Artikel ini diambil dari email jitn-jitp@yahoogroups.com
Ikutilah panduan yang dikemukakan oleh Ustaz Mustafa Masyhur selaku Mursyidul Am Ikhwan Muslimin.
Pemberita Muslim Contoh
1. Yang dikehendaki dengan pemberita muslim contoh ini ialah mereka yang mahir dalam kerjanya dan berpegang dengan adab-adab Islam, mengambil berat dengan berita yang benar dengan tidak dikurangkan atau ditambah-tambah atau diubah dari keadaan yang sebenar.Analisanya hendaklah secara objektif dan dapat memberi faedah kepada pembaca serta memberi gambaran yang sebenar dan jauh dari mencaci dan menyakiti orang lain.
2. Ianya hendaklah mengambil berat kritikan yang membina dan yang tidak meruntuh, berkata benar walaupun pahit dengan tidak bermujamalah atau takut.
3. hendaklah ia bertimbangrasa ; bagi yang berbuat baik, hendaklah dikatakan kepadanya baik, dan yang berbuat jahathendaklah dikatakan jahat dengan bahasa yang lembut dan dapat diterima olehnya.
4. Jangan menggunakan bahasa yang mendekatkan diri dengan orang yang berkuasa dan jangan jiga menggunakan bahasa yang mempengaruhi atau berbentuk ancaman.
5. Pemberita hendaklah bijak manghubungkan isu-isu dan berita yang ditulis dengan dakwah kepada Allah supaya manusia tahu bahawa agama Allah meliputi segala bidang kehidupan , berperanan disetiap tempat , mengarah , menghukum dan menyelesaikanya.
6. Ia hendaklah hidup bersama-sama dengan masalah masyarakat yang dihadapi, bersama-sama dengan perasaan mereka, dan bekerjasama didalam menyelesaikan masalah masyarakat secara Islam dengan orang yang ahli dalam bidang itu.
7. Ia hendaklah sedar tentang apa yang disiarkan oleh musuh-musuh Islam dan talibarut mereka yang menentang Islam dan gerakan Islam. Ia hendaklah membatalkan segala pembohongan mereka terhadap Islam dan dapat mengemukakan kepada manusia dengan cara yang baik.
Sementara itu dalam bab Penulisan pula Ustaz Mustafa Masyhur menghidangkan kepada kita seperti berikut:
Penulis Muslim Contoh
1.Hendaklah bijak didalam memilih tajuk yang sesuai didalam dakwah, menghuraikan tajuk tersebut dengan gaya bahasa yang baik dan jelas yang maknanya sampai ke hati dan akal manusia serta boleh memberi kesan yang dikehendaki.
2. Yang dikehendaki penulis Muslim contoh ialah berpegang dengan kefahaman Islam yang betul dan jauh dari penyelewengan dan salah faham.Ia hendaklah mengira berapa banyak dosa yang akan di ditanggungnya jika pembaca-pembaca terpengaruh dengan tulisan yang salah itu.
3. Penulis Muslim yang mempunyai bakat didalam penulisan dan sebaran am hendaklah disuburkan bakat itu dan dimanafaatkan. Dengan kehadiran mereka yang terdidik dengan didikan Islam ini diharapkan tidak ada ruang didalam bidang penulisan / sebaran am ini yang tidak dimanafaatkan dan diambil faedah darinya itu.
4. Cerpenis Muslim hendaklah mengemukakan pendapatnya dan menyelesaikan setengah masalah bagi semua peringkat dari kanak-kanak, pemuda dan pemudi, orang dewasa lelaki dan perempuan dengan cara cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesanya.
5. Penyair/ karyawan Muslim contoh yang memberikan sumbangan melalui karyanya didalam setengah masalah hendaklah mencipta nasyid/sajak yang menimbulkan semangat berjuang dikalangan pemuda dan kanak-kanak yang sedang meningkat kerana nasyid/ sajak juga mempunyai peranan untuk mempengaruhi jiwa manusia.
Semoga dengan sedikit peringatan yang dikutip dari Ustaz Mustafa Masyhur ini dapatlah kiranya untuk penulis dilaman ini menjadikan sebagai asas panduan didalam menulis.
No comments:
Post a Comment