Alamat Baru Kami
Tuesday, June 30, 2009
1 Malaysia: Diantara realiti dan fantasi
Monday, June 29, 2009
Umno Perlis mahu kekang kemaraan Pakatan
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Zahidi Zainol Abidin berkata, beliau sedang mengumpul maklumat dan maklum balas dari akar umbi, termasuk pimpinan Pemuda negeri.
Beliau diminta mengulas perkembangan terkini politik di Perlis, ekoran pertambahan mendadak jumlah cawangan PKR di negeri itu.
Jumlah cawangan PKR di negeri itu meningkatkan kepada 26 - termasuk 20 cawangan baru yang masing-masing ditubuhkan di Padang Besar dan Kangar sejak beberapa bulan lalu.
Sebahagian besar mereka yang menyertai cawangan baru itu terdiri daripada bekas ahli Umno yang keluar parti beramai-ramai kerana tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang.
Di samping itu, beberapa cawangan baru DAP juga turut ditubuhkan di negeri itu.
"PKR dan DAP tubuh cawangan, tetapi tiada tindakan yang diambil (oleh Umno Perlis).
Rungutan ketua cawangan
"Mungkin Umno melihat Perlis hanya mempunyai tiga bahagian sahaja, sedangkan pembangkang melihat Perlis sebagai satu negeri," kata Zahidi ketika dihubungi Malaysiakini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga ketua bahagian Padang Besar berkata, akan berjumpa pimpinan cawangan, termasuk pemimpin Pemuda untuk mendengar pandangan dan masalah mereka.
Katanya, beliau turut menerima rungutan mengenai isu Pemuda yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Menurut Zahidi, beliau juga menerima rungutan dari ketua-ketua cawangan di Perlis yang tidak dilantik menjadi ketua jawawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK).
Beliau menyifatkan isu tersebut "belum selesai" sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.
Katanya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ketua cawangan termasuk pimpinan Pemuda dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Friday, June 26, 2009
Kisah pemimpin Umno Perlis dan Pesta Buku
Pemberita dan Penulis Muslim Contoh
Thursday, June 25, 2009
7 kebebasan tajaan Barat runtuhkan moral masyarakat
Blog PAS Kawasan Padang Besar
Wednesday, June 24, 2009
Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini
Tuesday, June 23, 2009
Mengapa Mat merempit
Sebuah artikel dari The Malaysian Insider
JUN 22 — Sekiranya anda mempunyai lesen memandu kemungkinan besar anda mengenali atau pernah terserempak dengan Mat. Bukan Mat Cool ais krim jenama Nestle akan tetapi Mat yang sering menunggang motor 2 lejang seperti Yamaha 125Z atau RXZ. Kadang-kadang Mat juga ada menunggang motor 4 lejang seperti Honda EX5 atau Kriss Modenas namun biasanya ianya telah diubahsuai untuk berbunyi mengalahkan Harley Davidson untuk menandakan ketibaan Mat yang berbatu jauhnya. Mungkin anda terserempak dengan Mat sedang dia sibuk menyelinap dengan cekap di celah-celah kereta, bas dan lori tanah ketika anda melalui kesesakan pagi hendak ke pejabat ataupun ketika lewat malam minggu Mat menyusur dengan pantasnya bagai pelesit di Jalan Raja Laut.
Apa pun yang pasti Mat pernah satu ketika dahulu cuba diubah menjadi Mat Cemerlang kini lebih dikenali sebagai samseng jalanan. Pastinya kalau anda tinggal di Kuala Lumpur dengan mudah anda boleh terserempak dengan Mat terutama di Dataran Merdeka malam minggu. Namun jangan salah sangka yang Mat hanya menjalankan riadahnya di bandar besar, di kawasan kampung dan felda-felda juga Mat cukup dikenali. Cuma tidak seperti di bandar, Mat sering melepak di tepi longkang bersama gitar kapok sambil menyanyikan lagu scoin sebelum memulakan aktiviti merempitnya.
Begitulah kisahnya nasib Mat, di kala kita memaki hamun dan memarahi Mat pernahkah kita terfikir mengapa Mat merempit? Adakah Mat tidak mempunyai aktiviti lain? Adakah dengan merempit itu membuatkan Mat lebih popular dengan gadis-gadis? Sedih dikatakan apabila kebelakangan ini ahli politik kita kurang berminat dalam memikirkan atau menulis mengenai hal-hal sosial dan kemasyarakatan. Nampaknya mereka lebih berminat atau sibuk dengan pilihanraya kecil, adengan-adengan drama dan menjalankan sesi ceramah mengutuk orang di kawasan terbuka. Bagi saya adalah amat penting untuk kita cuba menyelesaikan masaalah kemasyarakatan seperti Mat Rempit ini kerana ianya banyak melibatkan orang muda yang kita ketahui akan menjadi tunggak negara di masa hadapan. Oleh itu hari ini saya mengajak para pembaca sekelian untuk membuka minda anda sebentar dan cuba memahami mengapa Mat Merempit.
Untuk memahami mengapa Mat Merempit mula-mula kita perlu tahu latar belakang Mat. Biasanya Mat hanya mempunyai kenderaan lain selain motor, itulah satu-satunya pengangkutan untuk dia pergi ke kerja dan tempat lain. Jarang sekali kita melihat Mat Rempit yang mempunyai kereta. Mat biasanya kerja di tempt-tempat seperti kedai serbaguna 24 jam, kilang-kilang tertentu ataupun di restoran makanan segera. Banyak juga yang menjadi “Mat Despatch” atau penghantar pizza yang mana mereka mempraktikan segala ilmu-ilmu merempit mereka dalam kerja harian.
Boleh dikatakan secara umum mereka ini biasanya terdiri dari golongan muda belia (17-25 tahun) baru lepasan sekolah atau berpendapatan rendah. Gaji mereka biasanya dalam lingkungan RM700 ke RM1,200, anda boleh semak di 7-Eleven berdekatan anda. Mari kita cuba buat perkiraan sedikit, katakanlah gaji Mat adalah RM950 sebulan dan tinggal di Kuala Lumpur. Setelah ditolak KWSP, Socso dan sebagainya Mat sepatunya mempunyai baki lebih kurang RM900. Yang pasti Mat perlu membayar bulanan untuk motornya kerana itu satu-satunya cara untuk dia pergi kerja tiada pilihan, jadi kita tolak RM200 dari situ. Mat menyewa di flat bersama kawan-kawan perlu membayar sewa termasuk bil eletrik dan air, katakan dalam RM150. Itu keperluan asas Mat untuk hidup di Kuala Lumpur. Mat yang berdarah muda dan mempunyai telefon bimbit pastinya mahu bercengkerama dengan awek-awek (gadis-gadis) dengan ayat-ayat padu, kita tolak lagi untuk bil prabayar, katakan RM100, lagipun sekarang telefon bimbit wajib. Kita kena tolak duit minyak Mat untuk pergi ke kerja dan sebagainya, RM4 lebih Mat boleh mengisi penuh, kita anggar RM50 duit minyak Mat dalam sebulan. Setelah ditolak semua ini kini gaji Mat hanya tinggal RM400 untuk satu bulan, belum tolak lagi belanja Mat hendak makan. Biasanya Mat ni kurus, jadi katakanlah Mat hanya belanja RM5 sehari (sangat sikit tu) untuk makan didarap dengan sebulan lebih kurang RM150. Kini baki Mat hanyalah RM250. Mat ada RM250 untuk dibelanjakan pada dirinya dalam masa sebulan.
Dalam RM250 inilah akan Mat gunakan untuk beli baju baru (sebab tu bundle laku) kasut baru, pakai untuk baikpulih motor kalau rosak, beli sabun mandi, shampoo dan macam-macamlah. Mat mampu tonton wayang pada hujung minggu, satu tiket RM10, kalau nak tengok mesti pergi dengan awek (gadis) itu dah jadi RM20. Bolehlah, Mat mampu tapi tak boleh lah tiap-tiap minggu kan. Mat nak main Futsal, satu sesi di Ampang Sports Planet dalam RM120 sejam, kongsi 12 orang RM10 sejam. Mana puas hati main sejam, kurang-kurang kenalah habis RM20 sekali main Futsal. Mat mampu nak main Futsal tapi tidaklah dua kali seminggu, sekali-sekala bolehlah. Mat nak main Paintball? Mahal, satu kepala RM85, itu dah kira murah lah tu, Mat nak pergi karaoke lagilah sakit, nak main badminton tak bukak pulak dewan badminton malam minggu nak kata pergi “clubbing” lagilah jangan harap. Jadi Mat yang darah muda banyak tenaga berlebihan dengan jiwa membara hendak pergi ke mana? Sekali isi minyak motor penuh hanyalah RM 5 dan Mat boleh berlumba sepanjang malam di Kuala Lumpur. Murah, meriah dan bahaya. Mana nak cari aktiviti hujung minggu di Kuala Lumpur yang kurang dari RM10 dan bertahan 3-4 jam, suka tak suka motor memang Mat dah ada dan kena ada. Kalau Mat kerja jadi juruteknik yang gajinya mungkinlah mahal sikit RM1,400, bakinya pun berapa kerat sangat, ada lah dalam RM400-500 kot sebulan.
Kesimpulanya faktor mengapa Mat merempit dan antara sebab yang utamanya adalah ekonomi dan ketiadaan alternatif lain. Mungkin dengan cara meningkatkan kualiti hidup golongan ini dapat kita mengurangkan gejala ini.
Kita janganlah mengharapkan kerajaan semata-mata, masyarakat juga mempunyai peranan dalam menyelesaikan isu ini. Bagus kalau kita dapat menyediakan alternatif yang seronok, sihat dan yang paling penting sekali kos yang tidak tinggi untuk mereka melepaskan tenaga berlebihan dengan cara yang positif. Contoh seperti gelanggang futsal awam atau kugiran terbuka (concert) Tapi masaalahnya kita ni nak konkong sentiasa, marah pengaruh barat genjala sosial nak mengamuk kemudian jerit takbir. Itu yang saya tak faham tu, buat konsert marah bila tanya alternatif tak tahu.
Memang bagus kalau kita dapat mendekatkan mereka ini dengan masjid, binalah gelangang takraw ke badminton dan sebagainya. Namun saya agak hampa apabila melihat sesetengah “ustaz-ustaz” kita ni. Ceramah bukan main cekap, cakap bukan main lebat tapi bila mintak penyelesaian senyap-sunyi. Berpolitik bukan main hebat turun padang setahun sekali. Alahai, kita ni ada masaalah besar dengan anak-anak muda tapi sibuk dengan ceramah-ceramah-ceramah. Kalau kelakar macam Akhil Hayy takpe jugak.
Sudahlah, hal yang itu saya simpan untuk lain kali.
Jadi itulah dia, bukan saya hendak mempertahankan kegiatan Mat Rempit ini akan tetapi saya harap dari penaakulan saya ini dapatlah kita sama-sama memahami mengapa ini terjadi dan dari situ mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Monday, June 22, 2009
Haram ubah jantina Muhammad Nabil Mustaqim - Mufti Perlis
Katanya mengikut hukum fekah, secara zahirnya bayi itu adalah seorang lelaki berdasarkan pengamatanya dan haram untuk mengubah jantinanya.
Bayi yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini bukan sahaja tidak memiliki alat kelamin tetapi juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.
"Sekiranya seseorang bayi dilahirkan sebagai khunsa, suatu tempoh diperlukan sebelum melihat organ sulit mana yang aktif sebelum ditentukan sifat dan kecenderungannya," katanya. BERNAMA
PAS Perlis ziarah bayi tanpa alat kelamin
Sunday, June 21, 2009
SAF KEPIMPINAN PAS PERLIS 2009-2011
Pesuruhjaya : YB Ustaz Haji Hashim Jasin
Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Haji Ahmad Ali
Timbalan Pesuruhjaya 2: Haji Abdul Karim Md Rejab
Timbalan Pesuruhjaya 3: Haji Mohd Anuar Tahir (YDP Padang Besar)
Setiausaha Baadan Perhubungan PAS Perlis : Mohammad Shukeri
Penolong Setiausaha: Ustaz Yahya Ahmad
Bendahari: Abu Aiman
Ketua Penerangan : YB Rus'sele Eizan (YDP Arau)
Ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Perlis:
1. Ustaz Abd Rashid Abd Rahman (Ketua Dewan Ulama)
2. Ustaz Ya'akub Abu Seman (Ketua Dewan Pemuda)
3. Latifah Mat (Ketua Dewan Muslimat)
4.Hairy Hashim (YDP Kangar)
5. Hisharuddin Hj Hassan (S/U Padang Besar)
6. Ustaz Yussaine Yahya (S/U Kangar)
7. Solahuddin Azmi (S/U Arau)
8. Ustaz Rijaluddin Ismail (S/U Dewan Ulama)
9. Ustaz Muhd Azmir Azizan (S/U Dewan Pemuda)
10. Zurina Ibrahim (S/U Dewan Muslimat)
11. Haji Ahmad Tajuddin Salleh
12. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
13. Hassan Ismail
14. Abdul Jamil Khamis
15. Haji Jaafar Daud
16. Ustazah Norsarimah Othman
17. Wan Kharizal Wan Khazim
18. Haji Othman Muhammad
Perlantikan Pengerusi-pengerusi Lajnah dan Ketua Jabatan dijangka akan diumumkan selepas mesyuarat penuh pertama Badan Perhubungan PAS Perlis.
Friday, June 19, 2009
Mohon Allah selamatkan parti kita
PAS pantau negeri Pakatan
Bawah kepemimpinan baru ustaz, apakah ruang-ruang baru yang hendak diterokai?
Dalam muktamar (Dewan Pemuda) lepas, kita ada projek “Semenanjung 2” bagi mengukuhkan tapak Dewan Pemuda di Sabah, Sarawak dan Labuan. Sudah sampai masanya tempat-tempat ini diberikan perhatian serius.
BN masih mampu menjadi pemerintah kerana sumbangan (undi) dari Sabah dan Sarawak. Kalau tidak kerana kerusi-kerusi di negeri ini, BN akan tumbang di peringkat persekutuan.
Jadi untuk itu, kita fikir, Sabah dan Sarawak tidak boleh dipandang di kelas kedua atau dipandang sepi. Kita bakal mewujudkan satu lajnah (biro) baru khusus untuk Sabah dan Sarawak agar kita dapat benar-benar pastikan PAS mampu tapak kukuh seperti di Semenanjung.
Kedua, saya melihat apa yang perlu dilakukan dalam Pemuda hari ini ialah memanfaatkan semaksimum mungkin tenaga atau sumber-sumber dalam parti, termasuk exco Dewan Pemuda PAS.
Sebelum ini, kita lihat kecenderungan, sama ada sedar atau tidak, kalau nak buat kenyataan akhbar, kalau nak buat kenyataan rasmi, biasanya oleh ketua Pemuda. Akhirnya, tradisi itu sedikit sebanyak menenggelamkan exco-exco Pemuda.
Jadi tahun ini, saya ambil pendekatan bekerja ala kabinet. Maknanya, selepas ini, exco Pemuda yang memegang portfolio masing-masing, dia akan keluarkan kenyataan sendiri bersesuaian dengan portfolionya. Dia akan bertindak dengan ruang dan bidang kuasa yang diberikan sebebas mungkin tanpa perlu terikat atau dibayangi oleh ketua Dewan Pemuda sendiri.
Akhirnya, akan dapat dilihat benar-benar Pemuda itu bekerja secara bersama. Beginilah saya rasa asas kekuatan sebuah organisasi
Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.
Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.
Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.
'Dakwah PAS kepada Umno seperti Musa temui Firaun'
Berikut sedutan wawancara bahagian pertama Malaysiakini dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nasrudin Hassan.
Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?
Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).
Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.
Thursday, June 18, 2009
Mahfuz, Salahuddin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru
Pensyarah saman penulis blog RM1 juta isu Wahhabi
Wednesday, June 17, 2009
Dewan Ulama PAS cadang muktamar khas bincang kerajaan perpaduan
Petikan mStar Online
KUALA TERENGGANU: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan agar satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia satu isu yang besar.
"Ini perkara besar dan baru, tidak boleh buat begitu sahaja...kena bawa ke peringkat akar umbi melalui muktamar khas. Bila muktamar khas sudah bersetuju, baru kita boleh laksanakan," katanya.
Beliau juga berkata Abdul Hadi dijangka memberikan penerangan secara terperinci kepada pemimpin-pemimpin parti itu berhubung cadangan berkenaan.
"Kita tunggu presiden pulang dari luar negara. InsyaAllah, selepas diberikan penerangan, kita bersedia turun padang menjelaskan mengenai perkara itu," kata Harun, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Laungan "Bubar DUN", reaksi spontan luar biasa: Nizar
Petikan mStar Online
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakan beliau melaungkan perkataan "Bubar DUN" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kelmarin adalah reaksi spontan yang tidak langsung dirancang.
Bagaimanapun kata beliau, apa yang dilakukan sebaik mengangkat sumpah adalah "apa yang patut dibuat."
Beliau berkata, ia adalah reaksi yang meluahkan perasaannya serta seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang melanda negeri itu pada masa ini.
"Ia merupakan satu situasi spontan yang membawa kesan luar biasa.
"Sebagai seorang yang mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan, tidak boleh kalau dalam hati rasa lain.
"Apa sahaja yang saya kata dan percaya dalam hati, ia perlu seiring," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Dewan Rakyat kecoh selepas Mohammad Nizar melaungkan perkataan "Bubar DUN" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Beliau dan enam lagi Ahli Parlimen Pakatan iaitu Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai) telah diarah keluar Dewan dan digantung sidang selama dua hari kerana melanggar peraturan Dewan selepas kesemua mereka enggan menanggalkan lilitan bertulis "Bubar DUN".
Mohammad Nizar berkata, saat tersebut adalah peluang keemasan untuk beliau melaungkan perkataan itu kerana semua menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berada di dalam Dewan.
"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik.
"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat," katanya.
Sementara itu, Ngeh meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf atas tindakan beliau menghalau mereka keluar kerana katanya, tidak ada peruntukan khusus yang menyatakan lilitan seperti yang dipakai mereka Isnin lalu adalah menyalahi peraturan Dewan.
"Speaker Parlimen tidak ada hak menghalau kami keluar kerana tidak ada dalam perintah tetap Parlimen di mana Speaker ada kuasa menggantung kami kerana memakai lilitan itu," katanya.
Hashim Suboh digesa segera sertai pembangkang
"Hashim perlu membuktikan keikhlasan beliau yang menyatakan sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis. Beliau sepatutnya menyertai pembangkang mulai dari sekarang untuk membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat di negeri ini," kata Hairy yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perlis.
Mengulas lanjut, Hairy menaruh keyakinan penuh dengan kapasiti yang ada pada Hashim, beliau mampu untuk menarik lebih banyak sokongan khususnya dari kalangan ahli Umno untuk bersama-sama Pakatan Rakyat.
"Saya yakin dengan pengalaman dan pengaruh yang ada pada Hashim, dengan menyertai mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat, beliau akan dapat membantu menggerakkan agenda perubahan di dalam negeri ini," ujarnya.
3,000 petugas Pemuda PAS akan ke Manek Urai
"Kita akan mengerahkan semua pemuda di seluruh negara agar berkampung di Manek Urai untuk memastikan momentum sokongan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Sementara itu, Nasrudin turut menyatakan bahawa kira-kira 3,000 Pemuda akan turun berkampung di Manek urai bagi menjalankan agenda pemuda khususnya dalam memahamkan isu-isu semasa politik dalam negara mutakhir ini.
Selain itu ujarnya, Pemuda juga akan terus menguruskan kebajikan yang sedia menjadi agenda utama dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan.
"Pemuda akan turun mengikut negeri dan kawasan bagi membantu jentera PAS memenangkan kawasan tersebut dengan pendekatan yang ditetapkan," ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Nasrudin berkata Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 19 Jun di Lata Rek, Manek Urai. --- Harakahdaily---
Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan
SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru
Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.
Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.
Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.
Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.
Tuesday, June 16, 2009
Timbalan Ketua DPP Perlis dilantik Exco Pusat
SAF KEPIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT SESI 2009-2011 Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad Ahli Jawatankuasa dipilih Ahli Jawatankuasa dilantik |
Monday, June 15, 2009
Alahai PFA... tak selesai lagi ke dengan KWSP?
Ini terbukti dengan kelemahanan persatuan-persatuan sukan apabila diterajui oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik.
Sebagai contoh, sumber memberitahu tentang permasalahan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang terus berlarutan apabila kini mererka berhadapan dengan tindakan saman oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut seorang bekas pemain, saman yang dikemukakan itu melibatkan jumlah caruman KWSP pemain serta denda yang mencecah hampir RM1 juta.
Sumber juga memberitahu, saman sivil ini juga menamakan tiga orang penjawat utama dalam PFA yang memungkinkan mereka dikenakan perintah muflis jika sabit kesalahan.
Apa yang menariknya, ketiga-tiga penjawat utama PFA ini terdiri daripada seorang Ahli Parlimen dan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri.
"Kami dengar salah seorang dari mereka kini sedang memujuk pimpinan tertinggi parti untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan alasan jika mereka muflis, tiga lagi pilihanraya kecil boleh berlaku di Perlis," kata sumber.
Dulu pejabat Umno/BN... la ni dia ambik balik dah..
Namun kini ianya telah berubah menjadi pejabat Yayasan Pok dan Kassim yang diasaskan oleh mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim.
Menurut Hairy lagi, keadaan ini juga jelas membuktikan wujudnya pergeseran sesama pimpinan Umno Perlis yang masih menjadikan pangkat dan kedudukan sebagai agenda perjuangan mereka.
Selain itu, Hairy juga mahu pihak Majlis Perbandaran Kangar mengkaji status khemah yang didirikan di hapadan bangunan tersebut.
DPP Perlis sambut baik perlantikan Pj
Pelantikan itu menurut Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman diharap akan dapat menyemarakkan lagi semangat untuk terus bekerja demi memperluaskan lagi pengaruh PAS di negeri Perlis di samping memperkukuhkan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.
"Begitu juga, Pemuda PAS akan memberikan kerjasama penuh kepada Ustaz Hashim dan sebagai sayap kanan parti, kami akan sentiasa mendokong kepimpinan Pesuruhjaya," kata beliau.
"Perlantikan beliau adalah tepat dan dilihat akan dapat memantapkan lagi gerakerja PAS di negeri ini mahupun di peringkat nasional. Pengalaman yang ada pada beliau amat ditagih untuk sama-sama membantu memperkuatkan lagi PAS di negeri ini," ujarnya lagi.