Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, November 11, 2005

Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri PAS Kawasan Kangar Disambut Meriah
Oleh : Master Key
Kategori : Berita

Kangar 10 Nov : Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri anjuran PAS Kawasan Kangar yang diadakan hari ini disambut meriah.Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama muslim sempena Eidul Fitri.Ianya diadakan di Markas PAS Cawangan Panggau Jalan Behor Temak – Tok Kuning , Kayang

Majlis yang dimulakan pada jam tiga petang itu telah berjaya memperlihatkan semangat persaudaraan diantara pimpinan PAS negeri dan kawasan dengan penyokong-penyokong PAS Perlis.Ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Walaupun dalam keadaan hujan, kelihatan ratusan penyokong PAS datang ke majlis itu dengan tujuan beramah mesra dengan pimpinan PAS negeri dan kawasan.Majlis itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pesuruh Jaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin.Turut kelihatan dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruh Jaya II PAS Perlis Haji Karim Mat Rejab dan hampir seluruh AJK PAS Kawasan Kangar.

Pengendali majlis iaitu Saudara Hairy Hashim yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar turut membahagi-bahagikan duit raya kepada kanak-kanak yang datang. Semoga dengan adanya majlis seperti ini akan membuatkan PAS Kawasan Kangar khasnya dan PAS Perlis amnya dilihat sebagai sebuah parti yang mesra rakyat dan dapat memikat hati-hati rakyat Perlis untuk menyokong perjuangan PAS.