Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, September 28, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Perlis

Majlis Rumah terbuka Adilfitri PAS Perlis diadakan semalam (27 September 2009) di Tapak Kompleks PAS Perlis di Kg Pondok.
Satay menjadi juadah pilihan ramai
Pelbagai juadah disajikan kepada tetamu

Adun Kubang Rotan. Mohd Nasir Mustaffa dan Adun Kota Darulaman,
Lee Guan Aik hadir memeriahkan rumah terbuka

Pimpinan PKR Perlis yang hadir
Pimpinan menyambut kehadiran tetamu

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh turut hadir

Friday, September 25, 2009

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilftiri PAS Perlis

PESURUHJAYA PAS NEGERI PERLIS
dan
SEMUA AHLI BADAN PERHUBUNGAN PAS PERLIS
dengan segala hormatnya mempersilakan

YAB / YB / Dato' / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS PERLIS
PADA 27 SEPTEMBER 2009
DI TAPAK KOMPLEKS PAS PERLIS
JALAN STADIUM UTAMA,
KANGAR, PERLIS.

BERMULA JAM 3.00 PETANG

Kunjungan Takziah pimpinan PAS Perlis ke atas MB Perlis

KANGAR- Pimpinan PAS Perlis turut menzahirkan rasa simpati dengan kematian ibu Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu.

Ibu beliau, Mahasa Jusoh, 86 meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di sini 21 September lalu akibat sakit tua.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din dan Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin hadir membuat kunjungan takziah ke atas Md Isa di rumah ibunya di Kampung Kechor dekat sini 22 September lalu.

Turut hadir Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Mohammad Shukri, Ketua Penerangan, Rus'sele Eizan serta Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim.




Selain menyampaikan ucapan takziah bagi pihak PAS Perlis, kunjungan ini juga bertepatan dengan suasana sambutan hari raya Aidilfitri.

Walaupun masih bersedih dengan kehilangan ibunya, Md Isa menyambut baik kunjungan ini dan dapat berbual mesra di samping mendengar pandangan-pandangan dari pimpinan PAS.

Solat Sunat Aidilfitri di Balai Islam MADI

JEJAWI- Lebih dua ribu orang umat Islam membanjiri Balai Islam MADI di Markas Tarbiyah PAS Perlis, Jejawi Dalam dekat sini untuk bersolat sunat Aidilfitri bersama-sama pimpinan PAS.

Seperti tahun-tahun terdahulu, solat sunat Aidilfitri pada tahun ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri serta PAS kawasan-kawasan.

Dr Haron dan Ustaz Hashim bertakbir

Orang ramai memenuhi Balai Islam MADI

Dr Haron Din berkhutbah

Pimpinan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak

Solat sunat Aidilfitri telah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, manakala Dr Haron kemudiannya menyampaikan khutbah.

Selepas solat, orang ramai mengambil peluang bersalaman dan bermaaf-maafan dengan para pimpinan PAS.

Dr Haron, Ustaz Hashim dan Timbalan Pesurujaya, Ustaz Ahmad Ali kemudiannya menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 500 orang kanak-kanak yang hadir.

Friday, September 18, 2009

Pemuda PAS Perlis edar juadah berbuka kepada penumpang bas ekspress

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) mengadakan program mengedarkan juadah berbuka puasa kepada para penumpang dan pemandu bas ekspres petang yang bertolak ke pantai timur dan selatan tanahair.

Sebanyak 200 hamper yang berisi juadah berbuka puasa, kad ucapan hari raya serta topeng penutup mulut diedarkan kepada para penumpang bas ekspress yang bertolak pada waktu petang dari stesen bas ekspress Kangar.

Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman serta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DPPPs meluangkan masa sekitar dua jam mengedarkan juadah tersebut kepada para penumpang bas.

Turut serta dalam program anjuran bersama Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Perlis tersebut ialah AJK Pemuda PAS Kawasan-kawasan dan Unit Amal Negeri Perlis.

Selain penumpang bas, pemandu teksi, anggota polis dan JPJ yang berada di sekitar stesen turut sama diberikan juadah berbuka tersebut.

Rata-rata penumpang yang kebanyakannya terdiri dari pelajar Institusi Pengajian Tinggi seperti UiTM, Politeknik dan UniMap yang akan pulang bercuti hari raya.

Juadah berbuka puasa untuk diedarkan

Ustaz Ya'akub menghulurkan juadah berbuka kepada penumpang bas

Bersiap-sedia untuk berbuka puasa (Abang-abang JPJ pun diajak bersama)

Nasi bungkus untuk berbuka pun sedap

Solat berjemaah

Semua AJK Pemuda PAS yang hadir turut berbuka puasa dengan orang ramai di suatu sudut bersebelahan stesen bas tersebut. Ustaz Ya'akub kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjemaah di tempat yang sama.




Program sempena Aidilfitri

Solat Aidilfitri
Khutbah oleh Dato' Dr Haron Din
Di Balai Islam MADI - 8.30 pagi

Ceramah Perdana
Pada hari raya ketiga (dijangka pada 22 September)
Di tapak kompleks PAS Perlis, berhampiran Stadium Utama Negeri
Jam 9.30 malam.
Penceramah: Haji Mohamad Sabu/YB. Ustaz Hashim Jasin /Haji Mohamad Anuar Tahir /YB. Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki.


Majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Perlis
Ahad, 27 September 2009
di Tapak Kompleks PAS Perlis, Kampung Pondok (berhampiran Stadium Utama Negeri)
Majlis akan bermula pada jam 2.00 petang.


Majlis Mesra Aidilfitri PAS Kawasan Padang Besar
Sabtu, 26 September.
Majlis yang akan bermula jam 8.00 malam

Di perkarangan rumah Haji Mohamad Anuar Tahir di Batu 7 Jalan Kaki Bukit, Beseri.

Thursday, September 17, 2009

Program Ziarah Hospital PAS Perlis

KANGAR - Sempena menyambut kedatangan Aidilfitri, PAS Perlis menyantuni warga Hospital Tuanku Fauziah di sini dengan menganjurkan program ziarah.

Program tersebut adalah program tahunan yang diadakan khususnya sebahagian daripada usaha mendekatkan PAS dengan masyarakat.


Program kali ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din selain Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Mat Rejab.

Rombongan tersebut turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat Rus'sele Eizan dan turut diiringi olehh pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri, serta Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama Negeri Perlis dan kawasan-kawasan.


Dr Haron Din menyampaikan hamper kepada pesakit
YB Ustaz Hashim di wad otopedik
YB Rus'sele Eizan di wad kanak-kanak
Dalam program ini, semua wad di hospital ini telah dilawati dan sebanyak 600 bungkusan hamper sebagai cenderahati daripada PAS Perlis telah diagihkan kepada pesakit dan petugas.
Dalam pada itu, bagi pihak PAS Perlis Ustaz Hashim merakamkamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan hospital yang memberikan kerjasama yang baik semasa program tersebut berjalan.


Majlis Iftar Perhubungan PAS Perlis

Majlis diadakan Selasa lalu di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Perlis.


PAS Perlis bantu golongan mustadh'afin dan anak yatim

KANGAR - Dalam keghairahan umat Islam membuat persediaan menyambut kedatangan Aidilfitri tahun ini, golongan yang kurang bernasib baik tidak dilupakan.Justeru, PAS Perlis turut mengambil kesempatan meraikan golongan tersebut dengan menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

Dr Haron Din menyampaikan bantuan kepada anak yatim

Ustaz Hashim menghulurkan sumbangan

Seramai 75 orang fakir-miskin dan 30 orang anak-anak yatim telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan.

Majlis penyampaian sumbangan diadakan di perkarangan Pejabat Badan perhubungan PAS Perlis di Jalan Seolah Derma di sini 15 September lalu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din meluangkan masa beliau untuk sama-sama menyampaikan sumbangan. Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin serta Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab


Saturday, September 12, 2009

Cahaya mata Ramadan

Nampaknya bulan Ramadan tahun ini adalah bulan produktif bagi AJk Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menimang cahaya mata perempuan pada 27 Ogos lalu, manakala Naib Ketua, Bashir Ishak pula memperolehi sepasang cahaya mata kembar pada 6 September.

Sementara itu, pada 10 September lalu, Setiausaha DPP Perlis, Ustaz Azmir Azizan juga memperolehi seorang cahaya mata perempuan.

Sekalung tahniah untuk mereka semua dari seluruh saf kepimpinan DPP Perlis.

Foto: Ustaz Ya''akub menerima cenderahati sumbangan Lajnah Kebajikan DPP Perlis sempena kelahiran cahaya mata beliau.

Thursday, September 10, 2009

TEMUDUGA TERBUKA GURU PASTI

TARIKH : 27 September 2009
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : Balai Islam MADI

Sila bawa bersama salinan IC, Sijil Akademik serta Sijil-sijil berkaitan

Thursday, September 03, 2009

Isu Ustaz Asri: Pemuda PAS Perlis sedia bermuzakarah

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) merakamkan ucapan terima kasih ke atas komen-komen yang telah diberikan oleh orang ramai pada posting bertajuk Hantar memo bantah 'ceramah' ustaz - Sinar Harian di bawah.

DPPNPs melihat isu utama yang bakal timbul di sini adalah kekeruhan dan kekeliruan sesama ummah.

Justeru, sesuai dengan semangat yang kami tunjukkan seperti yang terkandung di dalam memorandum bantahan tersebut DPPNPs bersedia bersemuka dengan mana-mana pihak bagi merungkai kekeliruan dan mencari kejernihan dalam menangani isu ini.

DPPNPs bersedia duduk membincangkan permasalahan seperti yang ditimbulkan di dalam blog ini secara ilmiah.

Yang pentingnya kita mahu mencari kejernihan dan bukannya duduk berdebat untuk mencari siapa yang lebih betul atau siapa yang silap. Wallahu'alam.