Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, June 21, 2007

PENGUMUMAN PROGRAM

WACANA PENERANGAN

PENGHAKIMAN KES LINA JOY.... APA SIKAP KITA?

Oleh:
Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS)
Ustaz Zolkharnain Abdin al-Hafiz (Exco Dewan Pemuda PAS Pusat)

Pada: Hari JUMAAT (22 JUN2007)
Tempat: SURAU TITI MIDIM, REPOH,KANGAR, PERLIS
Masa: 9.00 malam
SEMUA DIJEMPUT HADIR









Kabinet PAS Perlis kekal dengan sedikit rombakan

Petikan Harakahdaily
KANGAR, 20 Jun - PAS Perlis mengekalkan hampir keseluruhan Ahli Badan Perhubungan (ABP) sesi lalu dengan sedikit rombakan.

Dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perlis yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin semalam, Ustaz Ahmad Ali dan Abdul Karim Mat Rejab dilantik semula sebagai Timbalan Pesuruhjaya.

Manakala Bendahari sesi lalu, Shukri Ramli akan mengisi satu lagi jawatan Timbalan Pesuruhjaya, manakala Hairy Hashim pula dilantik semula sebagai Ketua Penerangan.

Jawatan Setiausaha Badan Perhubungan kekal dipegang oleh Hisharuddin Hassan dan Mohd Ali Puteh pula dilantik sebagai Bendahari.

ABP yang dilantik ialah Hassan L. Othman, Zulkifli Arof, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, Abdul Zakaria, Ustaz Zolkharnain Abidin, Jaafar Daud, Adnan Din, Zulmi Sabri dan Wan Hassan Ismail.

ABP lain yang dipilih secara automatik dari Dewan-dewan ialah Ustaz Abdul Rashid Abdul Rahman (Ketua Ulama), Ustaz Ya'akub Abu Seman (Ketua Pemuda) dan Ustazah Siti Mariam Othman (Ketua Muslimat).

Begitu juga dengan Fakhrul Anwar (Setiausaha Ulama), Azmal Zaid (Setiausaha Pemuda), Shahirah Salleh (Setiausaha Muslimat), Ustaz Yahya Ahmad (Setiausaha Padang Besar), Ustaz Yussaine Yahya( Setiausaha Kangar) dan Ramli Ahmad (Setiausaha Arau).

Selain itu, turut diumumkan ialah Ketua-ketua lajnah dan jabatan di mana Ustaz Hashim sendiri akan mengetuai Lajnah Politik dan Pilihanraya.

Lain-lain lantikan ialah Ustaz Yussaine (Tarbiyah, Dakwah dan Perkaderan), Mohd Ali Puteh (Ekonomi dan Kewangan), Hairy Hashim (Penerangan dan ICT), Adnan Din (Pembangunan),Ustaz Zolkharnain (Hubungan Antara Kaum dan NGO), Jaafar Daud (Buruh, Petani dan Nelayan), Zulmi Sabri (Guaman dan Undang-undang) dan Wan Hassan Ismail (Pengguna dan Alam Sekitar).
Dalam pada itu, Abdul Karim Mat Rejab juga dilantik semula sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perlis. Beliau juga akan menerajui Jabatan Khidmat masyarakat. Manakala Tajuddin Salleh kekal sebagai Pengerusi Badan Kebajikan PAS Perlis.

Golongan muda digesa sertai PAS, ubah persepsi masyarakat

KANGAR, 18 Jun - Golongan pemuda perlu keluar dari label pencetus masalah di dalam masyarakat, demikIan gesaan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Katanya, generasi muda kini menjadi mangsa kepada sistem pendidikan negara yang pincang dari aspek pengukuhan akhlak dan moral.

"Bukan semua gologan muda bermasalah tetapi apabila berlaku pelbagai masalah sosial seperti lepak, pergaulan bebas, mat rempit dan sebagainya, golongan muda inilah yang terlebih dulu akan dilabelkan sebagai pencetus masalah," katanya.

Justeru katanya, golongan muda-mudi diajak untuk bersama-sama dengan PAS bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka.

"Marilah bersama-sama PAS melalui Dewan Pemuda atau Nisa' umpamanya untuk kita isi masa muda dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat kepada agama dan masyarakat.

"PAS bertangungjawab untuk membentuk golongan ini dan seterusnya merubah persepsi masyarakat yang sering melabelkan mereka sebagai bermasalah," katanya.

Ustaz Ya'akub berkata demikian dalam majlis ramah mesra dengan Pemuda Dun Indera Kayangan dekat sini hujung minggu lalu.

Program ini adalah sebahagaian daripada program DPP Perlis dan DPP Kawasan-kawasan untuk turun bertemu dengan pemuda di peringkat Dun bagi menyediakan jentera pemuda untuk menghadapi piliha raya umum akan datang.

Naib Ketua DPP Perlis dilantik AJK Dewan Ulama Pusat

KANGAR-Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan di Kota Bharu baru-baru ini.
(Ikuti Petikan Harakahdaily di bawah)


KUALA LUMPUR, 18 Jun - Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Ulama PAS Pusat Sesi 2007-2009 kali ke-2 yang berlangsung pada 16 Jun baru-baru ini di Kota Bharu, Kelantan telah melantik lapan lagi AJK tambahan.

Mereka yang dilantik sebagai AJK adalah Mantan Ketua Dewan Ulama, Dato' Ustaz Haji Harun Taib, Dr Ustaz Haji Badruzzaman Yusuf, Dr. Ustaz Haji Osman Sabran, Dr. Ustaz Haji Ibrahim Che Noh, Ustaz Haji Mohd Zain Abdul Rahman, Ustaz Haji Yussaine Yahya, Ustaz Hassan Alias dan Ustaz Amir Omar.

Manakala 12 lagi AJK yang dilantik melalui pemilihan dalam Muktamar PAS ke-53 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) baru-baru ini.

Mereka termasuklah Ustaz Haji Hassan Mohamood, Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamad, Dato' Ustaz Haji Hussien Awang, Dato' Ustaz Haji Ishak Baharom, Ustaz Haji Yahya Othman, Ustaz Haji Abdullah Abdul Razak, Ustaz Haji Jaliluddin Abdul Wahid, Ustaz Haji Azizan Mohd Desa, Ustaz Haji Khirul Muntanazar Ismail, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah, Ustaz Haji Abdul Ghani Samsuddin dan Ustaz Haji Nik Mohd Zawawi Salleh.

Mesyuarat itu juga turut melantik Pengerusi Lajnah-lajnah di dalam Dewan Ulama PAS Pusat bagi sesi kali ini iaitu; Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi (Lajnah Politik), Dato' Ustaz Haji Harun Taib (Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa), Ustaz Haji Hassan Mohamood (Lajnah Penerangan), Ustaz Hashim Jasin (Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan), Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamed (Lajnah Penyelidikan), Ustaz Haji Abdullah Abdul Razak (Lajnah Penerbitan), Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah (Lajnah Kebajikan), Ustaz Haji Abdul Ghani Samsuddin (Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi), Ustaz Haji Khirul Muntanazar Ismail (Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis) dan Ustaz Haji Nik Mohd Zawawi Haji Salleh (Lajnah Ekonomi).

Terdahulu, dalam pemilihan di Muktamar PAS ke-53 yang berlangsung di Putik baru-baru ini telah memilih Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi sebagai Ketua Dewan Ulama, Timbalannya disandang oleh Ustaz Haji Hashim Jasin manakala Naib Ketua pula oleh Ustaz Haji Salleh Sani Harun Al-Hafiz.

Ucapan terima kasih PJ Perlis kepada Presiden dan AJK PAS Pusat

Oleh Bashir Ishak
KANGAR- Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS dan seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang baru kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memimpin PAS Perlis untuk sepenggal lagi.
Katanya, walaupun tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat, beliau berterima kasih kerana terus diberikan kepercayaan.

"Saya tidak bertanding jawatan pusat untuk memberikan peluang kepada orang baru di samping usia yang semakin meningkat dan sudah agak lama menjadi AJK PAS Pusat," katanya.


Namun beliau tetap yakin dengan kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Perlis dengan mendapat sokongan padu daripada pimpinan di Perlis.

"Saya yakin dengan pimpinan PAS di negeri ini dan mereka mampu untuk memberikan sokongan padu untuk bekerja dalam jemaah kita dan juga untuk masyarakat," ujarnya.
Dewan Ulama PAS
Dalam pada itu, Ustaz Hashim yang turut terpilih sebagai Ketua Dewan Ulama melihat Ketua Dewan Ulama yang baru, Ustaz Mohmad Daud Iraqi sebagai seorang yang berpengalaman dan banyak menguasai ilmu agama.

Beliau yang sama-sama belajar dengan Ustaz Mohamad di Iraq dahulu, melihat kepimpinan Dewan Ulama mampu untuk menggerakkan jentera ulama PAS di semua peringkat.

"Walaupun saya rasa agak berat memikul jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama, tapi dengan kepimpinan yang ada saya yakin Dewan Ulama mampu untuk memainkan peranan yang diamanhkan oleh parti," katanya lagi.

Menyentuh tentang muktamar PAS baru-baru ini, Ustaz Hashim melihat trend melabelkan ulama dan professional sebagai satu usaha untuk memisahkan kedua-duanya dan boleh memberikan kesan buruk kepada PAS.

"Sejarah telah membuktikan kedua-dua golongan ini perlu bersatu. Jangan ikut gendang musuh yang cuba memecah-belahkan kita. Sama ada yang dipilih oleh perwakilan ataupun yang dilantik, kedua-dua golongan ini adalah penting untuk bekerjasama kerana keduanya saling memerlukan,"serunya.


Tahniah pada Anuar Tahir

Sementara itu, Ustaz Hashim turut merakamkan ucapan tahniah ke atas pelantikan Anuar ke dalam AJK PAS Pusat.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS serta AJK PAS Pusat yang telah memberikan kepercayaan kepada Anuar yang turut dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Buruh dan Peneroka Bandar.

Katanya, kebolehan dan kemampuan Anuar tidak perlu dipertikaikan lagi dengan pengalaman beliau di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO), ABIM, Umno dan Keadilan.

"Bila berada di dalam Barisan Alternatif, kita di Perlis pernah memberinya peluang bertanding di dalam pilihan raya umum di Parlimen Padang Besar pada tahun 1999 dan di Dun Beseri pada tahun 2004.

"Tahniah kepada Anuar. Ilmu dan kebolehan beliau akan membantu PAS di peringkat Pusat dan juga di Perlis,"katanya.


Barisan kepimpinan PAS lebih mantap

Selain itu, Ustaz Hashim turut melihat barisan kepimpinan PAS Pusat yang dipilih kali ini adalah lebih mantap dengan gabungan ulama dan professional.

"Umpamanya dengan pemilihan Ustaz Ahmad Awang untuk jawatan Naib Presiden akan menambahkan lagi kedudukan ulama di jawatan tertinggi.

"Ini sekaligus akan membentuk satu "team" yang mantap yang boleh diberikan keyakinan yang tinggi dengan kebolehan dan kemampuan mereka untuk membawa halatuju PAS khususnya dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya lagi.

Ustaz Hashim kekal PJ, Anuar Tahir dilantik AJK PAS Pusat

KANGAR - Ustaz Hashim Jasin dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis pada Mesyuarat PAS Pusat Pertama baru-baru ini. Turut dilantik sebagi Ahhli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ialah anak kelahiran Perlis, Mohd Anuar Tahir demikian seperti yang dilaporkan Harakahdaily d bawah.


Enam dilantik AJK PAS Pusat, Mahfuz sebagai Ketua Penerangan

KUALA LUMPUR, 10 Jun - Mesyuarat Pertama PAS Pusat sesi 2007-2009 yang selesai tengah malam tadi telah melantik enam AJK PAS Pusat yang baru sebagai tambahan kepada saf barisan kepimpinan yang dipilih pada Muktamar PAS yang ke-53 baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Dato' Harun Taib, Ustazah Azizah Khatib Mat, Haji Wan Mutalib Embong, Haji Asmuni Awi, Anuar Tahir dan Dr. Mariah Mahmud.

Manakala bagi jawatan Setiausaha dan Bendahari Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan Dr Hatta Ramli masing-masing mengekalkan jawatan tersebut.

Mesyuarat yang bermula jam 9 malam itu juga, turut melantik Haji Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru manakala Pengarah Pilihanraya PAS Pusat kekal disandang oleh Dato' Haji Mustafa Ali.

Demikian menurut satu senarai penuh Jawatankuasa PAS Pusat yang dibaca oleh Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub kepada Harakahdaily.net yang turut disertai oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebaik sahaja mesyuarat tamat kira-kira 12 tengah malam di Pejabat Agung PAS dekat sini.

"Bagi Pesuruhjaya Negeri pula, hanya Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak sahaja yang menampilkan muka baru manakala yang lain-lain kekal seperti biasa," kata Salahudin.

Pesuruhjaya Negeri (PJ) Pulau Pinang yang baru ialah Ustaz Salleh Man, Haji Zulkifli Mohd Omar sebagai (PJ Negeri Sembilan) dan Ustaz Haji Osman (PJ Sarawak), katanya.

Selain itu bagi negeri Perlis masih mengekalkan Ustaz Hashim Jasin sebagai PJ, Ustaz Azizan Abdul Razak (PJ Kedah), Ustaz Ahmad Awang (PJ Perak), Ustaz Mohamad Nor (PJ Wilayah Persekutuan), Dato'Dr Hassan Ali(PJ Selangor) dan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (PJ Melaka).

Bagi Pahang pula, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai PJ negeri, Dato' Mustafa Ali (PJ Trengganu), Dr Mahfodz Muhd (PJ Johor), Haji Muhammad Abdullah (PJ Sabah) dan Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pesuruhjaya Negeri Kelantan.

"Bagi Lajnah-lajnah dan senarai ahli lembaga Pengarah Harakah pula, ianya akan diumumkan kemudian," kata Salahudin.

Sebelum itu, pada sebelah paginya telah diadakan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS yang telah pun melantik ahli jawatankuasa masing-masing manakala dijangka hari ini (Ahad) jam 10 pagi, akan diadakan pula Mesyuarat pertama bagi Dewan Muslimat PAS Pusat

'Kebocoran' keputusan pemilihan diharap tidak berulang

Petikan Harakahdaily
KANGAR - Muktamar PAS kali ke-53 yang berlangsung di Kelantan tahun ini sudahpun melabuhkan tirainya.

Belum sampai seminggu para perwakilan pulang ke tempat masing-masing, pelbagai reaksi dan komen diberikan oleh pelbagai pihak termasuk pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat.

Antara isu hangat yang turut diperkatakan di mana-mana ialah pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS, perubahan pimpinan Dewan-dewan, isu ulama dan professional dan tidak kurang juga berkaitan perbahasan oleh para perwakilan.

Bagi mereka yang menjadi perwakilan, pemerhati mahupun yang mengikuti muktamar melalui webtv, pasti mendapat gambaran jelas tentang perjalanan muktamar.

Bagaimanapun, mereka yang mendapat maklumat sekunder melalui internet ataupun laporan akhbar mungkin agak ketinggalan mendapat bahan untuk dijadikan modal bersembang.

Seorang pimpinan PAS Perlis yang berada di Putik, Kelantan sebagai pemerhati menyatakan bahawa perjalanan mukatamar pada tahun ini adalah baik termasuk pengendalian pengundian.

"Kita praktikkan sistem pengundian yang baik dengan menebuk kad perwakilan untuk mengelak undian dua kali. Ini menunjukkan ketelusan kita," katanya.

"Tapi yang kita hairan pula, di sebalik ketelusan sistem pemilihan ini, mengapa keputusannya boleh disiar dulu dalam akhbar sebelum pengumuman dibuat?," soalnya.

Beliau merujuk kepada Berita Minggu Ahad lalu yang telahpun menyiarkan keputusan pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan ketiga-tiga Naib Presiden sedangkan keputusan pemilihan hanya diumumkan pada awal petang.

"Adakah dalam parti kita pun ada "bocor"?. Kita harap perkara sedemikian tidak berulang lagi kerana melibatkan imej parti.

"Kalau mahu telus, perlu betul-betul telus. Kita dok kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia tak telus, ini SPR kita pun "bocor"," ujarnya yang hairan bagaimana maklumat sedemikian boleh sampai kepada media lebih awal.

Wednesday, June 06, 2007

Ahli PAS dilanda penyakit 'futur', pemimpin perlu bertindak

Petikan Ucapan Perwakilan Perlis di Muktamar PAS Pusat

KOTA BHARU, 2 Jun - Pimpinan parti digesa agar melakukan sesuatu ke atas ahli dan penggerak PAS yang 'futur' yakni tercicir dalam meneruskan perjuangan ini, kata perwakilan Perlis, Zolkharnain Abidin dalam perbahasan ucapan dasar Presiden petang tadi.

Ujarnya, senario yang melanda parti akhir-akhir ini memperlihatkan gejala atau fenomena 'futur' yang berleluasa memberikan implikasi yang negatif kepada parti pada pilihan raya akan datang.

Bahkan katanya, penyakit takut untuk mengisytiharkan dirinya sebagai ahli PAS akan menyebabkan mereka terus takut untuk mengundi PAS kerana dibimbangi akan menjejaskan diri mereka terutamanya yang berkhidmat dalam agensi kerajaan.

Pihak pimpinan juga ujarnya harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar suasana tidak menjadi semakin gawat dan menjadi barah.

Tambahnya lagi, seluruh ahli perlulah menghindarkan diri daripada penyakit 'futur' dan tidak berbangga dengan perjuangan ini yang merupakan virus kepada perjuangan Islam, seterusnya menjejaskan gerakerja mendepani pilihan raya umum akan datang. (Harakahdaily)
GAMBAR PERWAKILAN PERLIS
DI MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
KALI KE 48 DI PUTIK, KELANTAN
KHUSYUK MENDENGAR PERBAHASAN.
EH! WAKIL PAS OVERSEA PUN ADA

BERGAMBAR KENANG-KENANGAN

MAJLIS PERASMIAN...TENGOK SAPA TU??


Sedutan Ucapan Ketua DPPPs pada Mukatamar DPP Pusat ke 48 di Putik

Petikan Harakahdaily
KOTA BHARU, 31 Mei- Di dalam merealisasikan hasrat sebagai "Duta Penyelamat dan Kasih Sayang", PAS perlu menjadi penentu halatuju politik di dalam negara ini dan bukan semata-mata pengguna demokrasi.

Seruan demikian dibuat oleh Perwakilan Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman dalam ucapannya membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS di Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 48 di Putik hari ini.

"PAS sepatutnya mencorakkan demokrasi di negara ini dan bukan demokrasi yang mencorakkan kita," katanya.

Beliau memberikan contoh di mana PAS pernah memboikot pilihan raya kecil Batu Talam dan kemudiannya bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat di pilihan raya kecil Ijok.

"Contohnya, pulau pilihan raya jika benar-benar tidak telus, ambil sikap Hamas," katanya lagi.
Katanya, dalam keadaan musuh yang menyekat kebebasan rakyat untuk menyokong parti pembangkang, sekatan seperti ini pelu dipecahkan segera.

Dalam keadaan rakyat yang bermentaliti "tidak apa" dan tidak mengambil kisah terhadap penyelewengan, maka PAS perlu bentindak dengan konsisten.

"Apa dah jadi dengan gerakan memulihkan demokrasi, Badan Bertindak Anti Murtad yang sentiasa 'telambat lihat'?. Jangan biarkan PAS dilihat oleh masyarakat dengan istilah 'PAS tidak konsisten'," serunya.