Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, May 04, 2006

Shahidan Kassim paksa guru jadi ahli Umno
Kategori : Surat Pembaca

Pada hari Isnin yang lepas, bertarikh 24 April 2006, saya ke Jabatan Pelajaran Perlis untuk mewakili sekolah saya dalam satu mesyuarat sempena Jogathon Amal yang akan berlangsung pada 29 April.

Apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah pihak penganjur iaitu PSKPP ingin memohon sumbangan peribadi MB Datuk Seri Shahidan Kasim bagi memperkukuhkan lagi dana program yang diharap menjangkau jumlah RM100,000.

Kami semua diberitahu bahawa Shahidan bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM10,000 dengan syarat semua guru yang hadir pada mesyuarat ini mestilah mendaftar sebagai ahli Umno. Maka semua hadirin menerima sekeping borang keahlian Umno bagi setiap seorang untuk diisi dan dikembalikan kemudiannya.

Kenapa Shahidan sanggup memperbodohkan saya dan guru-guru yang lain dengan memaksa kami semua menjadi ahli Umno? Saya sedar akan tanggungjawab membela bangsa dan perjuangan Umno, tetapi saya hanya akan menyertainya dengan rela hati tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Shahidan dan kepimpinan PSKPP telah menyalahgunakan kedudukan mereka dalam kes ini!Ada sumber yang kukuh telah memberitahu saya tentang bagaimana perancangan kepimpinan PSKPP untuk menggunakan dana RM100,000 ini bagi membiayai program makan angin ke Mesir yang akan disertai oleh pihak kepimpinan di masa cuti sekolah nanti.

Soalnya derma saya dan guru yang lain sebanyak RM30 satu kepala untuk tujuan pengumpulan dana RM100,000 itu akhirnya cuma akan dinikmati oleh kepimpinan PSKPP dengan faedah melancong secara percuma. Adilkah begini?

Berbalik kepada tindakan politik murahan yang dilakukan oleh Shahidan seperti yang saya nyatakan tadi, saya mengharapkan agar beliau tidak mengulanginya lagi di masa hadapan.

Saya nasihatkan Shahidan supaya menumpukan perhatian beliau untuk memajukan Perlis yang sekarang ini hanyalah sekadar Kangar sebagai sebuah pekan yang mati selepas pukul 10 malam.

Dan fikirlah sesuatu untuk menyelesaikan masalah displin pelajar sekolah di Perlis yang kurang ajarnya semakin menjadi-jadi ditambah pula dengan sokongan membuta tuli ibu bapa mereka.

Saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya tidak akan menyerahkan kembali borang keahlian Umno itu kerana saya tidak dapat menerima sebarang bentuk paksaan. Saya bukannya kanak-kanak sekolah lagi!

Ikhlas,

PENDIDIK ANAK BANGSA


Terima kasih kepada pengirim