Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, October 13, 2005

UMNO YANG MENGECEWAKAN
OLEH : MASTERKEY
Kategori : Berita
Kangar : Umno adalah ternyata sebuah parti yang mengecewakan bukan sahaja orang Melayu tetapi lebih menyedihkan lagi sebagai sebuah parti yang dikatakan mewakili umat Islam di Malaysia kerana tidak mampu mempertahankan Islam apabila dihina. Demikian pendapat yang dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Dr.Azahari Ariffin apabila diminta untuk mengulas tentang tuntutan Ahli Parlimen Kepong dari DAP berkenaan azan yang dikatakan terlalu kuat di kawasan majoriti bukan Islam.

“Bagi saya apa yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Kepong itu biasa sahaja kerana dia bukan Islam.Tetapi yang sakit hati apabila kita melihat bagaimana penghinaan kepada Islam bermula iaitu apabila Umno seperti orang bisu ketika melihat Islam dihina di depan mata mereka.Itu sebenarnya yang lebih menyakitkan berbanding tuntutan DAP itu,”tegas beliau.

Beliau yang ditemui selepas Forum Perdana anjuran PAS Kawasan Kangar di Batu Dua Lama baru-baru ini juga membawa contoh tuntutan Gerakan melalui presidennya Datuk Seri Dr.Ling Keng Yeik berkenaan pelajaran agama di sekolah.

“Dimana Umno ketika itu?Apa yang mereka lakukan untuk membela Islam?tanya beliau dengan perasaan kecewa.
Forum tersebut turut di sertai oleh Dr.Abdul Aziz Hanafi yang juga Pengarah KIDU sebagai ahli panel