Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, November 08, 2005

Dato' Ibrahim Ali Wajib Jadi Calon PAS Pilihanraya DUN Pengkalan Pasir
Kategori : Surat Pembaca

Menjelang hari raya 'idul fitri kali ini, kita dikejutkan dengan pemergian ADUN Pengkalan Pasir ke rahmatullah. Data majoriti undi sebanyak 55 undi pada pilihanraya umum 2004 yang dibekalkan kepada kita semua amat menggerunkan penulis khususnya untuk berdepan dengan cabaran pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari.Ada pendapat yang mengatakan wajar bagi PAS untuk mempertaruhkan Dato' Ibrahim Ali sebagai calon PASdalam pilihanraya kecil ini.

Bagi penulis, penulis amat menyetujui pendapat sedemikian disebabkan pengaruh yang besar yang dimiliki oleh Dato' IbrahimAli di kawasan Parlimen Pasir Mas.Penulis amat berharap agar pimpinan BA khususnya PAS dapat mempertimbangkan cadangan supaya mencalonkan Dato' Ibrahim Ali sebagai calon PAS. Dosa Dato' Ibrahim Ali kepada perjuangan pembangkang hanyalah kerana beliau sebelum ini dikenali sebagai"jaguh lompat". Ini sahaja! Dato' Ibrahim Ali tidak terlibat dalam rasuah sepanjang karier politiknya.Beliau juga tidak pernah "main perempuan" dan minum arak.

Penulis bukanlah seorang yang menjadikan beliau sebagai idola politik, lantaran itu, cadangan penulis ini adalah bersifat strategi politik demi mencerahkan lagi kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil yang maha penting ini agar dapat mempertahankan kelebihan 3 kerusi DUN PAS di Kelantan.Penulis juga ingin turut memperingatkan pimpinan PAS bahawa Umno seperti kita sedia maklum akan bermain kotor demi mencapai kemenangan. Justeru, PAS wajib turut bermain kotor kerana padang perlawanan yang tidak rata. Insaflah bagaimana kita telah diperbodohkan oleh SPR pada pilihanraya umum 2004.

Seperkara lagi, penulis sangat berharap agar DatukSeri Anwar Ibrahim dapat berkampung di Pengkalan Pasir sepanjang kempen pilihanraya kecil ini bagi membuktikan bahawa beliau mengotakan janjinya yang memilih perjuangan berliku dengan pembangkang untuk menjadi PM.Lupakanlah dosa kecil dan sengketa Dato' Ibrahim Ali terhadap pembangkang sebelum ini demi meniti kemenangan PAS. Kemenangan PAS dan mempertahankan kerajaan Kelantan di tangan PAS adalah maha penting daripada perkara yang lain! Penulis mendoakan agar berkat takbir di pagi raya tahun ini mampu memenangkan PAS. Selamat hari raya kepada semua pencinta keadilan danperjuangan mendaulatkan Islam!

Oleh:Abu Amer Mujahed

Terima kasih kepada pengirim dari DPP Kangar