Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, July 04, 2009

Hasil tarbiyah PAS, ahli yakin masa depan Islam

BESERI - Hasil daripada tarbiyah kepada ahli-ahli PAS sejak penubuhannya berpuluh tahun lalu telah membuahkan pelbagai kejayaan.

Sebagai contoh, ahli-ahli PAS tidak pernah jemu untuk memberikan sumbangan demi perjuangan menegakkan syariat Islam di muka bumi ini.

Begitulah yang bakal disaksikan dengan pembinaan sebuah lagi kompleks tarbiyah oleh PAS Kawasan Padang Besar tidak lama lagi.

Kmmpleks tersebut bakal didirikan di Jalan Bukit Kerang off Jalan Bukit Keteri dekat sini bakal menjadi mercu tanda baru PAS Kawasan Padang Besar bagi menggantikan Markas Tarbiyah sedia ada di Santan.

Majlis Pecah Tanah Kompleks Tarbiyah Islamiyah PAS Kawasan Padang Besar telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Berucap di majlis tersebut, beliau melahirkan rasa bangga dengan usaha PAS Kawasan Padang Besar yang akan mendirikan kompleks tersebut.

Katanya, ini adalah sebahagian daripada hasil kejayaan tarbiyah PAS sejak penubuhannya berpuluh tahun yang lalu.

"Ini membuktikan ahli-ahli PAS yakin dengan masa depan untuk Islam," ujarnya.

Menurutnya lagi, usaha yang telah dijalankan oleh kepimpinan PAS Kawasan terdahulu yang diterajui Haji Abdul Karim Md Rejab (kini Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perlis) akan disambung pula oleh saf kepimpinan baru.

"Kita bukan seperti Umno, bila sudah tidak berkuasa mereka tutup habis pejabat dan orang lain tak boleh guna lagi. Lepas tu dibuka pula pejabat Yayasan yang dia punya sendiri.

"Dalam PAS, kita bekerja untuk jemaah dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Bila Haji Karim dah tak pegang jawatan dia tak bawa projek kompleks ni bersama dia, tapi ditinggalkan untuk jemaah," katanya.

No comments: