Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, October 11, 2005

PAS Perlis bantu golongan fakir miskin, ibu tunggal
Oleh : BASHIR ISHAK
Kategori : Berita

ARAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Ustaz Hashim Jasin telah menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan dan menjelang Syawal kepada golongan yang memerlukan semalam.Seramai 61 orang fakir-miskin serta ibu tunggal dari DUN tersebut telah menerima sumbangan di dalam majlis yang diadakan di kediaman beliau sendiri di Batu 8 3/4 Jalan Sanglang di sini semalam.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata,"sumbangan ini adalah untuk mereka yang memerlukan dan kita menyampaikannya tanpa mengira fahaman politik untuk sedikit sebanyak meringankan beban mereka di bulan yang mulia ini".

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Sanglang, Ustaz Khalil Adnan menjelaskan bahawa sumbangan seperti ini akan diteruskan sepanjang Ramadhan dan menjelang Syawal.
"Tujuan kita ialah untuk merapatkan silaturrahim dengan masyarakat dan menunjukkan prihatin kita terhadap golongan ini dan masih ada lagi yang akan menerima sumbangan seumpama ini," katanya.
Sumbangan yang telah disampaikan semalam berupa wang tunai, beras dan kain di samping bubur lambuk yang disediakan oleh Jabatan Khidmat Masyarakat PAS Perlis. - mks.