KANGAR - Bangunan ini yang terletak di persimpangan Pengkalan Asam dekat sini dahulunya begitu gah di pandangan mata umum kerana pernah dijadikan bilik gerakan Umno/Barisan Nasional(BN) Perlis.
Namun kini ianya telah berubah menjadi pejabat Yayasan Pok dan Kassim yang diasaskan oleh mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim.
Ini sekaligus menimbulkan pelbagai telahan berkaitan Umno/BN di negeri ini.
"Begitulah keadaannya apabila beliau sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar dan tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis.
"Ini jelas menunjukkan Shahidan tidak ikhlas dan apabila sudah tidak berjawatan, maka premis ini tidak lagi digunakan untuk operasi parti mereka," komen Yang Dipertua PAS Kangar, Hairy Hashim.
Menurut Hairy lagi, keadaan ini juga jelas membuktikan wujudnya pergeseran sesama pimpinan Umno Perlis yang masih menjadikan pangkat dan kedudukan sebagai agenda perjuangan mereka.
"Ini buktinya bahawa Umno Perlis tidak bersatu dan berpuak-puak. Saya nak mengajak ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti kerana pemimpin mereka tidak ikhlas dan hanya berjuang untuk merebut pangkat dan kedudukan," ujarnya.
Selain itu, Hairy juga mahu pihak Majlis Perbandaran Kangar mengkaji status khemah yang didirikan di hapadan bangunan tersebut.
"Dua buah khemah yang ada di hadapan bangunan telah begitu lama berada di situ. Adakah pihak MPK telah memberikan kebenaran atau ianya telah didirikan mengikut peraturan. Ini kerana selain mencacatkan pemandangan, ianya turut menganggu lalu-lintas di kawasan sekitarnya," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment