Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, May 05, 2006


Shahidan akui Wanita, Puteri Umno bolot projek kerajaan
Oleh Bashir Ishak
Petikan : Harakahdaily

KANGAR, 5 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim mengakui bahawa adanya projek jabatan-jabatan kerajaan yang sentiasa diberikan kepada kontraktor kelas F di kalangan Wanita dan Puteri Umno.

Beliau berkata demikian ketika menjawab bagi pihak kerajaan Perlis persoalan yang dilontarkan oleh Zahari Bakar (BN-Simpang Empat) dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini.

Zahari dalam ucapannya semasa membahaskan Rang Undang-undang Bekalan Air 2006 menyebut bahawa di jabatan tertentu seperti Jabatan Haiwan hanya dua atau tiga orang sahaja kontraktor kelas F yang sentiasa diberikan kontrak .

"Itupun Puteri dan Wanita sahaja yang asyik dapat. Saya kata begini berdasarkan khabar angin yang sayadengar," katanya menduga.

Shahidan semasa menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut menjawab bahawa mereka (Wanita dan Pueri) adalah terdiri dari kalangan anak-anak dan isteri kita.

"Itupun penglibatan mereka masih kurang. Kalau boleh ditambah lagi kerana Wanita dan Puteri banyakmemberikan sumbangan kepada rakyat," katanya.