Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Tuanku Raja Perlis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 23 Julai lalu, Ustaz Hashim tidak mahu erti As-sunnah itu hanya terbatas pada perkara-perkara yang melibatkan ibadat khusus sahaja.
"Yang disebut As-sunnag itu, ruang lingkupnya setakat mana? Kita tak mahu faham sunnah dalam erti usolli, qunut dan bismillah sir atau jahar sahaja.
"Pekara ini telah lama dibincangkan oleh ulama dan tidak ada tempat lagi yang tidak di sentuh. Kita kena lihat sunnah itu melangkakui bukan setakat perkara itu sahaja. Lebih dari itu, menunaikan janji, bercakap betul atau tidak memenentingkan diri sendiri, itu termasuk dalam ruang lingkup sunnah," katanya.
Ustaz berkata demikian mengulas ucapan terdahulu dari wakil kerajaan, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) yang banyak memperkatakan tentang amalan sunnah di negeri Perlis.
"Kita terlalu bercakap bab sunnah tapi amalan kita tak melambangkan sunnah.Ini tak betul. Kalau kita pendokong kuat sunnah, biarlah amalan-amalan kita juga melambangkan sunnah, itu baru betul,"ujarnya.
Semasa berucap, Ustaz hashim beberapa kali diganggu oleh Shahidan yang membangkitkan pelbagai perkara termasuk isu kerajaan perpaduan.
Apapun, Ustaz Hashim tidak sedikitpun terjejas dengan gangguan tersebut, malah meneruskan ucapannya.
Berucap lanjut, beliau turut mendedahkan bagaimana sikap pemimpin Umno/BN yang bercanggah dengan sunnah akibat berjuang kerana matlamat peribadi.
Beliau memberikan contoh bilamana seseorang itu sudah tidak berkuasa, mereka tidak lagi membenarkan premis mereka digunakan sebagai pejabat parti.
Walaupun ditegur oleh Shahidan yang mendakwa Ustaz Hashim tidak tahu tentang perkara dalaman Umno/BN, Ustaz Hashim menegaskan apa yang beliau katakan itu adalah yang zahir mengikut pandangan umum.
"Tak kisahlah pejabat dulu tu nama apa, tapi kita melihat yang zahir dan orang-ramai turut memperkatakannya. Ini membuktikan bahawa apabila kita berjuang kerana matlamat peribadi dan tidak kerana jemaah atau parti, inilah yang terjadi,"katanya lagi.
No comments:
Post a Comment