Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, November 17, 2005

Ezam Lancar Gerak Di Perlis
Oleh BASHIR ISHAK
Kategori : Berita

KANGAR, 17 Nov (Hrkh)- Ketua Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat (AMK-PKR ), Mohamad Ezam Mohd Nor yang baru menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) akan melancarkannya di Perlis 19 November ini.Menurut Ezam, penubuhan Gerak adalah bagi membina urus tadbir bersih (good governance), di mana kedua-dua elemen penting iaitu pengukuhan demokrasi dan penghapusan korupsi yang sudah terkebelakang di Malaysia.

Ianya berasaskan pendidikan untuk merubah sikap masyarakat terhadap korupsi, memperjuangkan kebebasan institusi kehakiman, kebebasan media, institusi anti korupsi yang bebas dan membentuk jaringan kerjasama antara institusi masyarakat.

Gerak akan dilancarkan di setiap negeri bermula di Kedah pada 18 November.
Manakala program di Perlis akan bermula dengan Sidang Media Pelancaran GERAK Perlis pada jam 5.00 petang di hadapan pasaraya The Store, Kangar.

Pada sebelah malamnya pula, Ceramah Perdana Pelancaran GERAK Perlis akan diadakan di Markas PAS Cawangan Taman Jali, Kangar bermula pada jam 9.00 malam.

Ezam akan berceramah bersama-sama Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan Ketua Ko Ordinator Pusat Aktivis Gerakan Reformasi (PAGER), Badrul Hisham Shaharin.