Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, November 17, 2005


DPP Perlis Hantar 150 Pemuda Ke Pengkalan Pasir
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Kangar 16hb Nov : DPP Perlis akan menghantar 10 orang pemuda bagi setiap DUN di Perlis sebagai bantuan kepada tenaga kerja PAS Kelantan bagi menghadapi pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir pada 6hb Disember ini.Negeri Perlis mempunyai 15 kawasan DUN didalam tiga kawasan parlimen.

Keputusan mesyuarat DPP Perlis itu diumumkan oleh ketuanya Ustaz Ahmad Adnan Fadhil ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Eidul Fitri anjuran Badan Perhubungan PAS Perlis di Pejabat Perhubungan PAS di Jalan Sekolah Derma di sini hari ini.

“Kita akan menghantar pemuda-pemuda itu secara berperingkat bermula pada 20hb ini sehingga selesai hari pengundian,”kata beliau.

Jumlah yang besar itu menurut beliau lagi, didorong oleh faktor UMNO yang akan menggunakan segala kekuatan mereka untuk cuba memenangi pilihanraya ini. Pilihanraya ini juga boleh disifatkan sebagai kerajaan pusat beserta segala kemudahan yang mereka ada melawan parti PAS.

“Saya juga mengharapkan kepada semua penyokong PAS yang mungkin tidak dapat hadir ke Pengkalan Pasir supaya sekurang-kurangnya dapat melakukan solat hajat sekali sehari sebagai penambah kekuatan kami di sana nanti,”ujar beliau ketika ditanya harapan beliau kepada penyokong yang tidak dapat hadir membantu.

Beliau juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan oleh orang ramai sebagai bekalan ke Kelantan nanti.Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada Badan Perhubungan PAS Perlis atau beliau sendiri di talian 019-4663410.