuts to block water flow that could cause floods in several areas in the state.

- Bernama

MP PAS: Najib tak wajar bubar hingga Bajet 2012 dilaksana

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 11 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dicabar agar melaksanakan sepenuhnya Bajet 2012 sebagaimana yang dibentangkan Jumaat lepas jika beliau yakin bajet itu realistik dan benar-benar mahu memanfaatkan rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Perdana Menteri berkata Perdana Menteri juga perlu memacu sendiri pelaksanaan dan tidak membubarkan Parlimen sehingga perancangan beliau menerusi bajet itu terlaksana.

Kata Dzulkefly (gambar) Najib telah memberi pelbagai imbuhan kepada hampir semua segmen rakyat yang rata-raat adalah merupakan bayaran ‘one-off’ Malah kata beliau cabaran itu sangat wajar disahut Najib atas keyakinan bahawa unjuran dan angka-angka makro bajet itu mampu beliau capai.

LAGI >>>

Hudud: Kelantan beri pemimpin Pakatan taklimat di pejabat DAP

Malaysian Insider melaporkan: KUALA LUMPUR, 12 Okt — Di sebalik kontroversi yang berterusan, Kelantan mengambil langkah mencari sokongan dengan memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu memperkenalkan hukum hudud.

Difahamkan pada majlis penerangan itu, yang diadakan di ibu pejabat DAP di sini petang kelmarin, taklimat diberikan oleh tiga Exco Kerajaan Negeri.
Ia susulan mesyuarat khas Pakatan Rakyat dua minggu lalu.

Isu hukum hudud kerajaan negeri Kelantan muncul semula awal bulan lepas ekoran satu pandangan pada seminar syariah nasional di Kota Baru.


LAGI >>

RM1 juta untuk PM ke Kazakhstan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kerajaan membelanjakan RM1,072,213.22 untuk lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan Jun lalu.

Dalam satu jawapan bertulis hari ni, kerajaan memaklumkan lawatan 5 dan 6 Jun itu di atas jemputan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazabayev.

Najib kemudiannya juga mengetuai deligasi negara ke Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-7 di Astana pada 7 hingga 9 Jun.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Kazakhstan adalah sebanyak RM1,072,213.22," jawapan itu dipetik.

Penjelasan itu diberikan kerajaan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan Menteri Luar Negeri, apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu.

Dalam jawapan itu juga turut menjelaskan Perdana Menteri juga turut ke Turkmenistan pada 11 hingga 12 Julai 2011 juga atas jemputan presiden negara itu.

Untuk lawatan itu pula, kerajaan memaklumkan telah membelanjakan RM323,268.19.

Rakyat untung bila oposisi kuat

Oleh Ahmad Lutfi Othman

(Ketua Pengarang Harakah)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas Belanjawan 2010 berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkannya sebagai "belanjawan pilihan raya". "Kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kepada mereka ... bila election nak diadakan? Bila?" soalnya kepada wartawan.

"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet itu dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat. "Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani.

Tiada siapa dapat menafikan, bahawa apa sahaja gerak-tindak Dato' Seri Najib Razak mutakhir ini, pasti sarat dengan motif dan tujuan politik. Apatah lagi event sehebat pembentangan bajet, yang menjadi tumpuan seluruh rakyat, malah ia dianggap ucapan terpenting di Dewan Rakyat setiap tahun, tambahan pula Parlimen dijangka dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Apa pun istilah yang mahu dikaitkan, sama ada "bajet pilihan raya", "bajet gelabah", "bajet tiruan" mahupun "bajet cedok", bagi saya, yang lebih penting adalah manfaat yang akan diraih rakyat terbanyak. Biarlah parti-parti politik bersaing secara sihat, dalam iklim demokrasi yang makin segar, menuju pembentukan sistem dua parti yang matang, yang mustahak, natijah akhirnya harus memberi keuntungan kepada setiap warga.

Contohnya, jika ucapan Mohamad Sabu mengenai pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong 60 tahun lalu tidak dipersepsikan secara negatif oleh Utusan Malaysia (dengan dorongan strategis Umno-BN dan pihak polis), saya yakin nasib bekas perajurit zaman darurat tentu tidak akan mendapat perhatian serius pihak kerajaan. Mungkin pusara mereka yang terkorban di Bukit Kepong juga terus tidak terjaga.

Dan terbukti, dalam bajet Jumaaat lalu, kebajikan bekas anggota keselamatan merupakan antara yang menjadi prioriti. Najib mengumumkan, bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu. Apakah anda yakin bantuan ini terfikir oleh kerajaan jika tidak timbul kontroversi Mat Sabu dan "Sabuisme"nya itu?



LAGI >>

Thursday, October 06, 2011

Fasa kedua 60 tahun PAS

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kongres Sambutan 60 Tahun PAS yang berlangsung pada 1 Oktober lalu di Pulau Pinang memang meriah dan bersejarah. Hadirin, saya kira 30,000 orang, sebahagiannya di dalam Dewan Milenium "berlagu lutut" pada majlis Rapat Umum Perdana di sebelah malamnya.

Pekan Kepala Batas sesak teruk. Saya terpaksa perlahan-lahan menapak agak jauh dari tempat letak kereta. Ramai lagi yang berpusing-pusing mencari parkir. Mujur perut sudah diisi nasi kandar di gerai berdekatan.

Seusai program, jam 12 malam, sekali lagi terpaksa menunggu lama disebabkan laluan kereta tersekat di celah-celah rumah kedai, 2km dari lokasi ceramah.

Di sebelah paginya, mood kongres nampak ceria dan bersemangat. Ucapan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan penganugerahan tokoh buat "putera terbaik Melayu", Dr Burhanuddin Al-Helmy menyuntik inspirasi baru buat petugas parti. Cerita mengenai kegigihan, istiqamah, ketekunan dan ketabahan berdepan tribulasi dan rintangan berpanjangan di atas jalan dakwah.

Yang nyata, selepas Mohamad Sabu menimbulkan kontroversi Mat Indera, berbicara tentang sejarah (apatah lagi mengenang jatuh bangun parti) sudah mampu menarik perhatian umum dan memaku tumpuan.

Saya sendiri melihat kongres itu memberi makna tersendiri, sehingga menggagahi juga turun jauh ke utara. Muktamar PAS pun bagi saya tidak seistimewa itu. Jun lalu, meskipun Taman Melewar tidak begitu jauh dengan kediaman saya di Bukit Ampang, saya tidak bersedia untuk bersesak di persidangan tahunan PAS.

LAGI >>

262 gas pemedih mata diguna surai perhimpunan BERSIH

Malaysiakini melaporkan Sejumlah 262 kanister gas pemedih mata telah digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, demikian menurut satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, Kementerian Dalam Negeri berkata 226 peluru gas pemedih mata (TS Shell) dan 36 bom gas pemedih mata (TS Grenades) digunakan ke atas penunjuk perasaan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kos TS Shell TS dan TS Grenades ialah masing-masing RM79.76 dan RM135 (tiap satu).

Katanya, kerajaan membelanjakan RM22,855.76 untuk membelinya.

Wang Rakyat untuk Rakyat.....

RM2 juta halang himpunan Bersih 2.0

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 juta bagi menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Menurut beliau, untuk tujuan itu juga sejumlah 11,046 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan di Lembah Klang termasuk 2,600 yang dikerah untuk siap sedia di kontinjen-kontinjen seluruh negara untuk dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Pihak PDRM terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik lain.

"Kos keseluruhan yang dibelanja oleh PDRM bagi menangani perhimpunan tersebut adalah sebanyak RM2,018,850.06," katanya.

Teresa dalam soalannya meminta Hishamuddin menyatakan bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai 2011.

Beliau juga menanyakkan jumlah elaun yang dibayar kepada mereka untuk bertugas dan perbelanjaan sepanjang operasi menghentikan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Pada 9 Julai lalu, Bersih atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, yang turut disokong parti politik pembangkang dan lebih 60 NGO telah berjaya menghimpunkan hampir 100,000 rakyat berkumpul di ibu negara biarpun berdepan halangan pihak berkuasa sejak awal pengumuman mereka.

Selain mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram, mereka yang memakai baju kuning berlogo bersih juga ditangkap.

Selain itu polis juga turut menghalang sebarang bentuk program termasuk ceramah yang melibatkan himpunan tersebut.

Selain halangan tersebut, kerajaan juga turut menggunakan seluruh media milik mereka menggambarkan Bersih 2.0 sebagai ganas dan merbahaya.

Ianya juga menyaksikan semua jalan utama menuju ke ibu negara Kuala Lumpur dikunci setiap penjuru pada tarikh 9 Julai itu.