Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, November 11, 2005

Petugas-Petugas PAS Di Pengkalan Pasir Harus Berwaspada
Dengan Petugas-Petugas BN Dari Perlis
Oleh : Master Key
Kategori : Berita

Kangar 10 Nov : Para petugas PAS dari seluruh negara diingat supaya berwaspada dengan kemungkinan keganasan yang bakal dicetuskan oleh para petugas BN khususnya yang datang dari Perlis ketika kempen pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir tidak lama lagi.Ingatan itu disuarakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar Saudara Hairy Hashim ketika ditemui pada Majlis Mesra Eidul Fitri PAS Kawasan di Markas Cawangan Panggau,Kayang.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perlis mengambil contoh peristiwa yang berlaku kepada beberapa pimpinan PAS ketika pilihanraya kecil Indera Kayangan pada tahun 2001 dahulu.Beliau memberitahu Peghelih La bahawa berlaku kejadian di Kampung Bakau dimana kereta Mursyidul Am PAS telah diketuk dengan beberapa objek dengan tujuan untuk merosakkannya.Nasib yang sama juga menimpa kenderaan Exco Pemuda PAS Pusat yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Zulkhornain Abidin.

Kenyataan Saudara Hairy ini disifatkan sebagai kenyataan balas kepada kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim yang semalam dalam akhbar Utusan Malaysia telah dipetik sebagai berkata bahawa beliau bimbang para petugas PAS akan melakukan keganasan semasa kempen pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir seperti mana yang pernah berlaku di Anak Bukit,Lunas dan Pendang.

Dalam sejarah piliharaya di Malaysia tidak pernah petugas-petugas PAS melakukan kejahatan atau pengkhianatan kepada parti lawan dalam usaha untuk memenangi pilihanraya.Yang ada hanyalah kejadian seperti menahan pengundi-pengundi hantu daripada memasuki kawasan pengundian.Sebaliknya PAS lah yang sentiasa menjadi mangsa kejahatan pihak lawan seperti BN.Sebagai contoh kejadian di Lubuk Merbau,Utan Aji dan banyak lagi.

“Kenyataan Shahidan itu saya lihat sebagai kebimbangan dia bahawa pengundi di Pengkalan Pasir akan membalas dendam terhadap dia kerana mengkhianati Tuan Guru Nik Abdul Aziz sewaktu di Indera Kayangan dahulu,”ujar beliau.

Beliau menambah lagi yang pada kejadian di Kampung Bakau itu Shahidan juga dilaporkan ada bersama samseng-samseng BN tetapi tidak bertindak untuk menghalang kejadian itu dari berlaku.Terdapat juga beberapa petugas Parti KeAdilan yang dibelasah dengan menggunakan rantai motosikal oleh samseng-samseng BN pada masa pilihanraya itu.

“Nasihat saya pada Shahidan supaya berhati-hati bila duduk di kampung orang (Pengkalan Pasir).Jangan dia buat Pengkalan Pasir macam Indera Kayangan,”kata beliau sebagai nasihat ikhlas kepada MB Perlis itu.