Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, June 17, 2009

Hashim Suboh digesa segera sertai pembangkang

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Dato' Hashim Suboh digesa membuktikan keikhlasan beliau dengan menyertai mana-mana parti pembangkang secepat mungkin.


Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Hairy Hashim, rakyat di negeri ini sedang tertunggu-tunggu langkah yang akan diambil oleh Hashim berikutan pelbagai kenyataan yang beliau keluarkan sebelum ini.


Terbaru, Malaysiakini melaporkan Hashim hanya akan menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.

"Hashim perlu membuktikan keikhlasan beliau yang menyatakan sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis. Beliau sepatutnya menyertai pembangkang mulai dari sekarang untuk membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat di negeri ini," kata Hairy yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perlis.

Mengulas lanjut, Hairy menaruh keyakinan penuh dengan kapasiti yang ada pada Hashim, beliau mampu untuk menarik lebih banyak sokongan khususnya dari kalangan ahli Umno untuk bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Saya yakin dengan pengalaman dan pengaruh yang ada pada Hashim, dengan menyertai mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat, beliau akan dapat membantu menggerakkan agenda perubahan di dalam negeri ini," ujarnya.

No comments: