Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, August 29, 2006

Haji Shariff "Pokok Sawa" kembali ke Rahmatullah


Oleh Bashir Ishak
PADANG BESAR, 29 Ogos - Bekas Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Mohd Shariff Mohd Haniffa kembali ke Rahmatullah pagi tadi di Thailand.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 55 tahun dilaporkan ditembak di hadapan rumah isterinya di Satun, Thailand jam 7 . 00 pagi tadi.

Allahyarham adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Besar dari tahun 2001 sehingga awal 2006 .
Jenazah beliau selamat disembahyang di Markas PAS Kampung Bongkok, Jalan Santan selepas solat Asar petang tadi dengan diimamkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Ahmad Ali serta bacaan doa oleh Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin.
Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Bongkok kira-kira jam 6.15 petang.

Allahyarham dikenali melalui Restoran Pokok Sawa di Mata Ayer yang terkenal dengan menu ikan keli goreng dan makanan ala kampung.

Beliau kemudiannya berhijrah dan membuka restoran baru iaitu Restoran Berkat Hijrah di pinggir bandar Kangar. Restoran ini sering dikunjungi pimpinan PAS baik dari Perlis mahupun dari luar yang bertandang ke negeri ini.

Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjamu selera di restoran beliau ketika berkunjung ke Perlis hujung minggu lalu sempena Ijtimak PAS Perlis kali ke 10 .
AL-FATIHAH.

2 comments:

Warung PokokSawa said...

Yang di hormati pengarang
Sila ambil perhatian pemilik warung pokok sawa adalah arwah Hajjah Norma Binti Haji Bakar bukan Hsji Shariff.anda boleh menyemak fakta ini di SSM .Diharap kenyataan anda dapat di perbetulkan supaya tidak timbul lagi salah faham mengenai pemilikan warung pokok sawa..

rgds
rino hakem

Warung PokokSawa said...

Yang dihormati pengarang
Sila betulkan fakta seperti komen sebelum ini.

rgds
rino hakem