Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, October 31, 2010

Jangan dok pi melancong saja noo.....

Berikut pesanan dari Saudara Aris Awang

Asakan yang kuat oleh UMNO dan Barisan Nasional di kubu kuat PAS ini wajib dipertahankan oleh petugas PAS dari Kedah dan Perlis dalam saat yang terakhir ini dan kepada pelancong pilihanraya dari PAS (mereka yang datang untuk memerhati kemeriahan suasana Pilihanraya dan mendengar ceramah) wajib memastikan sekurangnya dapat menziarahi 5 buah keluarga sepanjang berada dalam kawasan pilihanraya sebelum 4 November nanti. Gunakanlah segala keupayaan dan skill tersendiri untuk meraih sokongan mereka kepada PAS.

Baca selanjutnya di sini......

Friday, October 29, 2010

Laporan Audit: Chalet Kurong Tengar terbiar

KANGAR - Bangunan siap tetapi tidak digunakan selama 32 bulan. Begitulah laporan Ketua Audit Negara ke atas bangunan penempatan di Kurong Tengar, Mukim Kuala Perlis, dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri Perlis dengan kos RM2.56 juta.

Chalet di Kurong Tengar

Projek ini dilaksanakan dengan peruntukan daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM1.47 juta dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.09 juta. Sumber daripada Kerajaan Persekutuan merupakan lebihan peruntukan daripada Projek Membina Rumah Penempatan Sementara Mangsa Kebakaran Kampung Tok Po, Kuala Perlis.

Projek ini melibatkan pembinaan 15 blok bangunan dua tingkat yang mengandungi dua unit setiap blok dan dilengkapi perabot untuk menyediakan kemudahan penginapan berkonsepkan chalet bagi menggalakkan sektor pelancongan.

Pembinaannya dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Perlis mulai April 2005 dan siap pada akhir bulan September 2007 setelah mendapat empat lanjutan masa selama 563 hari. Chalet tersebut diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada bulan November 2008

Hasil pengauditan yang dijalankan dari bulan September hingga Disember 2009 serta lawatan susulan pada bulan Februari 2010 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan projek ini adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan dikenal pasti yang menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana tidak memberi pulangan hasil.

Najis musang pun ada

Selain tidak digunakan selama 32 bulan, kualiti sebahagian kecil kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi, projek lewat siap menyebabkan sebahagian kos pengurusan meningkat dan kerja-kerja penyenggaraan kawasan tidak memuaskan.

Penemuan audit mendapati punca utama chalet tidak digunakan ialah kegagalan Jabatan menyediakan kajian kemungkinan bagi memastikan projek berdaya maju untuk dibangunkan.

Semakan audit juga mendapati chalet ini tidak mempunyai kemudahan seperti dewan, pejabat,pondok keselamatan, kafeteria, kemudahan parkir dan kaunter khidmat pelanggan.

Selain itu, laporan audit mendapti kerajaan negeri telah mendapat cadangan daripada empat operator yang berminat untuk memajukan chalet tetapi terpaksa ditolak kerana tawaran sewaan yang murah.

Ini termasuk cadangan daripada Universiti Malaysia Perlis untuk menyewa chalet tersebut untuk dijadikan kediaman pelajar.

Tahi cicak

Tiang di tengah bilik

Penemuan Audit:

1) Bangunan Siap Tidak Digunakan
Lawatan Audit pada bulan September 2009 mendapati chalet yang dibina dengan kosRM2.56 juta masih belum digunakan lagi. Tempoh tidak digunakan sehingga Mei 2010adalah selama dua tahun lapan bulan bermula dari tarikh projek disiapkan.

2) Kualiti Kerja Tidak Mematuhi Peraturan/Spesifikasi Ditetapkan
  1. Ketinggian Tangga Tidak Mengikut Peraturan/Spesifikasi
  2. Susur Tangan Tidak Dibina
  3. Dua Pintu Tandas Tidak Dapat Dibuka Sepenuhnya
  4. Lantai Dimakan Bubuk

3) Reka Bentuk Struktur Bangunan Tidak Sesuai

  1. Kedudukan Tiang Dalam Bilik Tidur Dan Bilik Air Tidak Sesuai
  2. Penggunaan Dinding Jenis Papan Simen Tidak Sesuai
  3. Susur Tangan Tidak Dibina Pada Beranda
  4. Lekapan Dan Struktur Tangga Berkarat
  5. Papan agihan elektrik tidak dilabelkan dan dikongsi penggunaannya
  6. Jeriji penutup longkang tidak disediakan


4. Kawasan Chalet Tidak disengarakan
a. Semak samun
b. Najis musang dan cicak terdapat di lantai beranda dan tepi tingkap

5) Pengurusan Kontrak Tidak Memuaskan

  1. Dokumen kontrak lewat ditandatangan
  2. Minit Mesyuarat Tapak Tidak Disimpan
  3. Kelewatan Membuat Bayaran Kemajuan
  4. Kos Penyediaan Lukisan As Built Drawing Terlebih Tuntut
  5. Alasan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa Tidak Wajar
  6. Aset Tidak Didaftarkan

Thursday, October 28, 2010

Presiden MCA: Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik'

Malaysiakini melaporkan:

Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India, dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.

“Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas," katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Baca selanjutnya....

Wednesday, October 27, 2010

Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan Malaysia hub pusat hiburan malam dilihat sebagai ekonomi ‘pumping' (turun naik), kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

"Jika benar apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, peringkat awal mungkin ia akan dapat menjana pendapatan tetapi kesan sosial yang diterima akan menjadikan kita rugi besar," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, kerajaan terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

"Ini kerja sia-sia, kerja korek dan kemudian timbus. Pertumbuhan gejala sosial juga akan parah daripada apa yang sedia parah.

"Ini sebenarnya nak membawa Malaysia ke arah kehancuran kerana dia lupa modal insan merupakan asas yang sangat penting untuk menjadi negara maju," tegas beliau dalam nada yang kecewa.

Tuesday, October 26, 2010

Umno amal dasar "Pokkaisme"


ARAU - PAS terus istiqamah dengan dasar perjuangannya berbanding Umno yang tidak pernah konsisten dalam menonjolkan dasar perjuangan mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, Umno mengamalkan dasar 'pokkaisme' atau sesumpah kerana apa yang mereka bawa sentiasa berubah-ubah.

"Dasar perjuangan PAS adalah Islam, kita bercakap bab ini sejak tahun 1951 dan Insya Allah sampai kiamat kita pun kita akan bercakap dasar kita ini.

"Tapi Umno ni tak tahu apa dasar dia. Kalau musim musabaqah dia cakap tentang Islam. Musim bolasepak dia halal judi bola, musim Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dia cakap bab Melayu pula.Sentiasa berubah-ubah. Tapi kita di dalam PAS bergerak ada rujukannya iaitu Al-Quran, hadis, ijmak dan qias," jelasnya.

Berucap dalam majlis ceramah penerangan di Markas PAS Semut Gatal dekat sini, beliau menyifatkan cadangan penubuhan majlis ulama umno seperti yang diutarakan leh perwakilan Umno Perlis di PAT mereka beru-baru ini adalah semata-mata untuk menandingi Dewan Ulama PAS.

"Tuan-tuan, orang yang mengaji agama samada di Mesir, Morocco atau Jordan kalau dia bali berjuang dalam Umno maknanya dia mengaji baca baris yang silap. Kalau orang ngaji agama pilih duduk dalam Umno, memang sah dia baca kitab baris tak betul.

"Mana boleh, memang kita tahu PAS bukanlah parti yang serba sempurna. Tapi apa yang kita bawa itulah yang kita perjuangkan adalah menurut apa yang Islam kata. Apa yang Islam kata boleh itulah yang kita buat, apa yang yang Islam kata tak boleh itulah yang kita kata tidak boleh, berbeza dengan Umno,"katanya.

Sunday, October 24, 2010

Kenyataan Dr MAZA Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Dari web Dr MAZA

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar

Friday, October 22, 2010

Jahatnya Umno (Online).....


Malah, Dr Zulkefli Mohamad berkata, Ramelah Jusoh yang didakwa berkhalwat dengannya - seperti yang dilaporkan oleh media rasmi Umno - Umno Online - adalah ibunya.

BACA DI SINI >>

Wednesday, October 20, 2010

Bajet 2011 ketepi keutamaan rakyat

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menyifatkan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri sebagai hilang fokus dan lari dari kehendak sebenar yang ditagih rakyat.

Sebaliknya, Datuk Seri Najib ketika membentangkan bajet tersebut 15 Oktober lalu lebih fokus kepada projek-projek yang bukan prioriti negara.

Membahaskan bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini beliau berkata, kerajaan sepatutnya mendahulukan keperluan orang awam terutama golongan miskin yang tertindas, daripada para penguasa dan orang-orang kaya.

"Apa makna bangunan Warisan Merdeka 100 tingkat menelan belanja RM5 bilion, walhal pada masa sama masih ramai golongan muda, penjawat awam, swasta yang belum mampu miliki rumah yang selesa meskipun bekerja selama 10 tahun," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Biarpun bajet yang diumumkan mahu transformasi ke arah negara maju, namun Kerajaan kata Nasharuddin masih terkebelakang apabila masyarakat peneroka Felda masih dinafikan hak mereka.

Berita Penuh....

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran TG Presiden

Hari ini, 20 Oktober 2010 (20.10.2010): Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke 63 buat Tuan Guru Presiden PAS. Salam Perjuangan , semoga Tuan Guru dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin kami. Allahu Akbar!!

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

Dari Harakahdaily
KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Berita penuh....

PAS Perlis rakam takziah kematian Timbalan Ketua Umno Padang Besar


KANGAR - PAS Perlis turut menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Md Noor Aziz yang meninggal dunia baru-baru ini.

Md Noor,42 meninggal dunia ketika menghadiri satu majlis di Kota Bharu, Kelantan dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sana selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.

Pimpinan PAS perlis termasuk Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin; Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Pemangku Ketua Dewan Ulama, Ustaz Salleh Adam dan Ketua Penerangan, Rus'sele Eizan turut menziarahi jenazah beliau di rumahnya di Sempering dekat sini.

Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa

[Gambar Hiasan]

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.

Saifuddin, Johor.

Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;

Baca selanjutnya… {Petikan dari drmaza.com}

Monday, October 18, 2010

Najib sukar perolehi 2/3 majoriti - Dr M

Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan dengan laluan sulit untuk memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Najib) warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada (perdana menteri) nombor lima (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini.

Baca lagi di sini>>

Utusan Online yang telah diUmnokan

Begitu megahnya bendera keris tak bersarung terpampang di portal berita Utusan Online

“Bajet 2011 – membawa negara ke arah mana ?” - TG Presiden PAS

Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan.

Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh UMNO-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa ?

Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Sunday, October 17, 2010

Selamat Berangkat ke Tanah Suci

Seluruh warga PAS Perlis mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci kepada Haji Abdul Karim Md Rejab (Timbalan Pesuruhjaya merangkap Pengarah JPN PAS Perlis).

Beliau dan isterinya, Puan Fatimah Hasan akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji esok (18 Oktober) melalui Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kami doakan semoga selamat pergi, selamat mengerjakan ibadah dengan sempurna dan selamat pulang ke tanahair. Mudah-mudahan dikurniakan haji yang mabrur.

PAS Perlis rai bakal haji

KANGAR - Badan Kebajikan PAS Perlis baru-baru ini meraikan ahlinya yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini.

(FOTO: Doa dari Pesuruhjaya)
Seramai 23 orang ahli Badan Kebajikan dari seluruh negeri diraikan dalam majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis di Jalan Sekolah Derma dekat sini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Ustaz Hashim dalam ucapannya menyeru bakal haji agar mengenang kembali sirah pembinaan kaabh dan juga sirah perjuangan Rasulullah S.a.w semasa mengerjakan ibadat di sana kelak.

"Perbetulkan niat kita dan ikutlah panduan agama semasa beribadat di sana, tumpukan perhatian untuk mencari keredaan Allah s.w.t. Kami doakan semoga dikurniakan haji yang mabrur, Insya Allah," katanya.

Di dalam majlis tersebut, Badan Kebajikan PAS Perlis menghulurkan sumbangan wang Riyal kepada para bakal haji.

Tahniah PASTI Perlis !

Tahniah kepada PASTI Perlis atas kejayaan menganjurkan Alam Ria PASTI 2010. Segala pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan keringat yang dicurahkan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah Taala.
SILA LAYARI BLOG PASTI PERLIS DI SINI

Wednesday, October 13, 2010

Jangan Percaya Rayuan Presiden Umno

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya” jerangkap samar” yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.

Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, October 10, 2010

Peranan Markas PAS lebih besar

SANGLANG - Peranan sebuah markas PAS itu lebih besar berbanding dengan fungsi sebuah surau, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

"Sebab itulah di seluruh negeri ini telah didirikan lebih dari seratus buah markas PAS. Peranan sebuah markas PAS itu lebih besar lagi untuk gerak kerja dan aktiviti yang jemaah kita lakukan.

"Bukan sekadar untuk aktiviti politik, tapi di markas PAS juga kita jalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, juga berperanan sebagai surau dan tempat untuk kita bina fikrah ahli," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Markas PAS Cawangan Jawi Seratus dekat sini baru-baru ini.

Saturday, October 09, 2010

Pulak dah..... P185 Batu Sapi

Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.

Mendiang berusia 54 tahun.

Menurut the Star Online, Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkahwin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 berbanding 9,479 undi yang diraihnya.

Kisah tariff air di Kedah


Macam-macam kisah timbul di negeri jira kita di Kedah. Terbaru tentang tariff air. Ikuti kupasan Setpol MB Kedah:


Wednesday, October 06, 2010

Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.

“Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

“Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

“Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti,” tegasnya

Friday, October 01, 2010

Semoga Dapat Pulang Dengan Sinar Perubahan


Hari Jumaat 1 Oktober 2010 2 buah bas dari Pemuda PAS Perlis akan berangkat Ke Rusila Terengganu demi menyahut seruan IJTIMA' TARBAWI PEMUDA PAS KEBANGSAAN 2010 selama 3 hari dari JUMAAT HINGGA AHAD. Doakan kami dapat kembali dengan selamat dan bawa sinar perubahan untuk rakyat Perlis..