Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, November 17, 2005


Pelbagai Kaum Hadiri Majlis Eidul Fitri Badan Perhubungan Pas Perlis
Oleh : Master Key
Kategori : Berita

Kangar 16hb Nov : Majlis Eidul Fitri anjuran Badan Perhubungan PAS Perlis yang diadakan di pejabatnya di Jalan Sekolah Derma di sini hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Majlis yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin itu menerima kunjungan ribuan penyokong PAS yang datang bertali arus bermula dari pukul dua petang hingga selesai majlis kira-kira pukul enam petang.

Majlis hari ini diserikan lagi dengan kehadiran penyokong PAS dari kalangan bangsa bukan melayu.Ini sekaligus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS adalah parti yang mengamalkan diskriminasi terhadap bangsa dan agama lain.

Walaupun keluasan perkarangan Pejabat Perhubungan PAS tidaklah sebesar mana, tetapi itu tidak menghalang tetamu untuk menikmati juadah yang disediakan dan beramah mesra sesama mereka.

Para pimpinan PAS negeri juga kelihatan duduk semeja dengan penyokong bawahan PAS untuk menikmati hidangan bersama-sama.Tiada protokol majlis ditunjukkan oleh pimpinan PAS negeri.Ini adalah satu perkara yang perlu diteruskan oleh pimpinan PAS di seluruh negara bagi menunjukkan bahawa PAS ialah sebuah pergerakan dakwah yang bukan tertumpu kepada agenda politik semata-mata.
Hadir sama memeriahkan majlis ini ialah seluruh pimpinan PAS negeri yang saling bertukar-tukar tempat menjadi penyambut tetamu.