Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, May 06, 2006

Hormati orang lama: Ketua DPP Pusat
Oleh BASHIR ISHAK
Kategori : Berita

KANGAR, 4 Mei - Golongan muda di dalam PAS diseru agar tidak menimbulkan sebarang pertelingkahan dengan orang lama, demikian seru Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Salahuddin Ayub.

"Mereka yang lebih tua perlu dihormati kerana merekalah yang telah mendidik dan mentarbiyah kita,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kangar kali ke31 yang telah berlangsung di Markas PAS Titi Midin,Repoh dekat sini baru-baru ini.

Menurut Salahudin, belia berbangga dengan saf pimpimnan PAS yang ada pada masa ini kerana rata-ratanya telah melalui tarbiyah dalam Dewan Pemuda.

"Kini golongan tersebut telah menduduki pimpinan dipelbagai peringkat termasuk di pusat dan negeri,"katanya.

Beliau turut menyeru agar setiap ahli PAS sebagai pendokong gerakan Islam tidak berputus asa dalam perjuangan.

"Perjuangan ini telah dibawa dan didokong oleh pimpinan terdahulu dan kini kitalah yang menjadi mata rantai penyambung perjuangan mereka,' tambahnya lagi.

Selain itu, Salahudin berharap agar setiap ahli mempersiapkan diri dengan penghayatan ilmu dan proses pembelajaran bukan sahaja untuk menjadi pemimpin PAS sebaliknya menjadi pemimpin di dalam masyarakat.

"Jangan berpuas hati dengan apa yang ada. Gali ilmu dan khazanah perjuangan dan lihat dunia yang lebih luas. PAS bukan untuk ahli PAS tetapi PAS untuk semua,untuk masyarakat dan untuk yang bukan Islam,"tegasnya.