"BN juga harus waspada yang kita tidak terus 'syok sendiri', bukan sahaja dengan apa dilihat sebagai kejayaan di dalam parti, tetapi juga anggapan perpecahan lawan di luar. Yang penting adalah pendapat rakyat dan isi hati pengundi terhadap BN... kerana merekalah yang bakal menentukan nasib pemimpin menjelang PRU-13..."Ikuti tulisan seorang professional muda dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru.. Seorang pengkritik Khairy Jamaluddin yang prolific...
Perpecahan yang kelihatan menjadi-jadi antara anggota Pakatan Pembangkang kini sedang kuat di'analisa' berpropaganda oleh BN. Amnya saya setuju yang pertelingkahan pelbagai yang berlaku ini berpunca dari perlawanan prinsip dan dasar antara ahli Pakatan. Namun, saya rasa terlalu awal untuk menyatakan perpecahan berikut bakal memastikan masa depan BN sebagai parti pemerintah, apatah lagi kembalinya 2/3 Parlimen dan 5+1 negeri secara mutlak kepadanya.
Ketiga-tiga ahli Pakatan mempunyai matlamat berbeza dan tiada kesatuan tujuan selain benci terhadap BN; DAP mahukan Malaysian-Malaysia, PAS memperjuangkan 'Negara Islam' manakala PKR mahukan keadilan untuk DS Anwar Ibrahim, yakni menjadikan beliau Perdana Menteri. Ini lain dengan dasar kesatu-paduan BN yang dari pasca tahun 1969 berlandaskan perlunya keamanan di antara kaum di Malaysia.
Namun, kalau dilihat dari segi keputusan PRU-12 yang lepas, ketidak-samaan dasar bukanlah menjadi faktor utama kemenangan Pakatan Pembangkang di 5+1 dan kebanyakan kerusi Parlimen. Pada saya, 2 punca pokok kemenangan tersebut adalah:

- Kebencian rakyat terhadap kepimpinan, dasar dan tindak-tanduk kerajaan Pak Lah yang menyebabkan BN amnya ditolak di banyak tepi undi. Malah kalau dilihat, di banyak lokasi, BN kalah kerana pengundi BN enggan keluar mengundi. Kumpulan tidak mengundi inilah yang membawa risiko terbesar untuk BN, sekiranya mereka bukan sahaja tidak mengundi pada PRU-13, tetapi langsung menyokong parti lawan!
- Kejayaan DS Anwar Ibrahim menyatu-padukan PAS, DAP dan PKR sepanjang tempoh pilihanraya, justeru itu menubuhkan kerajaan-kerajaan negeri dari kalangan Pakatan Pembangkang sahaja. DS Anwar sebenarnya adalah satu-satunya pemimpin Pakatan yang ahli dalam politik persatuan antara parti ini, hasil latihan Tun Dr M sewaktu beliau dalam persediaan mengambil kedudukan Presiden UMNO sekaligus Ketua Barisan Nasional.
Baca selanjutnya di sini >>
No comments:
Post a Comment