Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, July 31, 2009

Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang meninggal dunia

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi tadi.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar memandangkan pengalaman dan jasanya kepada perjuangan PAS.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis bersedia bila-bila masa sahaja untuk diarahkan turun membantu jentera parti di Dun Permatang Pasir dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan kelak.

Berita berkaitan:

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)-
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Baca selanjutnya>>

No comments: