Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, November 18, 2005


Sistem Pendidikan Seharusnya Tiada Tekanan Politik
Oleh BASHIR ISHAK
Kategori : Berita

PADANG BESAR, 17 Nov (Hrkh)- Sistem pendidikan sepatutnya tiada tekanan dan tidak mengenal apa fahaman politik demi untuk mewujudkan generasi yang berilmu, demikian jelas Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Besar, Mohd Ali Puteh.

Baginya, ramai ibubapa yang takut untuk menghantar anak-anak ke Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) kerana bimbang adanya pelbagai tekanan dari segi politik oleh pihak-pihak tertentu.

"Kita berusaha mewujudkan masyarakat yang berilmu dan bertaqwa. Dunia akan lebih aman sekiranya masyarakat menjadi baik,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Konvokesyen Pasti Kawasan Padang Besar di bangunan Pasti Nurul Hayah,Santan di sini baru-baru ini..

Seramai 105 orang pelajar Pasti dari enam buah Pasti di kawasan ini telah menerima sijil dan hadiah kecemerlangan dalam satu majlis yang gilang-gemilang.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar, Kamis Yob menyeru agar pendidikan di Pasti terus dipertahankan dan semua pihak terus memberikan dokongan dan sokongan yang padu.

"Kita berharap agar generasi Pasti yang dididik hari ini akan muncul sebagai penyambung perjuangan di dalam gerakan Islam yang kita dokongi ini pada masa akan datang," katanya.