Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai: Pakatan Rakyat 6 BN 1(Hadiah istimewa 100 hari Najib sebagai PM)


Setelah mengharungi 7 pilihanraya kecil pasca pilihanraya umum ke 12, 8 Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat terus mendahului Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan 6-1.

Terbaru, PAS memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.

Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menumpaskan BN dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh (Pulau Pinang), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang (Perak).

Begitu juga, Pakatan menang dalam PRK di DUN Bukit Selambau (Kedah) dan Penanti (Pulau Pinang).

Pakatan hanya tumpas di Dun Batang Ai, Sarawak.

Kemenangan ini walaupun dengan majoriti tipis, terus memberi tamparan kepada BN yang masih tercari-cari rentak untuk menarik semula sokongan rakyat.

Walaupun pengundi di Manek Urai disogok dengan janji pembinaan jambatan sekiranya BN menang, namun kemenangan ini merupakan hadiah paling "istimewa" kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sempena sambutan 100 hari pemerintahan beliau

No comments: