Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, November 21, 2005

Ribuan Hadiri Majlis Aidilfitri Adun Sanglang
Oleh BASHIR ISHAK
Kategori : Berita

ARAU (Hrkh)- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Ustaz Hashim Jasin kelmarin mendapat yang di luar jangkaan dengan kehadiran ribuan orang ramai.Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengadakan majlis tersebut di kediamannya di Batu 8 3/4 Jalan Sanglang menyaksikan kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu bermula dari jam 2.00 petang.

Mereka terdiri daripada ahli dan penyokong PAS serta orang ramai yang datang dari seluruh negeri Perlis dan utara Kedah.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Noor.
Beliau yang menghadiri program Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) di negeri Perlis turut meluangkan masa untuk hadir bersama-sama dengan kepimpinan PKR Perlis.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Sanglang, Ustaz Khalil Adnan melahirkan rasa syukur dengan sambutan orang ramai yang di luar jangkaan ini.

"Kita tidak menyangka sambutan sehingga sebegini dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun kekurangan makanan. Yang pentingnya orang ramai tetap mahu bersama pemimpin mereka," katanya.