Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, May 04, 2006

Nilai rakyat Perlis cuma RM100 di bawah kepimpinan Shahidan
Kategori : Surat Pembaca

Sejak Perlis diterajui oleh Khalifah Shahidan Kassim, Umno negeri telah berpecah kepada banyak kem. Perkara ini tidak timbul ketika Dr Hamid dan MB sebelumnya mentadbir Perlis.

Dengan kata lain, Shahidan lah pencetus perpecahan kepada Umno Perlis.Di Perlis sekarang, sekiranya anda menjadi ahli Umno, belum tentu anda boleh menikmati sedikit imbuhan projek pembangunan kerajaan.

Ini terjadi kerana bagi ahli di Perlis, mereka perlu menyembah Shahidan untuk menikmati peluang projek kerajaan. Ahli yang berada di kemnya pun belum tentu mendapat projek kerana projek hanya diagihkan kepada kroni yang terhampir dengannya.

Itupun bukan di kalangan mereka yang aktif dalam menggerakkan agenda Melayu, sebaliknya mereka adalah kontraktor nominee bagi pihak Shahidan seperti Azmi Saad (Bintong Construction) dan Azhar (Gapura dan Azhar Construction).

Justeru, ramai di kalangan ahli yang bertungkus lumus menjaga parti di Perlis terpaksa mencari makan di negeri lain seperti Kedah dan sebagainya. Ianya sesuai dengan pepatah "hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri".

Para pelabur dari luar Perlis yang ingin melabur di Perlis pada peringkat awalnya terpaksa pulang kerana kebenaran dakwaan YAB PM bahawa Shahidan mengenakan tol kepada mereka sehingga mengecilkan margin keuntungan mereka.

Saya amat yakin projek Hub Halal di Padang Besar juga akan mengalami nasib seperti projek perindustrian di Sungai Chuchuh, Perlis Essential Oil di Beseri yang bernilai berpuluh-puluh juta ringgit (Mat Saleh yang berkampung di situ menunggu masa untuk menyaman Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis sekiranya menamatkan perkhidmatannya), kilang tepung di Kuala Perlis (mesinnya pun sudah rosak sekarang) dan beberapa projek lagi.

Apa yang Shahidan buat untuk meneruskan sokongan grassroot kepadanya hanyalah memanggil mereka ke Dewan Warisan untuk diberikan RM100 bagi setiap kepala dan menjamu mereka makan yang akhirnya menyebabkan grassroot ini terus memuji Shahidan kononnya MB yang pemurah.

Mereka semua masih tidak sedar bahawa Shahidan cuma mengagihkan 1% daripada keuntungan komisyen projek yang diperolehinya, sedangkan baki 99% dicekau oleh Shahidan.

Walaubagaimanapun, saat dan ketika kejatuhan Shahidan sudah tidak lama lagi. Nantikan sajalah! Sekiranya Shahidan panggil anda untuk menerima RM100, pergilah ambil. Zaman kegelapan Perlis hanya akan lenyap apabila Shahidan & Co dihapuskan!

Pemuda Perlis


Terima kasih kepada pengirim