Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, May 22, 2006

Ustaz Yusof Husin menyampaikan ceramah Motivasinya

Ahli PAS disaran supaya memahami maksud dakwah yang sebenarnya
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Jejawi 21 Mei : Ahli PAS hendaklah memahami secara mendalam tentang keperluan dan kreteria seorang pendakwah yang berdakwah di jalan Allah.Demikian gesaan yang dibuat oleh Ustaz Yusof Husin Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah.

Beliau berkata demikian ketika memberi ceramah motivasi kepada peserta Konvensyen PAS Perlis 2006 semalam.

Menurut beliau lagi orang yang ingin berdakwah,perlu memastikan dakwah itu sampai kepada keluarga mereka dahulu.

Ini penting kerana pendakwah tidak akan berupaya meningkatkan kekuatan dakwah mereka sekiranya keluarga pendakwah itu tidak faham dengan tugasnya.

“Kita kena berkongsi kefahaman tentang dakwah kita ini dengan orang yang terdekat,” ujar beliau.

Yusof kemudiannya mengingatkan peserta akan pesanan almarhum Ustaz Fadhil Noor yang menyeru kepada semua ahli PAS agar meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari kepada parti.

Beliau juga menegur penyakit sesetengah ahli PAS yang sentiasa memberi alasan mengelak dari menjawat jawatan kerana takut untuk mengambil tanggungjawab dalam parti.

Ahli PAS juga katanya perlu mengamalkan sikap insyirah iaitu berlapang dada dalam semua bentuk ujian atau keadaan.Sikap ini akan membantu kita menjauhkan diri dari segala bentuk tekanan.

Sebelum mengakhiri ceramah motivasinya,beliau menjelaskan bahawa kerja pilihanraya sebenarnya bermula selepas pilihanraya.

“Kena gerakkan jentera sekarang untuk tambah daftar pemilih.Kita jangan anggap kerja pilihanraya dekat dengan pilihanraya tetapi kerja pilihanraya adalah bermula selepas pilihanraya,”katanya.