Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, July 31, 2009

Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang meninggal dunia

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi tadi.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar memandangkan pengalaman dan jasanya kepada perjuangan PAS.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis bersedia bila-bila masa sahaja untuk diarahkan turun membantu jentera parti di Dun Permatang Pasir dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan kelak.

Berita berkaitan:

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)-
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Baca selanjutnya>>

Sekatan Polis di sempadan Kedah-Perlis

Tengahari tadi, di sempadan Kedah-Perlis berhampiran Sanglang telah diadakan sekatan polis.

Menurut sumber, di sempadan berhampiran Kodiang sehingga jam 3.00 petang tadi belum ada sebarang sekatan.

Terkini di sempadan berhampiran Ulu Pauh telah ada sekatan polis.

Dijangkakan lebih banyak sekatan sedemikian akan ditempuhi oleh peserta yang akan berangkat menyertai Himpunan Aman MANSUH ISA di Kuala Lumpur esok.

HARAP MAKLUM... SELAMAT BERHIMPUN DENGAN AMAN....

PAS jamin himpunan secara aman - Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub

"Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu).

"Saya rasa, sepanjang sidang media, ceramah atau sebarang sebaran yang kita keluarkan atas nama GMI, kami tidak pernah menggunakan kata-kata yang mencabar mana-mana pihak.

"Jadi tidak timbul masalah mengatakan kedua-dua pihak ini saling cabar-mencabar," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, dipetik dari Malaysiakini.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Baca selanjutnya di sini

Majlis Pelancaran Usrah Dewan Pemuda PAS Perlis

Malam tadi, bertempat di musolla Pejabat Perhubungan PAS Perlis, berlangsungnya majlis pelancaran usrah Dewan Pemuda PAS Perlis.

Pelancaran Usrah ini telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Zulkifli Ahmad.

Program dihadiri oleh AJK Pemuda di peringkat negeri dan kawasan.

Dewan Pemuda di peringkat telah menyusun usrah masing-masing yang diadakan secara bulanan.

Makan dulu sebelum program bermula

Timbalan Ketua DPP Perlis merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah,
Ustaz Yussaine mempengerusikan majlis

Ustaz Zul menyampaikan taujihad beliau

Jangan buat kerja sekular dalam PAS

Ustaz Zulkifli semasa menyampaikan taujihad beliau mengingatkan beberapa perkara:
  • Bila diberi amanah oleh parti (contoh dipilih ke muktamar), jangan mengelak dengan alasan-alasan peribadi.
  • PAS bukan sekadar parti politik tapi ahli kena hidup dengannya
  • Walak kepada pimpinan
  • Perbanyakkan pertemuan: sebut tentang perjuangan dan tarbiyah
  • Jangan buat kerja-kerja sekular dalam PAS seperti:
  1. Tidak walak pada pimpinan
  2. Buat program/pandangan rasa hebat dari orang lain
  3. Tak yakin rezeki dari Allah / jangan terlalu bergantung dengan orang
Yang pentingnya kata Ustaz Zul:

"Pertemuan ini janganlah yang pertama dan terakhir", memetik kata-kata Al-marhum Ustaz Fadzil Noor.

Thursday, July 30, 2009

"Saya terjun daripada kapal yang bocor" - Chua Jui Meng


PULAU PINANG, 29 Julai (Hrkh) - "Saya terpaksa terjun daripada kapal yang bocor menaiki kapal baru yang sentiasa menyelamatkan sesiapa sahaja yang mahu melihat masa depan negara terselamat, " kata bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADIILan) .

Minatnya terhadap Pakatan Rakyat terus memuncak apabila melihat Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan

gabungan tiga parti utama pembangkang yang sebelum ini agak retak setelah Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar kuku besi terhadap negeri yang dimenangi pembangkan

g.

Beliau ketika beceramah di An-Nahdhoh In, Bukit Indera Muda, Permatang Pauh menambah, tohmahan daripada kempinan MCA dan BN memang diduga berikutan tindakannya melompat parti untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Apa tidaknya tambah beliau, dalam keluarga MCA segala-galaya sudah hancur akibat terlalu pentingkan jawatan dan kuasa.

"Tindakan mendedahkan kepincangan kerajaan ini bukan berniat untuk kepentingan diri sebaliknya menebus maruah ketika bersama BN dulunya, " ujar beliau diiringi tepukan orang ramai.

Kekejaman Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) juga jelas Chua, menjadi faktor kenapa beliau meninggalkan MCA dan BN.

ISA patut dimansuhkan sebab tidak sesuai lagi digunakan oleh kerajaan yang mengamalkan dasar demokrasi.

"Kerajaan sengaja tidak mahu mansuhkan akta tersebut demi menyelamatkan kedudukan pemerintah apabila mereka buntu berhadapan dengan mana-mana parti atau organisasi yang makin diterima rakyat, " tambah beliau.

Jangan terpedaya dengan ugutan, perhimpunan MANSUH diteruskan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Orang ramai diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang ugutan dan khabar angin yang mahu menggagalkan perhimpunan MANSUH 1 Ogos nanti.

Komander perhimpunan tersebut yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menegaskan, perhimpunan aman dan perarakan ke Istana Negara untuk menyerahkan deklarasi rakyat menentang penggunaan akta zalim ISA akan tetap diadakan pada 1 Ogos nanti bermula jam 2.00 petang.

Beliau seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman dan menyokong akta rimba itu dimansuhkan agar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berhimpunan pada Sabtu nanti.

"Jangan terpedaya atau terpengaruh dengan mana-mana ugutan atau khabar angin yang mengatakan perhimpunan tersebut dibatalkan kerana pihak GMI dan Sekretariat Perhimpunan MANSUH akan tetap meneruskan perhimpunan dan perarakan pada Sabtu nanti.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang menyokong akta ISA dihapuskan dan mahu bersama berhimpun agar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur biarpun terdapat banyak sekatan jalan raya," ujar beliau.

Salahuddin juga menjelaskan, hanya arahan daripada komander-komander yang bertugas dan Unit Amal sahaja harus diterima oleh seluruh peserta pehimpunan MANSUH bukan dari pihak lain.

Perhimpunan MANSUH 1 Ogos nanti diadakan dengan tujuan untuk membantah pengunaan akta zalim ISA dan satu deklarasi rakyat akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyatakan sokongan agar akta tersebut dimansuhkan

Wednesday, July 29, 2009

Balu bekas Pesuruhjaya PAS Perlis kembali ke Rahmatullah


Hajjah Rogayah Mohd Zain, balu bekas Pesuruhjaya PAS Perlis, Allahyarham Haji Mahmud Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Beliau yang berusia 90 tahun meninggal dunia di rumah anaknya di Selayang akibat sakit tua.

Jenazah telah dibawa pulang ke Perlis petang semalam dan solat jenazah telah diimankan oleh Pesuruhjaya PAS perlis, Ustaz Hashim Jasin di Pasti Tarbiyatul Atfal, Jejawi Dalam.

Jenazah Allahyarhamah telah disemadikan di tanah perkuburan Masjid AL-Hassan, Jejawi Dalam.

Seperti Haji Mahmud, Hajah Rogayah juga berasal dari tanah seberang dan mereka telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1940. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dengan 8 orang cahaya mata (3 daripadanya sudah meninggal dunia).

Haji Mahmud meninggal dunia pada 7 Februari 2007.

Sunday, July 26, 2009

Roadshow Mansuhkan ISA

KANGAR - Program ceramah Roadshow Mansuhkan ISA dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis baru-baru ini (23 Julai).

Program berlangsung di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Baru 2 Lama di sini.

Bekas tahanan ISA, Ustaz Mohd Lutfi Ariffin

Ustaz Mohd Firdaus Jaafar
(Exco DPP Pusat / MP Jerai)

Dua orang penceramah diundang khas iaitu, bekas tahanan ISA, Usatz Mohd Lutfi Ariifin dari Baling dan Ahli Prlimen Jerai yang juga Exco DPP Pusat, Ustaz MOhd Firdaus Jaafar.
Turut berceramah, Ketua DPP Perlis, Usatz Ya'akub Abu Seman


DPP Perlis anjur Bengkel Pengurusan Organisasi

JEJAWI DALAM -Majlis Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis baru-baru ini menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi bertempat di Balai Islam MADI, Markas Tarbiyyah PAS Perlis di sini.

Bengkel ini yang dihadiri oleh pimpinan Pemuda PAS negeri dan kawasan-kawasan telah dikendalikan oleh bekas Setiuasaha Perhubungan PAS Perlis, Hisharuddin Hassan (kini Setiausaha PAS Padang Besar).


Hisharuddin (berbaju batik) yang berpengalaman luas dalam pentadbiran parti turut menceritakan pengalaman beliau dalam mengusahakan transformasi pentadbiran parti sejak awal tahun 1990-an sehingga kini.

Saturday, July 25, 2009

DPP Perlis ziarah bekas Ketua Pemuda

Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengadakan program ziarah bekas pimpinan Pemuda PAS Perlis.

Dalam program yang diadakan pada 23 Julai lalu, bekas Ketua DPP Perlis, Haji Idrus Omar,71, dikunjungi AJK DPP Perlis.

Haji Idrus menjawat jawatan Ketua DPP Perlis dari tahun 1968 hingga tahun 1971.

Hadir sama dalam program ziarah ini, Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, Naib YDP PAS Padang Besar, Abdul Halim Ali, Ketua Lajnah Kebajikan DPP Perlis, Shuhairi Samsuddin serta Timbalan Ketua DPP Padang Besar, Mohd Rodzi Ismail.


Ustaz Ya'akub menyampaikan hadiah kepada Haji Idrus

Haji Idrus menceritakan pengalaman beliau. Rombongan Pemuda turut dijamu dengan laksa dan serawa durian

Sidang DUN Perlis: Shahidan hentam Md Isa

KANGAR - Bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) membuat kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu yang didakwa beliau tidak menampakkan imej sebagai seorang Menteri Besar dan seolah-olah dibayangi pihak tertentu dalam mentadbir kerajaan negeri.

Kritikan pedas tersebut dibuat Shahidan dalam ucapannya membahaskan usul menjunjung kasih titah Tuanku Raja Perlis pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua, Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis kali ke-12 Khamis lalu.

Antara lain, Shahidan mendakwa Md Isa seolah-olah dibayangi oleh pihak yang lain dalam mentadbir kerajaan negeri.

"Sudah sampai masanya Menteri Besar mesti menampakkan dirinya sebagai seorang Menteri Besar. Mengapa mesti ada penasihat?

"Saya tegur bukan kerana seronok nak ketuk kepala orang tapi saya tegur untuk kebaikan. Menteri Besar seolah-oleh dilihat hanya untuk kenduri, orang sakit dan orang mati,"katanya.

Walaupun Shahidan tidak menamakan individu tertentu, apapun dipercayai ianya merujuk kepada Penasihat Menteri Besar, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kangar.

Menghangatkan lagi sidang dewan, Shahidan berkata, sekiranya Md Isa tidak mampu membuat sebarang keputusan, lebih baik jawatan Menteri Besar diberikan kepada mereka yang lebih berminat dengan jawatan itu seperti Adun Pauh, Dato' Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail atau Adun Santan, Sabry Ahmad.

"Niat saya menegur adalah iklhlas, kalau saya tak tegur siapa lagi sebab saya nampak ada tangan-tangan di belakang sampai nampak seolah YAB tak boleh buat apa-apa.

"Kalau dah tak boleh, bagi saja dekat Pauh, diapun berminat. Santan pun minat.

"Kita bukannya "rubberstamp" dan kita bukannya diarah. Kini orang bercakap di mana-mana dan rakyat menjadi gelisah," ujar Shahidan lagi.

Selain itu dalam ucapannya, Shahidan turut mendakwa beliau tidak diberikan layanan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan negeri dan juga mendakwa ada pihak-pihak tertentu "dibayar gaji" untuk memaki-hamun beliau.

Md Isa ketika membuat ucapan penggulungan pada hari kedua sidang (Jumaat) menafikan beliau menyuruh sesiapa untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak.

Beliau juga menyatakan mempunyai pendekatan tersebdiri sebagai seorang Menteri Besar.

"Ini imej saya, cara kepimpinan dulu dengan kepimpinan sekarang adalah berbeza," katanya.

Ucapan YB Rus'sele Eizan di Sidang DUN Perlis

KANGAR - Wakil PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan (PAS - Simpang Empat) menegur kerajaan dalam isu membabitkan pengagihan peruntukan untuk kebajikan rakyat.

Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Tuanku Raja Perlis pada hari kedua Sidang DUN Perlis 24 Julai lalu, Rus'sele mempersoalkan pengagihan wang Baitul Mal yang diperuntukan untuk bantuan rumah kepada penduduk miskin.

"Apa yang mendukacitakan bantuan ini disalurkan melalui kontrak tanpa diketahui pemilik rumah berapa jumlah yang mereka patu perolehi. Kontraktor datang baiki rumah tapi tidak siap.

"Bila tanya kontraktor, ini sahaja peruntukan yang ada. Mohon supaya Baitul Mal menjelaskan kepada orang dapat bantuan berapa jumlah yang mereka patut perolehi dan disalurkan terus kepada mereka. Ini, sudahlah bantuan sikit, ditender pula, kontaktor dapat dua-tiga ribu, tuan rumah dapat seribu,"kata beliau.

Selain itu beliau turut membangkitkan tentang tuntutan bertindih kepada peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kuala Sungai Baru di Simpang Empat.

"Saya dapati ada di kalangan mereka yang diberikan bantuan pukat oleh LKIM kemudiannya Risda pula bantuan rumah. Bila dapat macam-macam bantuan, mereka jual pula.

"Sudah la dapat pukat yang berharga ribuan ringgi, dapat pula rumah bernilai RM33 ribu, bila kita selidik, yang dapat tu Umno semua. Minta kerajaan negeri melihat perkara ini.

"Walaupun pihak kerajaan kata tak membezakan politik, mintalah diberikan pertimbangan yang adil. Kalau boleh nak bagi rumah PPRT tu bagilah kepada orang PAS sama," ujarnya.

Ustaz Hashim: Perjelaskan tentang As-sunnah

KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS - Sanglang) mahu pengertian Sunnah wal Jamaah yang sebenarnya perlu di perjelaskan sesuai dengan apa yan termaktub dalam perlembagaan negeri Perlis itu sendiri.

Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Tuanku Raja Perlis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 23 Julai lalu, Ustaz Hashim tidak mahu erti As-sunnah itu hanya terbatas pada perkara-perkara yang melibatkan ibadat khusus sahaja.

"Yang disebut As-sunnag itu, ruang lingkupnya setakat mana? Kita tak mahu faham sunnah dalam erti usolli, qunut dan bismillah sir atau jahar sahaja.

"Pekara ini telah lama dibincangkan oleh ulama dan tidak ada tempat lagi yang tidak di sentuh. Kita kena lihat sunnah itu melangkakui bukan setakat perkara itu sahaja. Lebih dari itu, menunaikan janji, bercakap betul atau tidak memenentingkan diri sendiri, itu termasuk dalam ruang lingkup sunnah," katanya.

Ustaz berkata demikian mengulas ucapan terdahulu dari wakil kerajaan, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) yang banyak memperkatakan tentang amalan sunnah di negeri Perlis.

"Kita terlalu bercakap bab sunnah tapi amalan kita tak melambangkan sunnah.Ini tak betul. Kalau kita pendokong kuat sunnah, biarlah amalan-amalan kita juga melambangkan sunnah, itu baru betul,"ujarnya.

Semasa berucap, Ustaz hashim beberapa kali diganggu oleh Shahidan yang membangkitkan pelbagai perkara termasuk isu kerajaan perpaduan.

Apapun, Ustaz Hashim tidak sedikitpun terjejas dengan gangguan tersebut, malah meneruskan ucapannya.

Berucap lanjut, beliau turut mendedahkan bagaimana sikap pemimpin Umno/BN yang bercanggah dengan sunnah akibat berjuang kerana matlamat peribadi.

Beliau memberikan contoh bilamana seseorang itu sudah tidak berkuasa, mereka tidak lagi membenarkan premis mereka digunakan sebagai pejabat parti.

Walaupun ditegur oleh Shahidan yang mendakwa Ustaz Hashim tidak tahu tentang perkara dalaman Umno/BN, Ustaz Hashim menegaskan apa yang beliau katakan itu adalah yang zahir mengikut pandangan umum.

"Tak kisahlah pejabat dulu tu nama apa, tapi kita melihat yang zahir dan orang-ramai turut memperkatakannya. Ini membuktikan bahawa apabila kita berjuang kerana matlamat peribadi dan tidak kerana jemaah atau parti, inilah yang terjadi,"katanya lagi.

Wednesday, July 22, 2009

Pak Lang Hairy dilantik Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis

KANGAR -Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Hairy Hashim semalam dilantik sebagai Pengarah Perhubungan Awam PAS Negeri Perlis.

Perlantikan beliau yang lebih mesra dengan panggilan "Pak Lang" dibuat dalam mesyuarat penuh pertama Badan Perhubungan PAS Neger Perlis di sini petang semalam.

Jawatan baru ini juga memberikan status jawatankuasa harian kepada beliau.

Antara lain, beliau diamanahkan untuk menjaga aspek-aspek perhubungan awam, media serta badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, Hairy, 40, juga turut dilantik mengetuai Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis.

Perlantikan portfolio kabinet PAS Perlis

KANGAR, 22 Julai - PAS Perlis melengkapkan kabinetnya dengan perlantikan ketua-ketua Jabatan dan Lajnah dalam mesyauarat penuh pertama di sini semalam.

Dalam mesyuarat yang diadakan semalam, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin akan mengetuai Lajnah Politik dan Organisasi.

Timbalan Pesuruhjaya 2, Haji Abdul Karim Md Rejab pula kekal sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri dan Jabatan Khidmat Masyarakat.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya 3, Haji Mohd Anuar Tahir akan mengetuai Lajnah Pekerja, Petani dan Nelayan.

Ketua Penerangan PAS Perlis yang juga Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan mengetuai Lajnah Penerangan dan Dakwah.

Bendahari PAS Perlis, Abu Aiman pula diamanahkan mengetuai Lajnah Kewangan dan Ekonomi.
Selain itu, mesyuarat juga meluluskan perlantikan Yang Dipertua PAS Kangar, Hairy Hashim selaku Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis. Beliau akan turut mengetuai Lajnah Perpaduan Nasional.

Lain-lain lantikan, Ustaz Yussaine Yahya (Lajnah Tabiyah dan Perkaderan), Hassan Ismail (Pembangunan), Haji Jaafar Daud (Pengerusi Takaful Himayah), Haji Ahmad Tajuddin Salleh (Badan Kebajikan) dan Kamis Yub (Keselamatan).

Sementara itu, dalam mesyuarat yang sama, sembilan orang Pengarah Majlis Tindakan Dun yang baru telah dilantik iaitu Rosudin Kassim (Beseri), Haji Shamsuddin Ibrahim (Chuping), Ustaz Yahya Ahmad (Santan), Hashimi Mohamed (Sena), Basharuddin Mat (Indera Kayangan), Mohd Yazid Othman (Pauh), Abu Bakar Ali (Tambun Tulang), Zulmi Sabri (Guar Sanji) dan Mohammed Shukri (Sanglang).

Lain-lain Pengarah Dun: Mohd Razi Mustaffa (Titi Tinggi), Haji Hassan L. Othman (Mata Ayer), Haji Bakar (Bintong), Haji Kassim Hamzah (Kuala Perlis), Abdullah (Kayang) dan Kaharuddin Mohammad (Simpang Empat).

Tuesday, July 21, 2009

Program Jaulah Siasi DPPPs di Dun Guar Sanji

Dalam usaha menambahkan bilangan pemilih berdaftar, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengambil inisiatif turun padang untuk mendaftarkan pemilih baru.

Dalam program "Jaulah Siasi" yang diadakan di Dun Guar Sanji 19 Julai lalu, seramai 85 orang pemilih baru berjaya didaftarkan.

Program sepagi itu diadakan di empat zon iaitu di cawangan Simpang 3 Guar Sanji, Semut Gatal, Jelempok dan Chantek Bangun.
Ustaz Ya'akub bersama petugas SPR
85 pengundi baru dapat didaftarkan

Membantu mengisi borang pendaftaran pemilih baru

Turut serta dalam program tersebut tiga orang pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang hadir di cawangan Chantek Bangun untuk mendaftarkan pemilih baru.

Menurut mereka, bilangan pendaftaran baru di negeri Perlis agak lembap iaitu sekitar 300 orang setiap bulan.

Justeru mereka sentiasa memberikan sokongan penuh untuk parti-parti politik mengadakan program seumpama ini.

ISA 'penyelamat' pemimpin pemerintah, bukan keselamatan negara - Presiden PAS

Harakahdaily
ALOR SETAR, 21 Julai (Hrkh) -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.

"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam.

Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.

"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai: Pakatan Rakyat 6 BN 1(Hadiah istimewa 100 hari Najib sebagai PM)


Setelah mengharungi 7 pilihanraya kecil pasca pilihanraya umum ke 12, 8 Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat terus mendahului Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan 6-1.

Terbaru, PAS memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.

Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menumpaskan BN dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh (Pulau Pinang), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang (Perak).

Begitu juga, Pakatan menang dalam PRK di DUN Bukit Selambau (Kedah) dan Penanti (Pulau Pinang).

Pakatan hanya tumpas di Dun Batang Ai, Sarawak.

Kemenangan ini walaupun dengan majoriti tipis, terus memberi tamparan kepada BN yang masih tercari-cari rentak untuk menarik semula sokongan rakyat.

Walaupun pengundi di Manek Urai disogok dengan janji pembinaan jambatan sekiranya BN menang, namun kemenangan ini merupakan hadiah paling "istimewa" kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sempena sambutan 100 hari pemerintahan beliau

Monday, July 13, 2009

Pemuda Gerakan sertai demo anti-ISA

Petikan Malaysiakini

Dalam satu tindakan yang berani, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan depan.

"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.

Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.



Pemuda Umno bila lagi???? Jom la ikut sama....

Makan Durian sambil menderma

MTD kayang mengadakan jamuan makan durian sambil menderma bagi mencari dana pembangunan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kayang (Putik).

Program diadakan di Gerai Ida, No. 2 Seriab.


Ustaz Ya'akub sebagai tuan rumah

Larat ke nak habih tu?
Tetamu yang hadir memilih sendiri durian

Paip bocor 2 minggu dah...

Paip yang terletak di dalam kawasan loji rawatan kumbahan/ stesen pam Kompleks Perniagaan Pertiwi Indah, Seriab ini dilaporkan sudah bocor sejak dua minggu lalu.

Loji ini terletak di belakang gerai sangkar Seriab di Jalan Kangar-Alor Setar.

Menurut peniaga di gerai berhampiran, paip ini sudah dua minggu bocor dan mereka sudahpun membuat laporan dan ianya belum lagi diperbaiki.


Ketua DPP Perlis ziarah mangsa ribut

Semalam, (Ahad, 12 Julai), Ketua Dewan Pemuda Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman melawat keluarga mangsa ribut di Kampung Seriab.

Bahagian belakang rumah Shamsuddin Ismail, seorang pegawai Jabatan Penjara, Alor Setar telah ditimpa dengan sebatang pokok tui setinggi kira-kira seratus kaki.

Kejadian mengakibatkan bumbung rumah tersebut rosak teruk.

Kejadian berlaku pada petang Sabtu (11 Julai) apabila pokok tersebut tumbang semasa hujan ribut yang melanda.

Menurut Shamsuddin, beliau berasa syukur kerana pada masa kejadian, anak-anaknya sedang membuat kerja sekolah beberapa meter dari tempat kejadian.

"Pokok ni kira-kiranya adalah yang tertinggi di kampung ni. Kalau kita duduk dekat titi Seriab di tepi jalan besar pun nampak pokok ni," jelas beliau.

DPP Perlis kecam iklan judi di Harian Metro

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis mengecam tindakan akhbar tabloid, Harian Metro yang begitu ghairah mempromosikan elemen perjudian di dalam akhbar itu.

Di di ruangan belakang sebelah dalam akhbar tersebut yang selalunya dimuatkan berita sukan, terdapat iklan Keputusan Nombor Ekor yang boleh diperolehi melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).


Iklan berbunyi seperti "Keputusan SMS 4D" atau "Keputusan 4D Sungguh pantas" ini adalah untuk mengetahui keputusan perjudian seperti Magnum 4D, Toto dan Kuda 1+3D yang dikategorikan sebagai "judi hahal" di negara ini.


Iklan besar-besaran ini biasanya dimuatkan di akhbar tersebut pada edisi Sabtu dan Ahad dan mengambil ruang sehingga dua muka surat.



Ustaz Ya'akub menunjukkan Edisi Sabtu Harian Metro yang hampir dipenuhi dua muka surat dengan iklan judi

Edisi Ahad pula memenuhi dua muka surat... Di muka surat lain pun ada lagi


Mengulas isu ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan perbuatan akhbar ini adalah keterlaluan dan tidak menghormati sensitiviti para pembacanya.

"Dulu kita hanya melihat keputusan perjudian nombor ekor ini hana mengambil ruang kecil di bahagian belakang akhbar. Tapi sekarang mereka dah secara terbuka membuat iklan besar sehinggakan keputusan boleh diketahui melalui SMS.

"Kami melihat promosi sebegini adalah keterlaluan apatah lagi akhbar ini adalah akhbar berbahasa Melayu yang majoritinya dibaca oleh orang-orang Melayu beragama Islam," katanya.

Justeru beliau meminta agar pihak berwajib khususnya parti pemerintah yang diterajui oleh Umno mengambil tindakan sewajarnya.

"Baru-baru ini Timbalan Presdien Umno, Muhyidin Yassin kata Umno juga memperjuangkan Islam. Jika benar mengapakan perkara sebegini masih terus dibiarkan? Tambahan pula ianya disiarkan di dalam akhbar yang mereka sendiri kuasai.

"Jika perkara sebegini masih berterusan, tak perlulah Umno terus berkokok tentang Islam sedangkan pada zahirnya rakyat masih bergelumang dengan pelabagai bentuk maksiat dan dosa,"ujarnya lagi.

Alahai Umno Perlis....Part 2


Gambar ini merujuk kepada posting di bawah bertajuk Shahidan Oh Shahidan.
Pasai apa tah yang dok pi boh gambag kawan tu? Kalau gambag Zahidi kira ok gak sebab dia Timbalan Pengerusi Umno Negeri... Gila meroyan kot.....

Sunday, July 12, 2009

Mantan Mufti Perlis: Jangan Jatuhkan Kelantan


“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.


Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”


Petikan dari web Dr MAZA

Monday, July 06, 2009

Shahidan oh Shahidan...

Oleh Penghulu Peghelih La...

Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman yang sedang bertugas di UPU Temalir dalam Pilihanraya Keci Manik Urai menghubungi Tok Penghulu petang kelmarin.

Katanya, beliau terjumpa dengan geng Umno Perlis yang sedang berkempen di sana.

Antara lain yang ditemui beliau ialah dua orang Exco Kerajaan Negeri, Jamil Saad (Sena) dan Japferi Othman (Guar Sanji).

Yang lebih menarik kata beliau, rumah penginapan Perhubungan Umno Perlis dinaikkan sepanduk yang mengandungi gambar mantan MB, Shahidan Kassim dan Ketua Umno Padang Besar (mantan Adun Beseri yang kini menjawat Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis)...

Khabarnya, MB Perlis pun ada di sana...

Hai...macam ada lagi yang tak kena dengan Umno Perlis....

(Gambar dari Manek Urai menyusul)...

Sunday, July 05, 2009

Dah la ganas, kurang cerdik pula tu....

Oleh Penghulu Peghelih La....

Berlakunya satu insiden di antara Pemuda Umno dengan PAS/DAP di Melaka seperti yang dilaporkan Malaysiakini (baca di sini).

Laporan menyebut sewaktu kejadian, dua parti Pakatan Rakyat itu sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih baru di sebuah pasar malam.

Kemudiannya Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno yang terbabit mengaku mereka telah berlaku ganas. (baca di sini)

Kata Setiausaha Pemuda Umno Bukit Katil:
“Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. "
Jawab pula Sofi Wahab (Ketua Penerangan PAS Melaka): (baca di sini)
Menurut Sofi lagi, beliau juga ingin memperbetulkan kenyataan pemuda Umno "bahawa kami tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan kempen pendaftaran pemilih baru".

"Beberapa ahli kami yang bertugas (kelmarin) dilantik oleh SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sebagai Penolong Pendaftar pemilih sementara mewakili parti-parti masing-masing.

"Malah kami mempunyai kad kuasa yang diberikan SPR sendiri," tambahnya.

Komen Penghulu:
Pemuda Umno ni dah la ganas..kurang cerdik pula tu!!!

Saturday, July 04, 2009

Hasil tarbiyah PAS, ahli yakin masa depan Islam

BESERI - Hasil daripada tarbiyah kepada ahli-ahli PAS sejak penubuhannya berpuluh tahun lalu telah membuahkan pelbagai kejayaan.

Sebagai contoh, ahli-ahli PAS tidak pernah jemu untuk memberikan sumbangan demi perjuangan menegakkan syariat Islam di muka bumi ini.

Begitulah yang bakal disaksikan dengan pembinaan sebuah lagi kompleks tarbiyah oleh PAS Kawasan Padang Besar tidak lama lagi.

Kmmpleks tersebut bakal didirikan di Jalan Bukit Kerang off Jalan Bukit Keteri dekat sini bakal menjadi mercu tanda baru PAS Kawasan Padang Besar bagi menggantikan Markas Tarbiyah sedia ada di Santan.

Majlis Pecah Tanah Kompleks Tarbiyah Islamiyah PAS Kawasan Padang Besar telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Berucap di majlis tersebut, beliau melahirkan rasa bangga dengan usaha PAS Kawasan Padang Besar yang akan mendirikan kompleks tersebut.

Katanya, ini adalah sebahagian daripada hasil kejayaan tarbiyah PAS sejak penubuhannya berpuluh tahun yang lalu.

"Ini membuktikan ahli-ahli PAS yakin dengan masa depan untuk Islam," ujarnya.

Menurutnya lagi, usaha yang telah dijalankan oleh kepimpinan PAS Kawasan terdahulu yang diterajui Haji Abdul Karim Md Rejab (kini Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perlis) akan disambung pula oleh saf kepimpinan baru.

"Kita bukan seperti Umno, bila sudah tidak berkuasa mereka tutup habis pejabat dan orang lain tak boleh guna lagi. Lepas tu dibuka pula pejabat Yayasan yang dia punya sendiri.

"Dalam PAS, kita bekerja untuk jemaah dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Bila Haji Karim dah tak pegang jawatan dia tak bawa projek kompleks ni bersama dia, tapi ditinggalkan untuk jemaah," katanya.

DACS Perlis anjur pertandingan Futsal

Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Perlis akan menganjurkan kejohanan Futsal pada 1 Ogos 2009 akan datang bertempat di D'Futsal Centre, Batu 2 Jalan Kaki Bukit, Kangar.

Butiran pertandingan boleh didapati di banner:-

Klik di foto untuk paparan lebih besar

Punca Sebenar 'Kekalutan' Pakatan Rakyat... Dan Bahaya Kepada BN...

Artikel di bawah ini dipetik dati laman blog Anak Tan Sri Sanusi Junid. Antaranya penulis menyebut tentang kuasa rakyat. Kata beliau, BN tidak kalah kepada Pakatan Rakyat tapi tewas kepada rakyat.

"BN juga harus waspada yang kita tidak terus 'syok sendiri', bukan sahaja dengan apa dilihat sebagai kejayaan di dalam parti, tetapi juga anggapan perpecahan lawan di luar. Yang penting adalah pendapat rakyat dan isi hati pengundi terhadap BN... kerana merekalah yang bakal menentukan nasib pemimpin menjelang PRU-13..."

Ikuti tulisan seorang professional muda dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru.. Seorang pengkritik Khairy Jamaluddin yang prolific...

Perpecahan yang kelihatan menjadi-jadi antara anggota Pakatan Pembangkang kini sedang kuat di'analisa' berpropaganda oleh BN. Amnya saya setuju yang pertelingkahan pelbagai yang berlaku ini berpunca dari perlawanan prinsip dan dasar antara ahli Pakatan. Namun, saya rasa terlalu awal untuk menyatakan perpecahan berikut bakal memastikan masa depan BN sebagai parti pemerintah, apatah lagi kembalinya 2/3 Parlimen dan 5+1 negeri secara mutlak kepadanya.

Ketiga-tiga ahli Pakatan mempunyai matlamat berbeza dan tiada kesatuan tujuan selain benci terhadap BN; DAP mahukan Malaysian-Malaysia, PAS memperjuangkan 'Negara Islam' manakala PKR mahukan keadilan untuk DS Anwar Ibrahim, yakni menjadikan beliau Perdana Menteri. Ini lain dengan dasar kesatu-paduan BN yang dari pasca tahun 1969 berlandaskan perlunya keamanan di antara kaum di Malaysia.

Namun, kalau dilihat dari segi keputusan PRU-12 yang lepas, ketidak-samaan dasar bukanlah menjadi faktor utama kemenangan Pakatan Pembangkang di 5+1 dan kebanyakan kerusi Parlimen. Pada saya, 2 punca pokok kemenangan tersebut adalah:
  1. Kebencian rakyat terhadap kepimpinan, dasar dan tindak-tanduk kerajaan Pak Lah yang menyebabkan BN amnya ditolak di banyak tepi undi. Malah kalau dilihat, di banyak lokasi, BN kalah kerana pengundi BN enggan keluar mengundi. Kumpulan tidak mengundi inilah yang membawa risiko terbesar untuk BN, sekiranya mereka bukan sahaja tidak mengundi pada PRU-13, tetapi langsung menyokong parti lawan!
  2. Kejayaan DS Anwar Ibrahim menyatu-padukan PAS, DAP dan PKR sepanjang tempoh pilihanraya, justeru itu menubuhkan kerajaan-kerajaan negeri dari kalangan Pakatan Pembangkang sahaja. DS Anwar sebenarnya adalah satu-satunya pemimpin Pakatan yang ahli dalam politik persatuan antara parti ini, hasil latihan Tun Dr M sewaktu beliau dalam persediaan mengambil kedudukan Presiden UMNO sekaligus Ketua Barisan Nasional.

Baca selanjutnya di sini >>