Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, June 06, 2009

Perlis cadang lantik Setiausaha Agung PAS di kalangan pemimpin sepenuh masa

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya mencadangkan supaya pelantikan Setiausaha Agung PAS perlu di kalangan pimpinan sepenuh masa yang tidak mempunyai komitmen lain seperti menjadi wakil rakyat.

Menurut beliau, jika Setiausaha Agung dilantik di kalangan wakil rakyat atau yang mempunyai komitmen lain sudah pasti akan menyebabkan pimpinan tersebut tidak dapat turun ke negeri-negeri.

Ketika membahas ucapan dasar Presiden bertema 'Islam memimpin perubahan' katanya, Majlis Syura perlu memainkan peranan yang berkesan dan tepat serta mengetahui kekuatan dan kekuasaan yang mereka dimiliki.

"Jangan jadi seperti 'harimau yang menyimpan kuku' tetapi mesti aktif memainkan peranan bagi memastikan PAS berjalan baik mengikut akhlak perjuangan," katanya.

Beliau berkata demikian, ekoran laporan akhbar arus perdana tentang kebocoran maklumat mesyuarat AJK PAS Pusat berhubung kenyataan Ketua Dewan Ulama ketika itu, Ustaz Mohd Daud Iraqi.

"Kita harap pemimpin PAS jangan jadi seperti Umno yang tidak boleh dikritik," tegasnya.

Beliau turut menyeru pimpinan yang baru dipilih oleh perwakilan supaya bersatu hati, berjiwa teguh berdiri di belakang Dato' Presiden dan tidak ada lagi yang bersikap seperti 'gunting dalam lipatan' atau 'musang berbulu ayam'.

"Jangan menjadi tangan-tangan hitam di celah kelangkang sebaliknya berdiri teguh dengan penuh kasih sayang khasnya kepada Tuan Guru," tambah beliau.

Dalam perbahasan itu beliau turut menegur negeri yang telah menang dalam pilihan raya tetapi masih tidak ada usaha untuk melaksanakan pentadbiran ke arah Islam.- wann/mks.

1 comment:

Paksu Ki said...

salam Perjuangan....

Terima kasih atas keperihatinan dari Perlis. Kami di Kedah telah banyak kali mengemukakan padangan tersebut kepada DS Azizan Razak sehinggalah menemui jawapan yang konkrit dalam ijtimak PAS Kedah baru-baru ini. Antaranya ialah berkaitan dengan kekuatan PAS Kedah yang belum mantap, kekangan dari pihak pegawai kerajaan negeri(Pegawai Tadbir Negeri)dan jabatan agama Islam negeri yang belum baligh lagi. Bersabar untuk kebaikan semua pihak.