Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, June 30, 2011

BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi

Petikan Malaysiakini

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut ketua BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar diadakan dalam suasana yang 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

LAGI >>>

Baju kuning: Pakai tak salah, tangkap salah

Harakahdaily melaporkan hari ini: AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

“Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah.

Jelasnya lagi, Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

“Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada portal Malaysikini semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan Bersih


Baca selanjutnya...

Tuesday, June 28, 2011

Lagi demam kunin....



Perhimpunan aman: Suhakam perbetul kenyataan

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Merujuk kepada kenyataan yang telah diemel pada jam 3.30 petang semalam (27 Jun 2011 - Isnin), terdapat sedikit ralat dalam kenyataan tersebut.

Suhakam dalam satu kenyataan hari ini menyatakan ralat tersebut adalah merujuk kepada perenggan pertama dan terakhir (versi Bahasa Melayu) dan perenggan terakhir (versi Bahasa Inggeris) iaitu:

Bahasa Melayu

Perenggan pertama: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Pembetulan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang terkandung di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Perenggan terakhir: Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

Pembetulan: Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan aman dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

Monday, June 27, 2011

SPR tak pernah jawab pun....


Benarkan perhimpunan Bersih - Suhakam

Harakahdaily melaporkan, 27 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk oleh kerajaan sendiri menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang 9 Julai ini.

Bagi Suhakam, orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya di tengah-tengah usaha yang dibuat oleh Umno dan alat-alatnya untuk membatalkan perhimpunan itu.

Antaranya adalah dengan berusaha agar perhimpunan itu menjadi kecoh dengan cara menganjurkan perhimpunan serentak serta membuat provokosi melalui badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan silat dan bela diri.

Usaha pihak-pihak yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tentangan hebat dari polis sehingga mereka yang memakai baju T Bersih juga ditangkap dan disifatkan sebagai satu kesalahan.

Penganjuran majlis pra perhimpunan Bersih juga disekat oleh polis dengan ramai antara mereka ditangkap dan dikaitkan dengan kesalahan yang bukan-bukan termasuk cuba menghidupkan ideologi komunis yang sudah lama berkubur.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Hasmy Agam.


"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

"Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. "

Perlantikan Ketua Jabatan dan Pengerusi Lajnah PAS Perlis

KANGAR - PAS Perlis selesai membuat perlantikan Ketua Jabatan dan Pengerusi Lajnah bagi melengkapkan kabinet yang dibentuk minggu lalu.

Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin selepas mempengerusikan mesyuarat Harian Perhubungan PAS Perlis kali pertama di Kompleks PAS Perlis, 25 Jun lalu.

Ustaz Hashim sendiri akan akan mengetuai Lajnah Poltik dan Pilihanraya. Timbalan Pesuruhjaya 1, Mohd Anuar Tahir pula akan mengetuai Badan Pemikir PAS Perlis yang merangkumi "Think Tank" serta Penyelidikan.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 2,Hairy Hashim akan mengetuai Lajnah Pemerkasaan Parti, Hubungan Antara Kaum, Pakatan Rakyat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Timbalan Pesuruhjaya 3, Rus'sele Eizan pula akan mengetuai Lajnah Perhubungan Awam dan Pendidikan, selain mengisi portfolio hubungan kerajaan dan istana serta Badan Bukan Kerajaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Perhubungan PAS Perlis dan mengetuai Jabatan Setiausaha.

Bendahari PAS Perlis, Haji Abdul Karim Md Rejab pula akan mengetuai Jabatan Bendahari selain menjadi Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.

Lain-lain lantikan yang dibuat ialah Hisharuddin Hassan (Jabatan Pilihanraya), Mohammed Syukri (Penerangan dan Dakwah), Bashir Ishak (ICT / Media Baru), Ustaz Idris Yaacob (Tarbiah dan Kepimpinan), Mohd Razi Mustaffa ( Pertanian, Nelayan, Penternak, Peneroka dan Alam Sekitar), Zulmi Sabri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) dan Haji Jaafar Daud (Pembangunan Kompleks PAS Perlis).

Provokasi Bersih 2.0: Pemuda Pakatan Rakyat Perlis buat laporan polis

KANGAR - Ekoran perbuatan vandalisme berbaur provokasi terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar bandar Kangar pada 24 Jun lalu, Pemuda Pakatan Rakyat tampil membuat laporan polis.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan, Tengku Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin (foto, berbaju Bersih) di Ibupejabat Polis Daerah Kangar pada jam 2.30 petang 26 Jun lalu.

Dalam laporannya, beliau memnita pihak polis menyiasat dan menangkap pihak yang terlibat kerana perbuatan tersebut merupakan suatu bentuk pengkhianatan kepada orang yang tidak bersalah selain melibatkan kepentingan awam.

"Kami (Pemuda Pakatan) mengutuk keras tindakan pihak berkenaan yang menganngap ianya suatu usaha memburuk-burukkan imej penganjur Bersih 2.0 selain usaha untuk mensabotaj perhimpunan tersebut.

"Kami menegaskan di sini bahawa Bersih 2.0 adalah himpunan aman untuk menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Hadir sama mengiringi Tengku Putra, Setiausaha Pemuda PAS Perlis, Mohd Sahir Ab Raman bersama Exco Pemuda PAS serta jawatankuasa KeADILan cabang Kangar.

Demam kuning

Kartun Zunar Ihsan Malaysiakini

Friday, June 24, 2011

Nik Aziz sokong himpunan aman Bersih 2.0

KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.

Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.

“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.

Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.

“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.

“Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau.

PAS Perlis kutuk cubaan provokasi Bersih 2.0

KANGAR - PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan ketegangan rasa kebencian di kalangan penduduk di negeri ini.

Pagi tadi penduduk di sekitar Kangar dikejutkan dengan insiden sebuah kereta Toyota Camry telah disembur dengan cat hijau bertulisan "Bersih 2.0". Kejadian berlaku di sebuah lorong di belakang pasaraya Aneka dekat sini.

Tidak jauh dari situ pula, dinding sebuah premis pula disembur dengan cat hijau dengan perkataan "Hidup PAS". Manakala dinding pagar di sebuah premis berdekatan Masjid Syed Alwi pula disembur dengan tulisan "Joint Bersih 2.0" .

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan, PAS Perlis menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam perkara tersebut sambil menyifatkannya sebagai satu perbuatan provokatif yang bertujuan menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat.

"Tindakan seperti ini mungkin perbuatan budak-budak nakal atau pihak yang didalangi pertubuhan tertentu dan merupakan salah satu cubaan memburukan imej Bersih dan menyuburkan bibit-bibit kebencian di kalangan rakyat. Tindakan ini juga boleh menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat yang akhirnya akan membawa keapada satu situasi yang membolehkan tindakan prinsipal diambil oleh pihak berkuasa.

"PAS Perlis tidak terbabit dengan perbuatan sebegini dan pimpinan PAS sendiri tidak akan mengizinkan ahlinya melakukan perbuatan bodoh dan tak bertamadun seperti ini," jelasnya.

Selain itu katanya, Pemuda PAS Perlis menasihatkan mana-mana pihak yang cuba melakukan sebarang provokasi bodoh seperti ini supaya menghentikannya segera kerana rakyat secara umumnya sudah faham tujuan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan.

"Kami menasihatkan ejen-ejen provokasi ini janganlah bertindak keterlaluan. Lagi banyak provokasi lagi ramai orang akan turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti. Sekali lagi ditegaskan, perhimpunan Bersih yang akan diadakan adalah himpunan aman dengan tujan yang murni untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang adil," jelasnya.

Nasihatnya lagi, mana-mana pihak yang menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti ini supaya membuat laporan polis.

"Apapun kami menjangkakan menjelang perhimpunan Bersih nanti lebih banyak lagi provokasi yang akan dilakukan oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Sila tampil membuat laporan polis sekiranya anda menjadi mangsa," tegasnya.

Awas !!! Provokasi Bersih 2.0 menular di Kangar...

Toyota Camry disembur cat di belakang pasaraya Aneka(dekat Restoran Ariffin)
Premis di hadapn Masjid Alwi Kangar
Lorong belakang (tepi sungai dekat market lama)

Thursday, June 23, 2011

Demo seluruh negara bantah Utusan esok

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.

Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Baca selanjutnya..

Pemuda Perlis kesal sikap angkuh Utusan Malaysia



KANGAR - Pemuda PAS Perlis melahirkan rasa kesal dengan sikap angkuh akhbar Utusan Malaysia yang gagal memohon maaf di atas penyiaran kartun yang mempersendakan hukum Islam baru-baru ini.

Menurut Ketuanya, Ustaz Yussaine Yahya, sikap Utusan Malaysia itu menggambarkan mereka langsung tidak sensitif dengan isu besar yang melibatkan hukum Allah.

"Kita nasihatkan Utusan Malaysia agar merujuk terlebih dahulku dengan para ilmuan Islam sebelum menerbitkan apa jua bentuk berita atau sebaran lebih-lebih lagi yang membabitkan hukum-hakam Islam.

"Jangan hanya sembrono mengikut telunjuk hawa nafsu demi mengampu parti pemerintah," katanya.

Untuk itu Pemuda PAS Perlis menyeru agar Utusan Melayu diboikot oleh para pembaca sehingga mereka memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Minggu lalu, Pemuda PAS Pusat memberikan tempoh seminggu kepada pihak akhbar Utusan Malaysia untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung penyiaran kartun yang menghina Islam.

BERSIH 2.0: Polis trafik kena ramai bukan FRU

KANGAR - PAS Perlis menyahut baik saranan Presiden PAS supaya seluruh ahli PAS turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, PAS Perlis telah mengarahkan ahli-ahlinya untuk sama-sama menyertai perhimpunan tersebut.

"Meskipun ahli PAS di Perlis tidak seramai di negeri-negeri yang lain, namun kami juga tidak akan ketigggalan untuk bersma-sama rakyat Malaysia yang lain. Kami telah menjalankan pelbagai usaha dan hebahan khususnya melalui Dewan Pemuda untuk menghantar seramai mungkin ahli ke sana," jelasnya.

Menurutnya lagi, semua pencinta demokrasi dan keadilan tidak perlu gentar untuk menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 memandangkan matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

"Jangan pedulikan sebarang provokasi yang dibuat, yang pentingnya kita berhimpun secara aman dan setiap orang yang hadir kena patuhi peraturan yang ditetapkan.

"Pihak polis juga tidak perlu menyediakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menghadapi peserta perhimpunan Bersih, sebaliknya sediakanlah ramai petugas untuk mengawal lalu-lintas bagi melancarkan lagi "Walk For Democracy" pada hari tersebut. Ttanpa sebarang provokasi, Insya Allah Bersih 2.0 akan berjalan lancar," ujarnya lagi.

Wednesday, June 22, 2011

BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih - Dr Asri

Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.

Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Baca selanjutnya...

Khas untuk orang-orang lama (veteran dan orang tua)



Petikan temuramah Harakah dengan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu:


"Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas."



Maka, kepada orang-orang lama yang mencintai kebenaran dan keadilan, sayangkan amalan demokrasi, bencikan penindasan dan kezaliman....


JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA... SILA BERADA DI KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI INI......

Tuesday, June 21, 2011

99% sokong himpunan BERSIH - The Star Online Poll



TERKINI...GEMPAG...

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan’

Bersih 2.0 : Faham tujuan, jangan jadi Pak Turut..

KANGAR - Pemuda PAS Perlis menyelar tindakan dangkal sesetengah pihak atau pertubuhan yang hanya menjadi 'pak turut' dalam membicarakan isu Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai ini.

Terbaru, laporan Sinar Harian 21 Jun memetik Majlis Kebajikan Masyarakat (MKM) Perlis yang mendakwa mewakili 32 pertubuhan membuat resolusi membantah Himpunan Bersi
h selain membuat laporan polis berkaitan dengannya.

Mengulas bantahan tersebut, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya berkata sejak beberapa minggu ini terlalu ramai individu atau pertubuhan yang begitu ghairah membantah Himpunan Bersih 2.0 tanpa mempunyai pengetahuan yang jelas tentang rasional himpunan tersebut diadakan.

"Kita melihat ramai yang dah mula menjadi 'pak turut' atau burung kakak tua yang hanyamemnbgikut sahaja apa yang orang lain dah buat. Saya nak tanya balik puak-puak yang pergi buat laporan polis ni, adakah mereka tahu tentang tuntutan Bersih?

"Jangan hanya kerana kawan-kawan lain bantah dan buat laporan polis kita pun ikut sama hanya semata-mata nak dapat "political mileage" atau sebagainya. Kami cabar siapa dia MKM yang mewakili 32 pertubuhan ini, kalau nak tahu apa dia Bersih 2.0, jom ikur sama-sama kami ke KUala Lumpur pda 9 Julai ini," katanya.

Menurutnya lagi, Pemuda PAS Perlis tidak gentar dengan senyak manapun laporan polis yang tealh dibuat berkaitan Himpunan Bersih.

"Tujuan kita ke sana adalah untuk menuntut satu sisitem pilihanraya yang bersih dan telus. Kita bukan nak lawan dengan polis atau Perkasa mahupun Pemuda Umno.

"Kami, Pemuda PAS Perlis mengalu-alukan mana-mana pihak atau pertubuhan yang tidak faham tentang Bersih ini suapaya datang bersemuka untuk mendapat penjelasan yang sebaiknya. Jagan terlalu terikut-ikut dengan pihak-pihak tertentu atau media arus perdana yang banyak memberikan maklumat yang jelas tersasar," jelasnya lagi.

Untuk itu, Pemuda PAS Perlis sedang berusaha mengumpulkan seramai mungkin ahli PAS, para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran dari negeri ini untuk bersama-sama 300 ribu rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini.

"Walaupun Perlis sebuah negeri kecil, kita tetap akan menghantar sekitar 3000 orang ke Himpunan Bersih 2.0," ujarnya.

Pemuda sokong penuh kabinet baru PAS Perlis

KANGAR - Pemuda PAS Perlis menyokong penuh kabinet Badan Perhubungan PAS Perlis sesi 2011-2013 yang dibentuk baru-baru ini.

Menurut ketuanya, Ustaz Yussaine Yahya, Pemuda PAS Perlis berharap agar saf kepimpinan baru PAS Perlis ini dapat melakukan suatu perubahan besar dalam gerakerja parti khususnya bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

"Pemuda PAS Perlis menyokong penuh saf kepimpinan yang diterajui Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Kami juga berharap agar kabinet baru PAS Perlis ini akan menjadi kabinet bayangan kepada kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Semoga barisan kepimpinan inilah yang akan kita kemukakan kepada rakyat Perlis bagi menghadapi PRU akan datang untuk kita mengajak rakyat melakukan perubahan," ujarnya.

PAS Perlis membentuk kabinet baru Sabtu lalu dalam mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Ustaz Hashim.

Kartunis diminta taubat nasuha - Pemuda PAS Perlis

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis mengutuk keras tindakan akhbar Utusan Malaysia yang menerbitkan kartun yang jelas mempersenda dan memperlekehkan syariat Islam.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Pemuda PAS Perlis berharap agar kartunis tersebut menyedari akan tindakan salahnya yang menghina dan merendah – merendahkan syariat Islam.

"Renungkanlah kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini yang menyebut “Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam ”.

"Bertindaklah dengan pimpinan wahyu daripada Allah SWT bukan dengan kehendak nafsu ammarah yang sudah pasti mendorong kepada kejahatan dan kerosakan," kata Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.

Nasihatnya (berkaitan kes rogol), Utusan Malaysia dan kartunis terbabit hendaklah sedar bahawa undang-undang Islam adalah teramat adil dan ianya bukan sahaja menjaga hak dan maruah mangsa bahkan juga turut menjaga hak dan maruah pihak yang dituduh.

" Sebarang bentuk bukti yang longgar dan tidak kemas tidak akan dianggap sebagai bukti yang kukuh. Untuk mensabitkan kesalahan di dalam Islam mestilah di sokong dengan bukti yang sangat kukuh kerana hukumannya juga adalah tersangat berat,"ujanrnya.

Justeru, Pemuda PAS Perlis mendesak kartunis terbabit bertaubat nasuha di atas kesalahan yang dilakukan dan bersedia untuk memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana sikap biadapnya terhadap hukum Islam.

Monday, June 20, 2011

Amaran pada Perkasa, Pemuda PAS jadi perisai

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya".

“Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya.


Kartun Malaysiakini...



Saturday, June 18, 2011

Kabinet PAS Perlis 2011-2013

Pesuruhjaya: YB. Ustaz Hashim Jasin
Timbalan Pesuruhjaya 1: Haji Mohd Anuar Tahir (YDP Padang Besar)
Timbalan Pesuruhjaya 2: Hairy Hashim (YDP Kangar)
Timbalan Pesuruhjaya 3: YB. Rus'sele Eizan (YDP Arau)

Setiausaha: Ustaz Ya'akub Abu Seman
Penolong Setiausaha: Ustaz Yahaya Ahmad
Penolong Setiausaha: Mohd Iqbal Mohd Shariff
Penolong Setiausaha: Ustaz Muhammad Azmir Azizan
Bendahari: Haji Abdul Karim Md Rejab
Ketua Penerangan: Mohammed Shukery
Pengarah Pilihanraya: Haji Hisharuddin Haji Hassan

Ahli Badan Perhubungan

Wakil Dewan-dewan:
Ketua Dewan Ulama:Ustaz Idris Yaacob
Ketua Dewan Pemuda:Ustaz Yussaine Yahya (Setiausaha Kawasan Kangar)
Ketua Dewan Muslimat:Hajjah Latifah Mat
Setiausaha Dewan Ulama:Haji Che Ani Hassan
Setiausaha Dewan Pemuda:Mohd Sahir Ab Raman
Setiausaha Dewan Muslimat:Suhanawati Jaafar


Wakil PAS Kawasan:
Wan Kharizal Wan Khazim (Padang Besar)
Remlee Ahmad (Arau)
Haji Abdul Zakaria (Kangar)
Sarudin Abu Bakar (Padang Besar)
Khairudin Mohamed (Arau)
Abdul Jamil Kamis (Kangar)

AJK dilantik:

Hassan Ismail
Haji Ahmad Tajuddin Salleh
Haji Jaafar Daud
Zulmi Sabri
Abu Aiman Arof
Mohd Razi Mustaffa
Hajjah Haton Othman
Bashir Ishak
Ustaz Abu Ukaisyah
Wan Abd Rahman Wan Ahmad

Thursday, June 16, 2011

Kartun Utusan: Ulasan Dr Asri



Baca betul-betul....Fahamkan

Petikan Malaysiakini


Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka,
maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?



Wednesday, June 15, 2011

Kunjungan Timbalan Presiden PAS ke Perlis



Bersama veteran PAS di DUN Santan



Bersama rakyat di Kuala Perlis

Ceramah Roadshow Bersih 2.0 di Kompleks PAS Perlis
Gambar di atas YB. Lee Guan Aik dari Kedah sedang menyampaikan ucapan
Aktivis veteran, Pak Wan Khazim turut berceramah
Ceramah oleh Timbalan Presiden
Dihadiri ribuan manusia

RM30 juta aliran tunai peserta Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat (gambar) berkata, dalam masa 3 jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 adalah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

"Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda.

"Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujar beliau.


Baca selanjutnya..

Polis harus bertindak terhadap provokasi Perkasa

Harakhdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pihak polis dinasihatkan untuk mengambil tindakan terhadap provokasi Perkasa dan juga presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang muktahir ini membuat pelbagai kenyataan yang nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan awam dalam bantahan keras mereka terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

“Tiada tindakan pihak polis membuatkan seolah-olah negara ini tiada undang-undang kerana ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi boleh dikeluarkan dengan tanpa segan dan bebas,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen bebas Pasir Mas kebelakangan ini telah secara lantang membantah perarakan aman Gabungan Pilihan Raya dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini dengan mengerahkan ahli-ahli Perkasa-nya turut berarak pada hari yang sama semata-mata untuk menentang dan bertembung dengan kumpulan Bersih 2.0.


Anwar: PR menang, turun harga minyak dalam masa 24 jam

KANGAR - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tetap akan menurunkan harga minyak di seluruh negara sekiranya dapat mengambil-alih Putrajaya dari pemerintahan Barisan Nasional.

Berucap di Majlis Perasmian Gerakerja Pilihanraya Pakatan Rakyat Negeri Perlis, beliau menegaskan bahawa penurunan harga minyak tidak perlu menunggu sehingga 100 hari seperti yang termaktub di dalam Buku Jingga.

"Dengan izin Allah, hari ini kita masuk Putrajaya, tak payah tunggu macam Buku Jingga sehingga 100 hari. Kalau kita menang saya berani jamin, dalam masa 24 jam sahaja harga minyak di seluruh negara kita akan tetap diturunkan. Jangan cabar, saya tahu berapa banyak keuntungan yang diperolehi," kata beliau dalam ucapannya di Kompleks PAS Perlis, 11 Jun lalu.

Menurutnya lagi, keputusan menaikkan harga minyak yang berlaku di negara ini dibuat tanpa sebab sedangkan kerajaan memperolehi keuntungan hasil dari kenaikan harga minyak antarabangsa.

"Harga minyak naik tak ada sebab.Harga minyak antarabangsa memang naik, maknanya untung bagi negara kita naik dan mampu mencecah sehingga RM100bilion satu tahun. Ini bermakna kerajaan memperolehi keuntungan.

"Dah untung kenapa nak sudahkan rakyat lagi? Adakah kita import minyak? Tidak, kita eksport. Apakah kita rugi? Tidak, kita untung. Jadi mengapa perlu dibebankan lagi rakyat negara ini.

"Ini maknanya pimpinan negara tak ada hati perut, kalau negara kita miskin tak apa tapi ke mana hilangnya kekayaan negara? Yang kita tahu berlakunya ketirisan sehingga RM23 bilion," jelasnya lagi kepada ribuan penyokong yang hadir mendengar ceramah beliau.

Satu Lagi Projek Penswastaan BN yang berjaya....

Monday, June 13, 2011

Senarai Penuh AJK PAS Pusat

Jawatankuasa Harian PAS Pusat
Presiden : YB. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Haji Mohamad Sabu
Naib Presiden: YB. Salahuddin Ayub , YB. Datuk Haji Husam Musa, YB. Datuk Haji Nahfuz Omar
Ketua Dewan Ulama: YB. Ustaz Datuk Haron Taib
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Muslimat : YB. Siti Zailah Yusuf
Setiausaha Agung: Datuk Mustafa Ali
Penolong Setiausaha Agung: YB. Datuk Takiyuddin Hassan,

: YB.Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
: Ahmad Sabki Yusuf
Bendahari: YB. Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengarah Pilihanraya: YB. Dr Mohd Hatta Ramli

AJK PAS Pusat:
1) Mazlan Aliman
2) YB. Datuk Kamarudin Jaafar
3) Hanipa Maidin
4) YAB. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
5) YB. Dr Zulkefly Ahmad
6) YB. Dr Mujahid Yusof Rawa
7) YB. Khalid Samad
8) Ustaz Abdul Ghani shamsuddin
9) YB. Datuk Ir. Amiruddin Hamzah
10) YB. Haji Abdul Wahid Endut
11) Ustaz Abu Bakar Chik
12) YB. Datuk Mohd Amar Abdullah
13) YB. Dr Siti Mariah Mahmud
14) Datuk Dr Mahfodz Mohamed
15) YB. Datuk Hassan Ali
16) Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman
17) Ustazah Nuridah Salleh
18) YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa
19) Ustaz Idris Ahmad
20) Asmuni Awi
21) Mohd Anuar Tahir
22) YB. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
23) Zulkefly Mohammad Omar
24) Abang Ahmad Kerdee Masagus

Pesuruhjaya PAS Negeri:
1. Perlis: YB. Ustaz Haji Hashim Jasin
2. Kedah: YAB. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
3. Pulau Pinang: YB. Ustaz Salleh Man
4. Perak: Ust Abu Bakar Husin
5. Selangor: YB. Dr Abd Rani Osman
6. Wulayah Persekutuan: Hj Mohd Noor Mohamad
7. Pahang: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
8. Terengganu: YB. Haji Abdul Wahid Endut
9. Kelantan: YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
10. Negeri Sembilan: YB. Mohd Taufek Abdul Ghani
11. Melaka: Adly Zahari
12. Johor: Datuk Dr Mahfodz Mohamed
13. Sarawak : Haji Adam Ahid
14. Sabah: Mohd Aminuddin Aling

Friday, June 10, 2011

Bersih : Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu

SHAH ALAM : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai “karut dan khurafat” laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

“Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan Umno menghasut,” kata beliau.

“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIH sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.

Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin. Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.

Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.

Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.

Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.

"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya.

Sekitar Ceramah Anwar Ibrahim di Kompleks PAS Perlis

Ucapan aluan Hj Anuar Tahir
YB Thomas Su, wakil DAP

Ucapan Ketua Srikandi PKR

YB Pesuruhjaya PAS Perlis

Ustaz Hashim menyambut Anwar

Ribuan yang hadir

Anwar berucap

Pelancaran gerakerja pilihanraya Pakatan Rakyat Perlis

Diserikan tembakan bunga api