Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, May 08, 2006


Kehadiran bas sekolah haram, jejas pendapatan teksi di Arau
Oleh Bashir Ishak
Petikan : Harakahdaily

ARAU, 8 Mei (Hrkh) - Kehadiran bas sekolah yang beroperasi secara haram telah menjejaskan pendapatan lebih kurang 50 orang pemandu teksi di Arau sejak kebelakangan ini.

Para pemandu teksi di sekitar Bandar Diraja ini merungut dan mendakwa kerana menghadapi saingan daripada seorang pengusaha bas sekolah yang beroperasi mengangkut penumpang khususnya para pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mereka berasa kecewa kerana pengusaha bas sekolah berkenaan didakwa memonopoli pengambilan penumpang khususnya di dalam UiTM dan juga di stesen keretapi Arau untuk dibawa ke destinasi tertentu.

Biasanya, teksi adalah merupakan sumber pengangkutan utama pelajar UiTM selain bas awam yang berulang-alik ke dalam kampus tersebut.

Namun dengan kehadiran bas sekolah ini, para pemandu teksi di sini menghadapi pesaingan yang hebat kerana bas tersebut boleh menghantar para pelajar ke mana sahaja seperti ke Kangar, Kuala Perlis dan sebagainya.

Menurut wakil persatuan pemandu teksi yang ditemui Harakah, beliau mendakwa pendapatan kasar mereka yang satu ketika dahulu boleh mencecah sehingga RM100.00 sehari kini sudah berkurangan sehingga RM30.00 sahaja.

"Sudahlah minyak naik, barang pun mahal, kami terpaksa pula menghadapi saingan bas ni," katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dalam pada itu, mereka juga mendakwa operasi bas sekolah tersebut menyalahi permit yang diberikan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

"Mengikut permit untuk bas sekolah, hanya pelajar beruniform sahaja yang boleh dibawa, namun bas inimengangkut pelajar UiTM yang tidak beruniform," jelasnya.

Menurutnya lagi, pernah suatu ketika dahulu berlaku pergaduhan di antara pemandu teksi dengan pemandu bas tersebut sehingga menjadi kes polis.

"Pengusaha bas berkenaan juga pernah didenda sebanyak RM5000 tetapi tetap terus beroperasi," dakwanya lagi.

Kes ini telah dirujuk kepada pihak berkuasa dan wakil pengusaha teksi dan bas berkenaan serta wakil UiTM telah dipanggil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan LPKP.

Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua wakil JPJ dan LPKP menjelaskan perkara yang sama iaitu bas sekolah hanya boleh mengangkut pelajar sekolah sahaja, namun wakil UiTM pula mengatakan boleh untuk mengangkut pelajar mereka.

Selepas perjumpaan tersebut, pengusaha bas berkenaan telah memberhentikan operasinya lebih kurang setahun. Namun kini operasinya berjalan semula seperti biasa.

Menurut wakil persatuan pemandu teksi itu lagi, mereka telah bertanyakan tentang permit bas tersebut dengan LPKP di Sungai Petani.

"Mereka jawab permit sepatutnya tidak boleh dikeluarkan. Akan tetapi mereka terpaksa akur keranapermit untuk bas ini datangnya pihak atasan," jelasnya lagi.

Mereka juga mendakwa hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati pemberian permit tersebutdidalangi seorang tokoh politik di negeri ini.

Selain daripada itu, para pemandu teksi kawasan Arau juga turut menghadapi persaingan daripada teksidaripada kawasan luar Arau.

Mengikut permit LPKP, teksi daripada kawasan luar hanya dibenarkan menghantar penumpang sahaja tetapi tidak boleh menunggu penumpang bagi suatu kawasan.

Apabila perkara ini berlaku, teksi yang berpengkalan di Arau terpaksa bersaing dengan orang luar untukmenunggu penumpang di suatu kawasan yang sempit.

"Kalau mereka datang, kami yang berpengkalan di sini nak tunggu di mana?" soalnya.

Laporan telah dibuat kepada JPJ berkenaan dengan kes ini, namun bagi mereka JPJ seakan-akan tidakmemperdulikannya.

Sehubungan dengan itu, para pengusaha teksi yang berpengkalan di Arau berharap agar pihak berkuasadapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini berikutan pendapatan mereka yang terjejas teruk dengan persaingan yang terpaksa mereka hadapi.