Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, May 06, 2006

TAMBAH AHHLI MAJLIS FATWA: JANGAN UNTUK PENUHI SYARAT
Oleh BASHIR ISHAK
Kategori : Berita

KANGAR, 4 Mei - Penambahan Ahli Majlis Fatwa negeri Perlis adalah satu langkah yang munasabah memandangkan banyaknya isu semasa berkaitan umat Islam masa kini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin(PAS-Sanglang) berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam(Pindaan) 2006 dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini.

Rang undang-undang ini adalah berkenaan penambahan anggota Jawatankuasa Shara'iah negeri Perlis daripada 6 orang kepada 14 orang.

Ustaz Hashim dalam ucapannya berharap agar penambahan ini tidak sekadar memenuhi syarat sahaja.

"Umpamanya, dulu telah dikeluarkan fatwa tentang hiburan yang keterlaluan, tapi daripada pemerhatian saya ianya ternyata telah dilanggar," katanya.

Menurutnya lagi, apabila Perlis mengisytiharkan sebagai sebuah negeri yang berpegang kepada As-Sunnah,perkara-perkara furuk atau cabang dalam agama tidak dijadikan sebagai asas untuk timbulnya perbalahan.

"Tidak akan wujudnya ketenangan sekiranya kita berbalah tentang perkara furuk sedangkan di depan kita banyak perkara besar yang perlukan penyatuan umatIslam.

Umpamanya isu menghina Nabi, Umno sendiri perlu turut serta," katanya lagi.