Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, November 22, 2005


Asnaf Fi Sabilillah Bukan Untuk Orang UMNO Sahaja
Oleh : Master Key
Kategori : Berita

Kangar 21hb Nov : PAS pada hakikatnya telah mengajar rakyat bahawa zakat itu bukan hak mutlak orang miskin.Zakat dibahagi kepada lapan asnaf yang mana bukan semua asnaf itu terdiri daripada orang miskin.Ingatan itu disuarakan oleh AJK PAS Pusat Ustaz Taib Azamuddin hari ini.

Ada orang yang berada juga berhak untuk menerima zakat seperti yang PAS Terengganu lakukan ketika pemerintahannya dahulu dengan memberikan zakat kepada pelajar-pelajar walaupun dia seorang yang berada.Mereka ini dikategorikan sebagai asnaf fi sabilillah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Buletin Utama semalam yang memetik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr.Abdullah M.Zain sebagai berkata kebanyakan rakyat di negara ini hanya memahami bahawa zakat itu hanya untuk orang miskin sahaja.Beliau juga (Abdullah) memberikan contoh pelajar-pelajar yang mengambil kursus diperingkat sarjana dan kedoktoran juga layak untuk menerima zakat walaupun mereka orang berada.Mereka ini di kelaskan dalam asnaf fi sabilillah.

Ustaz Taib yang ditemui selepas kuliah bulanan beliau di surau dekat sini tadi juga hairan bagaimana Dr.Abdullah boleh mengeluarkan kenyataan itu.

“Dulu masa Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) keluarkan zakat pada anak exco sebab apa dia dicemuh?Apa,ingat gelaran asnaf fi sabilillah tu UMNO yang punya ke?Bila PAS tak boleh tapi kalau UMNO boleh?,”soal beliau.

“Yang tak bolehnya kalau zakat tu tak diberikan kepada yang hak.Macam yang Selangor buat kepada pelajar mereka di al-Azhar.Kalau pelajar tu dari kalangan pembangkang dia dikira tak layak (untuk menerima zakat).Inilah yang tak boleh,”tambah beliau lagi.

Oleh itu beliau mengingatkan rakyat terutamanya di Kelantan supaya berhati-hati dengan UMNO yang penuh dengan tipu daya.Kenyataan Abdullah itu menggambarkan bahawa UMNO sanggup memutar belitkan agama untuk kepentingan mereka apatah lagi ketika kesibukan pilihan raya ini,pastinya akan banyak lagi penipuan dan penyelewengan yang bakal mereka hasilkan.