Petikan Harakahdaily
KUALA PERLIS, 14 Mei (Hrkh) - Penderitaan keluarga Hatib Leman, buruh yang mati dibunuh di Kampung Belakang Kilang Ais dekat sini minggu lalu terus mendapat simpati orang ramai.
Semalam, wakil dari Pusat Muktamar Islam Sistem Penerbangan Malaysia mengunjungi keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM4000.00 bagi meringankan bebanan hidup akibat kehilangan tempat bergantung ekoran kematian Hatib.
Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Rus'sele Eizan (Gambar beri sumbangan) yang hadir sama mewakili pihak penderma menyampaikan sumbangan tersebut kepada isteri mangsa, Fazilah Muhammad.
Turut serta dalam rombongan tersebut, Yang DiPertua PAS Kangar, Hairy Hashim dan Pegawai Khidmat Masyarakat PAS Perlis, Ustaz Yahya Ahmad. Dalam kejadian malam Ahad, 3 Mei lalu, Hatib mati dibelasah sekumpulan 20 orang penduduk yang tersilap menyangka beliau mengintai anak jirannya.
Fazilah kini tinggal bersama-sama lima orang anaknya yang berusia antara dua bulan hingga 17 tahun di sebuah rumah yang begitu daif yang disewa dengan kadar RM80.00 sebulan.
No comments:
Post a Comment