Salah seorang dari mereka ialah adik Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake (foto,kanan), 10 bulan, yang dilahirkan tanpa alat kelamin.
Beliau yang kelihatan ceria dan cerdas bagaimanapun terpaksa membuang air kecil melalui saluran dubur.
Muhammad Nabil Mustaqim bukan sahaja tidak memiliki alat kelamin tetapi juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.
Sementara itu, sepupu beliau, Nurin Zuhaira berusia setahun 9 bulan pula mengalami kecacatan mata sebelah kiri.
Manakala seorang lagi sepupu mereka,Salsabila, empat tahun pula kini mengalami penyakit kurang upaya. Pada usia tersebut kanak-kanak ini masih belum dapat berjalan dan tidak boleh bercakap.
Baru-baru ini pimpinan PAS Perlis meziarahi kanak-kanak tersebut di kediaman mereka yang letaknya yang bersebelahan antara satu sama lain di Kampung Batu 5 dekat sini.
Hadir bersama rombongan ini Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, Ketua Dewan Muslimat PAS Perlis, Latifah Mat, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Muslimat serta wakil Nisa' Perlis.
Sebagai tanda prihatin dan simpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak terbabit, sumbangan bebentuk hamper dan wang tunai turut dihulurkan.
No comments:
Post a Comment