Kemukakan Saman
Petikan Dari Berita Minggu 20hb Nov 05
Petikan Dari Berita Minggu 20hb Nov 05
Kangar : Bapa kepada kanak-kanak yang maut terkena kejutan elektrik di kolam pancutan berlampu di Arau minggu lalu sedang mengumpulkan bukti untuk mengambil tindakan undang-undang keatas JPS dan kontraktor.
Osmi Ismail 45 buruh binaan berkata JPS dan kontraktor dipertanggungjawabkan terhadap kecuaian membina dan menyelenggarakan kolam di pusat rekreasi itu yang terletak di belakang Istana Arau dengan sempurna.
“Saya redha dengan kematian Mohd Adib 11 yang terkena kejutan elektrik di kolam berlampu berkenaan.Tindakan undang-undang tetap diambil keatas JPS dan kontraktor terbabit kerana wujud unsur kecuaian,”katanya